You are on page 1of 10

Mengenal Pasti Ciri-ciri Aktiviti Berpersatuan

1. Perancangan
Merancang aktiviti sepanjang tahun dengan menyediakan takwim. Menyediakan garis panduan persatuan. Pembahagian kerja agar tidak berlaku pertindihan. Tidak membuang masa, wang ringgit dan tenaga ahli-ahli kelab/persatuan.

2. Permohonan
Mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan sebelum menjalankan sebarang aktiviti. Memberi notis kepada pihak yang terlibat terlebih dahulu supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

3. Mendapat persetujuan ahli persatuan


Mengelakkan rasa tidak puas hati antara ahli persatuan. Supaya tidak bercanggah dengan aktiviti lain. Suatu projek yang dikendalikan oleh persatuan haruslah dilakukan secara berterusan.

4. Interaksi / Pendedahan
Aktiviti persatuan yang dijalankan hendaklah bersifat terbuka dan tidak tertumpu di dalam satu institusi sahaja. Ia bertujuan untuk perkongsian ilmu yang lebih banyak di antara orang ramai.

5. Peluang pembelajaran
Peserta dan AJK persatuan akan mempunyai perkembangan sama ada dari segi ilmu ataupun kemahiran. mempunyai keazaman untuk meningkatkan modal insan.

6. Kawalan
Mengawasi / menyelia perjalanan sesebuah organisasi agar setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Pengerusi atau AJK persatuan akan memerhati serta mengambil berat tentang tanggungjawab ahli supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

7. Jangka Masa dan Berterusan


Mempunyai satu kesan jangka panjang. Boleh dipraktikkan dalam kehidupan seseorang. Memberi faedah dan manfaat kepada ahli-ahli persatuan.

8. Dorongan
Untuk memastikan ahli-ahli menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Memberi bantuan dan semangat kepada ahli persatuan yang menghadapi masalah. Merapatkan hubungan antara ahli persatuan.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like