You are on page 1of 30

Nota

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

BAB SATU:
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH

LAPAN fokus utama dalam bab ini termasuklah:

1. Latar Belakang Kurikulum Sejarah


2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
3. Asas Penggubalan KSSR
4. Bentuk KSSR
5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
6. Kurikulum Berasaskan Standard
7. Kurikulum Sejarah berkaitan: i. Huraian dan Perincian; ii. Bentuk Kurikulum;
iii. Rasional Kurikulum Sejarah; iv. Komponen Kurikulum Sejarah
8. Kaitan Kurikulum dengan Kehidupan Individu, Masyarakat dan Negara

1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata
pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid mulai Tahun Empat di Tahap II.

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah Rendah

14 Oktober 2008:

Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula


diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika
merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala
Lumpur.

Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di


semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada
sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.

DS Abdullah dipetik sebagai berkata, Sejarah adalah elemen penting dalam


peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah
bangsa dan pembangunan negara.

hazmanazhar 2013
1
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

14 Jun 2009:

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan
hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata
pelajaran wajib di sekolah rendah.

Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara


dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di
seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada
ketika itu.

Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal
menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan.

25 Ogos 2010:

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa


Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan
mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.

Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan


education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah
dan rombongan ke Parlimen.

24 Oktober 2010:

YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan
mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bermula tahun 2014.

hazmanazhar 2013
2
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR
yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya
akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014.

Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring
dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata


pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga
pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.

Latar Belakang Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata
pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sejarah Sekolah Rendah.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat
adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran
Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan
serta kemahiran sejarah.

Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada
pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri
penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke


peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.

hazmanazhar 2013
3
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR memberikan penekanan kepada


domain kognitif, efektif dan psikomotor. Selain itu, pelbagai nilai tambah lain turut
diterapkan dalam Sejarah KSSR termasuklah:

Nilai Tambah Alaf Baru Kemahiran Berfikir;


Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);
Kemahiran Pelbagai Kecerdasan;
Kemahiran Kajian Masa Hadapan;
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Pemupukan Nilai Nilai-nilai Murni;


Semangat Patriotisme;
Elemen Kewarganegaraan;
Nilai Sivik.

Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen


kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar bilik
darjah.

1. Sejarah Awal Negara

2. Kedaulatan Negara
Asas Kemahiran
3. Kemakmuran Negara Pemikiran Sejarah
SEJARAH KSSR

TUJUH 3. Perkongsian Sejarah 1. Kesetiaan


DIMENSI 4. Perkongsian Nilai 2. Keterikatan Emosi kepada
KEWARGANEGARAAN 5. Perkongsian Masa Hadapan Negara
6. Perasaan Kekitaan
7. Komitmen

hazmanazhar 2013
4
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR
bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai
identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai
kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang
berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta
sejarah secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik


murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan
terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan


pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan dan kemakmuran negara. Pendekatan
ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.

Bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran Sejarah, mata pelajaran Sejarah
KSSR akan menekankan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan (learning
is fun) termasuklah melalui:

1. Kemahiran berfikir secara Kreatif;


2. Kritis;
3. Inovatif;
4. Aktiviti Inkuiri;
5. Penerokaan;
6. Aplikasi Elemen Didik Hibur.

hazmanazhar 2013
5
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Penggubalan sebuah kurikulum baharu yang digunapakai di sekolah rendah bertitik


tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23
Mei 2008 yang bersetuju untuk melaksanakan Transformasi Kurikulum Kebangsaan.

Transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah telah dicadangkan dalam usaha


melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
cabaran semasa serta akan datang.

Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah melaksanakan satu kajian dan


mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi terhadap kurikulum
sekolah rendah sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Hasilnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia bermula sesi persekolahan tahun 2011.

Pengenalan KSSR bukannya menggantikan sepenuhnya kurikulum lama di bawah


KBSR, akan tetapi KSSR adalah merupakan penambahbaikan daripada kurikulum
lama sedia ada di bawah KBSR.

Antara pembaharuan yang telah dilaksanakan melalui KSSR termasuklah:

1. Fokus tiga kemahiran asas utama di bawah KBSR iaitu membaca, menulis
dan mengira (3M) telah ditambah dengan kemahiran menaakul
menjadikannya sebagai membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M);
2. Pengenalan elemen kreativiti, inovasi dan keusahawanan;
3. Pengenalan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penambahbaikan kurikulum dalam KSSR adalah merupakan hasil daripada


penandaarasan (benchmarking) yang dibuat ke atas sistem pendidikan di negara
maju serta maklumbalas daripada pelbagai pihak termasuk badan akademik,
pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan.

hazmanazhar 2013
6
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Hasrat KSSR

Melalui pengenalan KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk


melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui
beberapa tunjang yang telah digariskan.

Antara hasrat yang disasarkan oleh kerajaan melalui pengenalan KSSR


termasuklah:

1. Warganegara Bertanggungjawab:
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti

2. Pekerja Berilmu:
Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran TMK
Pencipta Teknologi
Pembelajaran Sepanjang Hayat

3. Global Player:
Berdaya Saing
Berdaya Tahan
Kemahiran Berkomunikasi
Jati Diri

4. Murid yang Seimbang dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan
Sosial:
Berilmu pengetahuan
Berketrampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak mulia

hazmanazhar 2013
7
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Berkeyakinan
Berdikari

1.3 ASAS PENGGUBALAN KSSR

Dalam merangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah, beberapa teras utama telah
dijadikan asas dalam menggubal sebuah kurikulum yang holistik dan mapan.

Antara teras-teras utama yang dijadikan asas dalam pembangunan kurikulum di


bawah KSSR termasuklah:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
3. Wawasan 2020
4. Rancangan Jangka Panjang
5. Cabaran Abad ke-21
6. Model Baru Ekonomi
7. Teori Pembelajaran (terkini)
8. 4 Tonggak UNESCO
i. Belajar untuk Mengetahui (Learn to know)
ii. Belajar untuk Bertindak (Learn to Do)
iii. Belajar untuk Hidup Bersama (Learn to Leaving Together)
iv. Belajar untuk Membentuk Peribadi (Learn to Be)
9. Sumber Ilmu yang Muktabar

Selain itu, dalam menggubal KSSR, beberapa prinsip utama turut digunakan dalam
menggubal sebuah kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang dan
holistik.

Secara prinsipnya juga, KSSR telah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Antara
prinsip yang dijadikan asas dalam menggubal KSSR termasuklah:

hazmanazhar 2013
8
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

1. Pendekatan Bersepadu:
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Kurikulum Sejarah KSSR digubal dengan menggabungkan unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai iaitu -
Pengetahuan :Mengetahui asas sejarah perkembangan negara
Kemahiran :Mengaplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Nilai :Menerapkan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh:


KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Kurikulum Sejarah KSSR penting dalam memenuhi keperluan intelek,
emosi dan sosial kepada setiap individu murid.

Intelek : Memahami dan menilai setiap peristiwa sejarah dan


kesinambungannya dalam kehidupan masa kini.

Emosi : Mewujudkan keterikatan emosi kepada negara (dimensi


ketujuh dalam dimensi kewarganegaraan).

Sosial : Mewujudkan persekitaran sosial yang baik di antara


masyarakat pelbagai kaum melalui perpaduan nasional.

3. Pendidikan Saksama untuk Semua Murid:


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang.

hazmanazhar 2013
9
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Mata pelajaran Sejarah KSSR telah dijadikan mata pelajaran teras bagi
murid-murid Tahap Dua yang wajib dipelajari oleh semua individu murid.

4. Pendidikan Seumur Hidup:


KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan
seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Perkaitan dengan Kurikulum Sejarah KSSR:


Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu alat berfikir
yang mampu diamal dan diaplikasikan sepanjang hayat dalam memahami
dan menilai setiap peristiwa bersejarah dalam kehidupan.

4. BENTUK KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menggunapakai konsep tunjang yang


merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep
ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohami, emosi, jasmani dan sosial.

ENAM tunjang telah diperkenalkan di bawah KSSR yang mewakili bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan pengstrukturan secara eksplisit bidang


ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap tunjang adalah
saling berhubung kait dan bersepadu.

hazmanazhar 2013
10
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kerohanian, Komunikasi
Sikap dan Nilai

Sains dan Perkembangan


Teknologi Fizikal dan Estetika

Ketrampilan Diri Kemanusiaan

1. Tunjang Komunikasi:

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin


kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang
lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan
Bahasa Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika:

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada


perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

hazmanazhar 2013
11
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan
Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

3. Tunjang Kemanusiaan:

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan


tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang
diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

4. Tunjang Keterampilan Diri:

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan


sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang


dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan


sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin
kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi:

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:


Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik;
Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik;
Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

hazmanazhar 2013
12
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai:

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang


pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan,
sikap dan nilai.

Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan
Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

------------

Selain memperkenalkan konsep tunjang dalam pengklasifikasian bidang


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam KSSR, bentuk kurikulum KSSR juga dibina
secara berfokus.

Melalui enam tahun persekolahan di peringkat rendah, fokus KSSR adalah untuk
memastikan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira


dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan
penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.


Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut.

Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.

hazmanazhar 2013
13
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M
di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih
kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Bermula Tahap II di Tahun Empat juga, murid-murid mula didedahkan dengan mata
pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran di bawah tunjang kemanusiaan.

Penambahbaikan kurikulum daripada KBSR dalam KSSR

hazmanazhar 2013
14
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

5. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan


modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan.

Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,


Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai
pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan


secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan
yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


ELEMEN SEDIA ADA ELEMEN BAHARU DALAM KSSR
1. Bahasa; 1. Kreativiti dan Inovasi;
2. Pendidikan Alam Sekitar; 2. Keusahawanan;
3. Nilai Murni; 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
4. Sains dan Teknologi;
5. Patriotisme;
6. Kemahiran Berfikir;
7. Kepimpinan;
8. Kemahiran Belajar Cara Belajar;
9. Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial;
10. Pencegahan Rasuah;
11. Kajian Masa Depan;
12. Pendidikan Pengguna;
13. Keselamatan Jalan Raya

hazmanazhar 2013
15
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang boleh diterapkan dalam mata pelajaran
Sejarah KSSR termasuklah elemen:

ELEMEN EMK CONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH


Bahasa Kemahiran berbahasa dalam proses PdP;
Aktiviti bahasa seperti pidato, debat, deklamasi
sajak dsb;
Kemahiran menyebut dan memahami makna
istilah-istilah tertentu dalam Sejarah.

Pendidikan Alam Sekitar Kepentingan menghayati alam sekitar;


Penghargaan ke atas alam sekitar;
Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun Empat)

Nilai Murni Penerapan nilai-nilai murni melalui penghayatan


peristiwa sejarah;
Penekanan terhadap nilai-nilai bersama dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia;
Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan

Sains dan Teknologi/ Penggunaan elemen teknologi dalam proses PdP;


Teknologi Maklumat dan Inkuiri dan penerokaan maklumat menggunakan
Komunikasi (TMK) TMK

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK);


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Patriotisme Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR;


Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan;
Penghayatan terhadap kandungan kurikulum
Sejarah dalam menanam semangat patriotisme;
Ditekankan secara langsung dan tidak langsung

hazmanazhar 2013
16
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kepimpinan Murid diberi peluang memimpin dalam


melaksanakan aktiviti PdP;
Murid mengkagumi tokoh-tokoh terbilang dalam
sejarah negara.

Kemahiran Belajar Cara Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) menjadi


Belajar satu alat berfikir dan alat belajar kepada murid
dalam meneroka dan menghayati setiap peristiwa di
sekeliling mereka dari konteks sejarah.

Kajian Masa Depan Menjadikan pengetahuan sejarah sebagai asas


dalam menentukan masa hadapan;
Berfikir tentang masa hadapan melalui iktibar
sejarah masa lalu;
Mengaitkan kegemilangan masa lalu dalam usaha
memajukan masa hadapan.

Kreativiti dan Inovasi Murid menghayati kreativiti masyarakat terdahulu


(Zaman Prasejarah);
Murid diberi peluang mereka cipta alat-alat zaman
batu yang mudah;
Murid diberi peluang mempersembahkan
kandungan sejarah mengikut kreativiti masing-
masing.

Keusahawanan Murid diajak berfikir mengenai faktor-faktor dan


tindakan-tindakan para pemimpin zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehingga mampu
mewujudkan empayar perdagangan terkemuka di
dunia.

hazmanazhar 2013
17
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Baharu dalam KSSR

Tiga Elemen Merentas Kurikulum (EMK) baharu yang diperkenalkan dalam KSSR
termasuklah:

1. Kreativiti dan Inovasi


2. Keusahawanan
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1. Kreativiti dan Inovasi:

Kreativiti merupakan kebolehan minda berimaginasi dan mencernakan sesuatu


maklumat untuk penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan.

Kreativiti juga merujuk kepada kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu yang
asli dan sesuai.

Inovasi pula merujuk kepada keupayaan menghasilkan sesuatu yang bersifat baharu
(belum ada sebelumnya) yang dilakukan berdasarkan modifikasi atau adaptasi
daripada perkara yang sedia ada.

Pengenalan elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR adalah bertujuan untuk
menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan
ciptaan berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu
menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Strategi PdP yang boleh dilaksanakan dalam menggunapakai elemen kreativiti dan
inovasi termasuklah melalui:

1. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis;


2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi;
3. Pembelajaran Konstruktivisme;
4. Inkuiri Penemuan;
5. Pembelajaran Kontekstual;
6. Pembelajaran Berasaskan Projek;
7. Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah;
8. Kajian Masa Depan

hazmanazhar 2013
18
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

2. Keusahawanan:

Pengenalan elemen keusahawanan di bawah KSSR ditekankan melalui lima aspek


iaitu:

1. Mengamalkan sikap keusahawanan;


2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan;
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli;
4. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi dan vokasional;
5. Nilai moral dan etika keusahawanan.

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah merupakan teknologi yang


digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi, dan
perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar,
mendapatkan semula, menukar, dan melindungi maklumat di mana saja dan pada
bila-bila masa.

Matlamat TMK dalam Elemen Merentas Kurikulum (EMK) adalah bagi memastikan
murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK
yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang
menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif
serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

Fokus TMK dalam KSSR termasuklah:

1. Belajar Mengenai TMK:

Mengenali dan memperolehi pengetahuan tentang Teknologi Maklumat dan


Komunikasi termasuklah mengenali gajet-gajet IT, perisian, perkakasan input dan
output dsb.

hazmanazhar 2013
19
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

2. Belajar Dengan TMK:

Perisian komputer dalam TMK digunakan sebagai alat pengupaya untuk


mengajar dan belajar contohnya melalui penggunaan perisian Power Point dan
Slideshow oleh guru.

3. Belajar Melalui TMK:

Menggunakan media-media dalam TMK seperti internet, CD-rom, portal E-


bahan, EduWebTV dsb dalam usaha mencari maklumat dan ilmu pengetahuan
berkaitan sesuatu perkara atau topik.

6. KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pihak Kementerian Pelajaran


Malaysia telah memperkenalkan standard iaitu satu pencapaian atau penanda aras
yang perlu dicapai oleh setiap individu murid dalam satu-satu tempoh tertentu
sepanjang berada di sekolah rendah.

Terdapat dua jenis pernyataan standard yang diperkenalkan menerusi KSSR yang
dikenali sebagai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Bagi tujuan penilaian pula, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah


diperkenalkan sebagai satu langkah pentaksiran secara berterusan oleh guru ke atas
setiap individu murid. Penilaian ini juga dibuat menggunakan standard yang dikenali
sebagai Standard Prestasi.

KOMPONEN STANDARD HURAIAN


Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

hazmanazhar 2013
20
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti


pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.

Standard Prestasi Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap prestasi
yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa
sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid (indicator of
success).

Contoh Standard Kandungan dalam Sejarah KSSR:

Bab Satu: Mari Belajar Sejarah

Standard Kandungan:

1.1 - Mengetahui dan memahami pengertian dan kemahiran sejarah;

1.2 - Mengetahui dan memahami diri dan keluarga;

1.3 - Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;

1.4 - Mengetahui dan memahami perihal kawasan tempat tinggal murid.

Contoh Standard Pembelajaran dalam Sejarah KSSR:

Standard Kandungan 1.1 Mengetahui dan memahami pengertian dan kemahiran sejarah

Standard Pembelajaran:

1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah

1.1.2 Mengenalpasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan kronologi

1.1.3 Mengenalpasti peristiwa sejarah mengikut garis masa

hazmanazhar 2013
21
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Standard Prestasi dalam Sejarah

Standard prestasi merupakan satu bentuk pentaksiran standard yang dibuat ke atas
setiap individu murid menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Pentaksiran ini merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang


sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang telah
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran standard prestasi ini dibuat menggunakan band di mana band


merupakan pengkelasan terhadap tahap penguasaan murid terhadap standard
kandungan dan standard pembelajaran yang telah dipelajari.

Tafsiran prestasi murid mengikut band adalah seperti berikut:

TAFSIRAN UMUM DALAM PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


BAND TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang yang telah dipelajari.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
4 Murid melakukan suatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

hazmanazhar 2013
22
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Walaubagaimanapun, Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang


diperkenalkan pada tahun 2014 menggunakan tafsiran pernyataan standard
prestasinya yang tersendiri.

TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


KURIKULUM STANDARD SEJARAH SEKOLAH RENDAH
BAND TAFSIRAN
1 Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang
dipelajari.

2 Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

3 Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang


dipelajari.

4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun berdasarkan


ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

5 Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

6 Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

hazmanazhar 2013
23
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Contoh Tafsiran Standard Prestasi Berdasarkan Standard Kandungan:

Standard Kandungan:

5.2 Mengetahui dan memahami Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu


Melaka.

Tafsiran Standard Prestasi:

TAFSIRAN PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


BAGI STANDARD KANDUNGAN 5.2
BAND TAFSIRAN
1 Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas Kesultanan
Melayu Melaka.
2 Murid mengetahui tentang Parameswara sebagai pengasas Kesultanan
Melayu Melaka.
3 Murid boleh menerangkan tentang Parameswara sebagai pengasas
Kesultanan Melayu Melaka dengan contoh.
4 Murid boleh menguasai maklumat tentang Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka untuk diteladani.
5 Murid boleh membuat penilaian tentang Parameswara sebagai
pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan dihubungkait dengan
kehidupan masa kini.
6 Murid boleh menzahirkan idea yang rasional tentang warisan
Kesultanan Melayu Melaka dengan institusi beraja.

hazmanazhar 2013
24
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

7. KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Huraian dan Perincian Kurikulum Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap bermula dari
Tahun Empat di Tahap II hingga ke Tahun Enam.

Kandungan dan tema kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut tahun di mana
murid di Tahun Empat diperkenalkan dengan tema Sejarah Awal Negara, tema
Kedaulatan Negara di Tahun Lima dan Kemakmuran Negara Kita di Tahun Enam.

Antara topik-topik yang dipelajari melalui Sejarah KSSR termasuklah:

1. Mari Belajar Sejarah


2. Kehidupan Zaman Air Batu
3. Kehidupan Zaman Prasejarah
4. Kerajaan-kerajaan Melayu Sebelum Kesultanan Melayu Melaka
5. Zaman Kesultanan Melayu Melaka
6. Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
7. Negeri-negeri di Malaysia
8. Sejarah Sabah dan Sarawak
9. Identiti Negara Kita
10. Sejarah Awal Negara Kita
11. Kedaulatan Negara Kita

Bentuk Kurikulum

Reka bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dibuat secara modular di
bawah Tunjang Kemanusiaan.

Melalui tunjang kemanusiaan, murid diberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global,
serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

hazmanazhar 2013
25
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dilaksanakan berpandukan kepada


beberapa dokumen kurikulum termasuklah:

1. Dokumen Standard Kurikulum


2. Dokumen Standard Pentaksiran
3. Buku Teks

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah disusun berdasarkan beberapa kriteria


termasuklah:

1. Kronologi
2. Tematik

Penyusunan kandungan sejarah secara kronologi bermaksud penyusunan kurikulum


mengikut perkembangan tahun dan abad. (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989)

Penyusunan secara berkronologi ini akan dimulakan dengan pernyataan tentang


peristiwa sejarah yang berlaku terlebih dahulu berbanding peristiwa selepasnya.

Penyusunan mengikut kronologi membolehkan penceritaan peristiwa sejarah


disampaikan dengan lebih tersusun dan kukuh mengikut rentetan waktu yang
berkesan. (Omardin&Yunus, 1996)

Penyusunan berkronologi ini akan memudahkan lagi pemahaman murid yang


melihat kesinambungan di antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lainnya.

Selain itu, reka bentuk susunan kurikulum Sejarah KSSR juga dibuat secara tematik
iaitu mengikut tema-tema tertentu.

Terdapat tiga tema yang telah dipilih dalam Sejarah KSSR iaitu Sejarah Awal
Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita.

Penyusunan kandungan kurikulum sejarah secara bertema, berkronologi dan


disusun mengikut tajuk membolehkan murid menghayati dan menghargai sejarah
tanah air dan kegemilangannya. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013)

hazmanazhar 2013
26
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

Rasional Kurikulum Sejarah

Pengenalan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah bertujuan untuk


menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi
masa kini.

Melalui pembelajaran Sejarah, murid dapat membina kerangka kronologi tentang


pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh terlibat. Murid dapat
membuat perbandingan pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami
diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.

Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan


negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Komponen Kurikulum Sejarah

Dalam menggubal Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah, terdapat tiga


komponen utama yang ditekankan dalam pembinaan kurikulum ini iaitu:

1. Organisasi Kurikulum;
2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah;
3. Penilaian.

1. Organisasi Kurikulum:

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas


Kemahiran Pemikiran Sejarah (Kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap sejarah.

hazmanazhar 2013
27
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

2. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah:

Terdapat beberapa kaedah PdP Sejarah yang telah dicadangkan dalam Dokumen
Standard Kurikulum Sejarah termasuklah:

1. Kajian Kes
2. Kemahiran Berfikir
3. Belajar Cara Belajar
4. Pembelajaran Masteri
5. Pembelajaran Akses Kendiri
6. Pembelajaran Luar Bilik Darjah
7. Pembelajaran Secara Kontekstual
8. Pembelajaran Secara Kontruktivisme
9. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
10. Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
11. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
12. Aplikasi Teknik Theory of Constraints
13. Belajar Sambil Bermain
14. Experiental Activities Planner
15. i-Think

hazmanazhar 2013
28
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

3. Penilaian:

Penilaian dalam Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah berdasarkan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

* Sudah dibincangkan dalam bahagian sebelumnya.

hazmanazhar 2013
29
Nota
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103)

8. KAITAN KURIKULUM SEJARAH DENGAN KEHIDUPAN INDIVIDU, MASYARAKAT


DAN NEGARA

Bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang patriotik, terdapat beberapa
elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk
patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara termasuklah:

1. Tujuh Dimensi Kewarganegaraan


2. Nilai Sivik
3. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
4. Pendekatan PdP
5. Standard Prestasi

hazmanazhar 2013
30

You might also like