You are on page 1of 23

LAPORAN

(LAPORAN KAJIAN)

DISEDIKAN OLEH:
1- MUHAMMAD IRFAN DANIAL B ARIS
2- NIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN NIK KAMARUDDIN
3- NURHAFIY NASRUL BIN AHMAD ZULKARNAIN
DEFINSI KONSEP
 Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca
khusus.
 Maklumat tersebut boleh disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan
ketepatan dan kepadatannya.
 Penulisan laporan bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak disampaikan.

Ellis dan Hopkins (1985)


 Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada
pembaca yang khusus.
Kamus Dewan (2005)
 Maklumat tentang sesuatu hal yang dilaporkan.
CIRI-CIRI LAPORAN
 Ditandai oleh struktur dan gaya formal (mempunyai format khas yang
meliputi tajuk, muka surat, pengenalan ringkas, senarai kandungan –
isi, cadangan, penutup, dan laporan)
 Ditentukan oleh fungsi sesuatu laporan (penulis perlu memahami
keperluanpembaca dan mengemukakan butiran yang sesuai dengan
keperluan pembaca)
 Menggunakan penyataan pendapat (membuat kesimpulan
berdasarkan kajian, penilaian dan kupasan bukti-bukti yang kukuh)
 Melibatkan pembentangan berilustrasi (berkaitan sesuatu hujah,
maklumat atau penerangan – dalam bentuk carta, gambar rajah,
jadual, graf, dll)
FORMAT LAPORAN
 Format laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu:
1- Bahagian pengenalan sebelum laporan sebenar
2- Bahagian laporan sebenar
3- Bahagian sesudah laporan
BAHAGIAN PENGENALAN
SEBELUM LAPORAN
SEBENAR
 Bahagian ini mengandungi 5 perkara penting iaitu:
1- Lampiran tajuk (title fly)
2- Halaman tajuk
3- Surat penyerahan (letter transmittal)
4- Senarai kandungan
5- Abstrak
LAMPIRAN TAJUK (TITLE FLY)
 Lampiran tajuk ialah bahagian permulaan sesuatu laporan yang perlu
ditulis dengan jelas, kemas, menarik dan ditulis secara seimbang
(ditulis dalam kedudukan center). Hanya mengandungi tajuk laporan
sahaja.
Contoh:

FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


MENENGAH LUAR BANDAR
HALAMAN TAJUK
 Halaman tajuk ialah halaman yang memuatkan semua maklumat
penting mengenai sesuatu laporan dalam bentuk seringkas mungkin.
 Antara contoh maklumat yang perlu dimasukkan dalam halaman tajuk
ialah:
a) tajuk laporan
b) maklumat penulis
c) maklumat institusi yang diwakili oleh penulis
d) penerima laporan
e) maklumat yang diwakili oleh penerima laporan
f) tarikh
 Contoh halaman tajuk:

FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR.

AZIMAH BINTI AHMAD

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA


SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


SENARAI KANDUNGAN
 Senarai kandungan ialah senarai isi kandungan sesebuah laporan
berserta halaman. Tujuan menyenaraikan
 senarai kandungan ialah untuk memudahkan pembaca merujuk
halaman yang ingin dibaca secara khusus.
 Sekiranya laporan melibatkan menggunakan rajah dan jadual, senarai
untuk rajah dan jadual juga akan diwujudkan.
 Contoh:
ABSTRAK
 Abstrak ialah ringkasan yang mengandungi idea- idea penting bagi
sesebuah laporan. Laporan yang panjang memerlukan abstrak bagi
memberi gambaran umum tentang keseluruhan kandungan laporan.
Antara perkara-perkara asas yang dimasukkan dalam abstrak ialah:
1. ringkasan latar belakang kajian
2. objektif penyelidikan
3. kaedah kerja menyelidikan
4. teori yang digunakan
5. kesimpulan utama
 Contoh:

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan
obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Faktor-faktor utama
yang disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik, amalan pemakanan, aktiviti
fizikal, pengaruh persekitaran dan pengaruh televisyen. Borang soal selidik telah dibina
berdasarkan kelima-lima faktor ini. Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B yang mempunyai 30 soalan, 6 soalan bagi setiap
faktor. Kebolehpercayaan soalan soal selidik ini telah diuji menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) dan nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah
0.815. Semua soalan ini kemudian diberikan kepada 40 orang responden yang
mengalami masalah obesiti yang dipilih dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang.
Semua data yang dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min,
mod dan median untuk mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan
pelajar luar bandar. Hasil daripada analisis data yang diperolehi, didapati faktor
pengaruh televisyen memberi nilai min paling tinggi iaitu sebanyak 2.150 berbanding
faktor lain, aktiviti fizikal 2.025, amalan pemakanan 1.625, pengaruh persekitaran 1.550
dan keturunan 1.2. Kesimpulannya, faktor pengaruh televisyen merupakan faktor
utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.
BAHAGIAN LAPORAN
SEBENAR
 Bahagian ini mengandungi 4 perkara penting iaitu:
1- Pengenalan
2- Dapatan laporan / isi / idea utama
3- Rumusan / ringkasan / kesimpulan
4- Cadangan
PENGENALAN
 Bertujuan memberi penerangan secara ringkas kepada pembaca mengenai latar belakang
penyelidikan. Antara latar belakang penyelidikan yang akan dibincangkan ialah:
1. soalan penyelidikan
2. objektif penyelidikan
3. batasan penyelidikan
4. kajian penyelidikan lepas (lit. review)
5. kaedah penyelidikan
SOALAN PENYELIDIKAN
1.4 Soalan Penyelidikan

Daripada objektif yang dinyatakan, persoalan kajian bagi kajian ini adalah apakah faktor utama
obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar.

OBJEKTIF PENYELIDIKAN
1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar
sekolah menengah luar bandar.
BATASAN PENYELIDIKAN
1.6 Batasan kajian.
Secara keseluruhannya kajian ini terbatas kepada pelajar sekolah menengah luar bandar
seramai 40 orang. Responden bagi kajian ini adalah dipilih secara rawak berkelompok di
mana responden adalah pelajar obesiti di sebuah sekolah di sebuah daerah di Pahang.

KAJIAN PENYELIDIKAN LEPAS


KAEDAH PENYELIDIKAN

Instrumen dibina

Instrumen diuji

α < 0.7 α > 0.7


Data dikumpul

Data dianalisis

Keputusan
DAPATAN LAPORAN / ISI /
IDEA UTAMA
 Bahagian ini merupakan bahagian paling utama dalam sesebuah laporan. Ia juga
dikenali sebagai bahagian hujahan. Ia merupakan bahagian yang menghurai dan
menjawap objektif penyelidikan.
 Huraian dan jawapan setiap objektif dikemukakan dengan bukti dan hujah yang kukuh.
 Contoh ayat yang menggambarkan dapatan laporan ialah seperti:

 hasil kajian mendapati bahawa pengaruh television merupakan factor utama masalah
obesiti di kalangan pelajar luar bandar.
 . Hasil daripada analisis, didapati seramai 26 responden membeli makanan ringan
sekali hingga tiga kali seminggu. Nilai ini memberi peratusan sebanyak 65%. 10
responden memilih untuk membeli makanan ringan empat kali hingga enam kali
seminggu dengan jumlah sebanyak 25%.
RUMUSAN / RINGKASAN /
KESIMPULAN
 Bahagian ini juga penting dalam sesebuah laporan kerana bahagian ini ditulis untuk
meyakinkan
 pembaca mengenai dapatan keseluruhan sesuatu laporan.
 Rumusan / ringkasan / kesimpulan mestilah bebas daripada penilaian bersifat peribadi atau
terlalu umum. Ini bermakna pelapor hanya boleh membuat rumusan / ringkasan /
kesimpulan terhadap hasil penyelidikannya sahaja.
 Contoh ayat yang menggambarkan rumusan / ringkasan / kesimpulan:

Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada 40 orang responden dapatlah disimpulkan bahawa
faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar adalah pengaruh televisyen.
Pengaruh yang dibawa oleh televisyen ini juga turut menyumbangkan kepada faktor-faktor obesiti yang
lain seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga pengambilan makanan ringan yang berlebihan dan
amalan pemakanan yang tidak sihat.

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Jadi, untuk mengatasinya pandangan dari
setiap sudut perlu dititikberatkan.
CADANGAN
 Cadangan ialah bahagian yang mencatat saranan atau anjuran oleh pelapor. Pelapor
boleh mencadangkan pelbagai perkara kesan daripada hasil kajian yang telah
dilaporkan.
 Antara cadangan yang boleh ajukan kepada pembaca khusus laporan tersebut ialah:

Terdapat beberapa cadangan yang ingin penyelidik kongsikan bersama dalam


usaha untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan
ini, faktor utama obesiti dikenalpasti. Jadi untuk mengurangkan masalah obesiti yang
membimbangkan negara kini, tindakan yang segera perlu diambil. Semua pihak perlu
memainkan peranan dalam mengurangkan masalah ini. Pihak-pihak ini termasuklah
ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak-pihak lain. Sekiranya
setiap pihak memainkan peranan dengan berkesan, masalah yang serius ini dapat
dikurangkan. Kerjasama yang diberikan diyakini dapat membantu mengurangkan
masalah ini.
BAHAGIAN SESUDAH LAPORAN
Rujukan / bibliografi
 Rujukan dan bibliografi ialah bahan-bahan yang digunakan oleh pelapor untuk menguatkan
hujahnya.
 Rujukan dan bibliografi sangatbergantung kepada jenis dokumentsi yang digunakan oleh pelapor.
Dalam sistem dokumentasi American Psycological Association (APA):
 rujukan ialah bahan dari suatu sumber lain yang dicatatkan dalam isi sesebuah laporan sebagai
bukti hujahan.
 Bibliografi ialah satu senarai bahan bacaan tambahan yang tidak dicatatkan oleh pelapor di
dalam isi sesebuah laporan.
Lampiran
 Lapiran ialah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyokong laporan.
 Bilangan lampiran tidak terhad dan ia bergantung kepada keperluan bukti dan justifikasi laporan.
Antara contoh lampiran yang perlu dimasukkan dalam bahagian sesudah laporan ialah:
 sumber dari bahan yang digunakan dalam laporan
 borang soal selidik
 kertas kerja, teks wawancara, rujukan tambahan
 bahan yang berkaitan dengan laporan
 Contoh lampiran dan rujukan:

1. Rujukan / bibliografi 2. Lampiran


GAYA BAHASA LAPORAN
 Penulisan laporan tergolong dalam bentuk penulisan ilmiah yang
mempunyai ciri-ciri gaya bahasa tertentu seperti:
1. menggunakan ciri-ciri laras bahasa ilmiah, iaitu bernada formal dan
objektif
2. menggunakan sudut pandangan orang ketiga
3. menggunakan istilah khusus
4. menggunakan bahasa dan format baku
5. mengelakkan perkataan mubazir
6. mengelakkan perkataan andaian

You might also like