You are on page 1of 2

TINDAKAN/PERANAN PELAJAR DALAM MENGAMALKAN KONSEP PERPADUAN KAUM.

1.       Peranan pertama yang perlu di pegang sebagai seorang pelajar seterusya sebagai seorang remaja
ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.
·         Dalam hubungan ini, setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan
dalam kalangan rakan sebaya. Mereka mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan
yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan
anutan agama rakan-rakan. 
2.       Di samping itu mereka perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan
dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.contohnya seperti hak
istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan
·         Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah
seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Oleh yang demikian,
remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.
3.       Selain itu, sebagai seorang pelajar dan remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar
daripada sejarah negara.
·         Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan
iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh, tragedi 13 Mei 1969
merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang
melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, remaja hari ini hendaklah diterapkan
dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan
mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih
bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk
seperti Malaysia. Jadi remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat
perpaduan yang jitu.
4.       Selanjutnya, sebagai seorang remaja dan pelajar juga hendaklah mengelakkan diri daripada
mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.
·         Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini
akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lain di negara ini. Remaja perlu menghayati dan
mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah
pembentukan sebuah negara yang progresif. Mereka juga perlu menerima segala perbezaan yang wujud
antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu
sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka
hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat
diamalkan oleh semua remaja dan juga pelajar, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang
malapetaka akibat perpaduan yang rapuh. 
5.     Golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti
perpaduan negara.
·         Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam matapelajaran sejarah di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-
anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan
memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah
tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi
selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat
perpaduan dalam diri mereka.
KEJAYAAN YANG DICAPAI MALAYSIA SEHINGGA KINI

1. Pelancongan
pelbagai tempat pelancongan yang mempunyai pemandangan yang indah, udara yang
segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di
Malaysia agar nama baik dan ekonomi negara kita dapat ditingkatkan. Contohnya Pulau
Langkawi dan Pulau Sipadan.

2. Ekonomi
Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi. Buktinya  penurunan kadar kemiskinan mutlak
di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010.
Pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah dibina, seperti Menara
Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya.

3. Perindustrian
Malaysia melangkah ke arah sebuah negara perindustrian. Malaysia mampu menghasilkan
barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan
Perodua. 

4. Pendidikan
pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. beberapa buah
pusat latihan harian dan maktab-maktab yang baru juga ditubuhkan. Contohnya ialah : Maktab
Teknik di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan Gaya,
Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.
Banyak sekolah, universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar. semua
rakyat dapat menikmati institusi pendidikan yang tinggi.Contohnya UTM, UNIMAS dan UMS.

5. Sukan
Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada
dunia. Badminton dan Skuasy adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di
peringkat antarabangsa.  Contohnya atlet Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David
beberapa kali memegang rekod pemain nombor 1 dunia dalam sukan Badminton dan Skuasy.

CABARAN MENGEKALKAN KEMAJUAN NEGARA DAN LANGKAH MENGATASI


1. Perpaduan rakyat masih rapuh
2. Kejatuhan ekonomi dunia mempengaruhi ekonomi negara
3. Kegagalan mempertahankan daya saing ekonomi
4. Pergolakan politik yang berpanjangan
5. Kekurangan pelaburan pelabur asing
6. Kekurangan tenaga kerja yang mahir.

You might also like