You are on page 1of 17

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR 2016

1. Nama / Jawatan Penyelaras Program : Encik Taufix bin Mahat


2. Nama / Jawatan Pelaksana Program : Mohammad Taufiq bin Aping
3. Unit Beruniform yang terlibat : 1. Kadet Remaja Sekolah
2. Bulan Sabit Merah Malaysia
3. Pengakap
4. Program : PISMP ambilan Jun 2015
5. Universiti / IPGK / Organisasi Penganjur : IPGKBM
6. Tajuk Program / Aktiviti Yang Dianjurkan : Perkhemahan Unit Beruniform
7. Tarikh Program / Aktiviti : 23-26 Ogos 2016
8. Tempat Program / Aktiviti : Tapak perkhemahan 1, Ulu
Bendul, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan
9. Pengisian Program / Aktiviti : 1. Pembinaan kraf perkhemahan
2. Asas kawad kaki
3. Jalan lasak dan pandu arah
4. Asas pertolongan cemas

10. Bilangan Pensyarah dan Pelajar yang terlibat:

KATEGORI YANG TERLIBAT JUMLAH


Pensyarah Unit Kokurikulum IPGKBM 6
Pelajar Kampus IPGKBM 73
JUMLAH 79 Orang

11. ULASAN PROGRAM

Program telah dilaksanakan pada tanggal 23 hingga 26 Ogos 2016 iaitu selama
empat hari tiga malam. Program ini telah diadakan di tapak perkhemahan 1, Ulu Bendol,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada pelajar PISMP
Semester 3 ambilan Jun 2015 iaitu bekerjasama dengan pesnyarah daripada Unit
Kokurikulum IPGKBM telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Perkhemahan
Unit Beruniform IPGKBM supaya berjalan dengan lancar. Program ini diadakan bertujuan
untuk melihat kemahiran pengurusan, persiapan dan pengendalian semasa perkhemahan
unit beruniform berlangsung di samping untuk memenuhkan syarat kursus Unit Beruniform.
Objektif seterusnya, program ini juga diadakan untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar
yang terlibat sejauh mana kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu perkhemahan
yang dipelajari ketika program berlangsung. Di samping itu, program Perkhemahan Unit
Beruniform ini juga dapat melatih pelajar-pelajar yang terlibat untuk menjadi seorang guru
yang mempunyai ilmu asas perkhemahan dan mampu untuk menyampaikan atau mengajar
ilmu tersebut kepada para murid kelak. Diharapkan input atau kemahiran asas dalam
perkhemahan ini akan dibawa ketika di alam pekerjaan kelak.

12. LAPORAN UMUM SEBELUM AKTIVITI PERKHEMAHAN

Persiapan untuk perkhemahan Unit Beruniform telah dirancang sebulan sebelum


berlangsungnya aktiviti terutamanya dalam pemilihan tempat, penyediaan kertas kerja,
mesyuarat penentuan ahli jawatankuasa, isu-isu berkenaan makanan dan sebagainya.
Malahan sehari sebelum tarikh perkhemahan AJK peralatan yang terlibat telah bertugas
dalam menyediakan barang-barang yang diperlukan semasa perkhemahan seperti dapur
gas, dan sebagainya.
Seterusnya, semasa hari kejadian, pelajar telah diarahkan untuk berkumpul di
hadapan tapak pancut air IPGKBM seawal jam 6.30 pagi lagi. Pelajar telah bekerjasama
untuk memunggah barang keperluan dan alatan perkhemahan yang diperlukan ke dalam
bas. Selesai memunggah barang masuk ke dalam bas, pelajar-pelajar diminta untuk
berkumpul di dalam barisan mengikut unit beruniform masing-masing. Sedikit taklimat
daripada Tuan Taufix berkaitan dengan perjalanan menuju ke tapak perkhemahan sebelum
pelajar-pelajar menaiki bas. Setelah selesai taklimat pelajar diarahkan untuk menaiki bas
yang disediakan. Perjalanan bermula sekitar jam 8 pagi dari IPG KBM menuju ke tapak
perkhemahan. Perjalanan mengambil masa dua hingga ke tiga jam untuk sampai ke
destinasi yang dituju dan pada jam 11.30 pagi semua tiba di tapak perkhemahan dengan
selamat.

13. LAPORAN UMUM SEMASA AKTIVITI PERKHEMAHAN

23 Ogos 2016 (Selasa)

Ketika berada di kawasan tapak perkhemahan, pelajar di minta untuk memunggah


keluar barang atau alat-alat keperluan perkhemahan di dalam bas. Pelajar diarahkan untuk
membawa barang atau alatan peribadi sendiri dan menuju ke tapak perkhemahan. Seusai
sampai di tapak perkhemahan pelajar telah diberikan taklimat sekali lagi dan diberikan masa
rehat iaitu pengurusan diri, makan Tengah hari dan solat Zohor.
Kerja-kerja mendirikan dan memasang Khemah dijalankan bermula pada pukul 2.00
petang hingga 4.00 petang mengikut platun masing-masing. Selesai sahaja mendirikan
khemah, pelajar diberikan rehat sekali lagi untuk memberikan laluan bagi pelajar muslim
untuk menunaikan solat Asar. Selesai rehat, setiap pelajar telah diberikan sebatang buluh
seorang untuk digunakan membina kraf perkhemahan/ gajet perkhemahan. Pelajar
diberikan masa untuk menyiapkan gajet untuk setiap tapak khemah platun masing-masing.
Akhir sekali, aktiviti terakhir untuk hari pertama iaitu bantu mula bermula pada pukul 9
malam sehingga 11 malam yang berlangsung di surau tapak perkhemahan. Setelah selesai
aktiviti pada malam tersebut, pelajar dibenarkan untuk bersurai.

24 Ogos 2016 (Rabu)

Pada hari kedua, pelajar telah diminta untuk membuat persiapan diri, solat Subuh dan
mendengar kuliah Subuh seawal pukul 5.30 pagi lagi. Setelah selesai slot pertama, pelajar
telah di minta untuk berkumpul dan berbaris mengikut platun masing-masing dan melakukan
pemeriksaan pagi dan mendengar sedikit taklimat daripada pegawai yang bertugas. Setelah
selesai melakukan pemeriksaan pagi, pelajar-pelajar diminta untuk bersarapan pagi.
Pada pukul 8 pagi, semua pelajar telah diminta untuk berkumpul dan berbaris mengikut
platun masing-masing untuk mendengar sedikit taklimat sebelum aktiviti seterusnya iaitu
Jalan Lasak dan Pandu Arah dijalankan. Semua pelajar diarahkan untuk berjalan kaki
menuju ke destinasi pendakian iaitu di Gunung Angsi. Ketika berada di kaki Gunung Angsi
pelajar telah diberikan satu taklimat yang disampaikan oleh guide yang bertugas untuk
mengiringi pelajar dan pensyarah sepanjang pendakian menuju ke puncak Gunung Angsi.
Taklimat diberikan berkaitan dengan keselamatan dan pantang larang sepanjang pendakian
dilakukan.
Perjalanan menuju ke puncak gunung memakan masa empat jam untuk sampai ke
puncak Gunung Angsi dan trek perjalanan menuju ke puncak agak mencabar keranan
laluan pendakian yang agak licin pelajar memerlukan fizikal dan mental yang kuat untuk
sampai ke puncak. Manakala, setelah sampai ke puncak gunung, jurulatih yang bertugas
mengarahkan setiap ketua platun untuk melaporkan kekuatan ahli untuk memastikan setiap
platun mengcukupi. Setelah itu, pelajar diberikan masa untuk merehatkan diri sambil
melakukan aktiviti khidmat masyarakat iaitu aktiviti pembersihan puncak Gunung Angsi.
Setelah berehat selama 40 minit, perjalanan turun dimulakan. Sekitar jam 2.00 petang
semua pelajar telah selamat tiba di tapak perkhemahan. Seterusnya semua pelajar berehat,
sementara menunggu makanan disediakan. Pelajar telah menjalankan satu aktiviti pada
petang tersebut iaitu ikhtiar hidup/masakan rimba. Sebelum aktiviti ini dijalankan, setiap
platun telah diberikan serba sedikit taklimat mengenai aktiviti ini dan setiap platun telah
diberikan bahan-bahan mentah yang diperlukan iaitu seperti tepung, marjerin, ayam, dan
kentang. Pelajar diberikan masa 2 jam untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
sebelum penilaian dilakukan oleh pegawai yang bertugas.
Setelah selesai aktiviti ikhtiar hidup/masakan rimba, pelajar telah menjalankan aktiviti
khidmat komuniti. Setiap pelajar telah diberikan tugasan masing-masing iaitu lokasi lokasi
yang dipertanggungjawabkan untuk dibersihkan iaitu tandas lelaki, tandas perempuan,
tapak khemah setiap platun, dapur, kawasan tempat makan, kawasan khemah kecemasan.
Pelajar menjalankan aktiviti sehingga selesai kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Akhir sekali, aktiviti yang terakhir untuk hari kedua program ini iaitu ujian kemahiran
ikatan/simpulan. Sebelum ujian dijalankan, setiap pelajar telah diberikan taklimat serba
sedikit mengenai ujian tersebut. Setelah itu, pelajar diminta untuk berada di dalam platun
masing-masing dan setiap platun akan ada pegawai yang bertugas untuk menilai setiap
pelajar. Setelah selesai aktiviti, pelajar dibenarkan untuk bersurai.

25 Ogos 2016 (Khamis)

Pada hari ketiga, seperti biasa akan dijalankan pemeriksaan pagi dan diikuti dengan
taklimat daripada pegawai yang bertugas. Aktiviti pertama pada hari ketiga ini, setiap platun
telah diberikan taklimat mengenai ujian kemahiran kawad kaki & kawad formasi yang akan
dijalankan. Oleh itu, sebelum itu, setiap platun telah diberikan masa untuk membuat latihan
kawad sebagai persiapan untuk ujian yang akan dijalankan.
Selepas selesai minum pagi, setiap platun diminta untuk bersedia untuk masuk ke
padang kawad untuk menjalankan ujian kemahiran kawad kaki dan kawad formasi. Ujian
telah dinilai oleh pegawai yang ditugaskan dan setiap platun akan dipanggil masuk ke
padang kawad mengikut giliran platun yang telah ditetapkan. Selesai sahaja ujian kemahiran
kawad kaki dan kawad formasi, pelajar telah dibenarkan untuk berehat sebelum melakukan
aktiviti pada sebelah petang iaitu Simulasi dan Ujian Kemahiran Bantu Mula dan CPR dan
diikuti dengan aktiviti kompas dan membaca peta.
Oleh itu, pelajar telah diarahkan untuk berada dalam platun masing-masing untuk
menjalankan simulasi dan ujian kemahiran bantu mula & CPR dan telah diberikan tugasan
masing-masing. Seorang daripada anggota platun masing-masing diminta untuk berlakon
menjadi mangsa kemalangan dan selebihnya akan menjadi penyelamat dan menunjukkan
langkah-langkah pelaksanaan kemahiran bantu mula yang dipelajari. Malahan, seorang
daripada anggota daripada platun telah diarahkan untuk merakam situasi bagaimana
langkah-langkah bantu mula dijalankan.
Selesai sahaja simulasi dan ujian kemahiran bantu mula dan CPR, setiap platun telah
diberikan taklimat serba sedikit mengenai aktiviti yang seterusnya iaitu kompas dan
membaca peta. Pegawai yang bertugas telah menjelaskan cara-cara untuk menggunakan
kompas dalam aktiviti ini dan setiap kumpulan telah diberikan satu kompas dan diberikan
arahan untuk mencari petunjuk yang seterusnya dengan menggunakan kompas yang
diberikan. Platun yang telah berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan awal, platun
tersebut akan dikira sebagai pemenang.
Selepas itu, selesai sahaja aktiviti penggunaan kompas dan membaca peta, setiap
platun telah diberikan masa untuk membuat persediaan untuk malam kebudayaan iaitu
persembahan yang akan dilakukan. Malahan pada sebelah malam sebelum bermula aktiviti
malam kebudayaan pelajar-pelajar telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan
didatangi oleh Pengarah IPGKBM dalam usaha untuk melihat suasana perkhemahan unit
beruniform yang dijalankan.
Setelah selesai makan malam bersama, semua pelajar diminta untuk berada di tempat
yang telah ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti malam kebudayaan (malam ikatan
bersaudara). Setiap platun telah mempersembahkan persembahan mereka masing-masing.
Setiap persembahan yang dipersembahkan dinilai oleh juri yang bertugas. Setelah selesai
aktiviti pada malam tersebut, pelajar dibenarkan untuk bersurai.

26 Ogos 2016 (Jumaat)

Pada hari terakhir, seperti biasa setiap platun akan berada ditapak berkumpul dan akan
menjalankan sedikit taklimat daripada pegawai yang bertugas dan menjalan acara
manaikkan bendera. Setalah selesai, pemeriksaan pagi akan dijalankan oleh pegawai yang
bertugas. Setelah itu, semua pelajar terlibat dalam raptai majlis perasmian penutup unit
beruniform. Setelah itu, setiap berlangsungnya majlis perasmian penutupan unit beruniform
yang dirasmikan oleh penyelaras program.
Setelah selesai berlanngsungnya majlis perasmian penutupan, setiap pelajar diminta
untuk mengemas barang peribadi dan membuka khemah masing serta membuat
pembersihan di tapak khemah. Selesai kerja-kerja pembersihan, barang-barang khemah
telah dipunggah masuk ke dalam bas dan bermulanya perjalanan pulang ke IPGKBM.
14. LAPORAN UMUM SELEPAS AKTIVITI PERKHEMAHAN

Pada hari terakhir, setelah kerja-kerja pembukaan khemah, dan pembersihan


dilakukan di tapak khemah. Pelajar telah diarahkan untuk membawa barang peribadi dan
bergerak menaiki bas. Sebelum menaiki bas, semua pelajar diarahkan untuk berbaris
terlebih dahulu. Sedikit taklimat telah dijalankan. Sekitar pukul 2 petang, semua pelajar
bergerak pulang ke IPG KBM menaiki bas dan van yang disediakan. Setelah sampai di
IPGKBM, semua pelajar diminta untuk memunggah barang yang berada dalam bas untuk
dimasukkan semula ke dalam stor.

15. LAPORAN AKTIVITI JALAN LASAK DAN PANDU ARAH

Aktiviti jalan lasak dan pandu arah telah dijalankan pada hari kedua perkhemahan
iaitu pada tanggal 24 Ogos 2016 bersamaan hari Rabu. Aktiviti ini telah dijalankan pada
awal pagi. Pada pagi tersebut, sebelum aktiviti bermula semua pelajar telah diberikan
sarapan sebelum melakukan pendakian gunung. Selesai sahaja sarapan pagi, semua
pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh pegawai yang bertugas berkaitan dengan
perjalanan aktiviti pada pagi tersebut. Setelah itu, pelajar membuat sedikit reganggan
sebelum memulakan aktiviti. Pelajar telah berbaris mengikut platun masing-masing. Setiap
platun akan dijaga oleh seorang pegawai yang bertugas. Sebelum memulakan perjalanan
pelajar diberikan roti untuk bekalan sepanjang perjalanan. Pelajar memulakan perjalanan
mengikut platun masing-masing.
Dalam aktiviti ini, pelajar diminta untuk berjalan kaki dari tapak perkhemahan menuju
ke kaki gunung Angsi iaitu sepanjang dua kilometer. Pelajar kena berjalan mengaharungi
Jalan Besar. Pelajar telah mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke kaki
gunung Angsi. Setelah tiba di kaki gunung, sebelum memulakan semua pelajar telah
diberikan taklimat oleh pegawai perhutanan Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Pegawai tersebut telah memberikan larangan ketika membuat pendakian seperti jangan
membuang sampah di merata-rata, tidak memetik atau mengusik pokok atau bunga-
bungaan yang ditemui sepanjang pendakian dilakukan. Malahan pegawai tersebut memberi
tahu mengenai ketinggian gunung tersebut.
Setelah selesai, taklimat yang diberikan oleh pegawai yang bertugas. Pelajar diminta
unuk memberikan kekuatan ahli. Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan
kerana pegawai pendakian yang disediakan ada dua orang yang akan menunjuk arah
sepanjang pendakian ke puncak gunung. Oleh itu, pelajar yang berkebolehan akan berada
dihadapan manakala pelajar yang kurang akan berada dibelakang.
Pendakian bermula, pendakian amat mencabar kerana trek pada pagi itu sangat
licin sebabkan malam tersebut hujan melanda kawasan tersebut. Di samping itu trek
pendakian sangatlah mencabar apabila trek berbentuk memuncak dan memerlukan
kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Pendakian menuju ke puncak mengambil masa kira-
kira satu jam. Dalam perjalanan tersebut, kawasan tersebut berkabus dan udara sepanjang
pendakian sangat dingin. Malahan kami juga dapat menikmati pemandangan yang cantik
sepanjang pendakian. Apabila berada ditengah- tengah perjalanan, di kaki gunung tersebut
terdapat satu punca air bersih. Air semula jadi dan sangat menyegarkan. Dalam perjalanan
kami tela mengambil masa untuk berehat lima minit pada setiap perhentian.
Setelah sampai ke puncak kami berehat seketika sementara menunggu pelajar lain
semua sampai ke puncak. Tidak ketinggalan kami telah merakamkan kenangan dengan
mengambil gambar di atas puncak gunung tersebut. Kami disajikan dengan pemandangan
yang cukup indah dengan kabus tebal mengelilingi gunung tersebut. Apabila semua pelajar
telah berada di puncak gunung, pegawai yang ditugaskan telah meminta pelajar untuk
melakukan khidmat masyarakat iaitu membersihkan puncak gunung tersebut. Setiap pelajar
telah berjaya mengumpul semua sampah yang berada di sana.
Setelah itu, pelajar diminta untuk berbaris dalam platun masing-masing dan mengira
kekuatan anggota. Malahan, pelajar telah menyanyikan lagu Unit Beruniform masing-masing
iaitu dimulakan dengan Unit Beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan diakhiri
dengan Kadet Remaja Sekolah. Setelah itu, lagu Institut Bahasa bergema di atas gunung
tersebut. Setelah selesai berbaris, pelajar perempuan telah diminta untuk membuat
pendakian turun terlebih dahulu dan diikuti oleh pelajar perempuan. Setelah sampai di kaki
gunung Angsi, pelajar diminta untuk berjalan semula menuju ke tapak perkhemahan. Aktiviti
ini telah memakan masa selama empat jam keseluruhannya.

16. LAPORAN AKTIVITI KOMPAS DAN MEMBACA PETA (ORIENTEERING)

Aktiviti orienteering telah dijalankan pada hari ketiga perkhemahan iaitu pada tanggal
25 Ogos 2016 bersamaan hari Khamis. Aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 3 petang
setelah melakukan aktiviti simulasi dan ujian kemahiran bantu mula & CPR. Dalam aktiviti
ini, pelajar telah diminta untuk berada dala platun masing-masing. Sebelum memulakan
aktiviti, pelajar telah diberikan sedikit taklimat berkenaan dengan aktiviti orienteering
tersebut.
Pegawai telah memperkenalkan kepada pelajar tentang kompas dan cara menggunakan
kompas. Setelah selesai taklimat daripada pegawai, pegawai telah memberikan sebuah
kompas kepada setiap platun dan memberikan sehelai kertas yang mengandungi klu dalam
pencarian klu yang seterusnya. Oleh itu, pelajar hendaklah menggunakan kompas yang
diberikan untuk menentukan di mana letaknya klu yang seterusnya.
Oleh itu, pelajar hendaklah perlu mencari keempat-empat klu yang telah ditetapkan
oleh pegawai masing-masing. Dengan itu, unit beruniform pengakap telah menjadi juara
dalam aktiviti tersebut. Setelah tamat aktiviti ini, setiap pelajar diminta untuk berkumpul
semula pada garis permulaan aktiviti orienteering. Setelah itu, pelajar telah dilepaskan untuk
bersolat dan persiapan untuk Malam Kebudayaan.

Tarikh :30 Ogos 2016 ..........................................................


(BRYAN MOLIKI@FELIX)
LAMPIRAN

1. GAMBAR AKTIVITI SEBELUM PERKHEMAHAN

Gambar 1 Berkumpul di hadapan pancur air

Gambar 2 Punggah barang ke dalam bas

Gambar 3 Ketika di dalam bas menuju ke tapak


perkhemahan
2. GAMBAR AKTIVITI SEMASA PERKHEMAHAN
i. 23 Ogos 2016 (Selasa)

Gambar 4 Memunggah barang ke tapak perkhemahan

Gambar 5 Perjalanan menuju ke tapak perkhemahan

Gambar 6 Pembinaan khemah dan gajet


ii. 24 Ogos 2016 (Rabu)

Gambar 7 Perjalanan menuju ke kaki Gunung Angsi

Gambar 8 Pendakian bermula

Gambar 9 Pendakian menuju puncak gunung


Gambar 10 Khidmat masyarakat: pembersihan puncang
Gunung Angsi

Gambar 11 Menuruni Gunug Angsi

Gambar 12 Masakan rimba


iii. 25 Ogos 2016 (Khamis)

Gambar 13 Pemeriksaan pagi

Gambar 14 Latihan kawad platun 1 BSMM

Gambar 15 Ujian kemahiran kawad kaki dan kawad


formasi

Gambar 16 Malam kebudayaan


26 Ogos 2016 (Jumaat)

Gambar 17 Raptai penuh dan Majlis Perasmian Penutup

Gambar 18 Perasmian Penutupan

Gambar 21 Pembersihan tapak perkhemahan

Gambar 19 Gambar pembersihan tapak perkhemahan


3. GAMBAR SELEPAS AKTIVITI PERKHEMAHAN

Gambar 20 Baris sebelum menaiki bas

Gambar 21 Gambar perjalanan pulang IPGKBM


REKLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KBM

NAMA : BRYAN MOLIKI@FELIX

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN 1, ULU BENDUL, KUALA PILIH, NEGERI


SEMBILAN

TARIKH : 23-26 OGOS 2016

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
jurulatih yang terlibat kerana telah banyak membantu dalam pengendalian program ini.
Sebagai ahli pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat penting kerana melalui
aktiviti perkhemahan ini akan dapat melahirkan seorang pemimpin atau bakal guru yang
berdedikasi apabila ditempatkan di sekolah kelak. Oleh itu, sangat penting pelajar PISMP
didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai mengenai perkhemahan iaitu seperti
cara mendirikan khemah, membina gajet, mengetahui pelbagai jenis ikatan dan simpulan,
kemahiran orienteering, jalan lasak dan pandu arah, masakan rimba, khidmat masyarakat,
pengurusan diri dan kemahiran bantu mula.

Selain itu, melalui aktiviti perkhemahan ini juga, pelajar dapat menerapkan sikap
kerjasama dan perpaduan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Hal ini yang menjadi punca
kejayaan sesuatu pasukan tersebut. Malahan, amalan nilai-nilai murni bukan sahaja dapat
diterapkan sepanjang berlangsungnya program perkhemahan ini, malah juga dapat
diterapkan selepas perkhemahan. Di samping itu, pengajaran ini juga dapat dilaksanakan
secara amali bukan sahaja secara teori dan juga dapat memberikan kesan yang lebih
mendalam dan dapat membina pengalaman bagi masa depan yang akan datang.

Unit beruniform adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar


tentang bagaimana untuk menjadi sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui BSMM,
saya didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan pertolongan cemas sebagai
keperluan seorang ahli BSMM dalam menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku.
Dalam hal ini, saya dapat memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri,
keluarga dan masyarakat. Selain itu dalam BSMM saya juga mendapat kemahiran berkaitan
dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam. Hal ini kerana pada
perkhemahan unit beruniform IPGKBM yang telah dijalankan di Ulu Bendul, Kuala Pilah
Negeri Sembilan, kami telah didedahkan dengan tutorial-tutorial berkaitan pertolongan
cemas seperti CPR, bantu mula menghentikan pendarahan pada luka dan patah tulang.
Aktiviti-aktiviti ini telah menambah kemahiran pada diri saya dan menyedarkan saya
berkaitan pentingnya kemahiran-kemahiran ini kepada diri saya, keluarga dan masyarakat
khususya.

Melalui unit beruniform ini juga dapat melahirkan ramai pelajar dan jurulatih bagi
pihak pasukan bantuan sukarelawan, BSMM yang mampu mengembang, membentuk,
memimpin dan meranvang kegiatan sukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di
dalam kampus dan di luar kampus khususnya setelah tamat pengajian. Pada masa kini
kesedaran masyarakat mengenai aktiviti sukarelawan semakin kurang, malahan penglibatan
mereka dalam aktiviti sukarelawan dilihat semakin berkurang. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab kita sebagai bakal guru yang berperanan sebagai ejen penyebaran ilmu
dalam meberi didikan kepada anak-anak murid kelak khususnya melalui aktiviti dan
penglibatan mereka dalam unit beruniform. Hal ini, akan meningkatkan kesedaran
masyarakat berkaitan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini. Secara tidak langsung melalui
penglibatan murid-murid di dalam uit beruniform, dapat membentuk keperibadian mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih-juralatih unit
beruniform IPGKBM di atas tunjuk ajar sepanjang saya mengikuti unit beruniform ini. Saya
berharap agar ilmu yang telah diberikan mampu membentuk saya sebagai seorang yang
berilmu dalam aktiviti sukarelawan.

You might also like