You are on page 1of 5

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986)

Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada tigakategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelumpengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaranmeliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan danpemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa pengajaranmerangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gayaselepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid (student-centered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ).Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalampenyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum inimempunyai 11 stail pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikankesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini.Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum stail pengajaran A, B, C, D dan Emewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gayayang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan Kmenggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru.

GAYA A : GAYA ARAHAN Gaya arahan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkanpelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalamstail ini, guru berperanan membuat kesemua keputusan manakala pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung danrapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demimencapai sesuatu objektif yang dirancang.Gaya ini sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatupergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan.Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini jugasesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad danmemerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin. GAYA B : GAYA LATIHAN Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaranarahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. DalamP&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secaraansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukandemonstrasi. Guru menentukan setiap apa yang ingin diajar. Guru melakukanpemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkatawal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh,guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki denganmenyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel. GAYA C : GAYA TIMBAL BALIK Dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan kriteriapembelajaran. Guru hendaklah memberi penerangan sebelum aktiviti bermula.Selain itu, guru perlulah menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasiperlakuan.Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawabuntuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagimemerhati serta memberi maklum balas.

GAYA D : GAYA SEMAK KENDIRI Dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteriapembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti.Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlakuan yang senang bagimembolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan keranatelah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar dengan pelajar. GAYA E : GAYA INKLUSIF/PENINGKATAN Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkankonsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelastentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikansepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktivititugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namunbegitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbingsemasa berjalannya P&P.Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan. Pelajar diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh,semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan padaketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubimengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan. GAYA F : GAYA PENEMUAN TERBIMBING Dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan danmenyediakan beberapa soalan yang bertututan dan menjurus kepada satu jawapan.Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guruboleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini,pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalan-soalanyang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan. GAYA G : GAYA PENGAJARAN BERPUSAT Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran praimpak dan pasca impak sahaja. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalahkepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak. Pelajar melakukanaktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.Pelajar bebas menggunakaan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalamproses menyelesaikan masalah. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau kumpulanuntuk melakukan aktiviti perlulah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yangdiberikan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah caradalam aktiviti yang dipiliholeh pelajar . Gaya ini boleh dilakukan dan dilaksanakan secaraindividu,berpasangan atau secara berkumpulan.Kebaikan gaya ini adalah pelajar dapat membina pelbagai perlakuan yangsesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yangdiberikan. Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akanmembentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, pelajar lebihyakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terkongkongdenganarahan atau idea dari guru. GAYA H : GAYA PENEMUAN BERCAPAH Guru menetapkan tugasan yang mempunyaibanyak jawapan. Kemudian, gurumendorong pelajar untuk menilai setiap jawaapan yang diberi dan membuatperbandingan. Perbandingan ini adalah satu cara pelajar menilai keberkesanan jawapan yang diberikannya.

GAYA I : GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU Gaya ini sangat kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang untukmemahami tugasan dan murid perlu berfikir secara logik dan sistematik. Murid akanmenetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri.Dalam kes ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing. GAYA J : GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG Guru bertindak sebagai pemantau manakala murid perlu merancang sendiri aktivitipembelajaran. Murid juga bebas memilih gaya pembelajaran kendiri bagimenyelesaikan tugasan. Ini memberi peluang kepada murid untuk menggantikantugas guru mengawal kelas dan merancang program. GAYA K : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid dan guru bertindaksebagai pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancangtersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai contoh,murid memilih kemahiran menendang bola sepak dengan menggunakan pelbagaiteknik. Jadi, murid menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalammenaplikasikan teknik menendang bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya,murid ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak dengan betul. KESIMPULAN Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawabdalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuandan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagaikaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapatmewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan disiplin sertamenetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, gurudapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagaiobjektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Fasa pra impak merangkumi keputusan yang perlu dibuat dalam perancangan awal kelas. Contohnya rancangan pengajaran harian, persediaan dan pemilihan topik, objektif, penyampaian dan menyediakan alat bantu mengajar. Impak meliputi keputusan yang perlu dibuat mengenai pencapaian dan pelaksanaan dalam demonstrasi, prosedur mengajar dan latihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pasca impak adalah penilaian dan maklum balas daripada pelajar.

PERKEMBANGAN MURID Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain. Domain kognitif Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepadalebih sukar. Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancangdan dijalankan dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonomi. Bloom yang membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian. Domain afektif Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,penghargaan dan nilai. Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatandaripada yan g paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkatpenerimaan, kemudian gerakbalas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan. Domain psikomotor Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Diperingkat rendah , murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasadilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut mempunyai hierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal,pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks dan akhirnya pergerakan suaian. Domain sosial Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. Domain ini terdiri daripadalapan peringkat objektif iaitu : berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding,bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar.

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain, memerlukan perancangan yang teliti dan teratur untuk manghasilkan penyampaian yang berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut: 1. Kepakaran guru Salah satu kriteria penting yang perlu diambil berat semasa membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani ialah kepakaran guru. Dengan adanya perancangan yang baik tetapi tanpa tenaga pengajar yang berkemahiran dan kebolehan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai.Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dapat memelaksanakan aktiviti pengajaran dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah jika timbulnya sebarang masalah semasa pelaksanaan.Oleh itu adalah penting pihak pentadbir dan guru perlu membuat pilihan aktiviti berdasarkan kepakaran yang ada di sekolah. 2. Prasarana Prasarana disini bererti kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan, gimnasium dan lain-lain. Semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani faktor kemudahan perlu dititikberatkan sebab ia merupakan faktor yang akan mempengaruhi perlaksanaan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.Sebarang kekurangan dari segi prasarana akan menjejaskan perancangan guru. 3. Peralatan Perkara yang sama penting semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih mestilah cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti, selamat untuk digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur pelajar. Peralatan yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar. 4. Kedudukkan kewangan sekolah Faktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan biasanya menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga. Dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan menjejaskan perancangan 5. Sosio budaya tempatan Semasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu peka dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mengikut atau bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini penting untuk menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada pihak masyarakat tempatan dan ibubapa. 6. Pihak pentadbiran Seperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak yang akan mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak pentadbir.

You might also like