You are on page 1of 17

Ahli Jawatankuasa Projek Khidmat Masyarakat

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Dokumentasi :Yu Ai Loon :Teoh Kah Cheng :Phuah YingJia :Tan Yann Yuan :Kit Jou Win Ong Siew Phing Teoh Khai Fern AJK Keselamatan AJK Cenderamata :Loo Rui Yi :Lai Yuh Hwan Lee Chee Hong AJK Makanan :Teoh Saw Ean Chin Yeong Chyi AJK Sukaneka :Chew Hue Shan Ooi Hooi San Gooi Pei Xian Chan Si Ying Ng Lee Leen Neoh Zhen Yi Tan Yong Ling AJK Gotong-Royong :Neoh Zhen Yi Chin Yeong Chyi Lee Chee Hong Tan Yann Yuan

Jadual
Masa 8.00 pagi 10.00 pagi 10.15 pagi 10.45 pagi 12.30 tengahari 1.00 petang 2.00 petang 4.00 petang Aktiviti Bertolak dari IPG KSAH Tiba di Spastik Pusat Harian Kanak-kanak

Sarapan pagi Aktiviti Gotong-royong Makan tengah hari Aktiviti Gotong-royong Berinteraksi dengan kanak-kanak dan aktiviti sukaneka Penutup dan penyampaian cenderahati kepada pihak pusat harian kanak-kanak spastik Bertolak pulang ke IPG KSAH Tiba di IPG KSAH

4.30 petang 7.00 petang

Laporan Aktiviti - Sebelum


Projek Khidmat Masyarakat merupakan projek yang wajib dilaksanakan oleh guru pelatih PISMP- 6A bagi memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek PSK 3104. Pensyarah penasihat projek ini ialah Dr. Malar A/P Muthiah. Selepas perbincangan dengan pensyarah, projek khidmat masyarakat pada kali ini akan dijalankan di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. Ahli Jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang dan mengelola aktiviti khidmat masyarakat pada kali ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Makanan, AJK Dokumentasi, AJK Keselamatan, AJK Cenderamata AJK Sukaneka dan AJK Gotong-royong. Selepas AJK ditubuhkan, ahli-ahli telah menjalankan tugas mereka untuk melicinkan projek pada kali ini. Ahli-ahli Jawatankuasa telah berbincang dengan pensyarah mengenai tugas-tugas yang akan dijalankan masing-masing. Selepas itu, AJK berbincang dalam kumpulan untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Selepas siap berbincang dalam kumpulan, ketua dikehendaki membentangkan hasilan perbincangan mereka kepada pensyarah dan kelas. Sebagai contoh, ahli jawatankuasa sukaneka telah menyatakan aktivitiaktiviti permainan yang disediakan adalah seperti Kawan Saya, Cari-cari, Ular Makan Getah, Kumpul Emas dan Rebut Kerusi. Di samping itu,

bendahari telah mencadangkan kutipan wang setiap orang RM15 untuk membeli cenderamata dan sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Maka, pensyarah telah memberi komen dan cadangan yang bernas kepada AJK mengenai kesesuaian aktiviti yang dijalankan semasa berada di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Selepas perbincangan dengan pensyarah, setiap AJK telah menjalankan tugas masing-masing. Misalnya, AJK Keselamatan telah meminjam peti keselamatan dari IPG KSAH sebelum pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Manakala, AJK Sukaneka telah menyediakan bahan-bahan yang

diperlukan untuk aktiviti permainan. AJK Cenderamata telah membeli barangbarang harian sebagai sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Pengerusi memastikan semua AJK telah menjalankan tugas masingmasing sepanjang proses penyediaan projek khidmat masyarat tersebut supaya projek tersebut dapat dijalankan dengan licin. Akhirnya, semua ahli telah bersiap sedia untuk pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.

Gambar
AJK Sukaneka sedang menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk aktiviti permainan.

Laporan Aktiviti - Semasa


Pada 22 Jun 2011 (Khamis), kami telah menjalankan projek khidmat masyarakat di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. Sebanyak tiga orang pensyarah dan 19 orang peserta dari kelas PISMP 6A telah berkumpul di depan kantin pada pukul 7.45 pagi untuk mengambil kedatangan. Tepat pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari IPG KSAH ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. Pada pukul 10.00 pagi, kami telah tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik telah mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati terbuka. Selepas itu, Majlis perasmian telah dijalankan. Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah dijemput untuk telah memberi ucapan. Beliau telah memperkenalkan sejarah pusat dan menggalakkan para guru pelatih mendapat pengalaman dengan kanak-kanak spastik melalui aktiviti kali ini. Diikutinya adalah pensyarah penasihat, Dr. Malar A/P Muthiah dijemput untuk memberi ucapan. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pusat dan menggalakkan guru pelatih dapat memperoleh pengalaman yang berharga melalui projek ini. Pada pukul 10.15 pagi, kami telah dijemput memakan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Selepas mengambil sarapan pagi, kami memulakan aktiviti gotong-royong bersama dengan muridmurid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Antara aktiviti-aktiviti gotong-royong yang dijalankan ialah membersihkan kawasan persekitaran pusat, mengutip sampah sarap di kawasan persekitaran, mengangkat jubin terbuang ke tempat yang selamat dan membersihkan perpustakaan pusat. Kerja-kerja ini telah ditolong oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok. Maka, kerja gotong-royong telah dapat disiapkan dalam masa yang

diperuntukkan.

Pada pukul 12.30 tengahari, aktiviti gotong-royong diberhentikan untuk makan tengahari. Selepas itu, aktiviti gotong-royong telah disambung pada pukul 1.00 petang. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti berinteraksi dengan kanak-kanak dan aktiviti sukaneka telah dijalankan. AJK Sukaneka membahagikan kanakkanak kepada dua kumpulan berdasarkan warna mahkota, iaitu mahkota biru dan merah jambu. AJK Sukaneka membantu kanak-kanak memakai mahkota secara rawak. Kemudian, ketua AJK Sukaneka menerangkan permainan ini dengan meminta warna kanak-kanak mahkota. mencari Selepas ahli itu, kumpulan masing-masing diminta untuk

berdasarkan

kanak-kanak

memperkenalkan diri. Permainan yang seterusnya ialah Cari-cari. Kanak-kanak dikehendaki menunjukkan bahan yang betul mengikuti arahan AJK Sukaneka lalu mengejakan nama bahan itu. Semua kanak-kanak dapat menjawab dengan baik dan betul. Permainan yang berikutnya adalah Ular Makan Getah. Kanak-kanak dikehendaki berdiri dalam satu barisan dalam kumpulan masing-masing. Sebahagian guru pelatih juga bermain bersama-sama dengan kanak-kanak. AJK Sukaneka membuat demonstrasi cara bermain lalu memulakan pertandingan. Permainan ini telah dimenangi oleh kumpulan merah jambu. Permainan yang keempat adalah Kumpul Emas. Permainan ini juga dipertanding dalam kumpulan. AJK Sukaneka telah mendemonstrasikan cara permainan ini sebelum memulakan pertandingan ini. Kumpulan yang memenangi permainan ini ialah kumpulan biru. Permainan yang terakhir ialah Rebut Kerusi. Semua kanak-kanak dan sebahagian guru pelatih bermain bersama-sama dalam permainan ini. Apabila muzik disiarkan, semua pemain dikehendaki berjalan mengeliling kerusi yang disediakan. Apabila muzik dihentikan, pemain dikehendaki duduk atas kerusi. Sesiapa yang gagal duduk atas kerusi akan disingkir. Pemain yang terakhir ialah pemenang, dan permainan ini telah dimenangi oleh wakil kumpulan merah jambu. Selepas semua permainan dijalankan, semua guru pelatih, kanak-kanak spastik, pihak pusat dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok

bersama-sama menari Chicken Dance. Diikutinya adalah penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dalam permainan, tetapi hadiah sagu hati juga disediakan kepada kumpulan yang kalah. Pada pukul 4.00 petang, majlis penutup dan penyampaian cenderamata telah dijalankan. Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanakkanak Spastik dan kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.

Gambar Sebelum Bertolak Dan Semasa Dalam Bas

Guru pelatih mengangkat barang ke atas bas untuk dibawa ke Ipoh.

Menangkap gambar sebelum bertolak.

Pengerusi memberi taklimat kepada guru pelatih semasa dalam bas.

AJK membuat persiapan akhir sebelum tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh.

Gambar Selepas Tiba Di Pusat Kanak-Kanak Spastik

Guru pelatih mengeluarkan barang-barang yang disediakan untuk diberi kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.

Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik mengalu-alukan kedatangan kami.

Barang-barang yang dibawa telah dikumpulkan bersama.

Pensyarah dan Pihak pusat sedang berbincang tentang aktiviti yang akan dijalanan.

Pensyarah memberi taklimat kepada guru pelatih sebelum memulakan aktiviti.

Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT dan pensyarah penasihat, Dr. Malar A/P Muthiah memberi ucapan semasa majlis perasmian.

Aktiviti Gotong-Royong

Aktiviti Sukaneka
Aktiviti Kawan Saya & Sesi Memperkenalkan Diri

Aktiviti Cari-cari

Aktiviti Ular Makan Getah

Aktiviti Kumpul Emas

Aktiviti Rebut Kerusi

Aktiviti Chicken Dance

Laporan Aktiviti - Selepas


Selepas balik ke IPG KSAH, kami telah mengadakan mesyuarat untuk membuat refleksi mengenai projek ini. Tujuan membuat refleksi adalah mengetahui kelemahan dan kelebihan sepanjang menjalankan projek ini. Sementara itu, laporan refleksi harus disediakan sebagai rujukan pada masa depan. Jadi, semua AJK dikehendaki membuat refleksi dan menyediakan laporan.

Pensyarah Pembimbing memberi galakan dan bimbingan kepada guru pelatih selepas tamat aktiviti.

Majlis Penutup
Pada pukul 4.00 petang, Majlis Penutup telah diadakan. Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Pn. Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah memberi ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan sumbangan para guru pelatih. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan para guru pelatih pada masa depan. Selepas itu, Beliau telah menyampaikan cenderahati kepada Dr. Malar A/P Muthiah sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Di samping itu, beliau juga menyampaikan cenderahati kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Pada akhirnya, semua orang dikumpul bersama untuk mengambil gambar. Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik dan kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.

Gambar Semasa Majlis Penutup

Cenderahati diberi daripada Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik kepada pensyarah pembimbing IPG KSAH dan wakil SMK Merbok, Kedah.

Aktiviti bersalam-salaman sebelum balik ke IPG KSAH.

Menangkap gambar bersama dengan Pusat Harian Kanak-kanak Spastik serta pelajar SMK Merbok.

You might also like