You are on page 1of 3

Laporan Amali Asas Akuatik Dan Rekreasi

Pada Isnin, 5 April 2019, telah diadakan amali asas rekreasi dan akuatik yang
bertempat di padang IPGKIK. Dalam aktiviti ini, kami telah menganjurkan satu permainan
yang melibatkan siswa guru PPISMP sem 2 pengkhususan pendidikan jasmani. Aktiviti
rekreasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan para siswa guru di samping
menghasilkan suasana ceria di luar kawasan bilik darjah. Dalam pelbagai aktiviti rekreasi
yang sedia ada kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk melaksanakan aktiviti “
Pijak Belon” yang merupakan variasi darpida permainan kejar-kejar. Hal ini demikian kerana
aktiviti ini amat sesuai dilakukan kepada golongan kanak-kanak pada peringkat umur 7
tahun sehingga peringkat remaja.

Bermula pukul 8.00 pagi, para siswa guru mula berkumpul di padang untuk
menyediakan mahupun menyiapkan tempat untuk melaksanakan tugasan amali masing-
masing. Beberapa kumpulan telah dibahagikan mengikut kelas masing-masing bagi
melaksanakan aktiviti rekreasi ini. Melalui undian kumpulan kami telah mendapat giliran
yang ketiga bagi mempersembahkan aktiviti rekreasi kami. Sementara menunggu giliran
kami tiba, kami telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang dijalankan oleh
kumpulan terdahulu.

Apabila giliran kami telah tiba, kami bertiga dengan segera menyediakan kawasan
aktiviti kami. Setelah itu, taklimat ringkas diberikan kepada para peserta yang terlibat bagi
memastikan kelancaran aktiviti rekreasi kumpulan kami. Semua peserta berjaya,
menjayakan aktiviti yang telah dianjurkan oleh kami dengan baik sekali. Para peserta,
mengikut prosedur permainan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan kami. Tambahan
lagi, kami melihat reaksi mereka amat gembira dan seronok semasa menjalankan aktiviti
”pijak belon” ini. Terdapat juga pelajar meminta untuk memanjangkan aktiviti ini kerana
kerianngan yang tak terhingga. Aktiviti ini mengambil kira-kira 15 minit untuk menghabiskan
aktiviti rekreasi ini. Syukur terhadap Allah S.W.T kerana aktiviti ini berjaya dilaksanakan
dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan oleh ahli kumpulan kami. Amali rekreasi
ini seterusnya diteruskan oleh ahli kumpulan yang lain. Semua aktiviti berjaya dilaksanakan
oleh setiap ahli dengan jayanya. Para siswa guru telah menunjukkan kerjasama yang baik
antara satu sama lain dalam membantu ahli-ahli kumpulan yang lain demi memastikan
semua aktiviti berjalan dengan lancar.
Pada pukul 11.00 pagi, semua siswa guru berhenti melaksanakan aktivti rekreasi
masing-masing. Setiap ahli kumpulan membersihkan serta mengemaskan kawasan
permainan mereka agar keadaan padang berada pada tahap yang terbaik. Pada pukul
11.30 pagi hampir kesemua kawasan permainan selesai melakukan tugasan pembersihan.
Semua siswa guru bersurai meneruskan aktiviti PDPC mengikut kelas masing-masing.

Secara keseluruhannya, amali rekreasi ini telah berjaya mencapai matlamatnya.


Sekurang-kurangnya mencetuskan kesedaran kepada para siswa tentang kepentingan
menjaga mengkalkan kecergasan tubuh badan serta mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang ceria.

KELEBIHAN AKTIVITI REKREASI

Aktiviti rekreasi ini boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana
apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh
dikurangkan. Contohnya, dalam aktiviti yang telah kami laksanakan, para peserta perlu
bekejar-kejaran untuk memcahkan belon pihak lawan. Secara tidak langsung, pelbagai
penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara
total. Selain itu, Ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara
siswa guru. Sebagai contoh, setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama antara satu sama lain
untuk memecahkan belon pihak lawan di samping memastikan belon setiap ahli kumpulan
mereka dilindungi dengan baik. Memandangkan aktiviti ini dipertandingan antara kelas para
peserta akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti
rekreasi ini. Oleh itu, hubungan silaturrahim yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan
aktiviti ini.

KEKURANGAN DALAM MELAKSANAKAN AKTIVI INI.

Antara kekurangan yang berjaya kami kesan semasa melaksanakan aktiviti ini adalah,
kawasan permainan yang tidak sesuai dengan permukaan belon. Hal ini demikian kerana
permukaan rumput yang tajam akan memnyebabkan belon mudah pecah. Di samping itu,
jenis belon yang digunakan tidak sesuai kerana mudah pecah. Belon yang digunakan oleh
kumpulan kami adalah sangat tidak berkualiti sehingga telah menyebabkan belon beberapa
peserta telah pecah. Oleh kami terpaksa menyediakan belon yang baru kepada peserta
yang telah pecah belonnya. Akhir sekali, luas kawasan permainan tidak sesuai dengan
bilangan pemain sehingga telah menyebabkan mereka bermain di luar kawasan yang telah
ditetapka.
PENAMBAHBAIKAN

You might also like