You are on page 1of 8

PENGENALAN

Pada 14hb Januari 1985, Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan satu Simposium
Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium ini para peserta telah mengesyurkan agar
sistem kejurulatihan dipersusun serta dimajukan. Disamping itu pihak kerajaan diminta menubuhkan
sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang akan bekerjasama dengan Badan-badan Sukan
Kebangsaan.

Ekoran dari simposium tersebut, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan oleh
Majlis Sukan Negara Malaysia. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan
adalah seperti berikut:
Mewujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan
Menyusun dan menggubal Kurikulum Kejurulaihan
Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan diantara Persatuan-persatuan Sukan
Kebangsaan yang mengawal sukan; dan
Melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh
Y.B. Menteri Belia dan Sukan.
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang ditubuhkan telah mewujudkan satu Jawatankuasa
Perkembangan Kurikulum bagi menggubal kurikulum Sains Sukan dan bidang-bidang pengkhususan
sukan (Sports Specific) serta Praktikum di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Kurikulum
tersebut telah siap sepenuhnya dan menjadi matlamat Majlis Sukan Negara Malaysia melaksanakan
Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ke seluruh negara.

KONSEP

Skim Persijilan Kebangsaan ialah satu program pembangunan dan pendidikan kejurulatihan yang
seragam dan berterusan yang mengandungi tiga komponen iaitu:
Sains Sukan
Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan Human Performance
Pengkhususan Sukan
Kemahiran, Teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu.
Praktikum
Practice of Coaching.
OBJEKTIF SKIM

Objektif Skim ini ialah untuk:
melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang-bidang sains sukan,
pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi dan pencapaian atlet
kebangsaan.
mewujudkan satu program yang sistemaik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan
peluang-peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan.
mewujudkan sati sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke
arah memajukan sukan negara.
menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semua peringkat.

STRUKTUR SKIM

Struktur Skim Persijilan adalah seperti berikut:
TAHAP KANDUNGAN PELAKSANA
I Sains Sukan

Majlis Sukan Negara
II
Pengkhususan
Sukan
Persatuan Sukan
Kebangsaan
III

Praktikum
Persatuan Sukan
Kebangsaan

PERLAKSANAAN SKIM
2. PERLAKSANAAN SKIM
2.1 Skim ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan melalui dua bahagian iaitu :-
a) Komponen Sains Sukan Dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara di
mana peserta akan terdiri daripada
pelbagai jenis sukan.
b) Pengkhususan Sukan dan
Praktikum
Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan
Kebangsaan dengan kerjasama Majlis
Sukan Negara dan peserta daripada sukan
yang berkenaan sahaja.
2.2 Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah menetapkan bahawa kriteria kelayakan
seseorang jurulatih untuk
memperolehi sijil penuh di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan adalah seperti
berikut:-


TAHAP SAINS
SUKAN
PENGKHUSUSAN PRAKTIKUM SIJIL SPKK
I Lulus Lulus Lulus Tahap I
II Lulus Lulus Lulus Tahap II
III Lulus Lulus Lulus Tahap III
2.3 Adalah menjadi matlamat jangka panang Majlis Sukan Negara Malaysia bahawa Skim
Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini akan menjadi sistem pendidikan jurulatih kebangsaan dalam
melatih serta meningkatkan pengetahuan jurulatih tempatan ke arah mengeluarkan jurulatih yang
bertauliah dan menyeluruh demi mempertingkatkan prestasi sukan negara
3. PERSAMAAN TARAF
3.1 Individu yang layak boleh memohon kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi
mendapat pertimbangan pengecualian menghadiri kursus-kursus Sains Sukan Tahap I hingga III. Ini
merupakan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status pengetahuan yang dimilikki.
3.2 Jurulatih Kebangsaan juga boleh diberikan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status
kejurulatihannya jika mereka memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan.
TAHAP I
Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Aktif dan diiktiraf oleh Persatuan
Sukan Kebangsaan sebagai Jurulatih
sukan prestasi tinggi (Peringkat

Memilikki Ijazah dalam bidang sukan
/sains sukan atau Pendidikan Jasmani
dari mana-mana universiti yang
Antarabangsa) DAN
b. Mengikuti TIGA (3) kursus
kejurulatihan sukan di peringkat
antarabangsa seperti IOC, IAAP dan
sebagainya dan telah berjaya
mendapat sijil kejurulatihan dari
badan tersebut.
c. Jika tidak memenuhi syarat
(b) di atas hendaklah
menduduki peperiksaan Kursus
Sains Sukan sekali tanpa
menghadiri kursus dan lulus.

diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
TAHAP II
Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Tidak ada pengecualian tetapi
dapat dipertimbangkan setelah
memenuhi keperluan berikut:-
b. LULUS Sains Sukan Tahap I
c. Menduduki peperiksaan Kursus
Sains Sukan Tahap II sekali tanpa
menghadiri kursus dan LULUS


Memilikki Ijazah Sarjana (Masters)
dalam bidang Pendidikan Jasmani
atau sukan dari mana-mana Universiti
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

TAHAP III
Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Jurulatih Kebangsaan prestasi
tinggi yang masih aktif dan telah
memilikki Sijil Sains Sukan Tahap II
akan dipertimbangkan setelah
mengambil peperiksaan Tahap III
tanpa menghadiri kursus. Calon
dibenarkan mengambil peperiksaan
sekali sahaja dan jika berjaya
persamaan taraf diberi. Jika gagal
hendaklah menduduki keseluruhan
kursus.
ATAU
Menghadiri kursus dan diakhir kursus,
penilaian yang sesuai dan flexible akan
dibuat untuk mengesahkan kelayakan
mereka tanpa menduduki peperiksaan
kursus.


Akan dipertimbangkan bagi
pemegang Ijazah Phd dalam bidang
sukan dari mana-mana Universiti yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan
setelah mengambil Peperiksaan
Tahap III tanpa menghadiri kursus
pada peringkat tersebut. Calon
dibenarkan mengambil peperiksaan
sekali sahaja. Jika berjaya, persamaan
taraf diberi. .













7. PERMOHONAN

7.1 Semua permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan hendaklah dibuat kepada pihak-pihak berikut: -

a) Kursus Sains Sukan

Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-89929600
Fax: 03-89966203

b) Kursus Pengkhususan Sukan

Presiden
Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan

PERMOHONAN

Semua permohonan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan hendaklah dibuat kepada Majlis Sukan Negara
Malaysia atau Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah untuk kursus-kursus yang dirancang setiap
tahun.

Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya SATU BULAN sebelum bermulanya kursus.
Keputusan sama ada berjaya atau tidak akan diputuskan oleh negeri yang menjadi tuan rumah.

Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus untuk Pengkhususan Sukan pula adalah di bawah kelolaan
Persatuan Sukan Kebangsaan.

Atlet & Jurulatih
1) Elit
Atlet bertaraf dunia dilahirkan berorientasikan pencapaian prestasi cemerlang di temasya-temasya
peringkat antarabangsa iaitu Sukan SEA, Komanwel, Asia & Olimpik serta kejohanan-kejohanan individu.
2) Pelapis
Majlis telah melaksanakan program latihan yang lebih bersistematik dan tersusun di setiap peringkat
bagi melahirkan atlet yang mampu menggalas cabaran di kejohanan peringkat tertinggi.
3) Paralimpik
Sukan berbentuk kompetetif untuk golongan OKU dipertandingkan di setiap temasya sukan utama dunia
iaitu Sukan Paralimpik, Kejohanan-Kejohanan Dunia dan Asia.
4) Jurulatih
Pelbagai Skim Pelesenan dan Persijilan telah dilaksanakan bagi memastikan jurulatih dapat menikmati
imbuhan yang ditawarkan.

You might also like