You are on page 1of 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 1

Minggu Praktikum :2

Tarikh : 10-14 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 5 Aman (PPKI). Saya mendapati ketika set
induksi dijalankan, kesemua murid dapat memberi tumpuan sepenuhya, namun setelah saya memasuki
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid mula hilang tumpuan dan kurang menglibatkan
diri terhadap aktiviti yang sedang dijalankan. Saya dapat mengenalpasti 3 daripada 7 orang murid tidak
dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti yang sedang dijalankan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Setelah menjalankan analisis kepada masalah yang dihadapi, saya mendapati bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar yang tidak menarik menyebabkan terdapat murid yang tidak memberikan tumpuan dan
kurang menglibatkan diri semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, gaya pengajaran yang digunakan kurang
sesuai dan menarik menyebabkan tumpuan murid terjejas. Kesan terhadap isu yang berlaku ini
menyebabkan murid tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna, justeru,
menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu baharu, selain itu, ia turut akan menjejaskan
keputusan ujian dan peperiksaan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke-21 adalah merupakan pengajaran
yang berasaskan tumpuan murid. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru dalam sistem lama perlu
dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti. Saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :
i. Menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik.
ii. Menggunakan bahan bantu mengajar yang mawujud.
iii. Menggunakan pendekatan atau gaya pengajaran yang bersesuaian dengan murid serta lebih
menarik perhatian murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tidakan serta melakukan pembetulan iaitu menghasilkan bahan bantu mengajar yang
menarik dan mawujud agar murid gembira dan bersemangat untuk belajar di samping menarik minat
mereka. Selain itu, saya juga perlu mengubah gaya pengajaran, dengan menggunakan gaya pengajaran yang
lebih menarik agar murid tidak berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankann.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 17 Julai 2017

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti
telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang member
tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, didapati 90% murid menglibatkan diri semasa
akktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu
menarik dan meningkatkan minat serta kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya
sampaikan.
10. Rujukan

Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in teaching learning
process (Availability and non-availability of ICT related teaching aids in tenth standard in schools of
Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology Journal, V01-II, 7th issue, Nov-Dec-Jan, 2012-
13

You might also like