You are on page 1of 2

NAMA: TANG HUEI MEI

UNIT: PISMP MATEMATIK SEMESTER 4


TARIKH: 20 APRIL 2015 HINGGA 23 APRIL 2015
Refleksi Unit Beruniform
Pada 20 April hingga 23 April yang lalu, perkhemahan unit beruniform
telah diadakan di Teluk Gorek, Mersing. Seramai hampir 50 orang pelajar
yang menyertai perkhemahan ini. Setiap unit telah menghantar seramai 17 orang
ahli wakil yang terdiri daripada Pasukan Pengakap, Pandu Puteri dan BSMM.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan.
Antaranya adalah mendaki bukit, memasak dalam buluh dan menggunakan
tanah liat, membina gajet serta membuat cenderahati menggunakan barangan
terpakai seperti surat khabar dan majalah. Semua aktiviti yang diadakan telah
menguji ketahanan mental dan fizikal para pelajar.
Aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung, iaitu aktiviti
Orentering untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa
memasuki hutan yang tebal yang dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki
hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah
pengalaman pertama saya memasuki hutan. Sungguh indah ciptaan tuhan dan
ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti
didalam hutan adalah amat terkesan sekali di hati saya.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam
kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak
bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri
oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada
malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut
Pendidikan Guru kami. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara
perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap
kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.

Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai
unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 6
kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang
pertama

ialah

daripada

unit

beruniform

Pandu

Puteri.

Sesungguhnya

persembahan kami pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang


berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari
kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati.
Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin
disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif
kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru
dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi
saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu
dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan
perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat
dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama
mengikuti perkhemahan ini.
Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya
mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak
murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya
dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan
bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari
disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk
menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.
Saya bangga menjadi ahli Kadet Pandu Puteri. Sekian, terima kasih.

You might also like