You are on page 1of 4

Refleksi

( Ramah a/p Simanjalam PJK SJKT)


Tugasan PJM 3123 Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan yang diberikan kepada
siswa IPGKRM Ambilan Jun 2013 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui pengurusan permainan tradisional.
Kami menjalankan permainan tradisional yang bertajuk kabadi. Hal ini bertujuan untuk
mendedahkan kepada siswa untuk mengenali cara bermain kabadi.
Pada 3 September 2015 pukul 10.45 pagi telah diadakan permainan bertempat padang
Astaka IPG Kampus Raja Melewar. Seramai 17 orang siswa telah mengikuti permainan
tradisional ini. Kumpulan ketiga iaitu kumpulan Veetiyah bersama ahli kumpulan Kasthuri
Kumari dan Renuga Nair menguruskan permainan tradisional kabaddi. Manakala kumpulan lain
pula peserta dalam permainan ini. Pertamanya kumpulan Veetiyah memberi penerangan asalusul, cara bermain, peraturan dan masa permainan. Permainan ini dimainkan antara dua
pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi
sebagai pemain simpanan. Satu pasukan bertindak sebagai penyerang manakala pasukan
yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.
Permainan ini memberi kelebihan kepada saya, iaitu dijadikan sebagai alat hiburan untuk
mengisi

lapang.

Permainan

tradisional

dapat

menghiburkan

kerana

permainan

ini

menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan ini
dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan. Kami dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Selain itu semasa bermain juga terdapat terdapat beberapa kelemahan antaranya ialah
kawasan gelanggang permainan kabaddi. Kawasan gelanggang tidak sesuai kerana permainan
dijalankan di padang. Kawasanya tidak rata dan ada berlubang. Untuk permainan ini kawasan
begini amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan cedera. Selain daripada itu ada
sesetengah pelajar kurang pandai bermain kabaddi. Mereka tidak mempunyai pengalaman
bermain permainan tradisional ini.
Kesimpulannya, permainan kabaddi merupakan satu budaya yang sihat. Permainan kabaddi
juga dapat melahirkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar secara tidak langsung, interaksi
ni mengeratkan hubungan dalam kalangan guru pelatih.

Refleksi
( Ramah a/p Simanjalam PJK SJKT)
Tugasan PJM 3123 Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan yang diberikan kepada
siswa IPGKRM Ambilan Jun 2013 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui pengurusan permainan tradisional.
Kami menjalankan permainan tradisional yang bertajuk batu seremban. Hal ini bertujuan
untuk mendedahkan kepada siswa untuk mengenali cara bermain batu seremban.
Pada 10 September 2015 pukul 10.45 pagi telah diadakan permainan bertempat padang
Astaka IPG Kampus Raja Melewar. Seramai 17 orang siswa telah mengikuti permainan
tradisional ini. Kumpulan keempat iaitu kumpulan Anbarasi bersama ahli kumpulan
Manggalambigai dan Sathiavani menguruskan permainan tradisional Batu Seremban. Manakala
kumpulan lain pula peserta dalam permainan ini. Pertamanya kumpulan Anbarasi memberi
penerangan asal-usul, cara bermain, peraturan dan masa permainan. Permainan ini dimainkan
secara pasangan. Saya dan bersama ahli kumpulan saya iaitu Manivaasagam, Nagaraju dan
Thilagess duduk secara bulatan untuk memudahkan penukaran giliran dalam permainan ini. Hal
ini juga memudahkan permainan tersebut dimainkan. Dalam bermain Batu Seremban ini
terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan
peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan batu
tujuh.
Permainan ini memberi kelebihan kepada saya, iaitu dijadikan sebagai alat hiburan untuk
mengisi lapang. Permainan ini juga dapat meningkatkan pengiraan secara congkak dalam
subjek Matematik. Tambahan lagi pula memberi pengalaman yang kaya untuk meningkatkan
kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi,
belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Selain daripada itu dapat
menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit
semula pada masa akan datang.
Selain itu semasa bermain juga terdapat terdapat beberapa kelemahan antaranya ialah
masa. Masa yang diberikan tidak mencukupi. Masanya agak singkat. Ada dalam kalangan guru
pelatih kurang mahir dalam permainan ini. Rakan-rakan membantu semasa bermain permainan
ini.

Kesimpulannya, permainan Batu Seremban membantu berfikir dengan kreatif dan logik.
Permainan ini juga menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya.
Refleksi
( Ramah a/p Simanjalam PJK SJKT)
Tugasan PJM 3123 Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan yang diberikan kepada
siswa IPGKRM Ambilan Jun 2013 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui pengurusan permainan tradisional.
Kami menjalankan permainan tradisional yang bertajuk galah panjang. Hal ini bertujuan
untuk mendedahkan kepada siswa untuk mengenali cara bermain galah panjang.
Pada 17 September 2015 pukul 10.45 pagi telah diadakan permainan bertempat padang
Astaka IPG Kampus Raja Melewar. Seramai 17 orang siswa telah mengikuti permainan
tradisional ini. Kumpulan terakhir iaitu kumpulan kelima iaitu kumpulan Deepakala bersama ahli
kumpulan Mayure dan Vigneswari menguruskan permainan tradisional galah panjang.
Manakala kumpulan lain pula peserta dalam permainan ini. Pertamanya kumpulan Deepakala
memberi penerangan asal-usul, cara bermain, peraturan dan masa permainan. Permainan ini
melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak
yang mengawal gelanggang. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan
pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga
gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai
mengawasi setiap penyerang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah, dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya
menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Permainan ini memberi kelebihan kepada saya, iaitu dapat membina sosialisasi. Ini kerana
biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung saya dapat
bergaul dengan rakan- rakan saya. Semasa bermain galah panjang dapat melepaskan
emosinya. Saya berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai
terapi untuk melepaskan emosi dan berasa gembira. Permainan ini memerlukan kerjasama
antara ahli kumpulan untuk memenangi perlawanan secara tidak langsung memupuk sikap
toleransi.
Selain itu semasa bermain juga terdapat terdapat beberapa kelemahan antaranya ialah
kawasan gelanggang permainan tidak sesuai. Kawasan bukanya kawasan tanah yang lapang.
Ukuran gelanggang tidak begitu tepat. Kawasan gelanggang yang dilakar sempit untuk pemain

bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini menganggu pemain untuk bermain
dengan selesa.

Secara kesimpulannya dengan melibatkan diri dalam permainan ini, dapat membina gaya
hidup sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis dan dijadikan sebagai
salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar.

You might also like