You are on page 1of 10

LAPORAN DOKUMENTASI PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN

KADET REMAJA SEKOLAH PISMP UNIT R 2017

1.0 TAJUK/NAMA PROGRAM

Program Perkhemahan Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah PISMP Unit R 2017

2.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

2.1 Tarikh : 5-9 Sept 2017

2.2 Masa : 4 Hari 3 Malam

2.3 Tempat : Pulako, IPG Kampus Ipoh

3.0 UNIT/AGENSI PENGANJURAN

Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh

4.0 KEHADIRAN

31 peserta Kadet Remaja Sekolah dari Unit R dan AJK pogram perkhemahan

5.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

5.1 Laporan Sebelum

Program Perkhemahan Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah PISMP Unit R 2017


telah diadakan pada 5 hingga 9 September 2017. Program perkhemahan ini melibatkan
seramai 31 orang pelajar PISMP Unit R yang terdiri daripada kelas R2, R6 dan R7. Program
ini telah dijalankan di Pulako, IPG Kampus Ipoh. Sebelum bermulanya aktiviti perkhemahan
ini, Ahli Jawatankuasa Induk Program ini telah mengadakan taklimat beberapa kali bagi
memastikan kelancaran program. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan
kursus kepada pelajar sekaligus mentauliahkan pelajar kepada Leftenan Muda KRS.

5.2 Laporan Semasa

5.2.1 Laporan Hari Selasa (5/9/2017)

Pada hari pertama Program Perkhemahan Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah,


para peserta berkumpul di Pulako pada jam 8.00 pagi. AJK Pendaftaran iaitu Tn Yusri
dibantu oleh ahli-ahli fasilitator memainkan peranan mereka dengan mengambil kehadiran
peserta. Selain itu, pada pukul 10.30 pagi, sedikit taklimat mengenai pengurusan
perkhemahan dan keselamatan murid-murid telah ditaklimatkan oleh Tn Yusri sebelum
peserta mendirikan khemah masing-masing. Taklimat Pengenalan Asas Perkhemahan
diberikan oleh Tn Yusri tentang cara-cara mendirikan dan membubarkan khemah. Selepas
makanan tengah hari, aktiviti diteruskan lagi dengan simpulan dan ikatan yang diuruskan
oleh Tn Yusri. Beliau menerangkan jenis-jenis ikatan, cara-cara membuat ikatan dan
kegunaan ikatan tersebut dalam kehidupan seharian. Antara ikatan yang ditekankan ialah
seperti simpul manok, simpul bunga geti, simpul tindih kasih, simpul belit, ikatan seraya,
ikatan serong dan sebagainya.

Selepas solat asar, iaitu pada pukul 5 petang telah diadakan program kraf
perkhemahan atau gajet yang dikendalikan oleh Tn Nor Azmi. Beliau telah menerangkan
tentang jenis-jenis gajet, cara membuat gajet dan kebaikan gajet tersebut sewaktu
perkhemahan kepada para peserta. Selepas itu, peserta mula membina gajet masing-
masing di tapak perkhemahan seperti pintu gerbang, gajet tempat masak, gajet tempat
membuang sampah dan lain-lain. Selepas makan malam iaitu pada pukul 9 malam telah
diadakan program kemahiran pioneering yang diuruskan oleh Tn Izhar.

5.2.2 Laporan Hari Rabu (6/9/2017)

Pada awal hari Rabu, semua peserta telah berkumpul di pulako pada 6 pagi untuk
menjalankan senaman pagi. Selepas senaman pagi, upacara naik bendera telah
berlangsung yang diketuai oleh ketua komanden iaitu, Ismail. Selepas sarapan pagi,
program diteruskan lagi dengan aktiviti membaca kompas dan peta yang dikendalikan oleh
Tn Nor Azmi pada pukul 8 pagi. Beliau telah banyak memberikan input berkaitan cara
membaca kompas dan peta dengan betul dan tepat sewaktu berada di hutan. Pada pukul
10.30 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan pengembaraan atau jalan lasak yang diketuai oleh
Tn Yusri. Sebelum memulakan pengembaraan, satu taklimat kecil telah diberikan oleh Tn
Yusri berkaitan peraturan-peraturan yang patut dipatuhi oleh semua peserta sewaktu berada
di hutan.

Pada pukul 2.30, aktiviti ikhtiar hidup telah diadakan yang diuruskan oleh Pn Wan.
Beliau telah menjelaskan tentang tujuan ikhtiar hidup kepada semua peserta sewaktu
berada di hutan. Selepas itu, beliau telah menunjukkan cara-cara memasak dengan
menggunakan menu solar seperti puding roti dengan telur rebus. Para peserta telah
dibahagikan kepada lima kumpulan dan masing-masing diberikan bahan-bahan untuki
menyedikan masakan solar tersebut. Setelah habis solat asar, program orientasi unit
beruniform sekolah rendah telah diadakan di Dewan Seri Keledang. Program ini telah
dikendalikan oleh Tn Taufiq dimana beliau memberikan banyak maklumat berkaitan cara-
cara menguruskan badan unit beruniform di sekolah pada masa akan datang. Pada pukul 9
malam, aktiviti bantu mula telah diadakan dan diuruskan oleh Tn Nor Azmi. Beliau telah
menjelaskan cara-cara bantu mula yang ringkas kepada para peserta supaya dapat
digunakan ilmu tersebut pada bila-bila masa sahaja.

5.2.3 Laporan Hari Khamis (7/9/2017)

Pada awal hari Khamis, semua peserta telah berkumpul di pulako pada 6 pagi untuk
menjalankan senaman pagi. Selepas senaman pagi, upacara naik bendera telah
berlangsung yang diketuai oleh ketua komanden iaitu, Ismail. Selepas sarapan pagi,
program diteruskan lagi dengan aktiviti keyakinan dan menyelamat air yang dikendalikan
oleh Tn Yusri. Dalam aktiviti ini, para peserta telah diberi ilmu tentang cara membina rakit
dengan menggunakan ikatan dan simpulan yang dipelajari. Setelah selesai membina rakit,
para peserta diberi peluang untuk berakit di kolam pulako. Dalam aktiviti tersebut, peserta
turut diberikan pendedahan tentang peraturan-peraturan sewaktu berakit seperti pemakaian
‘Life Jaket’, cara mendayung dan lain-lain.

Pada pukul 2.30 petang telah diadakan aktiviti kesukarelawan di surau yang diketuai
oleh Pn Shuwaibah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menjalankan tugas membersihkan seperti mop lantai, mencuci tandas, mengemas rak dan
lain-lain lagi. Selepas itu, pada pukul 5 petang, kawad formasi telah diajar oleh Tn Taufiq
kepada para peserta. Pada pukul 9 malam, para peserta telah menjamu selera bersama
para pensyarah dengan mengikut tatatertib pemakanan. Setelah makan malam, malam
kebudayaan telah berlangsung dimana para peserta telah membuat persembahan mengikut
kumpulan seperti drama, tarian, nyanyian dan lain-lain.

5.2.4 Laporan Hari Jumaat (8/9/2017)

Pada awal hari Khamis, semua peserta telah berkumpul di pulako pada 6 pagi untuk
menjalankan senaman pagi. Selepas senaman pagi, upacara naik bendera telah
berlangsung yang diketuai oleh ketua komanden iaitu, Ismail. Selepas sarapan pagi,
program diteruskan lagi dengan raptai Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda KRS yang
diuruskan oleh Tn Yusri. Selepas itu pada pukul 10.30 pagi, istiadat Pentauliahan Leftenan
Muda KRS dan majlis penutup telah diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu
kehormat iaitu Mejar Yusri Bin Mat Johor Para peserta iaitu seramai 31 orang telah
ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS oleh Mejar Yusri Bin Mat Johor. Selepas itu,
upacara penyampaian hadiah dan anugerah-anugerah khas telah diberikan kepadapara
pemenang. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu KRS. Para peserta mula
mengemas barang-barang mereka dan mengadakan aktiviti gotong-royong. Setelah selesai
aktiviti gotong-royong, upacara menurunkan bendera telah diadakan.

5.3 Laporan Selepas

AJK Jawatankuasa Perkhemahan Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah mengadakan


mesyuarat bagi membincangkan kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang aktiviti
perkhemahan. Di samping itu, AJK Dokumentasi menyediakan laporan yang berlaku
sepanjang 4 hari 3 malam perkhemahan ini.

6.0 IMPAK

Berdasarkan aktiviti perkhemahan sepanjang 4 hari 3 malam ini, matlamat dan


objektif perkhemahan dapat tercapai kerana segala aktiviti berjalan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai aktiviti telah ditangguhkan disebabkan oleh kekurangan kos. Diharapkan


perancangan program bagi perkhemahan yang akan datang dapat dilaksanakan pada tarikh
yang dirancang serta mengikut tentatif yang ditetapkan.

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini
berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan program.

Disemak oleh :

…………………………………………

(TN YUSRI BIN MAT JOHOR)

PENSYARAH KANAN UNIT KOKURIKULUM


GAMBAR PROGRAM PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN

KADET REMAJA SEKOLAH PISMP UNIT R 2017

SELASA (5/9/2017)

AKTIVITI MEMASANG KHEMAH

AKTIVITI MEMBINA GAJET


RABU (6/9/2017)

AKTIVITI PENGEMBARAAN/ JALAN LASAK


AKTIVITI IKHTIAR HIDUP

AKTIVITI BANTU MULA


KHAMIS (7/9/2017)

AKTIVITI SENAMAN PAGI


AKTIVITI BERAKIT/BERKAYAK

AKTIVITI KHIDMAT KESUKARELAWAN


MALAM KEBUDAYAAN

JUMAAT (8/9/2017)

ISTIADAT PERTAULIAHAN LEFTENAN MUDA KRS

You might also like