You are on page 1of 2

LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS/BANTU MULA

Anda diberi masa 15 minit untuk melaksanakan bantu mula dalam situasi
yang di berikan di bawah.
1.

Anda dan rakan anda pergi ke satu percutian di Pulau Pangkor. Secara
tiba-tiba ketika sedang mandi-manda di suatu kawasan yang berbatu
rakan anda telah tersungkur dan jatuh lalu luka di bahagian ibu jari
kaki. Semasa dia terjatuh kepalanya telah terhempas dan
menyebabkan luka yang agak dalam di bahagian kepala. Apakah
bantu mula yang perlu diberi.

2.

Dalam aktiviti meredah hutan, rakan anda telah tergelincir lalu jatuh.
Pada ketika itu terdapat banyak ranting-ranting tajam. Peha kiri rakan
anda didapati tertusuk dengan ranting tersebut manakala kaki yang
sebelah lagi telah terkehel. Apakah bantu mula/pertolongan cemas
yang sewajarnya?
Dalam satu pertandingan lumba basikal di dalam komuniti anda,
salah seorang pelumba telah berlanggar dengan seorang pelumba
basikal yang lain. Kedua-dua pelumba basikal tersebut telah
mengalami kecederaan yang agak serius. Salah seorang pelumba
telah patah tangan kiri serta tulang rahangnya manakala pelumba
yang seorang lagi telah patah kaki kanannya dan menyebabkan
tulang telah menembusi kulit manakala kedua-dua lengannya telah
terseliuh. Apakah jenis bantu mula yang sewajarnya?
Ketika seorang ayah sedang membersihkan kipas meja, tiba-tiba anak
kecilnya tertekan suis lalu bilah kipas tersebut telah berpusing
menyebabkan keseluruhan tangan ayah tersebut mengalami luka
terbuka di bahagian tapak tangan kirinya. Apakah bantu mula yang
harus diberi oleh isterinya yang berada ketika itu terhadapnya
suaminya? Untuk mengelakkan daripada terkena renjatan elektrik
apakah yang harus dilakukan?
Seorang kanak-kanak telah terjatuh daripada sebatang pokok
rambutan dan telah mengalami terkehel di pergelangan tangan dan
disyaki retak pada bahagian tumit kaki manakala mengalami luka
yang serius di kedua-dua bahagian lutut. Apakah rawatan awal yang
yang perlu dilakukan?
Dalam satu kejadian kebakaran di sebuah makmal stor yang
mengandungi bahan kimia, seorang pembantu telah pengsan
manakala tangannya telah melecur. Apakah rawatan awal yang
sewajarnya?
Dalam satu kejadian kemalangan jalanraya, beberapa orang telah
mengalami kecedderaan dan terlantar di tengah jalanraya. Seorang
telah telah mengadu ke dua-diua kakinya teramat sakit. Seorang lagi

3.

4.

5.

6.

7.

8.

mengalami kecederaan di sebelah kaki. Bagaimanakah tindakan anda


dalam situasi ini dan tunjukkan cara pemindahan mangsa.
Dalam satu perkhemahan sewaktu menjalani aktiviti abseiling, 2
orang rakan anda telah mengalami kecederaan di leher dan di
bahagian peha. Apakah bantu mula yang sewajarnya?

You might also like