You are on page 1of 26

EDUP3033

Minggu 3
Topik 5: Teori-Teori Pembelajaran
Kandungan:
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Konstruktivis
Implikasi teori-teori Pembelajaran

Pensyarah: Dr. Noor Haslinda Haji Shuib


Disediakan oleh:
Everild Lau Xin Yi
Chan Yi Jing
Teori Pembelajaran Kognitif
Pembelajaran ialah
perubahan proses mental
Eggen & Kauchak, 2008 yang berlaku secara aktif.
Prinsip-prinsip Teori Pembelajaran Kognitif
- Otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya
- Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu
-Murid membina pengetahuan (aktiviti yang memberikan makna kepada pengalaman)
-Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada murid
-Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai.
-Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.
Teori Pembelajaran Kognitif – Wolfgang
Kohler
• Teori Pengamatan (Hasilan Kumpulan Gestalt) – cara manusia melihat dunia
(Pengamatan dapat menyempurnakan bentuk yang dilihat)
• Teori Pengamatan – pembelajaran berlaku secara keseluruhan – bahagian -
keseluruhan
Teori Pembelajaran Kognitif – Wolfgang
Kohler
• Teori Celik Akal Kohler: keupayaan menyelesaikan masalah apabila
organisma dapat melihat perkaitan antara rangsangan yang ada dalam
persekitaran
Ciri-ciri pembelajaran celik akal:
- Peralihan antara situasi pra-penyelesaian kepada penyelesaian masalah
adalah cepat dan sempurna
- Penyelesaian masalah biasanya lancar dan tiada kesilapan
- Buat dalam satu jangka masa yang lama (penyusunan struktur pemikiran)
- Prinsip atau formula yang terhasil mudah diaplikasikan kepada masalah lain
Teori Pembelajaran Kognitif – Wolfgang
Kohler
Implikasi:
- Guru hendak menyediakan rangsangan yang berkaitan dan membimbing
murid menghubungkait dengan unsur persekitaran
- Menyusun dan menyampaikan isi pelajaran secara berturutan
- Menggalakkan murid menggunakan celik akal dalam penyelesaian masalah
Teori Pembelajaran Kognitif – Jean Piaget
• Kajian berkaitan dengan kanak-kanak semata-mata dan fokus kepada perkembangan
bukan pembelajaran
• Perkembangan kognitif melibatkan pengurusan proses mental secara progresif hasil
kematangan biologi dan pengalaman dalam persekitaran
• 3 komponen asas
- Skema – asas pembangunan atau pembinaan kecerdasan minda – pembentukan dan
pengurusan pengetahuan
- Asimilasi – memasukkan informasi-informasi baru dan menggabungkan ke struktur
kognitif yang sedia ada
- Akomodasi – mengubah struktur kognitif seseorang agar sesuai dengan maklumat baru
Teori Pembelajaran Kognitif – Jean Piaget
• 4 fasa perkembangan kognitif
1. Sensorimotor (0-2) – bertindak balas terhadap rangsangan deria, baru
memahami konsep sebab akibat
2. Praoperasi (2-7) – bertutur dengan penguasaan Bahasa yang lebih baik
3. Operasi konkrit (7-11) – dapat memahami konsep dengan bantuan bahan
konkrit
4. Operasi formal (11-15) – dapat berfikir secara abstrak dan mendalam
Hierarki Pembelajaran Robert Gagne
(1916-2002)
• Menganjurkan tugas pembelajaran bagi kemahiran intelektual disusun dalam
bentuk hierarki
• Menurut Gagne, pemeringatan pembelajaran penting bagi membantu
pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian
pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada peringkat yang
lebih kompleks.
Hierarki Pembelajaran Robert Gagne
(1916-2002)
1. Pembelajaran Isyarat - melibatkan rangsangan yang selalu dihadapi dan terdapat dalam
persekitaran
2. Pembelajaran Gerak Balas – gerak balas yang diterima sebagai hasil sesuatu tingkah laku
3. Pembelajaran rangkaian motor – pembelajaran erlaku melalui proses pemerhatian (belajar)
dan peniruan (mengikut aksi) dan melibatkan kemahiran
4. Pembelajaran Bahasa – pembelajaran secara konkrit yang seterusnya berkembang
5. Pembelajaran diskriminasi – melibatkan perhatian dan keupayaan melihat ciri-ciri persamaan
dan perbezaan berdasarkan perkaitan antara pelbagai perkara, perbezaan dan perbandingan
6. Pembelajaran konsep – penentuan konsep sama ada secara deduktif atau induktif
7. Pembelajaran prinsip – memerlukan individu mengaplikasikan konsep yang telah dikuasai
bagi membentuk hukum dan prinsip
8. Pembelajaran penyelesaian masalah - proses mental aras tinggi yang memerlukan
keupayaan aplikasi pembelajaran sebelumnya
Hierarki Pembelajaran Robert Gagne
(1916-2002)
Langkah Penyampaian Pengajaran Gagne
1. Tarik perhatian murid
2. Maklumkan objektif pembelajaran kepada murid
3. Cungkil dan kaitan pengetahuan sedia ada pelajar
4. Sampaikan isi pengajaran
5. Beri panduan pembelajaran pelajar
6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar
7. Beri maklum balas
8. Taksir perlakuan pembelajaran murid
9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner
(1915-2016)
• Pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian, berbentuk induktif
3 kategori (pembelajaran ikut susunan)
1. Enaktif (berasaskan perlakuan)
2. Ikonik (berasaskan imejan)
3. Simbolik (berasaskan bahasa)
Langkah-langkah pembelajaran (secara induktif):
4. Sediakan data positif
5. Sediakan data negatif
6. Buat perbandingan antara data
7. Buat pengelompokan atau kategori berdasarkan persamaan
8. Buat rumusan
9. Bina definisi konsep
10. Kukuhkan dengan contoh tambahan
Implikasi Teori Pembelajaran Penemuan
Jerome Bruner
• Guru menyediakan situasi masalah yang dapat merangsang pelajar supaya
membuat pembelajaran penemuan
• Gunakan contoh spesifik supaya pelajar dapat membentuk prinsip yang umum
• Guru sediakan contoh berkaitan dan tidak berkaitan untuk membolehkan murid
membuat perbandingan
• Guru menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar
memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep
• Guru akan memberi definisi betul setelah pelajar memberikan jawapan
• Dalam konsep ini, pelajar akan membentuk pemahaman sendiri dengan bantuan
dan bimbingan guru mengikut 3 kategori tersebut dalam penyelesaian masalah
Teori Pembelajaran Penerimaan David
Ausubel
(1918-2008)
Seorang ahli psikologi kognitif yang banyak mengkaji tentang teori pembelajaran
khususnya mengenai advance organizers (satu kaedah deduktif yang digunakan
sebelum mengajar satu topik baru- memudahkan pemahaman dan peringatan
kembali pembelajaran)

Jenis advance organizers


- Pengurusan Awal Perbandingan / Komparatif – merujuk kepada perkaitan
maklumat baru dengan maklumat sedia ada
- Pengurusan Awal Ekspositori – maklumat umum diberi dulu sebelum mengajar
Teori Pembelajaran Penerimaan David
Ausubel
(1918-2008)
Sumbangan: Pembelajaran Bermakna- maklumat baharu hendaklah berkait
dengan maklumat yang lebih umum yang sedia ada dalam struktur kognitif

2 jenis subsumsi
- Subsumsi deriatif – pembinaan konsep baharu yang terbit daripada konsep
umum sedia ada (mudah dikuasai oleh murid)
- Subsumsi korelatif – pembinaan konsep, idea atau maklumat baharu yang
ada hubung kait dengan konsep/ idea/ maklumat umum yang sedia ada
Implikasi Teori Penerimaan Ausubel
Sebelum mengajar,
mempersembahkan
maklumat umum
berkenaan topik Gunakan:
tersebut. • alat bantu mengajar (ABM)
• bahan-bahan penyampaian yang
berkaitan
• menyediakan maklumat yang sesuai
untuk murid-muird Akhirnya, membuat
• membantu murid-murid untuk membuat rumusan pada akhir
perbandingan antara maklumat baharu pembelajaran topik
dan maklumat sedia ada. tersebut.
TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVIS

TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
PSIKOLOGI/INDIVIDU/ SOSIAL LEV VYGOTSKY
KOGNITIF JEAN PIAGET
APAKAH ITU KONSTRUKTIVISME?

 Melihat murid sebagai pembina pengetahuan


→ Membina pengetahuan sendiri berasaskan premis
pengetahuan/pengalaman
sedia ada kepada yang baharu, bukannya menerima pengetahuan
yang
disampaikan secara bulat-bulat.

 Penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan


mengorganisasi pengetahuan
TEORI KONSTRUKTIVISME PSIKOLOGI/INDIVIDU/
KOGNITIF JEAN PIAGET (1896 - 1980)

 Keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.

 Proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan


pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.
 Skema → Struktur asas dalam organisasi mental
→ Pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku
 Maklumat baharu diserap masuk / disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses
adaptasi.
 Adaptasi → Proses menyesuaikan dan menerima maklumat baharu dalam struktur
kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema
dengan persekitaran (equilibration)
DAPTA SI
PROS ES A
Skema Premis sedia ada

Adaptasi Proses penyesuaian

Maklumat baharu Skema diubah suai sebelum


maklumat baharu yang
serupa skema Asimilasi Akomodasi berbeza dengan skema
diserap masuk diserap masuk

Ketidakseimbangan
Ketidakseimbangan Berlaku ganggu-gugat
(Disequilibrium)
(Disequilibrium) dalam struktur kognitif

Maklumat baharu diserap Ekuilibrasi


Ekuilibrasi
ke dalam struktur kognitif (Equilibration)
(Equilibration)
TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL LEV
VYGOTSKY (1896 - 1935)

 Perkembangan konsep kanak-kanak berlaku secara sistematik, logikal serta


rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain.
 Konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran.
 Pembelajaran manusia dalam konteks sosial
→ Individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baharu

 Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada murid untuk menilai
dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada
pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman (Gauvain, 2001).
Pandangan Konstruktivisme Sosial:

1. Murid merupakan individu unik yang mempunyai latar belakang dan keperluan yang berbeza.

2. Latar belakang murid, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu
murid.

3. Murid bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan atau pembelajaran sendiri.

4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.

5. Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator pembelajaran.

6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif.

7. Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan murid penting dalam memastikan pembelajaran berlaku.

8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan murid mengalami pembelajaran yang bermakna.
ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT / Zone of Proximal Development (ZPD)

- Tiada kaitan dengan skema dan terlalu sukar


- Tidak dapat dikuasai walaupun dengan bimbingan orang lain
LUAR ZON - Tidak berlaku pembelajaran
Zon atas

- Isi pelajaran berkaitan dengan skema


ZON - Dapat melakukan aktiviti pembelajaran
PERKEMBANGAN dengan bimbingan dan bantuan orang
lain (guru/rakan mahir)
TERDEKAT (ZPD) - Berlaku proses pembelajaran

Zon bawah
- Isi pelajaran berasaskan skema / pengetahuan sedia ada
LUAR ZON
- Sudah menguasai dan boleh dilakukan sendiri
- Tidak berlaku pembelajaran
PRINSIP-PRINSIP
KONSTRUKTIVISME
1. Menekankan prinsip 4. Pembelajaran berlaku melalui interaksi
pembelajaran berpusatkan murid. dengan orang lain.
– Interaksi sosial membantu dan menyokong
2. Murid bertanggungjawab pembelajaran.
terhadap pembelajaran sendiri. – Guru dan rakan murid berperanan sebagai
– Membina pengetahuan yang fasilitator pembelajaran.
bermakna kepada mereka. – Interaksi dan pengaruh sosial membawa kepada
pemikiran aras tinggi.
3. Pembelajaran berlaku melalui – Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan
interaksi dengan orang lain. dibimbing melalui proses scaffolding.
– Bergantung pada pemahaman atau
5. Pembelajaran bermakna berlaku dalam
pengetahuan sedia ada.
konteks tugasan berasaskan alam nyata.
– Bermula dengan premis atau
pengetahuan sedia ada sehingga 6. Persekitaran pembelajaran yang kompleks
tercapai pemahaman baharu. dan tugasan autentik membantu aplikasi dan
pembinaan pengetahuan yang baharu
IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVIS
KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)
1. Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil
kira keupayaan murid.
2. Guru hendaklah mengenal pasti ZPD murid melalui penyediaan beberapa aktiviti yang
berkaitan.
3. Gunakan ZPD murid untuk memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
4. Pilih murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid yang belum menguasai.
5. Galakkan murid menggunakan private speech dan think aloud semasa berfikir dan
menyelesaikan masalah.
6. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu
murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu.
7. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.
– Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar,
simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan.

8. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid.
– Sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan.

9. Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi
yang berkualiti.
– Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, murid dapat berkongsi idea, mendapat
pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran.
– Kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakan sebayanya yang membimbing.

10. Pembelajaran dalam bentuk tugasan hands on minds on, experiential learning, first hand
experience, lawatan, kajian lapangan (field study), study group, peer tutoring memberi
kesan yang efektif dalam pembinaan pemahaman baru individu murid.
~Sekian, terima kasih~

You might also like