You are on page 1of 3

Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2017

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN TAN MOI YAN


PENGETUA SK KULAI BESAR
SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2011

Selamat Pagi dan “Salam 1 Malaysia” kepada warga SK Padang Piol.

Yang Dihormati Encik Mohamad Soid bi Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Dihormati Pn.Habibah binti Md Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum.

guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada
hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK
Padang Piol bagi tahun 2017.

Guru-guru serta murid sekalian,

Sesungguhnya, kehadiran warga SK Pdg Piol pasti akan menyemarakkan lagi program
kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam aktiviti yang
telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sejarah dan Unit
Kokurukulum.

Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta ahli jawatankuasa kecil
sambutan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Padang
Piol bagi tahun 2017 kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana,
merancang, menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah
direalisasikan pada majlis sambutan ini di peringkat sekolah.
Hasil permuafakatan dan canaian idea yang bernas ahli jawatankuasa induk dan ahli
jawatankuasa kecil Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK
Padang Piol bagi tahun 2017 ini maka lahirlah pelbagai program dan aktiviti yang
dirasakan cukup mantap dalam melahirkan warga SK Kulai Besar yang patriotik serta
cintakan negara tercinta ini.
Guru-guru dan murid sekalian,
Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan
kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam
kalangan kita semua sebagai warganegara. Inilah saatnya bagi kita semua
menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada
rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan
dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan
makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum.
Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar
kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa
serta maruah menjadi taruhan. Hatta SK Padang Piol sebagai institusi melahirkan
modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk
menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara.

Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan


murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka
inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.

Pada saat kita berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang, saya menyeru kepada semua
warga SK Padang Piol merenung sejenak kepada perjuangan yang telah dilalui oleh
pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Dek kerana usaha gigih dan pengorbanan
mereka tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, kita sebagai anak cucu mereka boleh
hidup dalam suasana penuh aman dan damai.
Guru-guru dan murid sekalian,
Apabila kita mengibar Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita
anuti, warna kulit yang menyaluti tubuh badan kita, pangkat atau darjat.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup
menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa
keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak
bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.

Elemen-elemen tersebutlah menjadi rahsia dan tonggak kekuatan mereka. Saya amat
bertuah dan berbangga kerana warga SK Padang Piol selama hari ini telah
menunjukkan sikap yang positif, saling membantu serta bekerjasama dalam setiap
bidang pekerjaan. Ia cukup sejajar dengan budaya kerja kita yang mementingkan
semangat berpasukan.

Benarlah sudah kata bidalan, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan
pasti apa jua pekerjaan yang dilakukan akan berhasil. Dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan di peringkat sekolah, warga SK Padang Piol telah membuktikan
permuafakatan dan perpaduan yang telah terjalin sekelian lamanya menjadi resipi
kelancaran penganjuran program tersebut.
Saya amat berharap sikap sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana
perjalanan kita sebagai institusi pendidikan ini masih jauh. Saya ingin menyeru warga
SK Padang Piol teruskanlah usaha meggembleng tenaga dan upaya membangunkan
sekolah ini agar menjadi sekolah yang terbaik.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang
telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Penutupan Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat SK Padang Piolr bagi tahun 2017.

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan
Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Padang Piol bagi tahun 2017.
Sekian, terima kasih.

You might also like