You are on page 1of 5

Subjek Sejarah Semasa KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan satu sistem yang yang telah
diperbaharui oleh Kementerian Pelajaran.Bagi kurikulum Sejarah. ia meliputi Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS) yang merupakan satu proses kognitif dan membolehkan murid
meneroka idea dengan bimbingan guru. KPS juga mambantu murid memahami akan
peristiwa lalu dengan memahami bukti-bukti Sejarah bagi menentukan signifikan
sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga
akan meningkatkan minat murid untuk belajar Sejarah.
Aspek yang perlu dikuasai dalam KPS ialah murid sekolah rendah dalam
pembelajaran Sejarah ialah elemen asas sejarah, konsep masa, susunan masa,
konversi masa, signifikan bukti, imaginasi, perbandingan masa lalu,dan isu serta
masalah masa lalu.Kemahiran Pembelajaran Sejarah juga mempunyai teras struktur
disiplin

yang

sistematik

bagi

mengembangkan

proses

pembelajaran

dan

pengajarannya.Antara kemahirannnya ialah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS),


Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI), dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI).
Subjek Sejarah merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
Tahun 4 di tahap II dalam KSSR mulai tahun 2014.Tujuan utama ialah untuk menyemai
kefahaman murid dan membolehkan murid memperoleh serta menguasai pengetahuan
serta kemahiran Sejarah dari peringkat awal.Kandungan mata pelajaran Sejarah telah
disusun secara tematik dan mengikut kronologi yang membincangkan pengenalan
negara dan identitinya, sejarah awal negara, dan warisannya serta kedaulatan dan
kejayaan negara. Ia juga merupakan kesinambungan kepada pembelajaran sejarah di
peringkat menegah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.
Oleh sebab itu,melalui pendekatan PdP, sejarah menjerumus ke arah
pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif melalui inkuiri dan
penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman kepada pelajar tentang subjek sejarah.
Matlamat utama pendidikan Sejarah ialah bagi membolehkan murid memahami ttingkah
laku manusia, sebab dan akibat,keunikan sejarah tanah air,dan kemgemilangan negara
bagi melahirkan warganegara yang patriotik.

KSSR mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang utama iaitu
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi
dan Ketrampilan Diri.Ia merupakan domain dan merupakan tunjang utama dalam
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
invatif. Tujuan utama tujuan ini dalam pendidikan Sejarah ialah untuk membangunkan
modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketrampilan.
Antara dimensi kewarganegaraan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai,
perkongsian

kekitaan,

perkongsian

masa

depan,

kesetiaan,

tanggungjawab

warganegara, dan keterikatan emosi kepada negara.Fokus utama dalam KSSR sejarah
ialah menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dan
menerapkan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu dan masa kini. Selain
itu, organisasi kurikulum Sejarah juga disepadukan berasaskan tiga elemen utama iaitu
kandungan kurikulum sejarah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik,dan akhirnya
ialah struktur disiplin sejarah.
Kandungan kurikulum sejarah telah dibahagikan mengikut tahun. Pada tahun 4
temanya ialah Mengenal Negara Kita. Tahun 5 ialah Sejarah Awal Malaysia dan di tahun
6 ialah Kedaulatan Negara. Ciri-ciri utama kurikulum Sejarah juga meliputi elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik. Unsur ini adalah bertujuan melahirkan warganegara
Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, serta negara, dan
aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang
cemerlang.Akhirnya ialah mata pelajaran sejarah mempunyai struktur disiplin yang
sistematik bagi mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dan konsep ini
merangkumi aspek Kemahiran Pemikiran Sejarah yang dihuraikan tadi (KPS).
Begitu juga dengan KKI iaitu Kemahiran Kreatif dan Inovatif yang termasuk
dengan elemen KPS.Antara kemahiran dalam KKI ialah memahami kronologi, meneroka
bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi, membuat rasionalisasi, membuat
penjelasan dan akhirnya empati.Fasa kreatif juga dapat dibahagikan kepada fasa kreatif,
persediaan, imaginasi, perkembangan, dan tindakan. Kemahiran dan fasa kreatif ini
merupakan elemen di bawah Kemahiran Kreatif fan Inovatif yang dihubungjalinkan
dengan elemen KPS.

Seterusnya pembelajaran inkuiri yang merupakan kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang berpusatkan murid.Hal ini kerana, dengan melakukan aktiviti ini,
murid dapat ilmu pengetahuan melalui proses penaakulan kerana murid berperanan
merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan bebas dan guru hanya
berperanan sebagai fasilitator untuk merangsang minat murid dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran.Lima peringkat inkuiri iaitu mengenal pasti tajuk, menentukan kaedah,
mengumpul maklumat, mengkaji maklumat, dan akhirnya membuat rumusan.Dengan
pembelajaran

Sejarah,

ia

merupakan

suatu

pembelajaran

yang

merentas

kurikulum.Mereka akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seharian


dalam kalangan masyarakat.
Standard rujukan yang digunapakai oleh subjek Sejarah ialah standard
kandungan yang merupakan penyataan spesifik tentang apa yang murid perlu buat
dalam tempoh tertentu.Seterusnya, standard pembelajaran yang merupakan penetapan
kriteria pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Akhirnya,
standard prestasi, iaitu set kriteria umum yang menunjukkan prestasi murid tersebut
menguasai sesuatu perkara (indicator of success). Kurikulum kebangsaan bermatlamat
melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, daan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja dalam kumpulan.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diberi tekanan oleh KSSR kerana
KBAT berkeupayaan untuk murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta
penyoalan aras tinggi dalam dan luar bilik darjah untuk menggalakkan murid
berfikir.Kurikulum Sejarah disusun berkait rapat dengan kehidupan individu masyarakat
dan negara.Dengan adanya kurikulum ini, individu tersebut akan mengetahui sejarah
masa lepas dan menilai rasional mengkaji sejarah masa lepas.Bagi mengukuhkan
kesinambungan pembinaan sebuah negara, saluran terbaik ialah melalui pendidikan
khususnya

pendidikan

sejarah

yang

merupakan

teras

penting

dalam

pendidikan.Akhirnya, melalui pendidikan sejarah yang dilaksanakan di sekolah rendah,


akan melahirkan warganegara yang dapat membentuk sebuah negara bangsa yang
berjaya dan menjadikan masa lampau sebagai rujukan yang terbaik bagi generasi kini.

Di

peringkat

menegah,

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

(PBS)

telah

dilaksanakan pada pelajar tahun 1 pada 2011 dan berlaku penambahbaikan UPSR pada
2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan berlaku penambahbaikan PMR pada 2014.
Tambahan

pula,

Sistem

Pentaksiran

Pendidikan

Kebangsaan

(SPPK)

adalah

merupakan satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan.


SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian
pencapaian dan peperiksaan yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang
lebih horistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai
potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
Subjek yang terkandung dalam Pentaksiran Tingkatan 3 ialah mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Seterusnya, mata pelajaran Sains,
Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan
Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
Akhirnya, mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau
kajian kes. Subjek dan matapelajaran inilah akan dilalui oleh para pelajar di tingkatan
tiga yang bakal menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Akhirnya, bagi mata pelajaran sejarah di peringkat SPM, kerajaan Malaysia
melalui Kementerian Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah menubuhkan
jawatankuasa khas dan penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan menjadikan mata
pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) mulai
2013. Mulai tahun 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus
sebagai syarat untuk layak mendapat sijil SPM selain mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kertas Sejarah 3 juga diperkenalkan dalam subjek Sejarah bermula SPM 2013,
formatnya ialah Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab dalam
tempoh 1 jam,dan menyumbang 30% daripada markah keseluruhan.Manakala Kertas 2
merupakan soalan subjektif dan dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan struktur
dan bahagian B untuk esei. Kertas 3 merupakan soalan berbentuk tugasan dan ujian ini
dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon diberi tema atau tajuk umum sebulan
lebih awal dari tarikh peperiksaan. Inilah kurikulum subjek Sejarah yang dilaksanakan di
peringkat sekolah menengah dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran
Malaysia.

You might also like