You are on page 1of 3

PJM3112 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Refleksi kendiri Disediakan oleh : Muhammad Iftitah Bin Mustafa Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan mengikut pro-forma. Karnival Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5 ambilan Januari 2012. Karnival Permainan Tradisional di anjurkan oleh kelas saya iaitu kelas PISMP Unit K1 dengan kerjasama PISMP Unit K8. Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan pada 6 Mac 2014 bersamaan dengan hari Selasa bertempat di Padang Hoki IPG Kampus Ipoh sehingga jam 12 tengah hari. Sebelum menjalankan karnival ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari karnival akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan karnival ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan. Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa buku program. Antara tugasan yang perlu disempurnakan ialah menerima bahan-bahan yang hendak dimuatkan serta maklumat yang terkini dari lain-lain AJK. Selain itu saya perlu merancang dan menyusun atur program mengikut keutamaan. Dalam pengurusan karnival ini, kami telah dibahagikan tugas untuk mengurus empat jenis permainan tradisional. Antaranya adalah permainan ketinting, kabadi,dan cari angpau. Kami telah membentuk 3 buah kumpulan kecil. Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab terhadap permainan yang akan dikelolakan. Daripada apa yang saya lihat, setiap ahli kelas saya dapat melaksanakan dengan jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar. Setiap guru pelatih memberikan bantuan dan kerjasma yang baik. Setiap permainan dijalankan di tempat yang berlainan tetapi berpusat. Ini memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia. Jadi, ini menunjukkan
1

bermula dari jam 7.30 pagi

PJM3112 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

betapa pentingnya pengurusan tempat dan juga pembahagian jawatankuasa untuk memastikan permainan dapat dijalankan tanpa menggunakan masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat permainan ke satu tempat permainan yang lain. Jelaslah bahawa pengurusan masa itu sangat penting dalam merancang sesuatu program supaya masa yang diperuntukkan untuk setiap permainan dapat dijalankan mengikut perancangannya. Kami telah mengadakan persiapan pada hari isnin malam, bersamaan dengan 5 Mac 2014. Tapi memikirkan saya bersama rakan-rakan telah menghias kawasan

padang menggunakan tema perkampungan kanak-kanak dan berwarna warni. Kami menamakan kumpulan kami sebagai Bella Brellas Kampung. Ia seolah-olah seperti suasana saya berada di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan kanak-kanak. Kami mengadakan dua gelanggang bagi permainan ketinting dan 2 gelanggang tambahan untuk permainan kabadi dan mencari angpau. Alhamdulillah, pada hari

karnival dengan kerjasama rakan-rakan guru pelatih, majlis perasmian dapat berjalan dengan baik. Ini adalah disebabkan persediaan awal dan perancangan sebelum majlis berlangsung. Saya baru sedar bahawa untuk merancang upacara perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya memerlukan persediaan yang rapi dan kreativiti. Jadi, ini menunjukkan pentingnya persediaan awal dan kerjasama daripada semua pihak. Pengurusan yang sistematik dan teratur akan memudahkan gerak kerja program. Ia adalah penting bagi saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk membuat perancangan yang rapi dan sistematik apabila merancang sesuatu program di sekolah nanti. Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan karnival permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang yang bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang. Kekuatan kedua adalah peralatan-peralatan untuk permainan tradisional yang diperlukan mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Ketiga, faktor cuaca yang baik dan terdapat angin sepoi-sepoi bahasa telah membantu karnival kami berjalan lancar. Seterusnya, perkara yang amat penting ialah kami dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami antara pihak
2

PJM3112 - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

penganjur dan pihak peserta. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan. Selain itu, kawasan gelanggang permainan ini mempunyai kawasan padang rumput yang agak luas dan lembut dan sekaligus mampu mengurangkan risiko kecederaan kepada pemain. Pada pandangan saya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak dan semua lapisan umur kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara optima khususnya. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu mencari skill untuk melepasi setiap cabaran yang ditetap kan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik. Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat

menyempurnakan sesuatu program dengan lancar. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Meor Mahfuz yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan karnival permainan tradisional ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

bersama-sama berganding bahu untuk karnival permainan tradisional ini. Karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan rakan-rakan lain terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang melibatkan penglibatan ramai peserta. Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi.

You might also like