You are on page 1of 9

GURU BERKUALITI PEMANGKIN KURIKULUM SEJARAH BERKESAN

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran sejarah mula diterap masuk dalam kurikulum sekolah rendah sebagai
mata pelajaran teras pada tahun 2014 yang akan dipelajari oleh murid tahap 2 sahaja.
Hal ini demikian kerana, sejarah bertujuan untuk membina keperibadian dan perpaduan
masyarakat (Ahmad & Awang, 2016). Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial agar semua warganegara Malaysia mampu menyumbang
keharmonian dan kemakmuran kepada keluarga, masyarakat dan negara (Kementerian
Pendidikan Malaysia, n.d). Usaha untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
boleh dikecapi dengan pengajaran elemen-elemen dalam mata pelajaran sejarah iaitu
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dan Elemen Merentas Kewarganegaraan (EMK).
Realitinya, persepsi negatif dan kaedah memaksa murid untuk menghafal fakta dari
buku teks merupakan punca murid tidak menguasai pembelajaran lalu menghalang
proses pembinaan semangat patriotisme dalam diri generasi muda (Kurniawati & Sakini,
2014). Rentetan itu, usaha ini memerlukan guru-guru sejarah yang berkualiti untuk
melaksanakan PdP sejarah yang berkesan agar matlamat FPK tercapai.

2.0 KEPENTINGAN PENERAPAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK


(EKNS) DALAM KURIKULUM SEJARAH
Berpandukan Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) telah memperincikan panduan aktiviti dan dimensi kewarganegaraan
untuk diterapkan dalam PdP. Hubungkait antara pengajaran sejarah dengan EMK dapat
dilihat dalam kesepaduan tiga elemen dalam Organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah
Rendah iaitu ilmu pengetahuan, asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dan EKNS.

Gambar 2.0: Organisasi Kurikulum Sejarah


2.1 Melahirkan warganegara yang percaya kepada Tuhan dan taat setia kepada
negara
Menerusi dimensi kewarganegaraan kesetiaan, sejarah mampu melahirkan
warganegara yang percaya kepada Tuhan dan menumpahkan perasaan taat setia
kepada negara. Hal ini bertepatan dengan rukun negara Malaysia yang pertama
iaitu kepercayaan kepada tuhan dan kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara
yang akan diajar dalam Unit 3 Tahun 6. Rukun pertama bermaksud agama
berperanan sebagai pegangan utama rakyat Malaysia. Hal ini akan melahirkan
rakyat yang menghormati amalan beragama masyarakat dari pelbagai kaum.
Manakala, rukun kedua ialah kesetiaan kepada raja dan negara yang bermaksud
setiap warganegara Malaysia perlulah sepenuhnya menumpahkan taat setia
kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Utama Negara. Kesannya, rakyat Malaysia akan menghormati
kepercayaan orang lain dan mentaati sistem beraja beperlembagaan di Malaysia.

Gambar 2.1: Keratan rukun negara dari buku teks tahun 6

2.2 Melahirkan warganegara yang mempunyai sikap sepunya dan bersatu padu

Di samping itu, menerusi dimensi kewarganegaraan perasaan kekitaan dimana rakyat


akan mempunyai sikap sepunya dan kebersamaan. EKNS ini dapat dipupuk menerusi
pengajaran unit 4 dan 6 pada tahun 6 iaitu kaum di Malaysia dan perayaan
masyarakat di Malaysia. Contohnya, unit 4 akan menceritakan kepelbagaian kaum,
jenis alat muzik, permainan tradisional, tarian tradisional yang terdapat di Malaysia
manakala unit 6 menjelaskan jenis-jenis perayaan yang disambut oleh rakyat
Malaysia seperti Hari Gawai, Pesta Kaamatan, Vaisakhi, dan Genggulang. Kesannya,
murid-murid akan menghormati amalan-amalan dan kebudayaan dari kaum lain dan
mewujudkan suasana harmoni antara pelbagai kaum agar hubungan antara kaum
akan lebih erat. Bertitik tolak daripada itu, guru perlulah menggalakkan murid
berinteraksi bersama guru atau rakan sebaya agar dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa (Shahabuddin et. al., 2007).

Gambar 2.2: Keratan buku tahun 6: alat muzik tradisional masyarakat Malaysia

2.3 Melahirkan warganegara yang menghargai sejarah asal usul negara


Dari dimensi kewarganegaraan perkongsian sejarah pula, murid-murid akan diajar isi
kandungan sejarah tentang pembentukan negara mengikut kronologi. ENKS ini akan
dipupuk menerusi pengajaran unit 6 tahun 5 iaitu sejarah kemerdekaan dan unit 1 tahun
6 iaitu pembentukan Malaysia. Pengajaran bab tersebut akan menggambarkan
kesusahan negara kita untuk mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Tambahan lagi, menerusi unit 7 tahun 4, murid dapat mengetahui kegemilangan
Kerajaan Melayu Awal yang menggambarkan kehebatan asal usul negara kita yang
sudah menjelajahi dunia dan bahasa Melayu menjadi perhubungan antarabangsa iaitu
lingua-franca. Kesannya, ENKS menerusi subjek sejarah dapat melahirkan warganegara
yang berbangga dengan asal usul negara dan menghargai perjuangan-perjuangan yang
telah dilalui oleh orang terdahulu untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Gambar 2.3: Keratan buku teks tahun 5: kronologi menuntut kemerdekaan


3.0 PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG EFEKTIF

3.1 Peranan Ketua Panitia Sejarah yang bertanggungjawab

Menurut Talin et. al. (2020), personaliti guru boleh mempengaruhi pencapaian
akademik murid. Jawatan Ketua Panitia Sejarah akan diserahkan kepada guru yang
mempunyai kelulusan dalam opsyen sejarah kerana lebih memahami dan
berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah. Bertitik tolak daripada itu, Ketua Panitia
Sejarah bertanggungjawab untuk memastikan sekolah memperoleh sukatan terbaru
kurikulum yang dikemaskini agar guru-guru sejarah lain dapat mengajar seiring dengan
sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh kerana, ketua
panitia merupakan orang yang paling berpengalaman dalam subjek tersebut, maka
ketua panitia bertanggungjawab untuk mengelola mesyuarat dan merancang aktiviti-
aktiviti yang dapat meningkatkan minat murid bukan sahaja dalam bilik darjah malah di
luar bilik darjah.

3.2 Pengurusan Mesyuarat Panitia yang sistematik

Bagi meningkatkan keberkesanan PdP sejarah, maka panitia sejarah perlulah


melaksanakan mesyuarat yang berjadual secara sistematik agar dapat membincangkan
idea bagi setiap permasalahan yang timbul. Contohnya, guru-guru panitia boleh
berbincang dan bertukar-tukar pengetahuan serta kemahiran untuk melaksanakan PdP
dengan kaedah yang pelbagai seperti menggunakan elemen TMK dan PAK-21. Menurut
Salleh, M. J., & Agus, A. (2009), guru sejarah sewajarnya mengambil inisiatif pro-aktif
dan transformational untuk menggunakan ICT serta multimedia kerana pelbagai fakta
sejarah boleh diperoleh dari seluruh dunia. Sehubungan itu, mesyuarat disarankan untuk
dilaksanakan sekurang-kurangnya satu perjumpaan untuk setiap penggal persekolahan.
Dengan itu, Ketua Panitia Sejarah dan setiausaha akan memutuskan tempat dan tarikh
mesyuarat yang akan diadakan dan bertanggungjawab menghasilkan minit menyuarat
untuk dirujuk oleh ahli-ahli panitia.
Gambar 3.2: Contoh perancangan aktiviti tahunan panitia sejarah

3.3 Perancangan Aktiviti Sejarah yang menarik

Dari perspektif yang lain pula, mesyuarat panitia sejarah perlulah dilaksanakan secara
berkala untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan. Panitia sejarah juga
boleh menyumbang idea-idea bernas untuk mengetengahkan subjek sejarah dalam
aktiviti di luar bilik darjah dan menyediakan bahan maujud sejarah untuk dipamerkan
seperti poster, replika tugu sejarah dan tapak eskavasi, replika bahan arkeologi. Di
samping itu, panitia sejarah perlu merancang program dan pertandingan menarik
sebagai aktiviti tahunan pada bulan Ogos dan September bagi menyemai semangat
patriotik murid untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia seperti
pertandingan meraga busana patriotik dan persembahan deklamasi sajak patriotik. Dari
uslub yang berbeza, guru boleh melaksanakan program sejarah dengan melibatkan
komuniti setempat dengan kerjasama PIBG agar dapat menarik penglibatan ibu bapa
untuk menyokong pembelajaran anak mereka (Johari&Shamsida, 2022).

4.0 CIRI GURU SEJARAH BERKESAN

4.1 Penguasaan isi kandungan sejarah

Guru sejarah yang berkesan perlulah mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman
yang meluas dalam bidang yang diajar sama ada berasal dari pengkhususan sejarah
mahupun mempunyai pengetahuan yang mendalam menerusi pembacaan. Menurut
Edin et al., (2021), penerapan KPS berhubung kait dengan amalan guru dalam
melaksanakan PdP sejarah berasaskan pelbagai sumber dan strategi PdP. Dari semasa
ke semasa, guru sewajarnya meningkatkan ilmu pengetahuan dengan isu-isu terkini dan
pembacaan berterusan serta menguasai DSKP. Hal ini demikian kerana, guru yang
berpengetahuan dalam isu semasa dapat menghubungkaitkan isu tersebut dengan
intipati pengajaran yang sudah dikuasai. Contohnya, guru boleh mengaitkan isu bendera
Malaysia yang dipasang terbalik pada sesuatu majlis besar-besaran semasa mengajar
unit 9 tahun 5 iaitu bendera kebangsaan Malaysia.
Gambar 4.1: Cadangan aktiviti berdasarkan standard kandungan dalam DSKP semakan

4.2 Kaedah pengajaran yang pelbagai

Tahap kognitif, kemampuan dan kecerdasan murid adalah pelbagai seperti cerdas
muzik, cerdas bahasa dan cerdas visual. Rentetan itu, guru sejarah yang berkesan
perlulah menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid untuk
mewujudkan keseimbangan agar guru tidak lagi tertumpu kepada satu kaedah PdP
sahaja seperti Chalk and Talk. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang menarik dan
menggunakan bahan interaktif yang memasukkan elemen hiburan dan permainan, maka
guru perlulah kreatif mengubah suai kaedah tersebut dengan tajuk yang diajar.
Tambahan lagi, menurut Syed Ismail et. al. (2017), sumber PdP adalah tidak terhad
kepada buku teks dan gambar sahaja sebaliknya merangkumi segala sumber yang
melibatkan penggunaan pancaidera melihat, mendengar, merasa, menghidu dan
sebagainya.

4.3 Menguasai bidang ICT dan pembelajaran digital

Dunia elektronik yang dikenali sebagai media baharu ini meningkatkan peluang
berkomunikasi dan mengakses pelbagai maklumat untuk mengeksploitasi peluang
pendidikan sepenuhnya (Shakila & Rosilawati, 2015).

Menyonsong arus pendigitalisasi pendidikan, guru sejarah yang berkesan pelulah


mempunyai pengetahuan dan mahir untuk menggunakan sumber PdP berasaskan
elektronik dan internet. Contohnya, perisian Powerpoint, YouTube, Quizizz, Wordwall,
Kahoot, Canva dan Capcut. Hal ini demikian kerana, murid-murid kini membesar dalam
dunia digital, maka pembelajaran berasaskan digital adalah lebih dekat dengan murid
dan dapat mempersiapkan murid dengan kemahiran teknologi seiring dengan
perkembangan dunia. Hal ini demikian kerana, komputer merevolusikan cara kita untuk
mendapatkan maklumat dan membolehkan kita berkomunikasi dengan cepat dan
merentasi jarak yang jauh (Vivi, 2006).
Gambar 4.3: Contoh perisian WordwallI

5.0 PENUTUP

Murid-murid yang diasuh dan diajar dengan EKNS merupakan pemimpin negara pada masa
akan datang. Oleh hal demikian, guru-guru sejarah memikul tanggungjawab yang besar
untuk memastikan EKNS dapat diterap dan tersemat kemas pada jati diri murid-murid
dengan melaksanakan PdP yang berkesan. Menurut ilmuan Juri Lina, tiga cara untuk
melemahan dan menjajah suatu negeri adalah lenyapkan sejarahnya, kedua dengan
menghancurkan bukti-bukti sejarah bangsa itu sehingga tidak dapat dibuktikan
kebenarannya dan ketiga dengan memutuskan hubungan mereka dengan leluhur. Kata-kata
ini menegaskan bahawa sejarah merupakan tunjang kepada sesuatu negara dan bangsa.

1268 patah perkataan


SUMBER RUJUKAN

Ahmad, A. R., & Awang, M. M. (2016, January). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Mata Pelajaran Sejarah: Perlaksanaandan Cabaran. In Proceeding 7th
International Seminar on Regional Education (Vol. 1, pp. 435-445).

Edin, A., Awang, M. M., Ahmad, A. R., & Pillai, S. (2021). Pengetahuan pedagogi guru dan
amalan empati Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Wacana
Sarjana, 5(4), 1-12.

Johari Jusoh & Shamsida Hamzah. (2020, Oktober 6). Guru sejarah berkualiti sumber
inspirasi. Seminar kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna SJHK3063.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Kurniawati Kamaruddin & Sakini Said. (2014, Februari 3). Subjek sejarah bosan, sampai
bila? Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/253393

Salleh, M. J., & Agus, A. (2009). Transformasi pengajaran Sejarah berasaskan multimedia.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi & FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia.

Shakila Yacob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan Media Baharu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zonir Ahmad. (2007). Pedagogi strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. R., Meor Aris Meor Hamzah & Rosly Sani.
(2017). Sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Sasbadi Sdn. Bhd.

Talin, R., Sharif, S., & Karim, M. S. B. (2020). Ciri personaliti berkualiti guru sejarah
tingkatan enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(1),
32-39.

Vivi Lachs. (2006). Multimedia di dalam darjah. Siri Pembangunan Profesion Perguruan.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

You might also like