You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN TUAN HAJI WAZIR BIN MUSTAFA Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang Sempena Majlis Penutupan

Hari Komuniti Merdeka Peringkat SABK Daerah Batang Padang 29 Ogos 2013 : 12.00 t/hari : SABK Daerah Batang Padang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Dan Salam Perak Amanjaya.

1.

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Halim Pengetua SABK Daerah Batang Padang

2.

Yang Berusaha Barisan Guru Penolong Kanan SABK Daerah Batang Padang

3.

Yang dihormati Barisan Kepimpinan PIBG

4.

Warga Pendidik SABK Daerah Batang Padang

5.

Para Pelajar, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Seklian

1.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mejemput saya dalam Majlis Perasmian Penutup Komuniti Merdeka peringkat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Daerah Batang Padang pada tahun 2013 ini. Alhamdulillah, pada tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-56. Sepanjang 56 tahun negara kita merdeka, kita telah dilimpahi dengan nikmat kebebasan, keamanan dan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Dengan nikmat kemerdekaan ini, kita telah berjaya memajukan negara dan menempa pelbagai bentuk kejayaan sebagai sebuah bangsa yang merdeka. Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama merafakkan syukur di atas segala nikmat kemerdekaan yang telah dianugerahkan kepada kita selama ini.

2.

Perpaduan kaum merupakan prasyarat utama dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan bersatu-padu. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini merupakan manisfestasi semangat perpaduan jitu masyarakat berbilang kaum yang telah diamalkan sejak sekian lama. Semangat kerjasama, toleransi dan pemuafakatan yang kukuh ini menjadi titik tolak kepada keharmonian dan keamanan negara yang berterusan.Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk memastikan perpaduan yang kita nikmati terus dipelihara dan diperkukuhkan lagi demi memastikan keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara negara yang berterusan.

3.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bertemakan Tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara. Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemenelemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang

ketenteraan.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

4.

Peranan utama guru ialah untuk mengisi makna sebenar kemerdekaan. Dalam menghadapi persaingan era globalisasi dan memenuhi keperluan untuk menjadi sebuah negara maju pada hari ini, peranan guru menjadi semakin mencabar. Sesungguhnya guru-guru berada di barisan paling hadapan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti bagi memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi. Lebihlebih lagi, dalam usaha kita untuk melakukan anjakan daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi

berpendapatan tinggiyang berasaskan pengetahuan, peranan guru untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi menjadi semakin penting.

5.

Dalam melaksanakan tugas yang amat penting ini, para guru perlu sentiasa bersedia untuk melakukan anjakan paradigma selari dengan perkembangan semasa di peringkat global. Anjakan ini adalah penting bagi memastikan agenda pendidikan negara kita untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan bersatupadu dapat dicapai sebagaimana dihasratkan.

6.

Bagi para murid, anda adalah pemimpin negara pada masa hadapan. Sebagai pewaris kepimpinan negara, anda perlu mempersiapkan diri dengan menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. Hanya melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, anda dapat menyumbang sesuatu yang berharga kepada negara dan sekaligus mengisi makna sebenar kemerdekaan.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

7.

Sempena ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperingati perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Mereka telah berjaya meletakkan asas-asas penting sebuah negara bangsa yang merdeka dan bersatu padu melalui semangat toleransi dan pemuafakatan yang tinggi. Alhamdulillah, asas-asas perpaduan ini semakin diperkukuhkan lagi melalui konsep penerimaan antara kaum yang merupakan sebahagian daripada gagasan 1Malaysia yangdicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

8.

Kita seharusnya bersyukur kerana dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi, rakyat Malaysia telah Berjaya mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini, marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas kepada para saintis, ahli ekonomi, kumpulan profesional dan jaguh-jaguh sukan kita yang telah menempa kejayaan dalam bidang yang diceburi. Saya berharap agar rakyat Malaysia akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

9.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-56 kepada semua warga pendidik dan murid di sekolah ini. Marilah kita berganding bahu dan melangkah sehaluan menuju kegemilangan berbekalkan semangat perpaduan, persefahaman dan pemuafakatan yang jitu. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita Malaysia terus bebas, aman, makmur dan sejahtera.

Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like