You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT
DATO’ PADUKA HJ BAKAR BIN DIN
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

SEMPENA
MAJLIS PENUTUPAN RASMI
KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK
PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
29 JULAI 2018/AHAD/KEM PAYA PAHLAWAN,JITRA
ALU-ALUAN

Terima kasih saudara pengacara majlis,


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Salam Harapan Bersama Makmurkan Kedah,
Salam Pengakap

SALUTASI

Yang Berbahagia, Tuan Hj Ishak bin Mohd Junid,


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara mewakili Ketua
Pengakap Negara.

Yang Berusaha, Tuan Hj Marzuki bin Daud,


Ketua Sektor , Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan
Mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul
Aman,

Yang Berusaha , Tuan Hj Mohd Nizar bin Hj Yusoff


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah

Ketua-Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,

Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


Darul Aman

Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah ,

Ketua-Ketua Jabatan ,
Ketua-ketua kontinjen pengakap,

Ahli Jawatan Kuasa Korobori ,

Ibu bapa

Para peserta korobori yang dikasihi sekalian.

1 PENDAHULUAN

Alhamdulillah , bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berada
di Majlis Penutupan Rasmi , Korobori Pengakap Kanak-
Kanak Peringkat Negeri Kedah Tahun 2018.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih


kepada pihak penganjur iaitu Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Kedah Darul Aman kerana sudi menjemput
saya untuk menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi pada
acara gemilang ini.

2 TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Kedah Darul Aman kerana berjaya
menganjurkan korobori buat julung-julung kali ini. Saya amat
pasti,tanpa usaha,komitmen,pengorbanan masa dan tenaga
daripada semua peringkat , acara ini tidak mampu
dilaksanakan disebabkan pelbagai kekangan yang sedia
ada.

Sudah pasti Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah


Darul Aman mempunyai inovasi kepimpinan dan semangat
kekitaan yang tinggi dalam menggerakkan seluruh jentera
pertubuhan untuk menjayakan jambori ini.
Kejayaan menghimpun lebih dari 1000 orang peserta
pengakap kanak-kanak merupakan satu kejayaan dan
pencapaian yang begitu istimewa. Kejayaan ini juga adalah
hasil dari permuafakatan yang baik antara jabatan-jabatan
kerajaan dan swasta . Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada Jawatan Kuasa Pelaksana Korobori.

3 TANGGUNGJAWAB
Menguruskan dan melaksanakan program seperti ini yang
melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun ini merupakan
satu tanggungjawab semua pihak ,baik secara individu atau
secara berpersatuan.

Kanak-kanak sentiasa terbuka mindanya untuk menerima


apa sahaja bentuk amalan. Mereka perlu dibimbing oleh
pihak yang layak dengan pelbagai kaedah bagi memastikan
mereka memilih nilai yang tepat untuk diamalkan.

Pendidikan bukan sahaja tertumpu dan berlaku di dalam


bilik darjah secara formal. Tetapi wacana pendidikan untuk
kanak-kanak perlu dilihat lebih luas dan berfokus yang boleh
dilakukan dimana sahaja.

Kanak-kanak perlu diajak untuk berdamping dengan ilmu di


diluar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum seperti ini adalah
sebahagian dari kaedah atau proses pendidikan bagi anak-
anak. Mereka akan mempelajari banyak perkara
terutamanya tentang pengurusan disiplin diri sendiri ketika
berada dalam sesuatu program yang sudah pasti
mempunyai peraturan .

4 GELOMBANG HARAPAN

Kita merasa bertuah kerana pemimpin negara kita begitu


serius memandang jauh ke hadapan,selaras dengan hasrat
kerajaan menyediakan generasi baharu masa hadapan
berlandaskan wacana Malaysia Baharu. Konsep Malaysia
Baharu yang bersifat holistik dan inklusif yang digagaskan
untuk memeta hala tuju negara dengan harapan
menggunung seluruh rakyat.
Dalam konteks ini , peranan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) seperti pengakap turut dituntut bagi memastikan
kejayaan transformasi pendidikan berupaya menganjak
kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih
universal.
Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi
minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan
mampu berdikari untuk membangunkan negara .

Mungkin anak-anak yang hadir di korobori ini akan muncul


sebagai pemimpin utama negara pada tahun-tahun
terkehadapan nanti. Jadi, proses pembentukan minda dan
nilai kepimpinan itu sudah bermula melalui pelbagai
penglibatan mereka dari masa ke semasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia sudah sedia membina


asas yang kukuh dalam diri generasi baharu ini , melalui
Enam Aspirasi Murid yang diletak kukuh melalui Pelan
Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang memimpin generasi baharu ke tahap pemikiran
berkualiti yang lebih universal.

5 AKTIVITI KOKURIKULUM
Sebagai mana yang kita sedia maklum , aktiviti kokurikulum
adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran dalam
sistem pendidikan kita.Kementerian sangat mementingkan
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Kegiatan dan
aktiviti kokurikulum melibatkan tiga bidang utama iaitu sukan
dan permainan, unit beruniform dan kelab persatuan.

Murid perlu terlibat secara langsung dalam aktiviti tiga


bidang tersebut. Penglibatan murid secara aktif dalam
bidang kokurikulum mampu mengubah minda murid supaya
lebih berdaya saing , meningkatkan lagi semangat
patriotisme, jatidiri, disiplin, kesetiaan dan semangat
berpasukan.
Keperluan dan tuntutan pendidikan semasa amatlah
mencabar. Murid perlu disediakan satu landasan yang jelas
untuk membawa mereka dengan pantas ke arah menguasai
pelbagai kemahiran dalam kehidupan. Transformasi dalam
pendidikan merangkumi semua aspek bertujuan
meningkatkan kualiti akademik,kokurikulum dan
pembangunan sahsiah pelajar.

6 PERPADUAN
Penganjuran aktiviti seperti korobori ini mampu menjadi
landasan terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang, dan
menyemarakkan semangat ‘esprit de corp’ antara murid
pelbagai kaum. Program ini juga dapat memperkukuh
semangat perpaduan dalam kalangan murid, di samping
memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari cara
hidup, dan budaya kaum lain supaya mereka dapat
menerima, menghormati dan menghayati kepelbagaian
kaum yang terdapat di negara ini.
Saya difahamkan korobori kali ini turut disertai oleh rakan-
rakan pengakap dari negeri Perak,Perlis dan Kelantan.
Kehadiran rakan-rakan pengakap dari negeri-negeri utara ini
pastinya membuka ruang dan peluang kepada pertemuan
serta perkenalan untuk mengeratkan hubungan yang
bersifat persaudaraan pengakap.

7 HARAPAN
Dalam kesempatan ini , sukalah saya berpesan kepada
semua peserta supaya terus melibatkan diri dalam semua
aktiviti kepengakapan selepas pulang ke tempat masing-
masing. Disiplinkan diri dengan semua peraturan korobori
dan bersedia mencuba sesuatu yang baru.
Saya yakin semua peserta telah mendapat pengalaman
baru sepanjang menyertai korobori ini. Gunakanlah
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi itu sebagai
elemen yang membantu untuk kebaikan diri sendiri. Di
samping itu , kongsikan pengalaman itu bersama-sama
rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk hadir ke
korobori ini.

8 AKHIR KATA
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini khasnya kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Kedah Darul Aman,semua jawatan kuasa
pelaksana dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM ,


SAYA MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN ,KOROBORI
PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI KEDAH DARUL
AMAN TAHUN 2018.

Sekian , wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like