You are on page 1of 2

PENDIDIKAN ASAS PEMBANGUNAN PERPADUAN

i. Pembinaan ciri-ciri kenegaraan yang bertunjangkan konsep ‘Malayanization’ iaitu satu


proses membina generasi baru Malaysia yang berpendidikan dan berkiblatkan Malaysia,
menggunakan bahasa Malaysia sebagai lambing penyatuan dan kekuatan budaya bangsa,
menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dan mendukung aspirasi dan cita-cita
baru pembinaan negara Malaysia.
ii. Sistem penilaian yang seragam juga diwujudkan untuk pensijilan dan pengiktirafan.
iii. Sekolah dikehendaki menanamkan bibit-bibit kesedaran baru untuk penyatuan, perpaduan
dan pembangunan kewarganegaraan.
iv. Peranan penting pendidikan dalam pembinaan masyarakat masa hadapan ialah dengan
memberi penekanan kepada sains dan teknologi selaras dengan perkembangan masyarakat
teknologi dan masyarakat bermaklumat.
v. Pendidikan sejarah adalah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.
 Mendapatkan pengetahuan
 Menjadi pedoman dan memberi iktibar tentang apa yang telah berlaku
 Patriotism adalah elemen utama bertujuan membina kesedaran dan mengukuhkan
semangat perjuangan dan cintakan bangsa dan negara.

DASAR BAHASA KEBANGSAAN

i. Selain menjadi alat perhubungan di kalangan rakyat, ia juga bertujuan untuk melahirkan satu
identity kebangsaan.
ii. Akta-akta pendidikan yang menekankan mengenai perkara penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara
berkesan, dan mempunyai latar belakang pendidikan yang sama.

SEKOLAH WAWASAN

i. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan penubuhan Sekolah Wawasan.


ii. Sekolah wawasan hanya menempatkan ketiga-tiga buah sekolah jenis kebangsaan di sebuah
kawasan yang sama.
iii. Membolehkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain sama ada di
dalam kawasan sekolah, kantin dan padang permainan.

AKTIVITI KURIKULUM YANG SERAGAM

i. Kurikulum berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM.
ii. Matapelajaran seperti Pend Islam dan Pend Moral dapat mengukuhkan pegangan agama,
menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia

AKTIVITI KOKURIKULUM

i. Peranan utama ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan
juga antara sekolah dengan masyarakat.
ii. Menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan
efektif.
iii. Contoh ; aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform.

AKTIVITI SUKAN

i. Matlamat utama ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan di


antara pelajar-pelajar sekolah.
ii. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti dengan bersatu padu
tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk.

PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA DI SEKOLAH

i. Ideology dalam Rukun Negara amat holistic danmencakupi nilai-nilai bersama yang
diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.

SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME DAN KEMERDEKAAN

ii. Antara acara ; ceramah kemerdekaan, tayangan gambar patriotic, pembacaan sajak, sketsa,
hiasan biik darjah dan asrama, perbarisann dan perarakan.
iii. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua
warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotism yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.

You might also like