You are on page 1of 6

Tutorial M14

a) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN.


1. Tempoh ujian: Pada amnya semakin panjang tempoh ujian semakin tinggi
kebolehpercayaannya. Ini kerana tempoh ujian dapat memberikan persampelan
yang lebih dari segi tingkah laku yang ingin diukur, malah skor kurang diganggu
oleh tekanan.
2. Ralat rawak: Prestasi seseorang itu berubah-ubah mengikut keadaan
sekelilingnya. Sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling menyebabkan
prestasi berubah. Misalnya semasa ujian tiba-tiba bunyi bising di sekeliling calon.
Ini akan menyebabkan perubahan konsentrasi calon dan varians skor ralat akan
masuk ke dalam varians skor dicerap. Lain-lain contoh ralat rawak adalah seperti
sakit, penat, ketegangan emosi risau dan lain-lain. Pihak pentadbir yang
mengendalikan ujian hendaklah menyediakan keadaan persekitaran tempat yang
sesuai dan peraturan pentadbiran ujian yang sempurna.
3. Persampelan Item: Item-item yang digunakan dalam sesuatu ujian adalah untuk
menguji sebahagian trait yang menjadi petunjuk kepada kebolehan seseorang.
Oleh itu item tersebut adalah semata-mata sampel bagi mewakili keseluruhan
trait mengenai kebolehan seseorang. Jika pemilihan itu tidak tepat, ia
menyumbangkan kepada varians ralat pengukuran. Akibatnya ujian itu tidak
boleh dipercayai.
4. Kehomogenan item: Item ujian homogen ialah item-item yang mempunyai
kesamaan dari segi prestasi atau peluang untuk dipilih. Bagi ujian berbentuk
aneka pilihan, pilihan jawapan mestilah homogen. Ini bermakna tiap-tiap opsyen
mestilah berkaitan antara satu sama lain dan ada daya tarikan untuk dipilih oleh
pelajar. Jawapan atau Distraktor seharusnya tidak "bias" sehingga pelajar yang
diuji terlalu mudah mengenal pasti jawapan atau bukan jawapan.
Ketidakhomogen opsyen boleh menjejaskan kebolehpercayaan ujian.


b) JENIS-JENIS KEBOLEHPERCAYAAN
1) Kestabilan/ uji dan uji sekali lagi (test retest)
2) Ujian bentuk setara ( equivalence)
3) Kesetaraan dan kestabilan ( equivalence and stability)
4) Konsisten dalaman (internal consistency)
5) Skorer (scorer)

c) JENIS KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN OLEH GURU
Kesahan
Kesahan ujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian bahasa Malaysia
itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya.
Bagi sesuatu ujian, ada tiga jenis kesahan yang harus diawasi iaitu: Kesahan Rupa,
Kesahan Berhubung dengan Kriteria, dan Kesahan Isi.

a. Kesahan Rupa
Kesahan rupa bermakna bahawa sesuatu ujian itu harus kelihatan menguji perkara
yang diuji. Ujian di bilik darjah harus mempunyai ciri kesahan yang tinggi, iaitu ujian
tersebut harus kelihatan menguji apa yang hendak diuji. Misalnya ujian bahasa
Malaysia harus kelihatan seperti mengandungi petikan untuk ujian fahaman dan
kosa kata dan sebagainya, tidak banyak mengandungi angka, graf, jadual dan lain-
lain yang lebih merupakan ujian matematik. Jika ujian itu kelihatan seperti ujian
matematik, maka kesahan rupa ujian bahasa Malaysia tersebut adalah rendah.
b. Kesahan Berhubung dengan Kriteria
Sesuatu ujian yang baik juga mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria. Ini
bermakna bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian tersebut dapat dihubungkan
dengan sesuatu kriteria tertentu, seperti peperiksaan luar atau kejayaan pada masa
depan. Misalnya ujian lisan di sekolah mempunyai kesahan berhubung dengan
kriteria tinggi yang dapat dikaitkan dengan peperiksaan SPM. Pelajar yang
mendapat pencapaian yang tinggi di dalam ujian ramalan, dapat diduga akan
mencapai markat yang tinggi juga di dalam peperiksaan SPM nanti.

c. Kesahan Isi
Kesahan ini cuba melihat sejauh mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang
harus diuji. Ujian yang mempunyai kesahan isi yang tinggi akan mencerminkan isi
dan pengajaran yang telah dilaksanakan sebelum ujian. Semua objektif pengajaran
yang penting bagi sesuatu pelajaran, dinyatakan di dalam isi yang mewakili
pelajaran tersebut. Dengan itu tidak ada perkara penting dari segi isi pelajaran akan
tertinggal. Kesahan isi bagi ujian bilik darjah yang disediakan oleh guru harus
dipertimbangkan oleh guru yang telah mengajar isi tersebut bagi kelasnya.

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor ujian mengukur.
Jadi, kebolehpercayaan itu ialah ketetapan atau konsistensi ujian tersebut. Ujian
yang tinggi kebolehpercayaannya ialah ujian yang menghasilkan skor-skor ujian
yang hampir sama bagi sekumpulan pelajar di dalam keadaan yang berbeza. Tidak
semestinya satu-satu bahan ujian yang menghasilkan keputusan analisis
kebolehpercayaan yang tinggi itu, sah terutamanya jika bahan itu menguji aspek-
aspek yang tidak relevan dengan objektif pengajaran, kerana, analisis statistik
kebolehpercayaan tidak dapat menguji kesahan isi. Sebaliknya jika sesuatu ujian itu
terdiri daripada butiran yang dianggap tepat dan penting, maka, bahan ujian itu
akan menjadi sah, dan boleh dipercayai.

Sekurang-kurangnya ada tiga faktor besar yang dapat mempengaruhi
kebolehpercayaan satu-satu hasilan bahan ujian.

a. Kesesuaian dan Ketepatan Tugas-Tugas yang Diberi
Sesuatu soalan ujian yang senang, susah atau yang boleh dibuat berbagai tafsiran,
tidak mungkin boleh menghasilkan markah-markah yang tinggi
kebolehpercayaannya. Misalnya bahagian karangan di dalam peperiksaan SPM,
seperti Pilih satu tajuk di bawah dan kemudian buatkan satu karangan yang
panjangnya kira-kira 350 hingga 450 patah perkataan.

1. Filem tempatan lebih baik daripada filem asing. Bincangkan.
2. Budaya asing
3. Pengaruh muzik barat

Tajuk-tajuk ini kurang jelas maknanya. Skop penulisannya luas dan akan
menimbulkan berbagai tafsiran. Akibatnya kelemahan ini akan mengurangkan
kebolehpercayaan hasil ujian tersebut. Keadaan ini bukan saja memerlukan pelajar
menghadapi tugas-tugas yang kabur, malah mereka perlu menggunakan daya
pemikiran yang lebih daripada kebolehan bahasa. Pemeriksa pula terpaksa
membuat tafsiran tentang jawapan yang diterimanya mengikut pendapat dan
kemampuannya yang tersendiri.


















ISL M14
Sains tahun 4
Hasil pembelajaran: Mengenal pasti keperluan asas manusia
Bina dua item ujian mengikut format berikut:
- Betul/salah
- Padanan
- Aneka pilihan
- Melengkapkan
Contoh item Betul/ salah
1. Manusia memerlukan cahaya untuk terus hidup.( )
2. Manusia perlu makanan dan air untuk tumbesaran dan kekal sihat. ( )
Contoh item padanan
1.

Keperluan asas Manusia
Cahaya matahari
Habitat
Air
Tumbuh-tumbuhan

2.


Manusia memerlukan air
Cuci pinggan
Pernafasan
Penglihatan
Minum



Contoh item Aneka pilihan
1. Apa yang merupakan keperluan asas Manusia?
a) Udara
b) Baju
c) Cincin
d) Sabun
2. Mengapakah manusia memerlukan habitat?
a) Melindungi diri daripada bahaya
b) Untuk bernafas
c) Kekal sihat
d) Untuk kecantikan
Contoh item melengkapkan
1. Keperluan asas manusia ialah air, __________, __________ dan
__________.
2. Manusia perlu makan untuk tumbesaran dan kekal _______.

You might also like