You are on page 1of 15

Laporan Reflektif Program Bina Insan Guru 2019

1.0 Sebelum Program


Sebelum program ini dilaksanakan, beberapa sesi perjumpaan telah diadakan untuk
berbincang tentang aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Program Bina Insan Guru
yang akan diadakan pada 23 hingga 27 September 2017. Perjumpaan ini melibatkan
pelajar dan pensyarah penyelaras kursus MPU3112 (Bina Insan Guru) iaitu Puan Yeo
Nga Piing. Kami telah dibahagikan kepada beberapa jawatankuasa kecil mengikut
bahagian tugas masing-masing. Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil yang terdiri daripada sembilan hingga sepuluh orang ahli. Saya telah
diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kumpulan empat yang terdiri daripada sembilan
orang ahli. Sebagai ketua kumpulan, saya memastikan ahli kumpulan saya mempunyai
persediaan yang secukupnya seperti pakaian, bekas makanan, peralatan yang
diperlukan seperti baldi dan penyapu untuk aktiviti gotong-royong dan lain-lain
keperluan.

2.0 Semasa Program


2.1 Hari Pertama
Pada hari pertama program ini dijalankan, semua pelajar bergerak ke Pusat
Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang sebelum pukul 7:00 pagi
dengan membawa barang-barang keperluan masing-masing. Semua pelajar
menguruskan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti yang pertama iaitu
Kembara Darat dan Ikhtiar Hidup. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, setiap
kumpulan menyediakan barang yang akan mereka bawa terutamanya air
minuman, beras, daging ayam dan telur. Taklimat ringkas daripada AJK Kembara
Darat dan Ikhtiar Hidup iaitu daripada saudari Lydyana Sembong Thomas turut
dilakukan. Beberapa orang pensyarah turut memberikan taklimat termasuk Kem
Komanden iaitu Encik Adib Bin Farhan.

Gambar 1: Pelajar Membawa Barang-Barang Keperluan ke PULAKO.

1
Gambar 2: Mendengar Taklimat daripada AJK Aktiviti Kembara Darat dan Ikhtiar
Hidup.

Semasa menjalankan aktiviti Kembara Darat, kami telah masuk ke dalam hutan
yang berdekatan dengan IPG Kampus Rajang. Jalan Kembara Darat ini agak
mencabar kerana jalan yang dilalui terdapat pokok-pokok yang tumbang
sehingga kami terpaksa melangkah dan menyorok di bawah pokok yang
tumbang tersebut. Sepanjang perjalanan, kami telah menjumpai pelbagai jenis
tumbuhan. Melalui aktiviti kembara ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis
tumbuhan yang saya lihat. Semasa aktiviti kembara ini, saya tidak melihat
sebarang haiwan seperti monyet dan sebagainya. Oleh itu, hanya gambar flora
yang dapat saya tangkap iaitu Periuk Kera, cendawan liar dan pokok Belian.

Gambar 3: Periuk Kera

2
Gambar 4: Cendawan Liar (Jamur Tiram)

Gambar 5: Pokok Belian

Setelah lama berjalan, kami pun berhenti di tempat yang lapang sedikit untuk
aktiviti Iktihar hidup. Semasa aktiviti ini dijalankan, kumpulan kami telah
memasak lauk ‘ayam pansuh’ dan beras menggunakan buluh. Kami juga
memasak lauk sampingan seperti sayur yang kami bawa sendiri. Aktiviti ini dapat
dijalankan dengan mudah kerana semua ahli kumpulan memberikan kerjasama
yang tinggi.

Gambar 6: Menyediakan Bahan Masakan.

3
Gambar 7: Memasak ‘Pansuh Ayam’, ‘Nasi Pansuh’ dan Sayur.

Semasa kami hampir selesai aktiviti Ikhtiar Hidup, kami telah disuruh oleh Kem
Komanden, Encik Adib Bin Farhan untuk membina pengusung. Kami menyangka
bahawa kami akan pulang ke PULAKO setelah selesai makan. Tetapi sebaliknya,
kami disuruh membawa seorang rakan dalam kumpulan yang paling berat, paling
ringan dan juga seorang lelaki dalam kumpulan kami secara bergilir-gilir
menggunakan pengusung yang telah kami buat. Kami disuruh berpatah balik
melalui jalan lasak yang telah kami lalui tadi. Dengan segala tenaga yang ada,
kami berusaha mengusung rakan kami secara bergilir-gilir. Kami berasa sangat
letih dan haus. Kami berasa sangat sukar mengusung rakan kami tersebut
kerana melalui jalan sempit yang dipenuhi kayu-kayu tumbang, semak-semak
yang tidak ditebas dengan bersih dan sebagainya ditambah lagi dengan berat
rakan kami. Namun begitu, kami dapat membawa rakan kami menggunakan
pengusung dengan jayanya dengan kerjasama yang sangat baik antara ahli
kumpulan.

Gambar 8: Cubaan Kumpulan 4 Membawa Mangsa.

4
Gambar 9: Kumpulan 3 Sedang Membawa Mangsa yang Berat.

Selepas aktiviti ini, saya mendapati bahawa kerjasama dalam ahli kumpulan
sangat penting untuk menjayakan sesuatu misi. Contohnya sepeti tugasan yang
diberikan kepada kami iaitu memasak, mencatat nama flora dan fauna yang
dilihat dan juga membawa rakan dengan pengusung. Pada pendapat saya,
aktiviti membawa rakan menggunakan pengusung sangat bagus kerana aktiviti
ini menyediakan kami dengan perkara yang mungkin akan berlaku pada masa
hadapan ketika kami menjadi guru. Contohnya berlaku kecederaan kepada murid
ketika kami membawa murid berjalan di hutan. Maka kami boleh
mengaplikasikan cara membuat pengusung sekiranya perkara tersebut berlaku.

2.2 Hari Kedua


Pada hari kedua, kami telah menjalankan Program Khidmat Komuniti dan
Interaksi Profesional di SK Sungai Paoh. Kami bertolak menggunakan bas dari
IPG Kampus Rajang tepat pukul 7:00 pagi. Sebelum menjalani program ini, kami
telah menyediakan barang-barang untuk bergotong-royong dan kelas bimbingan.
Kami juga telah merancang perjalanan kelas bimbingan yang akan kami
laksanakan di SK Sungai Paoh.

5
Gambar 10: Sebelum Bertolak ke SK Sungai Paoh.

Semasa di SK Sungai Paoh, kami disambut baik oleh warga sekolah. Program ini
dimulakan dengan ceramah Profesionalisme Keguruan daripada Puan Masnah
Binti Masnan. Melalui ceramah yang beliau beri, saya mendapat banyak
informasi baharu dan juga berguna pada masa hadapan. Contohnya ialah
berkaitan dengan isu-isu murid yang bercinta dengan guru, guru mencabul
kehormatan murid dan juga berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru.
Penceramah turut membentangkan tentang etika keguruan yang dapat kami
jadikan panduan pada masa akan datang.
Selesai ceramah, kelas bimbingan pula dijalankan sehingga pukul 12:30 tengah
hari. Bagi kelas PISMP BIB 2 Ambilan Jun 2017, kami telah diamanahkan untuk
mengadakan kelas bimbingan untuk tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Iban.
Semasa kelas bimbingan ini, pelbagai aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti yang
kami jalankan lebih kepada kaedah permainan. Kaedah permainan yang kami
gunakan ialah bola beracun iaitu murid diminta menjawab soalan umum tentang
budaya Iban dan pertandingan menjawab soalan dalam kumpulan. Kumpulan
yang paling banyak pelekat diberi akan menjadi pemenang. Melalui aktiviti ini,
saya dapat melihat murid-murid sangat seronok dan berebut menjawab soalan.
Aktiviti ini juga mendedahkan kepada murid perkataan dan peribahasa dalam
bahasa Iban yang baharu mereka dengar.

6
Gambar 11: Bergambar Bersama Murid Tahun 5.

Kemudian, aktiviti gotong-royong pula diadakan pada sebelah petaang setelah


makan tengah hari dan berehat. Kumpulan kami diminta untuk membuang
ranting-ranting kayu ke tempat pembakaran. Hal ini supaya kawasan sekolah
nampak lebih bersih. Kumpulan-kumpulan lain pula membasuh dewan,
menanam pokok bunga dan mengutip sampah. Melalui aktiviti gotong-royong ini,
saya dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan orang lain iaitu dengan
guru-guru dan staf-staf yang ada bersama kami ketika aktiviti gotong-royong
dijalankan.
Aktiviti terakhir yang kami jalankan ialah aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka yang
kumpulan kami buat ialah Kad Imbasan dan Aksi. Melalui aktiviti ini, saya
mempelajari cara mengendalikan aktiviti sukaneka. Hal ini kerana saya belum
pernah mengendalikan aktiviti sukaneka sebelum ini.

Gambar 12: Permainan Gelang Getah dan Straw.

7
Gambar 13: Permainan Membawa Bola Menggunakan Gelung Rotan.

Gambar 14: Tiup Belon.

Gambar 15: Kad Imbasan dan Aksi.

8
Gambar 16: Mengisi Air dalam Botol.

Selepas mengadakan program ini, saya berasa sangat seronok kerana dapat
bergaul dengan warga sekolah di sekolah tersebut. Hal ini kerana program ini
lebih mendedahkan kami dengan pergaulan antara guru dan pelajar dan juga
guru dengan ibu bapa murid kerana aktiviti sukaneka ini melibatkan murid, guru
dan juga ibu bapa. Perancangan yang teliti juga perlu dilakukan oleh seorang
guru agar sesi pengajaran dan pembelajaran atau sukaneka dapat dijalankan
dengan lancar. Pengajaran ini dapat saya gunakan pada masa hadapan.

Gambar 17: Bergambar Bersama Guru Besar dan Guru-guru SK Sungai Paoh.

9
2.3 Hari Ketiga
Pada hari ketiga pula, aktiviti yang kami jalani ialah aktiviti Flying Fox. Aktiviti ini
dijalankan di Balai Bomba Kanowit. Seperti biasa, kami akan bertolak dari IPG
pada pukul 7:00 pagi menggunakan bas IPG. Sebelum aktiviti Flying Fox ini
dijalankan, saya berfikir bahawa kami akan menjalani Flying Fox ini di tempat
yang tinggi dan dikelilingi oleh pokok. Hal ini kerana saya pernah menjalani
aktiviti tersebut semasa menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN
Bumimas, Sibujaya. Saya membayangkan semula kenangan tersebut akan
berlaku semula pada hari tersebut. Saya berasa sangat teruja dan tidak sabar
menjalani latihan tersebut semula. Apabila sampai di Balai Bomba Kanowit, saya
berasa sedikit kecewa kerana tali untuk Flying Fox itu terlalu singkat dan kurang
tinggi.
Semasa menjalani aktiviti tersebut, perkara yang paling saya tidak suka ialah
memanjat tangga untuk sampai ke atas tempat bermulanya aktiviti Flying Fox
dilakukan. Hal ini kerana saya cepat berasa letih. Ditambah lagi saya sedang
selsema, maka saya berasa kurang bertenaga untuk memanjat tangga bangunan
tersebut. Apabila sampai di atas, saya berasa sedikit gerun apabila melihat ke
bawah. Namun begitu, saya berasa sangat seronok semasa tergantung pada tali
Fying Fox. Ini kerana saya berasa seperti boleh terbang.

Gambar 18: Setelah Saya Selesai Menjalani Latihan Flying Fox.

10
Gambar 19: Kenangan Bersama Ahli Bomba di Balai Bomba Kanowit.

Selepas menjalani aktiviti ini, saya berasa ingin melakukan aktiviti tersebut sekali
lagi. Hal ini kerana aktiviti ini menyeronokkan. Melalui aktiviti ini, saya dapat
meningkatkan lagi keyakinan diri saya. Saya turut dapat mengatasi masalah saya
yang berasa ingin terjun sekiranya berada di tempat yang tinggi. Saya dapat
pengalaman cara menguruskan murid sekiranya murid-murid saya nanti turut
menjalani latihan ini. Sekiranya diberi peluang menjalani aktiviti ini semula, saya
berharap agar dapat melakukan aktiviti ini dari tempat yang lebih tinggi dan
menggunakan tali yang lebih panjang.

2.4 Hari Keempat


Pada hari keempat, aktiviti keyakinan di air dan berakit telah diadakan. Sebelum
menjalani dua aktiviti tersebut, saya berasa sangat teruja apabila dimaklumkan
bahawa kami akan berakit di Sungai Nanga Meluan. Aktiviti berakit ini
merupakan aktiviti yang saya tidak sabar saya tunggu. Namun begitu, sehari
sebelum aktiviti tersebut dijalankan, kami diberitahu bahawa aktiviti tersebut tidak
dapat dijalankan di Nanga Meruan atas sebab-sebab tertentu. Tambahan pula,
cuaca yang kurang baik turut menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan di luar.
Maka aktiviti keyakinan di air dilakukan di Kolam Renang dan aktiviti berakit
dijalankan di Kolam A IPG Kampus Rajang. Saya berasa sangat risau apabila
diberitahu bahawa aktiviti berakit akan dijalankan di Kolam A kerana saya
memang tidak mahu menyentuh air kolam tersebut. Hal ini kerana air kolam
tersebut sangat kotor dan berbau.

11
Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan pengisian oleh Tuan Haji Mat Kamal
pada waktu pagi iaitu berkaitan dengan Ciri-ciri Pengucapan Awam. Kami diminta
untuk menyenaraikan ciri-ciri pengucapan awam dan memilih tiga ciri yang
terbaik untuk dibentangkan dalam kumpulan. Melalui aktiviti ini, saya dapat
mengetahui ciri-ciri pengucapan awam. Antara ciri pengucapan awam yang kami
kongsi ialah laras bahasa dan bahasa tubuh yang sesuai, persediaan yang rapi
dan membuat ringkasan dalam proses mengakhiri ucapan penutup dengan
sempurna.

Gambar 20: Kumpulan 4 Membentangkan Ciri-ciri Pengucapan Awam.

Kemudian, aktiviti keyakinan di air dan berakit pula menyusul. Semasa aktiviti
keyakinan di air dilakukan, saya telah mendapat banyak informasi daripada pihak
bomba tentang cara-cara menyelamatkan orang lemas. Saya tidak mempunyai
masalah berada dalam air kerana saya boleh berenang. Namun begitu, kami
semua dibekalkan dengan jaket keselamatan.

Gambar 21: Aktiviti Keyakinan di Air.

12
Semasa melakukan aktiviti berakit pula, kumpulan saya telah berjaya membuat
rakit yang kukuh dengan menggunakan ikatan serong. Pada mulanya kami
berasa sangat yakin bahawa kami dapat berlayar menggunakan rakit kami tanpa
terbalik. Namun begitu, apabila kami mula menaiki rakit yang telah kami buat,
kami berasa sangat tidak selesa kerana keadaan rakit yang bergolek dan berasa
tidak stabil. Kami berasa sangat risau apabila melihat dua kumpulan lain yang
mempunyai bentuk rakit yang sama seperti kami telah terbalik pada kali pertama
mereka cuba melayarkan rakit tersebut. Oleh sebab itu, kami berusaha dengan
sebaiknya memberikan kerjasama dalam kumpulan supaya rakit kami tidak
terbalik. Akhirnya rakit yang kami naiki tidak terbalik sehingga kami boleh balik
semula ke tempat kami bermula. Namun begitu, keadaan menjadi tegang apabila
Encik Adib yang sudah diketahui memang akan berusaha menterbalikkan rakit
semua orang berada di tempat permulaan. Setelah berusaha sepenuhnya
menahan rakit tersebut daripada tumbang akhirnya kami tumpas dan rakit telah
berjaya terbalik.

Gambar 22: Semasa Menaiki Rakit.

Selepas aktiviti pada hari tersebut, saya dapat mengetahui cara mengaplikasikan
ciri-ciri pengucapan awam yang dapat saya gunakan pada masa hadapan.
Seperti yang kita ketahui, guru tidak lari daripada pengucapan awam kerana guru
memang banyak bercakap di hadapan murid dan juga mengendalikan program-
program di sekolah sebagai pengacara majlis. Melalui latihan menyelamatkan
mangsa lemas, saya juga dapat mengaplikasikan cara-cara menyelamatkan
mangsa lemas pada masa akan datang kerana sebagai seorang guru kita
hendaklah peka terhadap keselamatan murid-murid kita tidak kira semasa
berada di darat mahupun di air. Ketika membuat rakit pula, saya dapat belajar

13
bahawa semasa membuat rakit kita hendaklah mementingkan keselamatan kita
semasa berakit dan jangan mementingkan keselesaan seperti kumpulan kami
yang membuat rakit dua lapisan kerana ingin duduk dengan selelsa di atas rakit
tetapi tidak mementingkan keselamatan diri. Saya juga belajar bahawa kita
jangan terlalu yakin dalam membuat sesuatu kerana ia akan mengundang padah
kepada kita sendiri seperti kumpulan kami yang sangat yakin bahawa rakit yang
kami buat akan belayar dengan baik atas air tetapi rupanya bergolek apabila
dinaiki. Selain itu, jaket keselamatan juga penting untuk digunakan untuk
menjaga keselamatan diri semasa berada di air walaupun kita tahu berenang.

2.5 Hari Kelima


Hari ini merupakan hari terakhir program Bina Insan Guru. Hari ini juga diadakan
perasmian penutup untuk Program Bina Insan Guru ini. Semua pelajar berasa
sangat gembira kerana akan pulang ke asrama dan rumah masing-masing.
Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang berasa sedih kerana masih ingin
mengikuti program ini. Sebelum perasmian penutup, semua AJK telah
melakukan tugas-tugas yang telah diberikan kepada mereka. Majlis penutup
yang diadakan ini akan dijalankan oleh jawatankuasa yang telah dilantik pada
awal penubuhan jawatankuasa iaitu AJK hiasan pentas, pengacara majlis, AJK
Siar Raya dan AJK Dokumentasi. Mereka telah menghias pentas, menyediakan
skrip, menyediakan peralatan yang diperlukan dan juga membuat selayang
pandang pada hari tersebut.
Semasa perasmian penutup berlangsung, semua perancangan berjalan dengan
lancar. Perasmian Penutupan Program Bina Insan Guru ini telah dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Din. Walaupun terdapat
sedikit masalah semasa selayang pandang dilakukan iaitu video tidak dapat
ditayangkan mengikut urutan kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Namun
begitu, kami berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana majlis tersebut
telah berjalan dengan lancar dan kami dapat pulang ke asrama dalam keadaan
yang selamat dan sejahtera.

14
Gambar 23: Bergambar Bersama Timbalan Pengarah Selesai Sahaja Majlis
Perasmian Penutupan Program Bina Insan Guru 2019.

Selesai sahaja perasmian tersebut, kami telah mengemas serta membersihkan


chalet dan mengembalikan semua peralatan yang telah dipinjam kepada stor
seperti peralatan memasak, jaket keselamatan dan sebagainya. Sebelum pulang,
kami memastikan bahawa semua chalet telah bersih.

3.0 Selepas Program


Selesai sahaja Program Bina Insan Guru ini, kami telah memilih satu tarikh untuk
diadakan sesi pascanilai (postmortem). Setiap AJK dikehendaki untuk membentangkan
kekuatan dan kelemahan yang ada bagi sepanjang perjalanan program tersebut. Sesi ini
sangat berguna terutamanya untuk masa-masa akan datang. Hal ini supaya AJK yang
baharu dapat memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang berlaku pada program kali ini.
Secara keseluruhannya, pengalaman menyertai program BIG adalah satu pengalaman
yang berharga. Banyak perkara yang ditumpukan dalam pembinaan seorang insan guru.
Bukan sahaja aspek luaran, malah aspek dalaman turut ditekankan sepanjang program
BIG ini. Tambahan pula, program yang telah dilaksanakan ini sangat mencabar mental
dan fizikal seorang insan yang bakal bergelar guru pada masa hadapan.

15

You might also like