You are on page 1of 1

1.

Sebelum klip video bangau oh bangau dimainkan, murid-murid diminta untuk menyenaraikan haiwan-haiwan yang dapat diperhatikan dalam klip video tersebut. 2. Murid-murid diminta untuk melihat klip video bangau oh bangau. 3. Murid-murid diminta untuk menjawab beberapa soalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid. 1) Apakah haiwan-haiwan yang dapat diperhatikan dalam klip video tersebut? 2) Apakah makanan bangau? 3) Apakah makanan Kerbau? 4) Apakah makanan ular? 5) Apakah makanan katak? Bangau - ikan Kerbau rumput Ular Katak 1. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Murid-murid diminta untuk memerhati gambar pada muka surat 44 buku teks. 3. Murid-murid diminta untuk membincangkan soalan-soalan: i. Apakah haiwan-haiwan yang boleh diperhatikan dalam gambar? ii. Apakah yang mereka sedang makan? 4. Murid-murid diberi lembaran kerja dan diminta untuk memadankan haiwan dengan makanannya seperti yang dapat dilihat dalam gambar. 5. Murid-murid dibimbing untuk mengitlakkan bahawa haiwan boleh dikelaskan kepada : (a) Haiwan makan tumbuhan sahaja (b) Haiwan makan haiwan sahaja (c) Haiwan makan tumbuhan dan haiwan 6. Murid-murid diberitahu bahawa: (a) Haiwan makan tumbuhan sahaja dinamakan herbivor (b) Haiwan makan haiwan sahaja dinamakan karnivor (c) Haiwan makan tumbuhan dan haiwan dinamakan omnivor 7. Murid-murid diminta untuk membuat latihan dalam buku aktiviti iaitu mengelaskan haiwan-haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. 1. Murid-murid diminta untuk menyatakan definisi herbivor, karnivor dan omnivor. 2. Murid-murid diminta untuk menyatakan satu contoh haiwan dan makanannya serta menamakan jenis pemakanan haiwan tersebut sama ada herbivor, karnivor atau omnivor. 3. Murid-murid diminta untuk menyiapkan kerja rumah dalam buku aktiviti.

You might also like