You are on page 1of 59

Bab 4 Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivis

Hah Hoi Leng Lai Hui Ling Lim Sze Mun

Teori Pembelajaran Kognitif


Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada proses mental. Antara aspek-aspek proses ini termasuklah membuat keputusan, penyelesaian masakag, menganalisis, menilai, dan mengingat.

Teori pembelajaran kognitif mempunyai beberapa andaian seperti di bawah:


Pembelajaran kini berasakan pembelajaran sebelumnya. Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi lataar belakang dan tahap motivasi masing-masing. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang berlainan walaupun pengalaman mereka adalah sama.

Proses pembelajaran melibatkan pemprosesan maklumat. Proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada murid-murid.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan. Makna yang dibina berasaskan pengalaman menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dan pembelajaran baru.

Pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan hubungan dan strategi. Penekanan lebih diberikan kepada pembelajaran bermakna berbanding dengan hafalan. Oleh itu, pengajaran dan pembeljaran bertujuan membantu murid-murid belajara cara belajar, dan bukannya memperoleh maklumat yang terasing.

Wolf Kohler
Seorang ahli psikologi yang merupakan salah seorang pengasas psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Hasil daripada kajian Kohler dalm bidang pemerosesan kognitif, khususnya proses penyelesaian masalah, beliau telah mengemukakan jenis pembelajaran celik akal. Antara cimpanzi yang digunakan sebagai subjek kajian Kohler termasuk Chica, Grande, Konsul, Rana dan Sultan.

Pada tahun 1924, Kohler telah menerbitkan dapatan-dapatan kajian beliau dalam buku berjudul The Mentality of Apes. Antara dapatan beliau yang menarik ialah haiwan akan berusaha untuk mencari perkaitan yang menuju ke arah penyelesaian apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sama seperti manusia, haiwan juga berupaya memperoleh pembelajran celik akal, iaitu penyelesaian aha! terhadap masalah yang mereka hadapi.

Kohler dan Pembelajaran Celik Akal


Dalam satu eksperimen, Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama dua batang buluh di dalam sangkar cimpanzi yang bernama Sultan. Tetapi, tiada satu daripada dua batang buluh mempunyai panjang yang mencukupi untuk membolehkan Sultan mencapai pisang tersebut. Tidak lama kemudian, Sultan pun menyambungkan kedua-dua buluh tersebut, lalu berjaya menjadikannya sebatang buluh untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.

Sultan telah berjaya mencari satu hubungan yang kritikal serta penting apabila ia berjaya untuk menyambungkan keduadua batang buluh yang dibekalkan menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.

Berdasarkan eksperimen di atas, terbukti tiga perkara yang berikut:


Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi cimpanzi berkenaan terhadap penyelesaian yang sesuai. Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata. Setelah satu-satu masalh berjaya diselesaikan, maka ada lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa di masa depan.

Pembelajran celik akal Kohler berpegang kepada dua prinsip dibawah:


Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi melalui cara yang agak mendadak, iaitu apabila kita kurang menumpukan pemikiran terhadap masalah tersebut. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai usaha mencari, dan seterusnya berpegang kepada hubungan antara dua perkara.

John Seymour Bruner


Seorang ahli psikologi abad ke-20 yang terkenal sebagai tokoh utama revolusi kognitif. Pengaruh beliau lebih ketara dalam bidang pendidikan. Hasil karya Bruner seperti The Process of Education dan Towards a Theory of Instruction telah diiktirafkan sebagai buku-buku klasik yang biasa dibaca oleh para pendidik di seluruh dunia.

Pembelajaran penemuan
Menggalakkan murid-murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Menggunakan penaakulan induktif di mana guru akan bermula dengan sesuatu yang khusus, kemudian berakhir dengan umum. Sebagai contoh, guru memberi contoh-contoh mamalia, kemudian minta murid-murid menyatakan ciri-ciri mamalia berdasarkan contoh yang telah guru diberi.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Penemuan


Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.Pecutan disebabkan oleh pemahaman satusatu konsep yang mengambil masa untuk dikuasai sebelum berlakunya pergerakan ke langkah seterusnya. Persekitaran di mana kita berada memainkan peranan yang penting dalam menentukan kadar pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, iaitu sama ada mempercepatkan atau melambatkan.

Pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid kita akan membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada masing-masing. Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis, seterusnya mengintegrasikan bahan baru ini ke dalam pengetahuan sedia ada serta konsruk mental masing-masing. Proses ini adalah satu proses yang berterusan. Murid-murid kita lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah:


Langkah 1: Enaktif (berasaskan tindakan). Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit, misalnya memegang dan memanipulasi objek maujud, menyentuh objek yang hidup, dan sebagainya.

Langkah 2: Ikonik(berasaskan imej) Murid-murid berkebolehan untuk mewakili bahan secara grafik atau mental, misalnya: membuat pengiraan secara mental. Langkah 3: Simbolik(berasaskan bahasa) Murid-murid berupaya menggunakan logik, kemahiran berdikir araas tinggi dan sistem simbol, misalnya: memahami perumpamaan kara seperti Bapa borek, anak rintik dan sebagainya.

Secara amnya..
Bruner mengatakan bahawa konsep mengetahui adalah satu proses. Mengikut kebiasaan, apabila murid-murid kita diberikan satu situasi yang agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian. Berasaskan hipotesis ini, maka amat penting agar guru merancang aktiviti-aktiviti penemuan untuk murid-murid.

David Ausubel
Seorang ahli psikologi kognitif yang banyak mengkaji tentang teori pembelajaran khususya mengenai advance organizers. Ia adalah satu unit pengajaran yang digunakan sebelum pengajaran langsung atau sebelum mengajra satu topik baru. Sejak tahun 1960, Ausubel telah cuba membuktikan bahawa advance organizers memudahkan pembelajaran khususnya bagi aspek pemahaman dan mengingat kembali.

Advance organizers diklasifikasi sebagai satu kaedah deduktif. Ini bermaksed ia bermula dengan sesuatu yang umun dan berakhir dengan khusu. Oleh demikian, advance organizers amat berguna dalam proses pemindahan pengetahuan di mana murid-murid kita akan berpandukan kepada hukum-hukum yang berkaitan duntuk memirkan contoh-contoh spesifik bagi satu-satu aspek. Justeru, guru hendaklh menyusun maklumat yang disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.

EkspositoriMemerihalkan bahan baru.

NaratifPersembahkan bahan baru dalam bentuk cerita. ComparativeMembina perkaitan luaran dengan pengetahuan sedia ada yang sesuai dengan maklumat baru.

Advance organizers

Contoh penguruasan grafik yang boleh digunakan dalam konteks bilik darjah:

Peta Masalah dan Penyelesaian

Peta Spider
Perincian

Pengaruh Pengaruh

Sebab

Akibat Topik/ Kosep/ Tema

Penyelesaian

Prinsip-prinsip Pembelajran Bermakna


Penyampaian bahan baru menjadi lebih berkesan sekiranya guru berusaha untuk memastikan struktur kognitif murid-murid mereka berada dalam keadaan stabil. Kurikulum biasanya disusun mengikut urutan. Ini bermaksud bahwa setiap unti pembelajaran berhubungkait dengan yang sebelumnya.

Dua proses penting yang mempengaruhi berlakunya pembelajaran bermakna:

I. Derivative subsumption
Memeriihalkan situasi pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari.

Misalnya, katakan murid-murid kita telah belajar konsep rumah. Mereka tahu bahwa sebuah rumah biasanya mempunyai bumbung, dinding, bilik-bilik seperti bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu, dan sebagainya. Kemudian, mereka belajar mengenai pangsapuri yang mungkin belum pernah mereka lihat. Namun, pemahaman mereka mengenai pelan lantai pangsapuri tersebut akan bergantung kepada konsep mereka tentang rumah. Mereka tidak perlu buat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sedia ada.

II. Correlative subsumption


Katakan kita perkenalkan rumah igloo yang belum pernah murid-murid jumpa di negara kita. Bagi memahami maklumat baru ini, mereka perlu mengubah atau mengubahsuaikan konsep rumah untuk merangkumi kemungkinan rumah diperbuat daripada ais, dan bukannya hanya kayu atau simen sahaja.

Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.


Pertama, murid-murid perlu diberikan peluang untuk menemui hubungan. Seelok-eloknya, guru memberi perhatian kepada penemuan kendiri dalam kalangan murid-murid agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. Untuk itu, amat mustahak bagi kita, sebagai guru untuk membekalkan mereka dengan maklumat releven.

Kedua, guru seharusnya berperanan sebagai sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas guru ialah untuk mengatur maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep batu dengan konsep yang telah mereka pelajari dan ketahui. Antara sumber-sumber pengajaran yang biasa digunakan termasuk gambar, tajuk cerita, klip video, dan sebagainya.

Ketiga, guru perlu sedar bahawa ada muridmurid yangmungkin berada pada mod pembeljaran yang berbeza, sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Bagi memenuhui kehendak kumpulan murid yang berlainan, guru mungkin boleh mengadakan satu perbincangan (mod simbolik) berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada eksperimen yang dilakukan (mod ikonik).

Keempat, murid-murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembeljaran, aktiviti dan alatan yang berpadan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai contoh, katakan anda ingin mengajar mengenai gunung berapi. Murid-murid boleh diminta untuk membina model gunung berapi (enaktif); menonton filem atau video mengenai gunung berapi (ikonik); atau diminta untuk membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai gunung berapi, kemudian berbincang dapatan sesama mereka.

Teori Pembelajaran Konstruktivis


Satu falsafah pembelajaran yang berasaskan premis bahawa lanjutan daripada refleksi pengalaman, kita berupaya untuk membina makna tentang dunia kita. Dengan kata lain, kita boleh menjana model mental masing-masing untuk memahami dunia di mana kita berada. Justeru, pembelajaran adalah satu proses di mana kita akan mengubahsuaikan model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru yang ditimba.

Pelopor Teori Pembelajaran Konstruktivis Kognitif: Jean Piaget


Seorang ahli biologi dan ahli psikologi yang terkenal kerana sumbangan beliau dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Teori Piaget berasaskan kepada premis bahawa kanak-kanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep bertujuan untuk memahami serta memberi respon terhadap pengalaman fizikal dalam persekitaran mereka.

Menurut Piaget, struktur kognitif kanak-kanak semakin bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang mereka lalui. Misalnya, kanak-kanak akan beralih daripada gerakbalas refleks semulajadi seperti menangis dan menghisap jari kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berjalan, melompat dan sebagainya.

Prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivis


I. II. Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu. Peringkat yang dilalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut

Jean Piaget berpendapat bahawa tingkah laku kita dikawal oleh struktur mental yang dipanggil skema. Mengikut kebiasaan, kita menggunakn skema untuk mewakili dunia serta mengambil tindakan ke atas sesuatu perkara.

Adaptasi tersebut sebenarnya dikawal oleh satu desakan biologi yang membolehkan kita mengimbangkan skema dengan persekitaran. Keseimbangan ini dikenali sebagai ekuilibrasi. Sepertimana yang tadi maklum, bayi dilahirkan dengan skema yang bersifat refleksif seperti menghisap, menggenggam dan sebagainya. Namun, sambil bayi membesar, mereka akan menggunkan refleks ini untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Lama-kelamaan, refleks tersebut diganti dengan skema yang dipelajari.

2 proses untuk membuat adaptasi dengan persekitaran kita.

Asimilasi

Akomodasi

Asimilasi
Satu proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif sedia ada kita. Proses ini berlaku sepanjang masa disebabkan kita sering memproses pelbagai perubahan kuantitatif kerana tidak terhasil skema baru, dan hanya skema sahaja digunakan. Misalnya, skema menghisap botol susu besar oleh seorang bayi yang biasa menghisap susu daripada botol susu biasa.

Akomodasi
Menurut kebiasaan, kita akan wujudkan skema baru untuk menempatkan sedia ada agar boleh muatkan maklumat atau pengalaman baru. Misalnya, bayi mengubahsuaikan skema menghisap botol susu apabila dia menghisap jus oren dengan menggunakan straw minuman. Amat penting untuk kita ketahui bahawa semakin skema bertambah kompleks, semakin ia berubah untuk menjadi struktur kognitif. Struktur kognitif yang kompleks biasanya akan disusun mengikut hierarki (iaitu, daripada umum kepada khusus).

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif


I. Peringkat Sensorimotor (Sejak lahir -2 tahun) Secara semulajadi, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan kebolehan motor masing-masing untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka.Oleh itu, jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.

II. Peringkat Pra Operasional (2-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak yang kini berada di prasekolah akan menggunkan simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar. Misalnya, sekiranya guru prasekolah menunjukkan gambar sebuah epal yang dilukis oleh beliau, kank-kank tersebut biasanya akan faham simbol yang mewakili epal sebenar walaupun tidak ditunjukkan. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai konsep pengabadian (idea tentang satu kuantiti adalah sama walaupun telah berubah dari segi rupa).

III. Peringkat Operasional Konkrit (7 11 tahun) Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik. Mereka berupaya untuk menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walupun objek diubah kedudukan atau disusun semula, mere faham bahawa tiada perubahan berlaku. Mereka boleh faham konsep pembalikan. Misalnya, kanak-kanak boleh selesaikan operasi berikut: 4 + 6 = 10 10 - 6 = 4

IV. Peringkat Operasional Formal (11 tahun ke atas) Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Pelopor Teori Pembelajaran Konstruktivis Sosial: Lev Vygotsky


Menurut Vygotsky, pemikiran, bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial. Berbanding dengan Piaget yang percaya bahawa proses kognitif kank-kanak adalah mengikut peringkat, Vygotsky mengesyorkan bahawa kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan.

Vygotsky dan Konstruktivis Sosial


Teori ini berpendapat bahawa murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Oleh itu, sebagai guru, kita perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada. Dengan kata lain, mereka diberikan peluang berinteraksi dengan maklumat yang disampaikan bertujuan membuat unterpretasi masing-masing.

Memandangkan setiap murid berbeza dari segi latar belakang, budaya, kebolehan, minat, dan sebagainya, maka sudah pasti pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka juga akan berbeza antara satu sama lain. Justeru, amat penting bagi kita memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid kita.

Zon perkembangan proximal


I. Tahap perkembangan sebenar II. Tahap perkembangan berpotensi

ZPD merujuk kepada jarak anatara tahap perkembangan sebenar (yang ditentukan oleh kebolehan menyelesaikan masalah secara individu) dan tahap perkembangan berpotensi (yang ditentukan oleh proses menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang dewasa yang lain ataupun rakan sebaya yang lebih berkebolehan.) Sebagai penjelasan lanjut, boleh dikatakan bahawa rakan sebaya yang lebih berilmu akan berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan untuk merapatkan jurang antara apa yang ada ketahui dan apa yang belum atau tidak ketahui.

Apabila ilmu murid tadi meningkat, sudah berlaku perubahan dari segi ZPD di mana tahap perkembangan sebenar telah bertambah menjadi luas atau mendalam. Pendek kata, ZPD murid-murid sering berubah dan tidak bersifat statik. Bagi menggalakkan berlakunya pembelajaran dalam mereka, kita perlu menyediakan apa yang dipanggul sebagai perancah(scaffolding). Menurut kebiasaan semasa proses pembinaan bangunan tinggi, perancah digunakan untuk memberi sokongan kepada pekerja-pekerja yang sedang bekerja di satu-satu tapak pembinaan. Kerangka yang dibina daripada kayu-kayu akan membantu mereka bertapak sambil mereka mencapai ke tahap yang semakin tinggi.

Konsep yang sama boleh aplikasikan dalam bilik darjah di mana perancah digunakan sebagai satu metafor. Perancah merujuk kepada bimbingan yang diberikan oleh seorang dewasa (misalnya, guru) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif. Sehubungan itu, amat penting untuk guru ketahui bahawa dalam berperanan sebagai perancah, guru hanya akan memberi sokongan minuman yang penting sahaja bagi membolehkan murid guru berjaya. Pendek kata, guru memberi bimbingan atau bantuan tanpa mengenepikan kehendak murid-murid untuk berkembang.

Cabaran bagi guru ialah mencari imbangan yang optimum antara memberi sokongan dan memberi peluang murid-murid guru untuk bertindak secara berdikari. Apabila guru mendapati bahawa mereka sudah boleh menguasai kemahiran bagi satu-satu tajuk pengajaran, guru boleh mula hilang diri. Oleh itu, amat penting agar guru berada satu langkah depan murid-murid guru dan senantiasa mencabar mereka agar berusaha untuk mencapai ke tahap kebolehan yang melebihi tahap pada masa kini. Selain itu, harus juga bahawa jjuka pengajaran berlaku di luar zon(sama ada atas atau bawah ZPD murid berkenaan), besar kemungkinan tiada pertumbuhan akan berlaku.

Garis panduan untuk membantu guru melaksanakan peranan sebagai perancah kepada murid-murid dalam bilik darjah

Sedar tentang pelbagai peranan guru dan jenis murid-murid yang ada dalam kelas seoanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah hendaklah disusun untuk kerja kumpulan agar murid-murid boleh berkolaborasi sesama mereka dan bertindak sebagai pengajar kepada rakan sebaya mereka demi penguasaan kemahiran yang dikehendaki.

Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Dalam Bilik Darjah


Terdapat beberapa model pengajaran berasaskan konstruktivis yang boleh dijadikan rujukan guru. Antara model tersebut ialah Model pengajaran 5 E yang telah dipelopori oleh Roger Bybee. Model ini mengandungi lima tahap.

Model Pengajaran 5 E
Tahap Penglibatan (Engagement) Penerokaan (Exploration) Huraian Guru berpeluang untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid-murid. Murid-murid dibekalkan dengan satu set pengalaman yang sama dan meluas. Oleh yang demikian, mereka dapat membuat perbandingan antara apa yang sedang fikirkan dengan yang diperhatikan.

Tahap
Keterangan (Explanation)

Huraian
Murid-murid diberikan peluang untuk mengaitkan pengalaman lalu masing-masing serta mengkonseptualisasi idea utama yang terkandung dalam unit pengajaran tersebut. Murid-murid mengaplikasi atau lanjutkan konsep terhadap situasi baru, disamping mengaitkan pengalaman lalu dengan yang baru.

Huraian (Extension)

Penilaian (Evaluation)

Guru menilai kefahaman konseptual murid-murid serta kebolehan mereka untuk menggunakan kemahiran bermula pada tahap pertama dan berterusan merentasi keseluruhan model.

Implikasi teori Pembeljaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Pertama, proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dianggap sebagi penyampaian ilmu semata-mata, iaitu daripada tidak diketahui kepada diketahui. Tetapi, guru-guru cenderung kepada teori konstruktivis harus berperanan sebagai pembimbing di sisi murid-murid, dan bukannya pakar yang berada di depan bilik darjah. Sebagai pembimbing, guru hendaklah memberi murid-murid peluang untuk menguji kefahan=man masing-masing terhadap apa yang telah mereka pelajari.

Kedua, pembelajaran hendaklah berasaskan pengetahuan lalu murid-murid. Oleh itu, amat penting bagi guru mengenalpasti pengetahuan lalu murid-murid yang mereka ajar, seterusnya, membantu mereka mengurangkan jurang antara pengetahuan ini dengan pengetahuan baru. Dalam hal ini, guru harus ingat bahawa muridmurid berbeza antara satu sama lain dari segi tahap kebolehan kognitif, minat, kecergasan, dan sebagainya Oleh itu, guru perlu merancang pelbagai pengalaman pembelajaran selaras dengan kebolehan mmurid-murid.

Ketiga, dalam usaha membantu murid-murid memperoleh pengetahuan baru, guru boleh menggunkan strategi yang berfokus kepada aktiviti-aktiviti secara hands-on. Sebagai alternatif, guru boleh menggalakkan perbincangan kumpulan di mana interaksi sosial antara ahli-ahli kumpulan akan membantu mereka mengenalpasti tahap kefahaman masing-masing mengenai pengetahuan baru.

Guru juga boleh merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka yang mendorong murid-murid untuk menganalisasi, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima. Dengan itu, mereka juga akan lebih berupaya membuat perkaitan antara fakta-fakta yang sedang diajar oleh guru.

Kesimpulannya..
Berdasarkan perbincangan di atas, maka agak jelas bahawa kedua-dua teori pembelajaran kognitif dan teori pembelajaran konstruktivis mempunyai prinsip-prinsip yang berbeza selaras dengan andaian masing-masing. Guru mempunyai kebebasan untuk memilih sejauh manakah konsep-konsep berkaitan dengan setiap teori pembelajaran tersebut sesuai diaplikasi dalam bilik darjah dengan mengambil kira aspek perbezaan murid-murid yang mereka ajar.

Terima kasih.. >//<

You might also like