You are on page 1of 12

LAPORAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Tajuk : PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PISMP AMBILAN


JUN 2018
Tarikh : 23 - 26 JULAI 2019
Tempat : KEM ALAPONG, LUNDU, SARAWAK
Peserta : 1. Florina anak Sigay (Pensyarah Penasihat Bulan Sabit Merah)
2. Abdullah Sabiq bin Mat Rifin
3. Ainie Amanie binti Rukman @ Lokman
4. Aishah binti Jamal
5. Amin Khalili bin Ibnu Khattab
6. Delsie Johnny
7. Eizaz Izni binti Hamam
8. Evand anak Dunstan
9. Ishaq Izzuddin bin Abdul Malek
10. Leonora Ida Buri anak Najil
11. Mohamad Ikhbal Asyraf bin Khalid
12. Mohamad Ikmal Haqim bin Mohd Suhaimi
13. Muhamad Syahmi bin Mohd Saiful Iskandar
14. Nurul Syafiqah binti Ismail
15. Nor Syahidah bt Anuar
16. Salnatasha binti Mohamad Sabri
17. Sharon Chin Fung Fung
18. Siti Hawa bt Sarji
19. Siti Noor Atikah binti Suhaili
HARI PERTAMA :

Aktiviti :

 Berkumpul di Blok KLMS/PULAKO


 Pemeriksaan akhir
 Kesemua unit beruniform berkumpul dan mengangkat barang masuk
ke dalam bas
 Bertolak ke tapak perkhemahan (Kem Alapong)
 Aktiviti 1:Taklimat Pengurusan, Peraturan dan Disiplin
Perkhemahan
 Aktiviti 2: Penyediaan khemah dan gajet
 Aktiviti 3: Simulasi Ikatan & Simpulan
 Aktiviti sentri mengikut jadual yang telah ditetapkan

Laporan :

Pada hari pertama, setiap unit beruniform yang terlibat berkumpul di Pusat
KLMS/ PULAKO untuk membuat pemeriksaan terakhir keatas peralatan serta alatan
kelengkapan yang akan dibawa ke Kem Alapong. Setelah melakukan pemeriksaan,
kesemua barang tersebut diangkat ke dalam bas dan tepat pada pukul 8.00 pagi
kami semua bertolak ke tapak pekhemahan.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, kami memulakan aktiviti berdasarkan jadual


yang telah ditetapkan. Aktiviti kami dimulakan dengan taklimat pengurusan,
peraturan dan disiplin perkhemahan. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan
panduan serta makluman terhadap perkara yang akan dilakukan oleh setiap UB
semasa program ini dijalankan. Setelah selesai mendengar taklimat, kami terus
kepada aktviti yang berikutnya iaitu mendirikan khemah utama serta khemah igloo
yang merupakan tempat penginapan bagi kami. Kami juga menyediakan kraf dan
gajet bagi keperluan hari kami seperti dapur, tong sampah, tiang bendera dan lain
lain lagi. Penghasilan kraf dan gajet ini kemudiannya dinilai oleh jurulatih kami iaitu
Puan Florina anak Sigay.

Pada sebelah malam, kami melakukan aktiviti simulasi ikatan. Aktiviti ini merupakan
salah satu kaedah agar kami dapat mempelajari dan mengukuhkan ilmu berkaitan
jenis ikatan asas serta memberikan kami peluang untuk melakukan latihan ikatan
sebelum menjalani ujian amali. Setelah selesai semua aktiviti pada hari pertama ini
kami menjalankan sentri mengikut jadual yang telah ditetapkan.
HARI KEDUA:

Aktiviti :

 Sarapan Pagi Dan Pengurusan Diri


 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku
 Aktiviti 5 : Kawad Kaki Statik, Dinamik & Formasi
 Rehat/ Minum Pagi
 Aktiviti 6 : Ujian Amali Kawad Kaki Statik & Dinamik
 Rehat, Makan Tengah Hari Dan Pengurusan Diri
 Aktiviti 7 : Simulasi Asas Pertolongan Cemas / BOM
 Rehat / Solat
 Aktiviti 8 :Ujian Amali Asas Pertolongan Cemas dan Balutan
 Pengurusan Diri, Makan Malam, Solat Dan Kuliah Maghrib
 Aktiviti 9: Ujian Amali Ikatan dan Simpulan
 Aktiviti sentri mengikut jadual

Laporan :

Hari kedua kami bermula dengan aktiviti kawad kaki statik, dinamik dan formasi.
Aktiviti ini dijalankan untuk memberikan peluang setiap ahli bulan sabit merah mahir
dalam tiga jenis kawad ini di samping bersedia untuk ujian amali yang akan
dijalankan pada hari tersebut juga. Pada pukul 10 pagi kami semua berehat untuk
minum pagi sehingga 10.30 pagi. Kemudian, kami sambung kepada sesi Ujian Amali
Kawad Kaki bagi ketiga-tiga jenis kawad yang dipelajari pada pagi itu iaitu kawad
statik, dinamik dan formasi. Setelah tamat ujian amali tersebut kami balik ke khemah
untuk berehat dan menguruskan diri sehingga pukul 2.00 petang.

Seterusnya, selepas selesai pengurusan diri kami meneruskan aktiviti seperti


yang ditetapkan dalam jadual tentatif iaitu mengikuti aktiviti simulasi Asas
Pertolongan Cemas. Semasa mengikuti aktiviti ini kami, mempelajari tentang balutan
menggunakan anduh dan kain pembalut atau ‘bandage’. Antara jenis balutan yang
dipelajari ialah balutan kepala, tapak tangan, siku, badan dan lutut. Setelah selesai
aktiviti simulasi ini, kami berehat untuk minum petang dan solat. Bagi sesi petang
kami melakukan ujian amali untuk kemahiran asas dalam pertolongan cemas seperti
yang telah dipelajari. Setelah selesai ujian amali, kami berehat dan menguruskan diri.
Bagi aktviti malam kami menjalankan ujian amali bagi kemahiran ikatan yang telah
dipelajari pada hari pertama. Setelah selesai semua aktiviti dan ujian tersebut, kami
meneruskan dengan aktiviti sentri untuk memastikan keselamatan setiap ahli yang
ada.
HARI KETIGA :

Aktiviti :

 Pengurusan Diri & Senaman Pagi


 Sarapan pagi
 Aktiviti 10 : Aktiviti Orienteering
 Rehat
 Akriviti 11 : Amali masakan rimba (makan tengahari)
 Pengurusan diri, makan, solat dan kuliah maghrib
 Aktiviti 12 : Malam kebudayaan
 Aktiviti sentri

Laporan:

Hari ketiga diteruskan dengan aktiviti orienteering. Aktiviti bertujuan untuk


mengajar tentang kaedah menggunakan kompas. Selain itu, ia juga untuk
mendedahkan kami mengenai cara membaca bearing untuk mendapat
haluan ke arah petunjuk yang disorokkan. Terdapat lima ‘checkpoint’ yang
disediakan untuk kami cari untuk mendapatkan petunjuk bagi mendapatkan
harta karun yang disorokkan. Semasa aktiviti ini kami banyak mendapatkan
ilmu baru terutama berkaitan penggunaan kompas.

Seterusnya, setelah selesai aktiviti mencari harta karun kami meneruskan


dengan aktiviti amali masakan rimba pada sebelah petang. Kami
menggunakan bahan dan peralatan yang disediakan seperti buluh, gajet
dapur dan bahan mentah untuk memasak. Kami telah memasak pelbagai
jenis hidangan mengikut kreativiti sendiri. Antara hidangannya ialah nasi
ayam pansuh, ikan bakar, pulut panggang, ubi bakar dan terung bakar.
Semasa menyediakan masakan rimba, kami turut menghadapi masalah
cuaca hujan lebat. Namun begitu, kami berjaya mengatasi masalah cuaca
dengan menggunakan kanvas untuk melindung dapur kami supaya dapat
meneruskan masakan. Kesimpulannya, kami berjaya menyiapkan masakan
rimba dengan baik.
Gambar Aktiviti:

Peserta-peserta Perkhemahan Bersepadu Unit


Beruniform Ambilan Jun 2018

Peserta-peserta Bulan Sabit Merah


IPGKTAR
 Aktiviti : Penyediaan Khemah Dan Gajet
 Aktiviti : Simulasi / Amali Ikatan Dan Simpulan
 Aktiviti : pertolongan cemas
 Aktiviti : masakan rimba
 Aktiviti : Orienteering

 Aktiviti : Malam Kebudayaan


 Aktiviti : Majlis penutupan

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


________________________ ________________________
(AINIE AMANIE BINTI LOKMAN) (FLORINA ANAK SIGAY )
Ahli Bulan Sabit Merah Pensyarah Penasihat Bulan Sabit Merah
IPG Kampus Tun Abdul Razak, IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan, Kota Samarahan,
Sarawak. Sarawak.

You might also like