You are on page 1of 53

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN TAJUK: PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN KENALPASTI BAKAT,

T, PEMBANGUNAN ATLET
UNIT: PISMP SAINS SEMESTER 5

NAMA AHLI KUMPULAN: LILIAN CHIN LI LIAN NOOR FATINAH BINTI RUSLI MERRY LU LEE AI

Program Pembangunan Sukan


Program melibatkan merupakan sebahagian kehidupan masyarakat. kegiatan daripada sukan aktiviti

Aktiviti sukan memberikan kesempatan kepada ahli-ahli sukan dan masyarakat untuk mengenal dan mengintegrasikan secara praktik pengetahuan yang dipelajari mereka melalui aktiviti amali sukan.

TUJUAN
Melaksanakan program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah. Mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan secara berterusan dalam jangka masa panjang. Melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk mewakili Negeri dalam kejohanan SUKMA dan seterusnya mewakili negara. Melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta lebih efisen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Memantau perlaksanaan program latihan yang dijalankan di setiap pusat latihan.

Kenal pasti bakat

Pembangunan atlet

Program Pembangunan Sukan

Kenal Pasti Bakat

Definisi
Menurut Peltola Thomson dan Beavis (1992), identifikasi bakat merupakan satu proses menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai sukan yang mereka suka dan boleh memberi kejayaan berdasarkan keputusan parameter ujian yang dipilih. Parameter ini direka untuk meramalkan kemampuan pencapaian kanakkanak mengikut tahap kecergasan dan kematangan pada masa sekarang.

Menurut Deboran Hoare (2000), identifikasi bakat (TID) merupakan satu proses penyaringan kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan ujian fizikal, psikologikal dan ciri-ciri kemahiran untuk mengenal pasti atau identifikasi mereka yang berpotensi bagi menjayakan sukan yang tertentu .

Kenal pasti bakat (Talent Identification Device (TID))


Matlamat: mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberikan latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili negara dalam sukan. Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu: Mengadakan program khas yang diadakan di pusatpusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah (MSSD), negeri (MSSN) dan antarabangsa (MSSM).

Atlet-atlet yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun. Jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah dan menghapuskan peluang pemain untuk terus maju.

Sumber-sumber Ahli Berbakat


Program sukan dan riadah seperti Sukan Tahunan Sukan Tahunan oleh Kementerian, Jabatan Kerajaan dan lain-lain. Pertandingan sukan yang dianjurkan oleh institut perguruan atau universiti. Majlis Sukan Sekolah Menengah mengadakan pertandingan tahunan. Kelab dan Persatuan sukan tempatan, daerah dan negeri.

Pemilihan Berstruktur
Pemilihan Berstruktur -

satu pelan dirancang untuk menentukan peraturan pemilihan pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang sesuai dipilih.

Pemilihan Objektif

Pemilihan Subjektif

Pemilihan Objektif
Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet dinilai. Contoh: sukan badminton kemahiran asas yang dinilai adalah seperti membuat servis, pukulan, pergerakan di gelanggang dan lain-lain. Komponen kecergasan atlet diuji supaya jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih. komponen kecergasan: daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, komposisi badan Kesesuaian atlet untuk bermain dalam permainan individu atau berpasukan. Permainan berpasukan memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan sepasukannya.

Pemilihan Subjektif
Bergantung pada penilaian peribadi jurulatih terhadap seorang atlet. Pemerhatian terhadap sifat atlet: sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat, gigih, mudah menyesuaikan diri memberikan gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih.

Jurulatih melihat rekod peribadi atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Identifikasi Bakat
Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu

Faktor Prestasi
Struktur Tubuh Badan Tindak Balas dan Koordinasi Kestabilan Kekuatan dan Kuasa Kelajuan Ketangkasan Daya Tahan Kelembutan Mental

Faktor Prestasi (1) Struktur Tubuh Badan

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan (a) Ketinggian semasa berdiri Ukuran jarak dari lantai ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. Contoh: (a) Atlet bola keranjang memerlukan ketinggian. (b) Atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan sekirannya rendah. (b) Ketinggian semasa duduk Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk melunjur. Contoh: (a) atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang panjang. (b) acara angkat berat mendapat kelebihan sekiranya berbadan rendah.

(c) Panjang depa Jarak depa dari hujung jari kanan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu. Contoh: (a) atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek. (b) atlet renang dan peninju memerlukan depa yang panjang.

(d) Jisim badan Ukuran berat badan dalam kg dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki. Contoh: (a) berat badan yang ringan sesuai untuk atlet lumba basikal dan atlet acara larian.

Faktor Prestasi

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

(2) (a) Masa tindak balas Tindak Tempoh yang diambil untuk bertindak atau Balas dan memulakan pergerakan setelah sesuatu Koordinasi rangsangan. (b) Keupayaan membaling

(c) Keupayaan menangkap

Faktor Prestasi (3) Kestabilan

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan


(a) Dirian bangau

(b) Pusingan bangau

Faktor Prestasi

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

(4) Kekuatan dan Kuasa

(a) Balingan bola


(b) Balingan beban (peluru 3kg)

(c) Lompatan jauh berdiri

(d) Bangun tubi

Faktor Prestasi

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

(5) Kelajuan

(a) Lari pecut 40m

Faktor Prestasi

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

(6) (a) Ujian Keanjalan Heksagon (ujian lompatan) Ketangkasan

Menilai ketangkasan dan koordinasi

Faktor Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan Prestasi (7) (a) Lari ulang-alik (10m) Daya Tahan

(b) Tekan tubi

(c) Larian 800m

Faktor Prestasi

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

(8) (a) Jangkauan melunjur Kelembutan

(b) Ekstensi belakang

Faktor Prestasi (9) Mental

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan (a) Inventori Eysencks Personality - soal selidik untuk menilai personaliti seseorang.

Extraverts sifat-sifat optimis seperti suka bercakap, mudah stabil bergaul, ceria, riang, mempunyai sifat kepimpinan. Extraverts sifat-sifat mudah tersinggung seperti sensitif, tidak stabil resah, tidak bertanggungjawab.
Introverts sifat-sifat yang bersikap dingin seperti tenang, stabil boleh dipercayai, terkawal, tenang, bijaksana, berhati-hati, pasif Introverts kualiti pilu seperti tenang, tenang, tegar, cemas, tidak stabil muram

PEMBANGUNAN ATLET

Definisi
Atlet merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan (Jasiman bin Ahmad) Pembangunan atlet adalah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang atlet antaranya: Berdisiplin Semangat berpasukan Bersemangat Bertimbang rasa Peribadi mulia Tidak menyerah kalah

Peranan Majlis Sukan Negara


Aktiviti Utama Majlis Sukan Negara: Program Pembangunan Atlet Khidmat Sains dan Perubatan Sukan Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan Pengurusan dan Kepagawaian Sukan Kemudahan Sukan Skim Penggalakkan dan Anugerah Sukan Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Atlet & Jurulatih


1) Elit Atlet bertaraf dunia dilahirkan berorientasikan pencapaian prestasi cemerlang di temasya-temasya peringkat antarabangsa iaitu Sukan SEA, Komanwel, Asia & Olimpik serta kejohanan-kejohanan individu. 2) Pelapis Majlis telah melaksanakan program latihan yang lebih bersistematik dan tersusun di setiap peringkat bagi melahirkan atlet yang mampu menggalas cabaran di kejohanan peringkat tertinggi. 3) Paralimpik Sukan berbentuk kompetetif untuk golongan OKU dipertandingkan di setiap temasya sukan utama dunia iaitu Sukan Paralimpik, Kejohanan-Kejohanan Dunia dan Asia. 4) Jurulatih Pelbagai Skim Pelesenan dan Persijilan telah dilaksanakan bagi memastikan jurulatih dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan.

Pembangunan Atlet : Program Latihan Sukan peringkat Tertinggi


MUTU LATIHAN Mutu latihan jurulatih yang tinggi amat penting untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan tanah air

HUBUNGAN Perhubungan yang erat hendaklah diwujudkan dan dijalinkan antara jurulatih dan jaguh-jaguh sukan itu. KOMITMEN Jurulatih harus mempunyai komitmen untuk memperoleh pencapaian yang tinggi.

Pembangunan Atlet : Program Latihan Sukan peringkat Tertinggi


MASA Jurulatih hendaklah ditentukan bahawa mereka mempunyai masa yang terluang yang mencukupi untuk memberi latihan kepada ahli-ahli sukan itu BILANGAN

Jikalau ramai ahli sukan maka diberi latihan maka akan menjejaskan mutu latihan itu
TANGGUNGJAWAB Adakalanya seseorang jurulatih itu diberi tugas untuk melakukan kerja-kerja mengumpulkan dana dan pentadbiran sukan.

Pembangunan Atlet : Sifat-sifat Ahli Sukan Yang Berjaya


Mempunyai motivasi dan keazaman yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Perlu mengadakan program dalam mengenal pasti ahliahli sukan yang berbakat besar.

Sentiasa bersedia bekerja dengan keras dan gigih dalam mencapai kejayaan.

Perlu diberikan galakkan untuk mencungkil dan mengasah bakat mereka sepenuhnya.

Menumpukan perhatian terhadap beberapa jenis sukan sahaja.

Bantuan dan sokongan bagi ahli-ahli sukan


Untuk memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang sukan, seseorang atlet perlulah mewujudkan sistem sokongan yang kuat. Mereka memerlukan latihan yang mencukupi dan dapat digunakan dengan sempurna. Antara kemudahan yang diperlukan ialah: Kebenaran majikan untuk melakukan latihan. Masa yang mencukupi diperlukan untuk mengikuti program latihan melebihi 3 jam sehari, 7 jam seminggu. Perlu mengikuti latihan sehingga berminggu-minggu secara berterusan.

Perlu mendapatkan kemudahan perubatan dan sokongan fisioterapi apabila diperlukan. Memerlukan galakan dan dapat mewujudkan suasana persekitaran latihan yang positif.

Latihan kemahiran psikologikal (LKP)


LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.

Pemakanan atlet
Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik.

Makanan sebelum pertandingan


Atlit yang menceburi acara marathon, berbasikal jarak jauh, mendayung memerlukan bekalan karbohidrat yang lebih tinggi. Bekalan tersebut biasanya disimpan di otot dan hati. Amalkan makanan yang mengandungi karbohidrat kerana ia lebih mudah dan cepat dihadam daripada makanan yang mengandungi lemak.

Seseorang atlit harus sekurang-kurangnya makan 2 3 jam sebelum sesuatu pertandingan. Ini membolehkan makanan dihadam dan perut tidak rasa penuh. Pada masa yang sama, atlit juga tidak harus rasa terlalu lapar sebelum pertandingan.

Pemakanan semasa pertandingan


Jangkamasa pertandingan yang lama akan mengakibatkan kehilangan air dan sesetengah mineral melalui proses perpeluhan Meminum air yang banyak adalah pendekatan yang wajar kepada atlit tersebut. Air sejuk adalah diutamakan kerana ia memudahkan penyerapan berlaku di organ penghadaman.

Pemakanan selepas pertandingan


Acara-acara yang mempunyai masa rehat yang cukup (selepas 3 jam atau pada hari berikutnya) atlit harus memberi tumpuan kepada pemakanan yang dapat membekalkan tenaga untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan. Makanan berkarbohidrat dalam bentuk cecair adalah sesuai untuk mereka.

Tokokon Karbohidrat
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus djalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan volum dan intensiti latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu: Fasa 1: Hari 1 2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat norma Fasa 2: Hari 3 5 : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat ( 70 %) Fasa 3: Hari ke 6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa.

Sahsiah
Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet. Antara tokoh atlet yang berjaya Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol Ann David.

Bantuan kewangan
DANA
Semua pentadbir sukan menyedari hakikat bahawa mereka perlu mengadakan pengumpulan dana. Dengan itu, mereka akan dapat mengadakan latihan dan menganjurkan pertandingan. Semuanya itu merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka.

dana diperlukan untuk membiayai perbelanjaan perjalanan dan juga pertandingan. Peruntukan kewangan juga diperlukan untuk membayar perbelanjaan latihan dan sara hidup. Membiayai kos pelajaran ahli-ahli sukan. Tabungan kewangan diperlukan untuk membiayai kerja lebih masa. Ahli-ahli sukan memerlukan perbelanjaan untuk mengadakan latihan kejurulatihan dan bagi mendapatkan kemudahan.

Bantuan pentadbiran
SOKONGAN Untuk melaksanakan program latihan dan pertandingan yang teratur, mesti ada perancangan yang tersusun. Jurulatih perlu menjalankan kerja-kerja kejurulatihan, manakala ahli-ahli sukan mengikuti kursus latihan.

Pengurusan harus dilakukan oleh pentadbir sukan. pentadbiran adalah dalam bentuk surat-menyurat, perjalanan pegawai, jurulatih dan ahli-ahli sukan.

Sokongan mengatur

Mereka juga mengendalikan program pengumpulan dana dan mengaturkan kemudahan dan peralatan latihan. Dalam urusan mereka juga adalah untuk menghubungi media massa, kerja penggalakan sukan dan mengaturkan mesyuarat. Pentadbir sukan harus menyedari hakikat bahawa tumpuan mereka adalah aktiviti ahli-ahli sukan dan jurulatih.

PERTANDINGAN

Diadakan mengikut peringkat dan kekerapan yang sesuai. Persatuan sukan mustahak mengadakan perkembangan dan pembangunan sukan. pertandingan bagi

Dengan pertandingan selalunya diadakan latihan sebelumnya dan ini merupakan motivasi bagi latihan harian. Pertandingan juga memberi banyak ujian dan cabaran. Faktorfaktor seperti kemahiran, motivasi dan strategi diuji secara serentak.

Penilaian yang teliti yang dilakukan hasil daripada pertandingan itu membolehkan jurulatih mengesan kekurangan, kelemahan dan kekuatan ahli-ahli sukan mereka.

GALAKAN AHLI SUKAN YANG BERBAKAT


Ahli-ahli sukan yang berbakat juga diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka di menara gading.

Mereka yang cemerlang dalam bidang sukan juga ditawarkan di pusat pengajian tinggi sekiranya pencapaian akademik mereka memuaskan dan baik.
Mereka yang menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa diberi kemudahan perjalanan, penginapan, makan minum, perubatan dan peralatan sukan percuma. Mereka yang berbakat diberi latihan di luar negara.

Penghormatan dalam bentuk pingat, surat penghargaan diberi kepada ahli sukan yang berbakat.
Ahli sukan yang mengharumkan negara dalam bidang sukan diberi gelaran seperti Olahragawan dan Olahragawati Negara.

Pembangunan Atlet : Kemudahan dan Peralatan Sukan.


Kenal pasti kekurangan kemudahan dan peralatan juga merupakan faktor utama dalam membataskan perkembangan dan pembangunan sukan. Mustahak bagi pentadbir sukan untuk cuba memperbaiki kemudahan latihan yang positif.

MOTIVASI Mereka memiliki kemudahan latihan di peringkat rendah tetapi mereka mempunyai motivasi yang tinggi dan komitmen berkerja yang gigih.

MENGATASI

BATASAN

1. Program latihan sukan peringkat tinggi.

2. Sifat-sifat ahli sukan yang berjaya. 3. Kemudahan dan peralatan sukan.

8. Galakan ahli-ahli sukan yang berbakat

PEMBANGUNAN ATLET.

4. Bantuan dan sokongan bagi ahliahli sukan.

7. Pentadbiran. 5. Bantuan kewangan. 6. Bantuan pentadbiran.

Soalan
1. Apakah matlamat bagi program kenal pasti bakat (Talent Identification Device (TID))? 2. Nyatakan dua cara yang digunakan dalam program kenal pasti bakat. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan berstruktur?

Sumber Rujukan
Hilmi bin Ahmad. (2011). Sains Sukan: Identifikasi Bakat (TID). http://hilmiahmad.blogspot.com/2011/08/sains-sukanidentifikasi-bakat-tid_14.html. Dilayari pada 22 Januari 2014. Kementerian Belia dan Sukan http://www.kbs.gov.my/index.php/bm Dilayari pada 27 Januari 2014 Majlis Sukan Negara http://www.nsc.gov.my/portal/ Dilayari pada 27 Januari 2014 Pemakanan Atlet http://sportinspirations.blogspot.com/ Dilayari pada 27 Januari 2014

Peranan msn http://sainssukan72.blogspot.com/2009/09/m ajlis-sukan-negara-msn-majlis-sukan.html Pemakanan Atlet


http://mamatmatchel.wordpress.com/sporteducation/pemakanan-sukan/ Dilayari pada 27 Januari 2014

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

SEKIAN , TERIMA KASIH =)

You might also like