You are on page 1of 36

Berimbas dari Teori Pembelajaran

Behavioris….
• Manusia belajar kerana ada rangsangan dan
peneguhan….
• Manusia melakukan sesuatu kerana diberi
peneguhan yang positif, menikmati ganjaran dan
keseronokan….
• Tingkah laku manusia berubah disebabkan oleh
rangsangan yang berterusan…
• Sejauh manakah kebenaran ini…?
TCL-IPGKPP 1
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
• Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada
proses mental yang berlaku secara aktif,
• Antara aspek-aspek proses ini termasuklah
membuat keputusan, penyelesaian masalah,
menganalisis, menilai, dan mengingat.

TCL-IPGKPP 3
Teori Pembelajaran Kognitif & Tokoh-tokoh
Jean Piaget
• Cognitive Development Stages / Peringkat Perkembangan
Kognitif
Vygotsky
• Social Development / Perkembangan kognitif sosial
Jerome Bruner
• Discovery Learning / Pembelajaran melalui Penemuan
Richard Suchman
• Inquiry Method / Kaedah Inquiri
David Ausubel
• Expository Teaching / Pengajaran Ekspositori
TCL-IPGKPP 4
Teori Pembelajaran Kognitif dan Tokoh-tokoh
• Psikologi Gestalt
• Max Wetheimer (1880 – 1943) – persepsi dan
penyelesaian masalah
• Kurt Koffka (1886 – 1941) – hukum persepsi
• Wolfgang Kohler (1887 – 1959) – celik akal
• Kurt Lewin (1892 – 1947) – psikologi kognitif-
lapangan
• Celik Akal (insights), the sudden perception of the
relationships among elements in a problem situation.

TCL-IPGKPP 5
Teori Pembelajaran Kognitif (1)
• Proses pembelajaran melibatkan pemprosesan
maklumat:
• Proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan
sedia ada murid-murid.

• Pembelajaran kini berasaskan pembelajaran sebelumnya :


• Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi latar
belakang dan tahap motivasi masing-masing, mereka
biasanya akan membina makna yang berlainan walaupun
pengalaman mereka adalah sama.

TCL-IPGKPP 6
Teori Pembelajaran Kognitif (2)
• Pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan:
• Makna yang dibina berasaskan pengalaman
menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dan
pembelajaran baru.
• Pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan
hubungan dan strategi:
• Penekanan kepada pembelajaran bermakna berbanding
dengan hafalan. Pengajaran dan pembeljaran bertujuan
membantu murid-murid belajar cara belajar, dan
bukannya memperoleh maklumat.
TCL-IPGKPP 7
Teori Pembelajaran Kohler
Wolf Kohler
• Merupakan salah seorang pengasas psikologi
Gestalt bersama Kurt Koffka.
• Hasil daripada kajian Kohler dalam bidang
pemerosesan kognitif, khususnya proses
penyelesaian masalah, beliau telah
mengemukakan jenis pembelajaran celik akal.
• Antara cimpanzi yang digunakan sebagai subjek
kajian Kohler termasuk Chica, Grande, Konsul,
Rana dan Sultan.

TCL-IPGKPP 9
Eksperimen Kohler

• Dalam satu eksperimen, Kohler telah meletakkan pisang


di luar bersama dua batang buluh di dalam sangkar
cimpanzi yang bernama Sultan.
• Tetapi, tiada satu daripada dua batang buluh mempunyai
panjang yang mencukupi untuk membolehkan Sultan
mencapai pisang tersebut.
• Tidak lama kemudian, Sultan pun menyambungkan
kedua-dua buluh tersebut, lalu berjaya menjadikannya
sebatang buluh untuk mencapai pisang yang terletak di
luar sangkarnya.
TCL-IPGKPP 10
Cimpanzee yang menggunakan Celik Akal

Kohler (1925) Sultan the chimpanzee in Canary


Islands showed insight into problem solving, not
trial and error (skinner).

TCL-IPGKPP 11
Kesimpulan dari Eksperimen Kohler
• Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada
persepsi cimpanzi berkenaan terhadap penyelesaian
yang sesuai.
• Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada
ganjaran semata-mata.
• Setelah satu masalah berjaya diselesaikan, maka ada
lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang
serupa di masa depan.

TCL-IPGKPP 12
Prinsip Pembelajaran Celik Akal
• Manusia memperoleh penyelesaian terhadap masalah
yang dihadapi melalui cara yang agak mendadak, iaitu
apabila kita kurang menumpukan pemikiran terhadap
masalah tersebut.
• Konsep berfikir merupakan satu usaha mencari
penyelesaian dengan berdasarkan hubungan antara
dua perkara.

TCL-IPGKPP 13
Teori Pembelajaran Bruner
Teori Pembelajaran Bruner
• Konsep pembelajaran ialah proses pengkategorian.
• Merupakan kebalikan kepada pandangan Ausubel yang
berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk
induktif (spesifik kpd umum).
• Berpendapat pembelajaran konsep, pengamatan dan
penanggapan berlaku melalui proses mengkategori, dan
proses membuat keputusan yang melibatkan
pengkategorian.
• Berpendapat manusia melihat persekitaran dunia
daripada sudut ciri -ciri persamaan dan perbezaan.
TCL-IPGKPP 15
Pembelajaran konsep
• Peringkat Pembelajaran
konsep ialah :
1. Enaktif (perlakuan)
2. Ikonik (imejan)
3. Simbolik (bahasa)
• setiap individu walaupun
masih kecil berkeupayaan
untuk belajar sekiranya
penyampaian disusun atur
dengan cara yang sesuai
dan sistematik. TCL-IPGKPP 16
Bruner’s Clone of Experience

TCL-IPGKPP 17
Pembelajaran Konsep
• Pembelajaran konsep ialah membezakan dan
mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri
– ciri tertentu dan melibatkan proses mengingat semula,
membuat perkaitan dengan maklumat baru dengan
yang lama dan membuat sub kategori.
• Pembelajaran konsep ialah proses pembinaan
pengetahuan.

TCL-IPGKPP 18
Sambungan..

• melibatkan proses kognitif iaitu proses membuat


hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada
untuk menentukan konsep.
• Konsep dibentuk melalui pengkategorian yang
dibuat dengan mengelompokkan mengikut ciri –
ciri sama yang dimiliki.

TCL-IPGKPP 19
Pembelajaran Inkuiri Penemuan

• Proses inkuiri melibatkan situasi penyelesaian


masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar.
• Proses penyelesaian masalah mengaitkan
pengalaman lepas dengan pengetahuan semasa
untuk menemukan maklumat baharu yang sedang
dipelajari.
• Maklumat yang ditemukan sendiri/jawapan
penyelesaian yang dicari sendiri membolehkan
maklumat baharu mudah diingati.
TCL-IPGKPP 20
Sambungan…

• Proses inkuiri dalam pembelajaran penemuan


memerlukan pelajar meninjau masalah/
fenomena, meneliti pelbagai alternatif dan data,
membuat hipotesis dan menguji hipotesis
sebelum membuat rumusan.
• pembelajaran aktif berlaku.

TCL-IPGKPP 21
Teori Pembelajaran Robert
Gagné
Teori Pembelajaran Gagne
• Sembilan Langkah Situasi Pembelajaran (Nine Steps
of Learning Events)
• Mengkategorikan pembelajaran ke dalam lima
faktor iaitu:
• Kemahiran kecerdasan
• Strategi kognitif
• Maklumat berbahasa
• Kemahiran motor dan
• sikap TCL-IPGKPP 23
• Intellectual skills: reception, retention, and use of new
and past knowledge; discrimination of input and data,
concept formation, rule formation.
• Verbal information: use of words, sentences and
methods of communicating information learned
• Cognitive strategies: how one learns; metacognitive
processes
• Attitudes: affective qualities--sharing, expressing
feelings, stating attitudes, beliefs, values that motivate
• Motor skills: writing, drawing, constructing, running,
grasping, using facial gestures and manual expressions
TCL-IPGKPP 24
Teori Pembelajaran Ausubel
Teori Pembelajaran Ausubel

• Mengambil kira pembelajaran individu dalam


konteks sekolah atau kelas.
• Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui
bahan bermakna.
• Pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas
sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada
atau pun persembahan maklumat umum atau
gabungan kedua-duanya.

TCL-IPGKPP 26
• Pembelajaran akan berlaku apabila maklumat
baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau
pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.
• Ausubel menekankan kepentingan penyampaian
pelajaran secara terancang oleh guru.

TCL-IPGKPP 27
Advance Organiser (AO)

• AO merupakan rumusan atau maklumat umum


pembelajaran.
• Menurut Ausubel, AO perlu diberikan lebih awal
agar pelajar dapat maklumat atau pengetahuan
yang perlu untuk membolehkan pelajar
mengetahui sesuatu yang berkaitan dengannya.

TCL-IPGKPP 28
Jenis-jenis AO
Pengurusan Awal Perbandingan/Komparatif:
• merujuk kepada pengetahuan sedia ada
berkaitan dengan isi pelajaran yang akan
dipelajari.
• Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif
akan digunakan untuk mempelajari maklumat
baru.
• Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku
dalam struktur kognitif sebagai persediaan
menerima maklumat baru. TCL-IPGKPP 29
Jenis-jenis AO
Pengurusan Awal Ekspositori:
• Jika pelajar belum mengetahui pengetahuan sedia ada yang
berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari, guru boleh
memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks
dan lain-lain.
• Maklumat atau gambaran berperanan sebagai jambatan
kepada maklumat baru yang bakal dipelajari.
• Maklumat awal itu dedahkan lebih awal agar pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari
maklumat baru.
• Maklumat yang didedahkan akan menjadi asas kepada
pembelajaran baru. TCL-IPGKPP 30
Sambungan…
• Menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat
secara terancang bermula dengan mengaitkan
pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat.
• Faktor yang paling penting ialah penyampaian guru
berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan
penerimaan pelajar.
• Guru menyusun maklumat secara ansur maju iaitu
umum kepada khusus (secara deduktif).

TCL-IPGKPP 31
• AO akan membantu pelajar menggarap maklumat
dengan lebih cepat dan efektif.
• Langkah pengajaran atau penyampaian guru hendaklah
disusun secara sistematik apabila mengajar sesuatu
konsep.
• Pembelajaran konsep merujuk kepada keupayaan
melihat ciri-ciri persamaan sesuatu kategori objek atau
peristiwa.
• Konsep ialah kategori mental tentang objek, peristiwa
atau satu set idea yang memiliki ciri-ciri yang sama.
TCL-IPGKPP 32
Pembelajaran Konsep Secara Penyusunan Dari Umum
Kepada Khusus Dengan Menggunakan AO

Persembahan
AO

Minta pelajar
memberikan Kemukakan
contoh contoh positif
tambahan

. Buat Kemukakan
rumusan dan contoh
bina negatif

Lihat ciri-ciri
persamaan
dan
perbezaan
TCL-IPGKPP 33
Implikasi Teori Pembelajaran
Penerimaan Ausubel (1)

• Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu


topik sebelum memberikan contoh khusus dan
membincangkan perincian topik berkenaan.
• Menggunakan bahan-bahan penyampaian
pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan
sedia ada pelajar atau pembelajaran lepas.

TCL-IPGKPP 34
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel (2)

• Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat


baharu dengan maklumat atau pengetahuan sedia
ada pelajar.
• Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan
keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar
memahami pembelajaran baharu, jika pelajar
tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait
dengan pembelajaran baharu.
TCL-IPGKPP 35
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel (3)

• Susun atur penyampaian p&p secara teratur, langkah


demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa
yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.
• Sediakan dan gunakan BBM yang konkrit sesuai
dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu
pemahaman pelajar serta penyampaian guru.

TCL-IPGKPP 36

You might also like