You are on page 1of 20

1

HALAMAN PENGAKUAN:

S U R A T P E N G A K U A N

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam Kerja Kursus SJH 3013 : Sejarah
Politik Tanah Melayu Sehingga Awal Abad ke-20 adalah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri
dalam perkataan saya dan saya juga TIDAK MENCIPLAK, mahupun MEMPLAGIAT mana-mana
bahagian dalam tugasan yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku bahawa :

1. Kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan elektronik yang didaftarkan;

2. Saya tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun seseorang pelajar;

3. Saya tidak membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin laporan saya; dan

4. Saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam
kertas kerja saya.

Dengan ini, saya bernama YUTRA A/P R SIVAJI faham sekiranya perkara di atas TIDAK DIPATUHI
atau didapati MENIPU, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mempunyai hak
sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan
Pelajar yang terkini.

.............................................................

Nama : YUTRA A/P R SIVAJI

PENGHARGAAN

2
Saya , Yutra A/P R Sivaji , dari unit R7 , opsyen Sejarah ( SJKT ) , telah ditugaskan untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus matapelajaran SJHK 3013 yang bertajuk Sejarah Politik
Tanah Melayu Sehingga Awal Abad ke-20. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan
kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan dalam tempoh yang diberikan dengan
sebaik mungkin.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana menyediakan kemudahan asas seperti perpustakaan
bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat dan bahan rujukan yang berkaitan tugasan
saya.

Selain itu , saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rose
Adila Bt Ismail, pensyarah kursus ini kerana sudi memberi tunjuk ajar dan penerangan
dengan sempurna sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah menyempurnakan tugasan ini.
Saya juga berterima kasih kepada pensyarah saya kerana memberi kepercayaan atas saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya , saya juga tidak boleh lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan untuk menghasilkan kerja kursus
ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan
saya dengan sempurna.

Malah, juga jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang bersama-
sama membuat dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar
idea untuk menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali bahawa, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN

3
Borang Maklum Balas 1
Halaman Pengakuan 2
Penghargaan 3
Senarai Kandungan 4
Tugasan 1 5~13
1.0-Pengenalan 6
2.0-Esei 7-12
3.0-Rumusan 13

Tugasan 2 14-17
RUJUKAN 18
REFLEKSI 19
LAMPIRAN 20

4
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

5
Indianisasi dikaitkan dengan pelbagai takrifan dan pendapat oleh sarjana-sarjana
yang mengkaji tentang Indianisasi atau Asia Tenggara. Menurut Brian Harrison, Indianisasi
merupakan sifat-sifat budaya Hindu yang meliputi unsur yang didapati dari India melalui
aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera. Menurut Abdul Rahman
Abdullah (2003), Indianisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyebaran agama Hindu-
Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran
kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu-
Buddha. Dari segi istilahnya, konsep Indianisasi digunakan dengan pengertian luas iaitu
pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India. Quaritch Wales pula menyatakan
bahawa proses indianisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan oleh India ke atas Asia
Tenggara. Malahan ia merupakan proses kebudayaan dan agama Hindu yang sesuai
dengan keadaan tempatan. Proses ini tidak berlaku secara paksaan sebaliknya berlaku
secara tidak langsung dan secara perlahan-lahan. Dengan ini, unsur-unsur India meresapi
dalam masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, Asia Tenggara yang diindianisasikan
tidak menerima sosiobudaya dan falsafah politik sepenuhnya. Malah unsur-unsur ini
disesuaikan dengan keadaan politik dan juga budaya tempatan Asia Tenggara sehingga
menjadi ciri-ciri tersendiri. Sebagai contohnya, sistem kasta. Sistem kasta yang dipraktikkan
di India telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau
Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah. Sistem Kasta ini tidak diamalkan di
Asia Tenggara seperti yang dipraktikkan di India. G. Coedes menyatakan persepsinya
bahawa Tanah Besar memainkan peranan penting dalam penyebaran agama dan
kebudayaan India di Asia Tenggara. Menurut beliau perluasan India Sebelah Timur
merupakan faktor yang mengakibatkan proses Indianisasi. Namun, proses perluasan ini
bukanlah melalui penjajahan seperti mana yang dilakukan oleh Barat selepas itu. Intihanya,
tidak dapat dinafikan bahawa India memainkan peranan yang amat penting dalam
meluaskan pengaruhnya dari segi sosiopolitik dan kebudayaan ke Asia tenggara pada ketika
itu.

2.0 ESEI

6
Golongan Mubaligh Buddha, Vaisya atau pedagang, Brahmin atau pendeta, Ksyatria
atau tentera atau raja dan penduduk tempatan merupakan agen penyebar yang
mengakibatkan Indianisasi yang berlaku merebak dengan meluas. Golongan ini memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi penduduk dalam menyebarkan pengaruh India.
Melalui proses Indianisasi yang berlaku atas peranan agen-agen penyebar tersebut
merancakkan lagi penyebaran agama, politik dan budaya Hindu di Asia Tenggara.
Penerimaan pengaruh Hindu yang berlaku dalam masyarakat tempatan menyebabkan
berlakunya perubahan dalam masyarakat. Ini dapat dilihat daripada kesan-kesan daripada
tinggalan-tinggalan hasil daripada proses Indianisasi di Asia Tenggara dari segi kerajaan dan
masyarakat awal. Ini meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan dan kesenian Hindu,
penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha, agama serta amalan-amalan Hindu-Buddha
dalam amalan-amalan masyarakat semasa kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Tanah
Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka.

Pertama, konsep-konsep politik. Politik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan


berkenaan dengan pemerintahan ataupun dasar pemerintahan. Kemunculan kerajaan-
kerajaan awal di AsiaTenggara seperti Funan, Champa, Chenla, Kedah Tua atau Gangga
Negara, Mataram, Singgasari, Langkasuka, Malayu-Kuno, dan banyak lagi. Dalam idea
politik dan kerajaan awal Asia Tenggara, hubungan kerajaan dengan India dipengaruhi oleh
konsep “Kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai
penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Melalui pemerintahan raja yang berpandukan kepada
kitab-kitab perundangan, kitab ini adalah mengambil beberapa aspek perundangan Hindu
seperti Kitab Dharmasutra ataupun Hukum Kanun Manu. India mempunyai keunikan apabila
mampu mempengaruhi dengan menyeluruh dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

Walau bagaimanapun, hubungan India ini tidak bertahan lama dalam kerajaan Awal
Asia Tenggara tetapi masih boleh dibanggakan kerana mempunyai banyak tinggalan dalam
amalan politiknya. Kumpulan yang paling awal menerima pengaruh India adalah golongan
Raja dan Pemerintah melalui hubungan perdagangan. Mereka menyedari nilai konsep India
sebagai alat untuk mengesahkan kedudukan politik dan mewujudkan pelapisan masyarakat.
Idea India ini menjadikan raja itu menduduki heirarki tertinggi dan wajib disanjungi.
Pemerintah sesebuah kerajaan yang tertarik dengan agama Hindu-Buddha telah membawa
masuk orang Brahmin India ke dalam negara untuk mempelajari agama Hindu-Buddha dan
hal ini telah membawa kepada penyebaran agama Hindu-Buddha yang bermula daripada
pemerintah Kerajaan-kerajaan Di Asia Tenggara, seterusnya tersebar di kalangan rakyat.
Konsep dewaraja telah diperkenalkan dalam kerajaan dan raja dianggap sebagai utusan
Tuhan oleh masyarakat. Dewaraja ditakrifkan sebagai suatu bentuk hubungan antara alam
semesta iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu dihormati oleh setiap rakyat.

7
Konsep Dewa Raja juga merupakan sebuah konsep yang menyamakan kedudukan raja
dengan dewa-dewa. Dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan, konsep dewaraja
menekankan raja sebagai pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak dan rakyat tidak boleh
mempersoalkan kedudukan raja. Raja dibantu oleh Brahmin dan pembesar dalam
melaksakan pentadbiran kerajaan. Raja bertanggungjawab dalam menjatuhkan hukuman,
namun raja tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman dengan sewenang-sewenangya. Agama
Hindu-Buddha melalui konsep dewaraja telah membantu dalam menyeimbangi kuasa raja
daripada bertindak sewenang-wenangnya. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja
setaraf dengan dewa. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Hindu-Buddha yang
menjalankan konsep dewaraja sebelum kedatangan Islam ke Melaka. Konsep ini juga
menjadi asas kepada konsep Daulat dalam tradisi Melayu. Konsep Dewaraja ini turut
berkembang dalam masyarakat khmer terutamanya semasa zaman Kerajaan Angkor.
Intihanya, agama Hindu yang menekankan raja sebagai jelmaan Tuhan atau keturunan dewa
iaitu Surya dan Vishnu menjadikan kedudukan raja sebagai dewa di alam nyata dan diterima
oleh masyarakat tempatan.

Seterusnya, wujud juga sistem ‘feudalisme’. Feudalisme merupakan satu istilah yang
pertama kali digunakan pada awal kurun ke-17, merujuk kepada sistem politik di Eropah
pada Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set tanggungjawab undang-undang dan
ketenteraan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani
(vassals) dan tanah (fiefs). Sistem feudal Hindu pula bertujuan untuk melahirkan taat setia
yang membuta tuli terhadapa raja kerana kedudukannya yang dianggap sangat tinggi.
Misalnya, wujud sistem feudal Hindu yang dapat dijelaskan melalui konsep mandala iaitu
“circle of kings” iaitu seorang raja sebagai Tuhan berkuasa penuh terhadap penguasa-
penguasa mandalanya. Sebenarnya, kepentingan mandala tidak terletak pada luas kawasan
naungannya, tetapi pada kesetiaan rakyatnya dimana mereka dapat dikerahkan pada bila-
bila masa sahaja. Sebagai contoh, mulanya Singasari di Jawa adalah dianggap mandala
Srivijaya, tetapi kemudiannya terdapat pula mandala Majapahit iaitu kawasan naungannya
mengaku taat setia kepadanya. Dalam undang-undang jenayah, hukuman yang dijatuhkan
adalah berbeza menurut kasta seseorang, terutamanya dalam kesalahan memfitnah yang
diertikan sebagai Vakraparusya dan menyerang iaitu danda-parusya. Sekiranya pesalah dan
mangsa kesalahan itu berasal daripada kasta yang sama dendanya bukan berat tetapi
ringan sahaja. Selain itu, tentang adat istiadat pula ketentuannya disusun menurut kasta
ataupun tinggi darjat seseorang maka semakin istimewalah hak yang diperolehnya,
sedangkan semakin rendah darjat seseorang maka semakin besarlah tanggungjawab atau
bebanan yang diletakkan ke atas bahunya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa kerajaan-

8
kerajaan Awal Asia Tenggara mempunyai hubungan dengan India mengikut aspek politik
yang terdapat sebelum era indianisasi.

Aspek kedua ialah agama dan kepercayaan. Indianisasi yang berlaku di Asia
Tenggara, telah membawa perubahan yang besar terhadap aspek agama dan kepercayaan
yang dianuti oleh masyarakat di Asia Tenggara. Pada awalnya, masyarakat awal di Asia
Tenggara mengamalkan kepercayaan animisme dalam kehidupan seharian mereka. Setelah
kedatangan pengaruh-pengaruh agama Hindu-Buddha, masyarakat awal di Asia Tenggara
mula beralih daripada menganuti kepercayaan animisme kepada menganuti agama Hindu-
Buddha. Walau bagaimanapun, perkembangan agama Hindu-Buddha ini hanya berlaku dan
lebih tertumpu pada orang atasan iaitu golongan pemerintah. Manakala, golongan bawahan
masih lagi mengamalkan kepercayaan mereka terhadap kepercayaan animisme. Hal ini
adalah saling berkaitan dengan konsep Great Tradition dan Little Tradition, yang mana
perubahan agama hanya berlaku dalam lingkungan istana yang mewakili Great Tradition dan
golongan rakyat yang mewakili Little Tradition masih mengekalkan warisan tradisi mereka.
Penerimaan agama-agama bagi setiap negara di Asia Tenggara juga saling berbeza antara
satu dengan yang lain. Sebagai contoh, Sebagai contoh agama Buddha Hinayana (Trawada)
lebih dominan di Myanmar dan Siam manakala agama Hindu Brahminisme lebih dominan di
Kemboja dan Campa. Perkembangan agama Hindu dan Buddha ini adalah disebabkan oleh
hubungan antara masyarakat Asia Tenggara dengan kerajaan India yang terjalin dan secara
langsung diterima oleh kerajaan-kerajaan awal seperti Funan, Campa, Kedah Tua, Chen-La,
Mataram dan lain-lain sebagai agama yang penting dalam kerajaan.

Di samping itu, aspek kebudayaan dan kesenian Hindu. Khazanah kebudayaan India
lebih diminati dari falsafah agamanya sehingga falsafah itu diabaikan dan diubahsuai
menjadi seni. Sebagai contohnya, pelbagai tarian keagaaman telah diadaptasi menjadi
sebagai tarian seni dan kebudayaan di India dan telah meresapi kepada masyarakat Asia
Tenggara yang menganut agama Hindu. Sementara itu, gajah pula dinaik taraf sebagai
binatang diraja dan memperoleh kedudukan yang mulia bagi agama Hindu dan Buddha.
Dalam agama Hindu gajah juga dianggap sebagai Tuhan dan diberikan perhormatan yang
khas. Selain itu, ciri-ciri Indianisasi juga dapat dilihat jelas terhadap kesenian tempatan yang
berunsur India yang berevolusi menerusi penyebaran agama Hindu. Konsep drama dan
pementasannya juga di adaptasi daripada kitab-kitab Hindu dan tulisan daripada India.
Cerita-cerita mitos agama Hindu tersebut juga telah menjadi versi kesusasteraan dan seni
budaya tempatan. Seperti mana yang kita tahu, hubungan antara kerajaan India dengan Asia
Tenggara, bukalah berasaskan oleh hubungan kebudayaan tetapi disebabkan oleh
hubungan perdagangan. Oleh yang demikian, apabila masyarakat India datang berdagang di
Asia Tenggara, mereka akan membawa barang-barang kebudayaan mereka untuk di

9
dagangkan di Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan manik-manik kaca
dan bekas yang diperbuat daripada tanah liat di beberapa tapak-tapak kerajaan awal seperti
di Tra Kieu di tengah Thailand yang dianggarkan bertarikh abad pertama Masihi. Dalam
aspek kesenian pula, pengaruh Hindu-Buddha ini telah membawa kesan yang besar
terhadap kesenian masyarakat awal di Asia Tenggara. Hal ini terbukti dengan pembinaan
candi-candi, patung dan arca yang berfungsi sebagai tempat penyembahan dan pemujaan
roh nenek moyang. Pembinaan monumen-monumen ini adalah disebabkan oleh pengaruh
Hindu-Buddha yang meresap di sesebuah kerajaan awal di Asia Tenggara yang
menyebabkan pihak kerajaan sentiasa memandang tinggi terhadap pembinaan candi-candi
tersebut. Hal ini mempunyai kaitan dengan kepentingan agama kepada kerajaan mereka.
Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang
dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini
telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat,
pintu gerbang dan alat-alat perkakasan. Menurut kepercayaan penganut agama Hindu dan
Budha, kerja mengukir tuhannya adalah kerja yang paling mulia. Indianisasi yang berlaku di
Asia Tenggara juga telah mempengaruhi kebudayaan dan kesenian masyarakat di Asia
Tenggara. Hal ini boleh digambarkan daripada pembinaan monumen-monumen keagamaan,
imej dan inskripsi.

Seterusnya, penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha. Tulisan Pallava (Buddha) dan


Sanskrit (Hindu) merupakan tulisan utama pada zaman Hindu Buddha. Huruf Devanagari
iaitu satu tulisan kuno India selain dari tulisan Kharosthi dan Brahmi juga dikategorikan
sebagai bahasa Sanskrit. Seterusnya, wujud juga bahasa yang berbeza iaitu bahasa dalam
istana yang digunakan oleh golongan bangsawan manakala bahasa luar istana digunakan
oleh golongan rakyat biasa. Selepas indianisasi mula meresap dalam kerajaan-kerajaan
awal di Asia Tenggara, sistem hierarki mula wujud dalam masyarakat awal di Asia Tenggara.
Di dalam hierarki sosial tersebut, terbahagi dua kelas utama manusia, iaitu kelas atasan
yang diduduki oleh raja dan bangsawan dan kelas bawahan yang diduduki oleh rakyat jelata.
Hierarki sosial ini wujud daripada ajaran kasta yang berfungsi untuk membeza-bezakan taraf
manusia. Manakala, ajaran kasta ini berfungsi memisahkan manusia kepada empat
golongan iaitu Brahmin, Ksyatriya, Vaisya dan Saudra. Brahmin merupakan golongan
pendeta, Ksyatriya pula merupakan golongan pemerintah, manakala Vaisya merupakan
golongan perdagangan dan pertanian dan Saudra pula merupakan golongan buruh yang
memberikan perkhidmatan. Sebagai contohnya, di Srivijaya terdapat dua kelas utama iaitu
kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Kelas-kelas ini dibahagi kepada empat
golongan iaitu golongan raja, bangsawan, orang merdeka dan hamba abdi. Dalam aspek
pendidikan pula, terdapat dua unsur penting yang membawa kepada perbezaan antara

10
sistem pendidikan yang diamalkan oleh pemerintah dan rakyat biasa. Corak pendidikan yang
diamalkan oleh pengaruh hindu lebih cenderung kepada golongan atasan sahaja berbanding
dengan agama Buddha yang bercorak kerakyatan. Namun demikian pendidikan telah
berkembang dengan pembelajaran formal dijalankan melalui penggunaan medium bahasa
yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Tamil. Corak pendidikan formal yang dimaksudkan
di sini ialah pengajian tentang agama hindu atau Buddha. Pengaliran bahasa Sanskrit ini
telah menyebabkan wujudnya karya sastera di alam asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada
penemuan arkeologi terhadap inskripsi dan kitab-kitab lama.

Akhirnya, aspek ekonomi. Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada


dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan agraria dan maritim yang boleh dibezakan berdasarkan
faktor geografi dan sosioekonomi kerajaan tersebut. Di mana kerajaan agraria menjalankan
ekonomi berdasarkan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan, dan selalunya
terletak di lembah-lembah sungai yang subur. Manakala kerajaan maritim merupakan
kerajaan yang berasaskan ekonomi kelautan dan perdagangan yang terletak di persisiran
pantai dan kepulauan. Impak yang amat penting daripada kewujudan kerajaan maritim
adalah munculnya hubungan perdagagan di antara kerajaan di asia tenggara dan kerajaan
lain seperti China dan hubungan perdangangan dengan dunia Arab. Hal ini berlaku ekoran
pedagangan luar seperti daripada Arab, Parsi dan China datang ke Asia tenggara untuk
tujuan berdagang. Selepas pengaruh Hindu-Buddha mula meresap dalam kerajaan-kerajaan
awal di Asia Tenggara, raja mula dianggap sebagai pemerintah yang wajib ditaati. Hal ini
telah membawa kepada paksaan terhadap golongan kelas bawahan yang terdiri daripada
petani dan nelayan untuk membayar cukai daripada hasil pertanian mereka. Kutipan cukai
tersebut dilakukan melalui pegawai-pegawai yang dilantik khas oleh raja untuk menjalankan
kutipan cukai terhadap masyarakat kelas bawahan.

11
3.0 KESIMPULAN

12
Kesimpulannya, proses Indianisasi yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu yang
dikatakan dalam konteks ‘penetration pacificue’ sebenarnya adalah tidak benar kerana
kedatangan orang India khususnya pedagang ke Semenanjung Tanah Melayu adalah secara
aman, bukannya paksaan. Selain itu, pandangan kebanyakkan sarjana seperti Quaritch-
Wales mengenai proses Indianisasi yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu khususnya
Kedah Tua sebagai entiti politik sebenarnya masih kabur kerana penemuan arkeologi dan
sumber-sumber penulisan India, Cina dan Arab yang ditemui sehingga kini menjelaskan
bahawa Kedah Tua hanyalah sebagai pusat perdagangan bukannya berunsurkan sebuah
kerajaan ‘entiti politik’ yang mempunyai kebudayaan dan kesenian yang tersendiri.
Tuntasnya, proses indianisasi di Asia Tenggara berlaku secara perlahan-pelahan dan di
terima baik oleh masyarakat awal di Asia tenggara dan bermula secara ketara apabila
golongan-golongan Ksyatriya, pedagang dan Brahmin mula memperbanyakkan penyebaran
pengaruh agama Hindu-Buddha. Walau bagaimanapun, golongan pedagang merupakan
golongan yang paling penting dalam proses indianisasi di Asia Tenggara kerana golongan
inilah yang pertama sekali sampai di Asia tenggara dan menyebarkan pengaruh Hindu-
Buddha dan seterusnya menjadi perintis jalan kepada agen-agen penyebar yang lain.
Manakala kesan yang dominan daripada proses indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara ini
ialah kemasukan agama Hindu-Buddha yang seterusnya membawa perubahan terhadap
aspek politik, sosial dan ekonomi. Kesan daripada Indianisasi ini dapat dilihat sehingga kini
melalui monumen-monumen, artifak-artifak, budaya dan tulisan yang ada di Asia Tenggara.

13
TUGASAN 2

ULASAN

14
Artikel yang bertajuk “ Penjajahan British dan Perjuangan Kemerdekaan ” adalah
sebuah artikel yang membincangkan tentang sistem pentadbiran British di tanah melayu dan
perjuangan kemerdekaan. Artikel ini diterbitkan dalam surat khabar Berita Harian pada 15
Ogos 2007. Artikel ini telah menjelaskan tentang penjajahan kuasa british di tanah melayu
dan perjuangan tokoh tokoh tempatan dalam menentang kuasa British. Selain itu, kronologi
tentang proses kemerdekaan juga telah dibincangkan dalam artikel ini secara terperinci.
Melalui artikel ini pengulas dapat mengkaji tentang penjajahan kuasa British di Tanah
Melayu. Selain itu, pengulas dapat mempelajari tentang kesan-kesan pentadbiran kuasa
British terhadap penduduk tempatan dan Tanah Melayu. Terdapat beberapa kekuatan yang
dapat disenaraikan melalui artikel ini. Antaranya ialah fakta dan bukti yang dinyatakan oleh
penulis dalam artikel ini amat bernas dan membolehkan pembaca untuk memahami dengan
baik. Hal ini juga membantu pengulas untuk mengulas artikel ini dengan lebih baik. Sejarah
menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing dari barat dan juga
timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang
yang sama-sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Lama kelamaan kuasa – kuasa
asing ini mengambil peluang untuk menjajah Tanah melayu disebabkan oleh kelemahan dan
masalah yang berlaku dalam negeri – negeri Tanah Melayu.Tambahan pula, kuasa-kuasa
asing menggunakan pelbagai sebab untuk menjajah dan menduduki negara-negara asia
tenggara. “Menerusi Perjanjian Pangkor 1874, campur tangan British bermula di Tanah
Melayu melalui Sistem Residen” penyata ini telah dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini.
Hal ini merupakan satu fakta yang amat benar tentang Penjajahan British di Tanah Melayu.
Sistem Residen diperkenalkan di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.
Sistem ini kemudian diperluaskan ke Selangor dan Sungai Ujung 1874 pada tahun 1875 dan
Pahang 1888. Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan secara tidak langsung
yang diamalkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. Mengikut Sistem Residen, Residen
ialah seorang Pegawai British yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam semua perkara
tetapi bukanlah dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Perlaksanaan Sistem Residen menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial di Negeri Perak dan juga Selangor. Residen bertanggungjawab memulih,
menjaga dan mengekalkan keamanan dalam negeri melalui pengenalan perlembagaan
undang-undang dan peraturan yang baik dan berkesan. Perebutan takhta dalam kalangan
kerabat, persengketaan kongsi gelap dan lanun dapat dihentikan. Bagi mengemaskinikan
pentadbiran yang sedia ada dan menambahkan kecekapan dalam pentadbiran, sebuah
Majlis Mesyuarat Negeri telah dibentuk di bawah Perlembagaan Sistem Residen. Sebagai
contohnya, pada tahun 1887 Sir Hugh Low telah membentuk Majlis Mesyuarat Negeri di
Perak dan di Selangor pada tahun 1878. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri adalah untuk
menggantikan Majlis Sultan.

15
Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab
memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan pertanian. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pertanian dagangan getah yang diperkenalkan oleh Sir Hugh Low 1877.
Pada tahun 1888 H.N.Ridley, telah memperkenalkan kaedah torehan getah iaitu sistem
Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak dan Selangor. Sistem
Residen yang diperkenalkan telah membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat di
negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan dasar buruh yang longgar telah menyebabkan imigran
Cina dan India secara beramai-ramai datang ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini
menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.Tuntasnya, sistem
Residen berlangsung sehingga 1895 dan kemudian digantikan dengan Negeri - negeri
Melayu Bersekutu pada Julai 1896. Di samping itu, “Pendudukan British di Pulau Pinang
oleh Sultan Kedah pada tahun 1791 sehinggalah berlakunya beberapa penentangan oleh
pembesar dan penghulu”. Pengulas bersetuju dengan fakta yang dinyatakan di atas.
Penyata ini dapat dibuktikan dengan fakta yang menjelaskan tentang penentangan terhadap
penjajahan British telah dilakukan oleh beberapa individu seperti Dato’ Bahaman, Tok
Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua
penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan
agama, Melayu dan Inggeris. Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi
semangat nasionalisma penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini,
pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942 hingga 1945 telah memberikan keyakinan
kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang
dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu
untuk berjuang mempertahankan tanah air mereka disebabkan slogan yang dibawakan oleh
tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia. Seterusnya, Orang Melayu telah mula bersatu.
Orang Melayu pada waktu itu tidak bergaduh atau berkonflik malah mereka hidup secara
terasing dan mengikut kenegerian. Penjajahan British telah berjaya menyatu padukan
seluruh penduduk Tanah Melayu. Hal ini dapat dinafikan dengan wujudnya penentangan
orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946.

“Penentangan Dato' Maharaja merupakan asas menyemarakkan perjuangan orang


melayu menentang british”. Penyata ini juga telah dijelaskan di artikel tersebut. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya penentangan Dato’ Maharaja Lela terhadap
British. Antaranya, pada 24 Julai 1875 Birch telah memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.
Sultan Abdullah juga diugut agar beliau akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan tersebut. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai di Bidor. Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak

16
pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat penyerahan kuasa
kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen yang berkuasa melantik
hakim, menguruskan cukai dan melantik penghulu. Seterusnya, Pada 2 November 1875
Birch dan rombongannya tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya
mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British
menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban.
Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7
November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan
setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong. Penentangan ini memberikan
kesan pada tahun 1877 apabila Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah
Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke
Johor. Brittish amat tegas dalam menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Pada masa itu Dato’ Maharaja Lela pula menjadi
simbol kepahlawanan orang Melayu. Justeru itu, dapat dilihat tertubuhnya persatuan-
persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu
Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya. Dalam hal
ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu.
Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap
pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada ini, pada tahun 1948 Parti
UMNO dengan nama United Malayan National Organization telah ditubuhkan. Penubuhan
Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk
Tanah Melayu untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa artikel ini memberikan pengajaran


kepada anak-anak pada masa ini dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia. Pemahaman tentang kewujudan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dapat
melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi. Oleh itu
harapan saya kepada generasi masa kini adalah bahawa kita harus menghayati dan
menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
Fenomena ini juga menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi
dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

RUJUKAN

17
Coedes G. 1964. Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. Paris: Edition E. de Borccard.

Coedes G. 1968. The Indianized Staes of Southeast Asia. Hawaii: University of Hawai Press.

Hall D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kobkua Suawannathat~Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Rajantheran. 1999. Sejarah melayu: Kesan hubungan kebudayaan melayu dan india .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nengah Kokog et al. 2012. Kasta Menurut Pandangan Hindu. Indonesia: kementerian agama
http://sulut.kemenag.go.id/file/file/BimasHindu/fpaz1340245515.pdf

Konsep Dewaraja http://kritisfrombali.blogspot.com/2011/07/konsep-dewa-raja-di-bali.html

REFLEKSI

18
Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Awal Abad
ke-20 (SJHK 3013). Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan
halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, hati saya berdebar-debar dan pelbagai soalan
muncul di kotak minda saya. Pada masa yang sama saya juga terdapat kerja kursus subjek
lain yang perlu hantar pada tanggal yang sama.Hal ini menyebabkan saya mengalami
tekanan yang tinggi serta kerisauan berlegar-legar. Walau bagaimanapun, saya tidak
beputus asa malah menyahut sebagai cabaran dan mengambil inisiatif untuk menyiapkan
tugasan kerja kursus ini.

Antara inisiatif yang saya ambil ialah merujuk buku rujukan di pusat sumber.
Manakala bahan rujukan di pusat sumber terhad. Oleh itu,saya dikehendaki berkongsi
bahan-bahan dengan kawan-kawan saya. Selain itu, saya juga melayari internet untuk
mendapatkan lagi maklumat yang lebih lanjut. Saya mengambil masa selama seminggu
untuk mencari nota-nota dan bahan-bahan berkenaan.

Dengan ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berkenan dengan
kerja kursus ini. Selain itu, saya juga berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme
melalui pembelajaran tentang peristiwa-peristiwa bersejarah. Lebih-lebih lagi, saya merujuk
pensyarah saya untuk mendapatkan penjelasan yang sahih dan teliti untuk menjalankan
tugasan kerja kursus ini.

Intihanya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna
dan kepuasan. Walaupun hasil ini menyebabkan saya mengalami tekanan yang tinggi malah
ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Saya berharap agar kursus ini akan menjadi
salah satu subjek yang wajib didedahkan kepada semua murid dan pelajar pada masa akan
datang.

19
LAMPIRAN

20

You might also like