You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR, HULU YAM BHARU, 44300 BATANG KALI, SELANGOR.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN INTEGRASI BERSEPADU UNIT-UNIT BERUNIFORM SEMASHUR 2009 (PROGRAM RAKAN MUDA PERINGKAT SEKOLAH) RESORT RESTU IBU, KG. ULU KALONG, ULU YAM BHARU 2009

1. PENDAHULUAN
Seperti yang tuan pengetua ketahui dan semua pelajar SEMASHUR sedia maklum, kebitaraan SEMASHUR sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan antaranya ialah unit beruniform. Oleh yang demikian, kami dari setiap Unit Beruniform SEMASHUR iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pergerakan Puteri Islam ingin mengambil inisiatif ini dan kami telah bersepakat dan sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan satu perkhemahan bersepadu iaitu gabungan kesemua Unit Beruniform dalam satu perkhemahan. Dengan adanya perkhemahan seperti ini, kami amat yakin, pelajar SEMASHUR akan mampu menjadi lebih bersemangat dalam aktiviti kokurikulum terutamanya unit beruniform sekali gus memajukan SEMASHUR dalam bidang kebitaraan kita ini. Kami berharap agar tuan pengetua akan meluluskan projek besar kami ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami apresiasikan dengan jutaan penghargaan dan terima kasih.

2. TUJUAN KERTAS KERJA :


2.1 2.2 Memohon kelulusan daripada pihak pengetua dan penolongpenolong kanan. Permohonan peruntukan yang diperlukan

3. LATAR BELAKANG PERKHEMAHAN


Saya Mohd Syahmi Bin Sahrudin selaku pengarah projek, telah berbincang bersama ahli jawatankuasa ahli jawatankuasa yang lain dan kami sebulat suara telah bercadang untuk mengadakan Perkhemahan Perdana Bersepadu Unit-Unit Beruniform ini di Resort Restu Ibu, Kg. Ulu Kalong, Ulu Yam Bharu. Kami telah memilih tempat ini kerana tempat ini terletak berhampiran dengan sekolah. Hal ini akan lebih memudahkan urusan pengangkutan kami. Cadangan kami ini telah disokong oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Noorhani binti Yahya dan Puan Roslyndawati Kamaludin, penyelaras Unit Beruniform SEMASHUR serta guru-guru Unit Beruniform iaitu Encik Khirun Nizam Zafri, Encik Zahrul Kasirin, Encik Rusli Mustapha dan Puan Joana Suhada Kamarudin. Kami akan berusaha untuk mencari lebih banyak guru pengiring bagi memudahkan urusan perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu, saya sangat berharap agar perkhemahan ini diluluskan dan saya juga berharap agar pihak sekolah dapat menyumbang peruntukan bagi perkhemahan ini.

4. OBJEKTIF PERKHEMAHAN
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Meningkatkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajarpelajar setiap Unit Beruniform Mengeratkan hubungan sillaturahim sesama pelajar. Memberi pengalaman baru kepada para pelajar Mengajar para pelajar seorang yang mampu berdikari dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran hidup Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan berkeyakinan dalam kehidupan Mengisi masa lapang pelajar-pelajar selepas Peperiksaan Akhir Tahun Merupakan Beruniform pelaksanaan perancangan aktiviti tahunan Unit

5.

PERLAKSANAAN
5.1 Penaung Timbalan Pengerusi I Timbalan Pengerusi II Ketua Kem Komandon Timbalan Kem Komandon I Timbalan Kem Komandon II Jawatankuasa Pengelola. : Tuan Haji Rafiei bin Mustapha : Cik Noorhani binti Yahya : Cik Nur Azlina Mohamad : Encik Zahrul Kasirin : Encik Khairul Zaman Salleh : Cik Nur Azlina Mohamad : Puan Saufi Zahriah Omar : Puan Joana Suhada Kamaruddin AJK Sajian Peserta dan Guru AJK Keselamatan dan Aktiviti : Encik Ahmad Khadir : Encik Khirun Nizam Zafri : Encik Salim Mohd Noor : Puan Roslyndawati Kamaludin AJK Kerohanian AJK Pertolongan Cemas : Encik Yazid Baharom : Encik Rusli Mustapha : Cik Salmiahani Sidek AJK Rakaman Foto, Video dan Dokumentasi AJK Hadiah dan Cenderamata : Encik Shamsul Mohamed Yusak : Encik Tariq Ishak : Cik Rosliza Nawi : Cik Nur Raihan Nordin AJK Buku Program : Cik Azizah Sulong : Cik Norsyamsiah Abdul Kadir

AJK Pengangkutan dan Pendaftaran

Ketua Projek Penolong Ketua Projek Setiausaha Projek Penolong S/U Projek Bendahari Projek Penolong Bendahari Projek Ahli Jawatankuasa Logistik : :

: Mohd Syahmi bin Sahrudin : Aina Aqilah binti Abdullah Sani : Muhammad Zafran Amsyar bin Rosland : Faten Nor Izzatie binti Saleh : Mior Al-Hafiz bin Mior Shahrul Dhoman : Nursyazleen binti Zainal Abidin

> Mohamad Nazri bin Mohd Nasir > Nurul Atieka binti Roslan Makanan : > Muhammad Haziq bin Muhamad Alias > Nur Izzati Syazwani binti Zakaria Pengangkutan : > Muhammad Fakhrul Helmy bin Norharizam > Asma Hajar binti Abdul Malek Keselamatan dan Kebersihan : > Muhammad Zharif Ihsan bin Talib > Nur Azira Izati binti Azman Kerohanian : > Muhammad Haziq bin Ahmad Tarmizi > Nur Maizura binti Mohd Darbi Multimedia > Afiq bin Zaharudin

5.2

Peraturan dan undang-undang a) Setiap pelajar harus sentiasa tepat pada masa b) Setiap pelajar perlu mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan. c) Setiap pelajar harus menjaga adab dan tingkah laku d) Setiap pelajar perlu bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri e) Setiap pelajar harus sentiasa berdisiplin.

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh Masa Tempat : 9, 10 dan 11 November 2009 : 9.00 pagi (9 November) hingga 3.30 petang (11 November) : Resort Restu Ibu, Kg. Ulu Kalong, Ulu Yam Bharu

7. PESERTA / PENYERTAAN
6.1 6.2 Guru Pengiring Pelajar : : 5 Orang 150 Orang (Tingkatan 1, 2 dan 4)

8. ATURCARA PROGRAM
8.1 Aturcara Program Keseluruhan

9 November 2009 (Isnin) 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 1.00 petang 1.30 petang 2.30 petang 4.00 petang 5.00 petang 7.00 petang 8.30 malam 9.00 malam : Bertolak dari SEMASHUR ke Resort Restu Ibu : Tiba di Resort Restu Ibu dan taklimat : Mendirikan khemah dan mengemas barang : Ice Breaking dan pembahagian kumpulan : Makan tengah hari : Solat Zohor berjemaah : LDK 1 : Solat Asar berjemaah : LDK 2 : Makan malam, persiapan diri, solat Maghrib berjemaah : Solat Isyak berjemaah : Bersama Pengetua

10.30 malam : Supper 11.30 malam : Nightwalk 12.30 malam : Tidur 10 November 2009 (Selasa) 6.00 pagi 7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi 9.30 pagi : Solat Subuh berjemaah, persiapan diri : Senaman pagi (senamrobik dan poco-poco) : Sarapan : LDK 3 : Jungle trekking ke air terjun

12.00 tgh hari : Kembali ke Resort Restu Ibu 12.30 tgh hari : Makan tengah hari 1.30 petang 3.00 petang : Solat Zohor berjemaah : LDK 4

4.30 petang 5.00 petang 7.00 malam 8.00 malam

: Solat Asar berjemaah : LDK 5 : Persiapan diri, solat Maghrib berjemaah : Barbeque dan Persembahan Malam Bakat

11.30 malam : Supper dan solat Isyak berjemaah 12.30 malam : Tidur 11 November 2009 (Rabu) 6.00 pagi 7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 1.30 petang 2.30 petang 3.30 petang : Solat Subuh berjemaah, persiapan diri : Senaman pagi : Sarapan : LDK 6 : LDK 7 : Penyampaian hadiah dan majlis penutup : Menurunkan khemah dan mengemas barang : Bertolak ke SEMASHUR : Tiba di SEMASHUR

Aktiviti LDK oleh fasilitator : 1) Orientering 2) Tali-temali 3) Backwood cooking 4) Menguji minda 5) Berakit buluh 6) KIM (Deria) 7) Water challenge

9. ANGGARAN BELANJAWAN
Sewa tapak (3 hari) Sewa peralatan Barbeque Makanan Barbeque Dewan Sewa khemah Set meja dan kerusi Hadiah Peralatan Aktiviti Fasilitator Aktiviti Jungle trekking Night walk Berakit buluh JUMLAH KESELURUHAN : RM 300 X 3 = RM 900 : RM 30 X 2 = RM 60 : RM 500 : RM 300 : RM 450 : RM 20 : RM 300 : RM 150 : : RM 5 X 150 = RM 750 : RM 5 X 150 = RM 750 : RM 3 X 150 = RM 450 : RM 4630

10. PENUTUP
Kami amat berharap agar perkhemahan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan dan kami berharap pihak sekolah dapat menyumbang peruntukan. Kami juga berharap agar perkhemahan ini akan menjadi salah satu program tahunan yang berjaya. Segala kerjasama dan kesudian pihak tuan untuk menyemak kertas kerja ini kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

11. PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN


Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ZAFRAN AMSYAR BIN ROSLAND) Setiausaha Projek, Perkhemahan Integrasi Bersepadu Unit-Unit Beruniform SEMASHUR 2009 Disemak dan disokong oleh, Disemak dan disahkan oleh,

.. (PUAN ROSLYNDAWATI BINTI KAMALUDIN) Penyelaras Unit Beruniform, SM Sains Hulu Selangor

(CIK NOORHANI BINTI YAHYA) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SM Sains Hulu Selangor

Diluluskan oleh,

. (TN. HAJI RAFIEI BIN MUSTAPHA) Pengetua Cemerlang, SM Sains Hulu Selangor

You might also like