You are on page 1of 5

PEMBELAJARAN MASTERI "SEE AND TOUCH" : STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

PROSES SAINS (MENGELAS) MURID TAHUN 3



Oleh :
XXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXX
XXXXX@hotmail.com
XXXXXX@yahoo.com


ABSTRAK

Penyelidikan kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan strategi See and Touch dalam meningkatkan
kemahiran proses sains (mengelas) dalam tema Haiwan. Seramai 6 orang murid Tahun 3B di Sekolah Kwang Hwa,
Butterworth, Pulau Pinang telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Instrumen pengumpulan data mencakupi ujian pra dan
pasca, temu bual dan analisa dokumen. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan purata ujian sebanyak 36% iaitu dari 48%
dalam ujian pra ke 84% dalam ujian pasca. Selain itu, dapatan sesi temu bual juga menunjukkan tahap pemahaman responden
terhadap topik ini telah meningkat selepas intervensi dijalankan. Responden berasa lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
selepas intervensi. Seterusnya, dapatan analisa dokumen juga menunjukkan peningkatan dari segi purata sebanyak 40% iaitu
dari 51.7% sebelum intervensi ke 91.7% selepas intervensi. Kesimpulannya, penggunaan strategi See and Touch berkesan
dalam meningkatkan kemahiran proses sains (mengelas) responden dalam tema Haiwan.

Kata kunci: Keadah See and Touch, Kemahiran mengelas

1.0 Refleksi PdP

Pengkaji telah diberikan tugas mengajar murid Tahun tiga untuk mata pelajaran Dunia Sains & Teknologi. Selepas menjalankan
pengajaran untuk topik ciri-ciri kulit haiwan dan bahagian badan haiwan, pengkaji memberikan latihan kepada murid berkaitan
dengan kedua-dua topik ini. Selepas menyemak kerja latihan murid, pengkaji mendapati terdapat kebanyakan murid yang masih
tidak dapat menguasai kesemua empat ciri-ciri kulit haiwan dan enam jenis bahagian badan haiwan. Kebanyakan murid telah
mengelirukan antara ciri kulit haiwan dengan bahagian badan haiwan.

Pengkaji berasa amat sedih dan bertemu bual dengan beberapa orang murid yang berprestasi lemah dalam latihan yang
diberikan. Melalui temu bual ini, pengkaji mengetahui bahawa murid tidak dapat menguasai dengan berkesan disebabkan mereka
berpendapat bahawa ciri-ciri kulit haiwan adalah lebih kurang bersama dengan bahagian tubuh badan haiwan. Mereka tidak dapat
membezakan di antara ciri-ciri kulit haiwan dengan bahagian badan haiwan. Selain itu, mereka tidak dapat memastikan semua
ciri-ciri haiwan dengan melihat kepada gambar sahaja. Hal ini adalah disebabkan gambar hanya menunjukkan gambaran sehala
sahaja. Oleh itu, pengkaji berhasrat untuk mengulangi pengajaranya untuk mengesan gaya pengajaran yang sesuai dengan topik
bahagian badan haiwan ini. Pengkaji berharap murid-murid dapat menguasai sepenuhnya tentang topik ini dan tidak
mengelirukannya dengan ciri-ciri haiwan yang lain.


2.0 Fokus Kajian

2.1 Tinjauan Awal

Isu keprihatinan untuk kajian tindakan ini adalah mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Fokus kajian ini adalah untuk mengesan Adakah kaedah "See and Touch" dapat meningkatkan
kemahiran mengelas murid Tahun 3 dalam Tema Haiwan ? Kaedah ini mementingkan pembelajaran masteri murid.

2.2 Analisis Tinjauan Awal

Guru menjalankan pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru
apabila mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.
Selain itu, bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit
pembelajaran. Langkah ini dilaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan
memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. Seterusnya, setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk
Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.
Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan
pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

3.0 Objektif/Persoalan Kajian

3.1 Objektif

Menilai keberkesanan pelaksanaan kaedah "See and Touch" untuk meningkatkan kemahiran mengelas murid Tahun 3 dalam
Tema Haiwan.

3.2 Persoalan Kajian

Adakah kaedah See and Touch dapat meningkatkan kemahiran mengelas murid Tahun 3?


4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 3B dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Butterworth, Pulau Pinang.
Responden dipilih berdasarkan keputusan ujian pra yang lepas. 6 orang responden ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3
orang murid perempuan dan mereka merupakan murid yang mendapat pencapaian yang sangat lemah di dalam kelas. Oleh itu,
diharapkan Pembelajaran Masteri ini dapat meningkatkan kemahiran mengelas 6 orang responden ini.


5.0 Tindakan yang dijalankan

Pada mulanya, pengkaji mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan guru dalam bilik darjah untuk
tempoh satu jam. Kaedah pengajaran yang digunakan adalah penggunaan slaid powerpoint dengan menunjukkan pelbagai
gambar haiwan.Seterusnya, pengkaji menjalankan ujian pra berkaitan dengan subtopik ciri-ciri kulit haiwan dan bahgian badan
haiwan untuk menguji kemahiran mengelas murid selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan slaid
powerpoint. Ujian tersebut mengandungi 50 soalan mengelas. Pengkaji memilih kumpulan sasaran iaitu enam orang murid yang
mendapat prestasi lemah dalam ujian pra. Pengkaji bertemu bual dengan enam orang responden tersebut untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh responden sehingga tidak dapat menguasai kemahiran mengelas ciri-ciri haiwan. Selain itu, pengkaji
juga menganalisa dokumen murid seperti buku kerja dan buku nota murid sama ada mereka menghabiskan kerja yang dipesan.

Seterusnya, pembelajaran masteri dilaksanakan. Pada mulanya, murid dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil. Setiap
kumpulan diberikan satu model haiwan untuk diperhatikan. Murid akan memerhati dan menyatakan ciri-ciri kulit haiwan.
Pengkaji akan membetulkan dan membuat penjelasan apabila murid menyata dengan salah. Seterusnya, murid akan memerhati
dan menyatakan bahagian badan haiwan. Pengkaji akan membetulkan dan membuat penjelasan apabila murid menyata dengan
salah.

Pengkaji menjalankan ujian pasca berkaitan dengan subtopik ciri-ciri kulit haiwan dan bahagian badan haiwan untuk
menguji kemahiran mengelas murid selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan slaid powerpoint.
Ujian tersebut mengandungi 50 soalan mengelas yang sama dengan ujian pra. Sesi temu bual dijalankan. Temu bual bertujuan
untuk crosscheck perubahan maklum balas responden terhadap pembelajaran mengelas ciri-ciri haiwan. Selain itu, pengkaji juga
menganalisa dokumen murid seperti buku kerja dan buku nota murid sama ada mereka menghabiskan kerja yang dipesan oleh
pengkaji. Analisis data kuantitatif dijalankan untuk ujian pra dan pasca manakala analisis data kualitatif dijalankan untuk sesi
temu bual dan analisa dokumen murid. Analisis data kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan untuk membandingkan data yang
dikutip sebelum tindakan dan selepas tindakan.


6.0 Analisis dan Interpretasi Data

6.1 Ujian pra dan pasca


Rajah 1: Perbandingan Markah dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca


Jadual di atas menunjukkan perbandingan markah yang diperoleh oleh 6 orang responden. Kesemua responden menunjukkan
peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Peningkatan yang paling tinggi selepas intervensi ialah R5
yang menunjukkan peningkatan markah sebanyak 52% iaitu daripada 36% dalam ujian pra ke 88% dalam ujian pasca.
Peningkatan yang kedua tertinggi adalah R3 iaitu meningkat sebanyak 44% dan diikuti oleh R4,R1, R2 dan R6.

Berdasarkan purata, terdapat peningkatan sebanyak 36% selepas kaedah See and Touch digunakan dalam pengajaran.
Peningkatan dalam purata ini telah membuktikan bahawa kaedah ini berjaya meningkatkan kemahiran proses sains iaitu
mengelas dalam topik Haiwan. Sisihan piawai yang dicapai dalam ujian pra adalah 9.24, manakala sisihan piawai adalah 8.08
dlam ujian pasca. Sisihan piawai yang lebih rendah menunjukkan markah yang diperoleh adalah bertaburan lebih dekat dengan
purata markah.


6.2 Temu bual

Sebelum intervensi dijalankan, purata peratus kefahaman untuk enam orang responden adalah 40% sahaja.Manakala selepas
intervensi dijalankan, purata peratus kefahaman telah meningkat sebanyak 49% menjadi 89%.


6.3 Analisa Dokumen

Jadual 1: Perbandingan Markah Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2



Responden
Lembaran Kerja 1
(sebelum Intervensi)
Lembaran Kerja 2
(selepas Intervensi)

Perbezaan
Markah
Markah Gred Markah Gred
R1 40 C 90 A +50
R2 40 C 90 A +50
R3 70 B 100 A +30
R4 40 C 100 A +60
R5 70 B 90 A +20
R6 50 C 80 A +30

Purata

51.7

91.7


Meja di atas menunjukkan pencapaian untuk 6 orang responden telah meningkatkan selepas intervensi. R4 menunjukkan
peningkatan yang tertinggi iaitu telah meningkat sebanyak 60%. Bilangan responden mendapat gred A dalam lembaran kerja
juga telah meningkat dari 0 sebelum intervensi kepada 6 orang selepas intervensi.

0
50
100
R1 R2 R3 R4 R5 R6
Ujian Pra
Ujian Pasca
7.0 Dapatan kajian
Analisis data menunjukkan nilai min bagi Ujian Pra ialah sebanyak 48%, manakala nilai min bagi Ujian Pasca menunjukkan
peningkatan, iaitu sebanyak 36% dan mencapai 84%. Perbezaan nilai min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca, iaitu sebanyak 35.1%
menunjukkan peningkatan markah yang diperoleh oleh murid selepas pengajaran menggunakan kaedah See and Touch
dilaksanakan. Di samping itu, hasil analisis data juga menunjukkan peningkatan peratusan gred markah dalam kalangan murid.
Semasa Ujian Pra dilaksanakan, tiada seorang murid pun yang memperoleh gred A, namun keputusan markah yang diperoleh
semasa menjalankan Ujian Pasca, terdapat 4 atau 66.7% orang murid yang memperoleh gred A. Bagi gred B, bilangan murid juga
bertambah dari seorang atau 16.7% dalam Ujian Pra kepada 2 orang atau 33.3% dalam Ujian pasca. Manakala, peratus murid
yang mendapat gred C dan D berkurangan iaitu tidak ada seorang yang mendapat gred C dan D dalam Ujian Pasca yang telah
dilaksanakan. Untuk sesi temu bual, purata Peratus kefahaman meningkat dari 40% ke 89%. Kesemua 6 orang responden
berkeyakinan untuk menjawab soalan dengan betul selepas intervensi. Dalam analisis lembaran kerja responden, markah purata
meningkat sebanyak 40 % dari 51.7% ke 91.7%. Kesemua 6 orang responden mencapai gred A selepas intervensi.








Menerusi analisis data ketiga-tiga instrumen, triangulasi data dapat diperlihatkan. Hasil dapatan positif dalam ujian pra
dan pasca menunjukkan markah purata meningkat sebanyak 36% dari ujian pra ke ujian pasca. Hasil dapatan positif untuk sesi
temu bual menunjukkan purata peratus kefahaman meningkat dari 40% ke 89%. Seterusnya, hasil dapatan positif dalam analisa
dokumen menunjukkan markah purata meningkat sebanyak 40 % dari 51.7% ke 91.7%. Secara rumusan, analisa data untuk
ketiga-tiga instrument ini telah menunjukkan bahawa kaedah See and Touch telah meningkatkan kemahiran mengelas murid
Tahun 3 dalam Tema Haiwan.


8.0 Rumusan

Kaedah See and Touch dapat meningkatkan kemahiran mengelas murid Tahun 3.


9.0 Cadangan Kajian Seterusnya

9.1 Melanjutkan tempoh masa pelaksanaan.

Pengkaji berpendapat bahawa kajian harus dilaksanakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. Peruntukan masa yang lebih
panjang membolehkan pengkaji melihat perubahan murid dengan lebih jelas, terutamanya dari segi pencapaian dan tingkah
laku murid. Selain itu, data yang dikumpulkan dalam tempoh masa yang panjang juga mempunyai kesahan yang lebih tinggi.
Oleh itu, untuk kajian-kajian yang seterusnya, peruntukan masa yang digunakan haruslah lebih panjang, contohnya dalam
tempoh masa tiga bulan bagi mendapat data yang lebih jelas, tepat dan menyakinkan.


9.2 Menggunakan instrumen soal selidik

Pengkaji mencadangkan untuk kajian-kajian yang seterusnya pengumpulan data bloeh juga dilakukan melalui instrumen soal
selidik. Hal ini kerana, melalui soal selidik, pengkaji boleh mendapat pendapat murid-murid itu sendiri mengenai pengajaran
yang telah dilaksanakan oleh guru. Dengan adanya maklum balas sedemikian, guru dapat mengenal pasti kelemahan semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya segera memperbaiki kelemahan tersebut untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan lebih bermakna dan berkesan.


9.3 Menambahkan bilangan responden

Pengkaji mencadangkan bilangan responden dalam kajian boleh ditambahkan untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan dapatan kajian. Hal ini kerana bilangan responden yang lebih boleh menunjukkan perubahan yang lebih jelas
dalam ujian pra dan pasca. Pengkaji juga mencadangkan bahawa responden yang dipilih haruslah menepati syarat-syarat tertentu
bergantung kepada objektif kajian, sebagai contoh, semua responden yang dipilih haruslah mempunyai pencapaian yang rendah
dalam ujian pra.

Ujian pra dan pasca
Temu bual Analisa dokumen
10.0 Rujukan

Jurnal dan Buku
Anderson L.W & Block J.H (1991).Mastery learning Models in Dunkin M.J (Ed). The International Encyclopedia of Teaching
and Teacher Education. New York: Pergamon Press.
Bloom P.S (1968), Learning to Mastery Evaluation Comment (UCLA-CSIEP)
Zainal Ariffin Ahmad (1997) Pembelajaran Masteri. FAjar Bakti Sdn. Bhd.

Laman Web
Subawi@Fendi, I. S. (2010). Program I See You; aplikasi pembelajaran masteri dalam matapelajaran Sains PMR di SMK (P)
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. dimuat turun pada 12 September 2014, daripada www.eprints.edu.my:
http://eprints.uthm.edu.my/1652/

Laporan
The Shin Yuan. (2013) Penggunaan Projek Memelihara Haiwan Untuk Meningkatkan Prestasi Dan Menyemai Nilai Murni
Murid Dalam Topik Ciri-ciri Haiwan. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

You might also like