You are on page 1of 2

Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN R.VEDAVALLY


SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN
KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Selamat Pagi dan “Salam 1 Malaysia” kepada warga Tasek Permai


Yang Dihormati GB TASEK PERMAI, Penolong Kanan Pentadbiran Kurikulum
______NAMA______ Yang Dihormati___NAMA_____ Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Yang Dihormati ____NAMA_____Penolong Kanan Kokurikulum.
Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul
pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat
sekolah bagi tahun ini.

Guru-guru dan murid sekalian,


Untuk makluman semua, pada hari ini juga sambutan Majlis Penutupan Bulan
Penghayatan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi tahun ini sedang berlangsung.
Saya amat berharap majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama kita. Jalinan kesemua
faktor ini penting bagi menjamin perpaduan dan keharmonian warga sekolah
khususnya serta rakyat di negara ini amnya.

Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta ahli jawatankuasa kecil
sambutan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat ekolah
bagi tahun ini kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang,
menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada
majlis sambutan ini di peringkat sekolah.

Guru-guru dan murid sekalian,


Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan
kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme
dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu
dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan
taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
Guru-guru dan murid sekalian,

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup
menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa
keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak
bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang
telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Penutupan Bulan
Penghayatan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi tahun ini.

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan


Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi tahun ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like