You are on page 1of 6

Tugasan 1 SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Umum mengetahui bahawa semangat patriotisme bukanlah wujud secara semula


jadi dalam diri individu, tetapi semangat tersebut perlu disemai, dipupuk dan diajar. 1
Bertitik tolak daripada itu, terdapat satu cara yang baik untuk menyemaikannya iaitu
melalui pendidikan. Mata pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah memainkan
peranan yang penting dalam hal ini di mana persembahan kandungan kurikulum
sejarah berfokuskan kepada sejarah negara yang disepadukan dengan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang mampu mewujudkan kesedaran murid tentang
aspek patriotik dan bersatu padu.2 Antara dimensi kewarganegaraan yang
diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan,
perkongsian masa depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan
emosi kepada negara.3 Persoalannya, apakah kepentingan penerapan elemen
kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) dalam mata pelajaran sejarah sekolah
rendah?

Terdapat beberapa kepentingan penerapan EKNS dalam mata pelajaran


sejarah sekolah rendah. Antaranya ialah membolehkan murid-murid mengambil
iktibar peristiwa yang telah berlaku. Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid (1999),
belajar sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga menjadi
pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah
berlaku.4 Melalui salah satu aspek dimensi kewarganegaraan iaitu perkongsian
sejarah, murid-murid ditekankan untuk mengetahui dan memahami sejarah
pembentukan negara. Nilai yang dipupuk di sini ialah mengambil iktibar kesan
penjajahan ke atas negara. Contohnya, dalam sejarah tahun 5, tajuk 7 Perjuangan
Kemerdekaan Negara, 7.1 Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Asing itu, salah
satu EKNS yang ditekankan ialah menerangkan kepentingan semangat patriotisme
dalam mempertahankan kedaulatan negara. Guru boleh mengajar melalui
beberapacara termasuklah kajian kes, pemerhatian dan lain-lain. Melalui peristiwa
penjajahan kuasa asing ini, murid-murid pun boleh mengambil iktibar peristiwa yang

1
Mohd Haizam Mohd Nor, & Ku Hasnita Ku Samsu, Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap
Warganegara Malaysia, Jati, 16, 23-24, 2011.

2
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Lima, Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2014.

3
Wong M. L., Wong D. G. dan Law, Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, 2017.

4
Nurtaslimalia, Kepentingan Penerapan Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik Dan Kesannya
Terhadap Pelajar Pada Masa Akan Datang, Dimuat Turun pada 13 September 2021, daripada
https://pdfcoffee.com/kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-pdf-free.html.
telah berlaku dan mengetahui betapa pentingnya mempertahankan perpaduan dan
bersatu padu dalam sesebuah negara. Maka, jelaslah bahawa kepentingan
penerapan EKNS dalam mata pelajaran sejarah ialah sebagai iktibar atau pedoman
melalui peristiwa sejarah yang telah berlaku.

Kepentingannya yang seterusnya ialah melahirkan warganegara yang


mempunyai perasaan taat setia kepada negara. Dalam konteks ini, aspek
kewarganegaraan iaitu kesetiaan adalah menerapkan kriteria nilai seperti mentaati
raja dan negara, menghormati pemimpin negara, mematuhi undang-undang dan
peraturan negara dalam diri murid-murid. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah
mengamalkan prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana
kita berada di sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berpelembagaan. Kesetiaan boleh memastikan kemakmuran dan
keharmonian negara. Sebagai contoh, dalam sejarah tahun 5, tajuk 6 Warisan
Negara Kita, 6.1 Institusi Raja, murid-murid diajarkan untuk menerangkan
kepentingan sikap taat setia terhadap institusi raja. Bukan itu sahaja, murid-murid
tahun 6 juga diajar tentang Rukun Negara dalam tajuk 10 Negara Malaysia. Dengan
berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, maka murid-murid boleh menjadi
rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja
cabaran.5 Tegasnya, EKNS adalah penting untuk melahirkan murid-murid sebagai
seorang warganegara yang mempunyai perasaan taat setia kepada negara.

Bukan itu sahaja, kepentingan penerapan EKNS adalah untuk membentuk


warganegara yang perpaduan. Disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza, maka perpaduan adalah sangat
penting bagi menjamin keharmonian. Aspek perpaduan telah dianggap sebagai
tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Aspek kewargenagaraan yang
diterapkan dalam kurikulum sejarah iaitu perasaan kekitaan. Perasaan kekitaan ini
menekan perpaduan ini. Kriteria nilai yang diterapkan di sini ialah menghormati
amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan hari
kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
berbangga dengan pencapaian negara. Kurikulum sejarah memaparkan beberapa
peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum,
semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan dalam

5
Abdul Rahman Abdul Aziz, Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahan Negara, Political
Managements and Politic in Malaysia, 443-457.
kalangan setiap warganegara.6 Contohnya, dalam sejarah tahun 6, tajuk 11 Kita
Rakyat Malaysia, ia berfokuskan kepada menerangkan pelbagai kaum di Malaysia.
Di sini, murid-murid diajar untuk menghormati kepelbagaian kaum dan etnik sebagai
asas perpaduan negara. Jelaslah bahawa EKNS penting dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid-murid. Jelas di sini bahawa kepentingan
penerapan EKNS ialah melahirkan warganegara yang perpaduan.

Tambahan pula, kepentingan yang seterusnya ialah memupuk semangat


cinta akan negara dalam kalangan murid-murid. Menurut Abd. Rahim (2004),
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
7
kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Di sini, aspek kewarganegaraan
iaitu Keterikatan Emosi Kepada Negara adalah untuk melahirkan murid-murid yang
mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha
mempertahankannya. Kriteria nilai yang dipupuknya ialah menghargai sejarah asal-
usul negara, menghargai warisan negara dan identiti negara, menghayati prinsip
Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian kaum dan kemajuan ekonomi,
berbangga dengan pencapaian negara. Bertitik tolak daripada itu, kesedaran
daripada EKNS dalam konteks ini membolehkan murid-murid belajar bersungguh-
sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara terutamanya dalam
bidang ekonomi dan teknologi. Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme merupakan
asas ketahanan dan kekuatan diri yang penting dan perlu disemai serta dihayati oleh
generasi muda supaya mereka lebih komited, berani dan yakin untuk menghadapi
pelbagai cabaran demi mempertahankan bangsa dan negara.8 Dalam sejarah tahun
6, murid-murid diajarkan dengan tajuk 12 Pencapaian dan Kebangaan Negara.
Maka, murid-murid pun akan berasa bangga atas pencapaian yang dicapai oleh
negara kita dan memupuk perasaan kecintaan terhadap negara sendiri. Bukan itu
sahaja, murid-murid tahun 5 diajarkan dengan pelbagai identiti negara seperti Jata
Negara, Bunga Kebangsaan dan sebagai yang dapat membantu mereka lebih
memahami negara sendiri. Tegasnya, kepentingannya ialah memupuk semangat
cinta akan negara dalam kalangan murid-murid.

6
Nurtaslimalia, Kepentingan Penerapan Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik Dan Kesannya
Terhadap Pelajar Pada Masa Akan Datang, Dimuat Turun pada 13 September 2021, daripada
https://pdfcoffee.com/kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-pdf-free.html.

7
Abdul Rahim Abdul Rashid, Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa, Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2004.

8
Abdul Rahim Abdul Rashid, Kemahiran Berfikir Menrentasi Kurikulum, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.
Bhd, 1999.
Selain daripada kurikulum sejarah, terdapat aktiviti-aktiviti dalam Panitia
Sejarah yang dapat menerapkan EKNS dengan memberi penekanan kepada aspek
patriotik dan bersatu padu dalam kalangan murid. Aktiviti yang pertama ialah
mengadakan pertandingan fashion show bertemakan pakaian tradisional pelbagai
kaum. Pada bulan Ogos, iaitu bulan Hari Kebangsaan Negara, Panitia sejarah boleh
merancangkan untuk mengadakan Pertandingan Fashion Show yang memakai baju
tradisional. Setiap kelas akan menghantar 3 orang wakil untuk menyertai
pertandingan ini. Pada hari pertandingan tersebut, semua murid dan guru berkumpul
di dewan dan menyanyikan lagu Negaraku. Terdapat beberapa guru berperanan
sebagai penilai. Setiap wakil kelas akan melakukan Catwalk dengan memakai baju
tradisional masing-masing. 3 orang wakil kelas itu boleh menggunakan kreativiti
masing-masing untuk melakukan Catwalk mereka. Kelas yang menang dalam
pertandingan ini akan mendapat hadiah yang lumayan. Aktiviti ini dapat membantu
murid-murid lebih mengenali baju tradisional pelbagai kaum dan menghayati warisan
pelbagai kaum ini. Aspek kewarganegaraan yang diterapkan di sini ialah perasaan
kekitaan, tanggungjawab warganegara dan perkongsian nilai. Kriteria nilai dalam
EKNS yang dapat diterapkan melalui aktiviti di sini ialah menghargai warisan Negara,
menghomati amalan kepelbagaian kaum dan budaya, menerima perbezaan kaum,
budaya dan agama yang ada di Malaysia ini. Jelaslah bahawa, aktiviti pertandingan
fashion show bertemakan pakaian tradisional pelbagai kaum dapat menerapkan
EKNS dengan memberi penekanan kepada aspek patriotik dan bersatu padu di
kalangan murid.

Aktiviti yang boleh dirancang dalam Panitia Sejarah untuk menerapkan EKNS
yang seterusnya ialah pertandingan melukis dan mewarnakan Jalur Gemilang. Bagi
murid-murid tahap satu, guru boleh menyedarkan lukisan Jalur Gemilang dan
mereka hanya mewarnakannya. Bagi murid-murid tahap dua pula, guru boleh
menyedarkan kertas putih dan mereka haruslah melukis Jalur Gemilang terlebih
dahulu sebelum menwarnakannya. Murid-murid haruslah siapkan dalam masa 1 jam
30 minit. Pemenang akan dihadiahi dengan sijil dan piala sebagai galakan. Aspek
kewargenegaraan yang boleh diterapkan ialah kesetiaan, tanggungjawab
wargenegara dan keterikatan emosi kepada negara. Kriteria nilai dalam EKNS yang
boleh diterapkan melalui aktiviti ini termasuklah menghargai identiti negara,
menghormati identiti negara dan mmempertahankan identiti negara. Bukan itu
sahaja, melalui aktiviti ini, murid-murid akan mengimbas kembali lambing-lambang
dan makna-makna bagi Jalur Gemilang. Murid-murid juga akan ingat lebih lama
tentang unsur-unsur yang ada dalam bendera negara kita dan juga lebih menghayati
identiti negara ini. Semasa mengumumkan pemenang, guru-guru juga boleh
menggunakan peluang ini untuk mengingatkan murid-murid bahawa kita sebagai
seorang warganegara, haruslah mempunyai semangat cinta akan negara seperti
mempertahankan warisan dan identiti negara. Guru juga boleh mengingati murid-
murid Jalur Gemilang tidak boleh dibuang di dalam tong sampah, kita haruslah
menyimpankan dengan elok supaya tidak menghinakannya.9

Secara kesimpulannya, terdapat tiga aspek yang dapat melahirkan


warganegara yang baik iaitu melalui sistem pendidikan, pengetahuan tentang
Perlembagaan Malaysia, dan keprihatinan sebagai masyarakat majmuk. 10 Oleh hal
yang demikian, sebagai seorang guru sejarah yang profesional, kita harus
berpengetahuan luas dalam bidang sejarah supaya berupaya menerapkan EKNS
dalam jiwa murid-murid sehingga dapat memupuk semangat patriotik dan bersatu
padu dalam kalangan mereka.11 Hal ini penting supaya melahirkan tonggak negara
yang betul-betul akan berjuang kepada negara dan menjamin keharmonian dalam
negara kita.

9
Mohd Ayop Abd Razid, Kenakan tindakan tegas hina Jalur Gemilang | Berita Harian, Dimuat Turun
pada 13 September 2021, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar
/2017/08/318995/kenakan- tindakan-tegas-hina-jalur-gemilang, 2017.

10
MohdMahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh, Kompetensi Kewarganegaraan di
Malaysia, Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial Negara
(LRGS/BU2011/UKM/CMN/01), 2015.

11
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Enam. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2014.
Rujukan
Abdul Rahim Abdul Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Menrentasi Kurikulum. Shah
Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.

Abdul Rahman Abdul Aziz. (n.d.). Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahan
Negara. Political Managements and Politic in Malaysia, 443-457.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah:


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Enam.
Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah:


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Lima.
Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohd Ayop Abd Razid. (2017). Kenakan tindakan tegas hina Jalur Gemilang | Berita
Harian. Dimuat Turun pada 13 September 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/318995/kenakan-
tindakan-tegas-hina-jalur-gemilang.

Mohd Haizam Mohd Nor & Ku Hasnita Ku Samsu. (2011). Kepentingan Pendidikan
Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia. Jati, 16, 23-24.

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh. (2015).
Kompetensi Kewarganegaraan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Program
Kesepaduan Sosial Negara (LRGS/BU2011/UKM/CMN/01).

Nurtaslimalia. (n.d.).Kepentingan Penerapan Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai


Sivik Dan Kesannya Terhadap Pelajar Pada Masa Akan Datang. Dimuat
Turun pada 13 September 2021, daripada https://pdfcoffee.com/kurikulum-
sejarah-sekolah-rendah-pdf-free.html.

Wong M. L., Wong D. G. dan Law. (2017). Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah.

You might also like