You are on page 1of 21

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

(Konsep, Definisi dan Matlamat)

Disediakan oleh: LENI SALFARINA BT A RAMLEE UMI NORMIZAN BT SAFIE KHAIRULANUAR B MASLAM MD YUSOFF B AB HAMID

Definisi Pendidikan Jasmani Suaian


Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan

Pendidikan Jasmani

yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Konsep Pendidikan Jasmani Suaian


Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Matlamat dan Tujuan Pendidikan Jasmani Suaian


Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan

Objektif-objektif pengajaran PJ Suaian mempunyai dua komponen iaitu: a) Tingkah laku yang dapat diperhatikan. b) Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus gerak balas.

keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa.

Objektif Psikomotor PJ Suaian


a) Aspek Fizikal Lebih beri tumpuan kpd aspek struktur anotomi individu. Kawalan postur perlu dibina bagi bolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian dgn umur. Kawalan postur menyediakan pelajar utk mempelajari kemahiran motor yg lebih kompleks. Tumpuan utama dlm aspek fizikal ini ialah postur statik dan postur dinamik.

Objektif Psikomotor PJ Suaian


b) Aspek Motor Beri tumpuan kpd kuantiti pergerakkan yg mampu dipamerkan. Melibatkan beberapa prinsip asas (spt kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan) Faktor asas yg terlibat ialah: Imej tubuh, Kawalan objek, Orientasi spatial (ruang), Kemahiran lokomotor & bukan lokomotor, Perkembangan kemahiran dan Kecergasan.

Objektif Psikomotor PJ Suaian

c) Aspek Permainan Melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. Merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan kecergasan. Beri ruang kepada pelajar melibatkan diri dalam berkomunikasi dan aktiviti

sosial.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya Dengan PJ Suaian


Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995) yg menyeluruh (kognitif, afektif, psikomotor. Aktiviti PJ Suaian boleh bantu mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Program terapi fisio dpt kurangkan masalah yang dihadapi dgn lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Pengajaran Pj suaian yg dirancang dgn baik dan bersesuaian akan dpt penuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah.

PERMAINAN UBAHSUAIAN

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

PERMAINAN BADPONG Permainan badpong adalah sejenis permainan yang berteraskan koordinasi mata dan tangan. Perkataan badpong adalah berasal daripada dua permainan iaitu permainan badminton dan juga ping pong. Bad diambil daripada perkataan badminton dan pong diambil daripada perkataan ping pong.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Badpong dimainkan di atas gelanggang badminton dan menggunakan bad ping pong sebagai pemukul atau lebih tepat lagi raket. Bola getah digunakan bagi menggantikan bulu tangkis.

Permainan ini juga tidak semestinya dimainkan di dalam dewan , malah ia boleh dimainkan di kawasan lapang asalkan permukaan gelanggangnya keras.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Ukuran Gelanggang

Gelanggang permainan badpong mengikut ukuran gelanggang badminton. Panjang gelanggang ini ialah 13.4 meter dan lebarnya 6.1 meter. Di tengah-tengah gelanggang dipasang jaring selebar 6.1 meter dan diikat di tiang yang terdapat di kiri kanan gelanggang. Tinggi kedua-dua tiang tersebut ialah 1.55 meter. Tinggi jaring itu dari lantai ialah 1.45 meter. Dikedua-dua belah gelanggang terdapat satu garisan putih iaitu garisan servis berukuran 1.98 meter daripada jaring.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

GELANGGANG BADPONG

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Peralatan

Bad ping pong Bola getah Jaring

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Cara Bermain

1. Permainan badpong dimainkan oleh empat atau lima orang peserta bagi setiap pasukan. Undian dijalankan untuk memulakan permainan. Setelah undian , satu pasukan akan diberi pilihan untuk memilih gelanggang dan satu pasukan lagi akan memulakan permainan. 2. Permainan ini dilangsungkan dalam dua set. Jika kedudukan seri iaitu setiap pasukan memenangi satu set , set ketiga atau set penentuan akan dijalankan.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

3. Mata penamat bagi setiap set ialah 15 mata. Jika deuce iaitu mata sama pada kedudukan 14-14 , mana mana pasukan yang mendapatkan perbezaan dua mata dikira pemenang set tersebut. 4. Pasukan yang memulakan servis akan mendapat mata jika pihak lawan tidak dapat membalas pukulan yang dihantar. Tetapi jika pihak lawan berjaya mematikan servis maka pihak lawan akan mendapat mata.

5.

Servis boleh dimulakan di mana-mana sahaja di gelanggangsendiri tetapi mestilah tidak melebihi garisan servis. Servis dibuat seperti permainan badminton.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

6. Pemain tidak dibenarkan membuat servis secara berturutturut. Servis berikutnya mestilah diambil oleh pemain lain walaupun servis yang dilakukan oleh pemain pertama berhasil mendapatkan mata. Servis dilakukan bergilir-gilir. 7. Servis yang dibuat mestilah melepasi garisan servis gelanggang pihak lawan. Jika tidak melepasi garisan tersebut , bola dikira keluar (out ) dan satu mata diberikan kepada pihak lawan. 8. Pemain mestilah menunggu bola melantun dahulu sebelum menghantar bola ke gelanggang pihak lawan. Jika bola dipukul secara terus tanpa melantun , maka pukulan itu akan dibatalkan dan pihak lawan akan diberikan satu mata.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

9. Bola yang melantun dipukul sekali sahaja dan mestilah melepasi jaring untuk mendapatkan mata. Ia sama seperti permainan badminton. 10. Pemain mestilah membuat pukulan hadapan atau forehand sahaja sewaktu membalas hantaran pihak lawan. Pukulan kilas TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 11. Permainan ini diadili oleh seorang pengadil dan empat orang penjaga garisan. 12. Pukulan yang dilakukan tidak melepasi jaring , bola keluar dari gelanggang , servis yang tidak lepas akan memberikan mata kepada pihak lawan.

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Kesesuaian Permainan
Permainan badpong ini sesuai dimainkan oleh murid yang mengalami masalah pendengaran dan lembam dalam pelajaran. Arahan permainan ini senang untuk difahami dan tunjuk cara dilakukan sebelum permainan ini dimainkan.
Untuk pengiraan mata , bagi murid-murid lembam tidak ada masalah kerana permainan ini hanya 15 mata sahaja. Kad kutipan mata akan digunakan untuk menunjukkan kutipan mata yang diperolehi bagi murid-murid yang mengalami masalah pendengaran.

AKTIVITI PEMULIHAN koordinasi mata dan tangan

i. Pukul bola getah yang melantun ke dinding

untuk memantapkan tangan.

koordinasi

mata

dan

ii. Gunakan bola yang bersaiz lebih besar. Lakukan latih tubi berpasangan. iii. Berpasangan memukul bola ke dinding secara bergilir-gilir seperti bermain skuasy. Murid-murid menggunakan pukulan forehand .

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Sekian , terima kasih.

You might also like