You are on page 1of 2

SCE 3111 ISL 1

Bincangkan dengan rakan sebaya anda definisidefinisi yang dikumpul. Tulis ringkasan
tentang perbezaan di antara definisi yang dikumpul dengan definisi yang dibincangkan
dalam kuliah anda.

Definisi-definisi Pentaksiran yang dikumpul :

Kumpulan 1 :

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.

Kumpulan 2 :

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Kumpulan 3

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat
untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.



Ringkasan :

Secara ringkasnya, definisi-definisi pentaksiran yang dikumpulkan adalah lebih
kurang sama dengan definisi pentaksiran yang dibincangkan dalam kuliah.
Pendek kata, Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat
seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu
pendidikan.

You might also like