You are on page 1of 24

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER 11

JANUARY 2017

HBMT3403_V2

TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART II/

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH BAHAGIAN II

JANUARY 2017 SEMESTER

BACHELOR OF TEACHING(PRIMARY EDUCATION)

HONOURS

NAME:OTHMAN BIN MOHD TERMIZI

MATRIC NUMBER :800810085209001

NRIC :800810085209

TELEPHONE NUMBER :012-4359582

E-MAIL ADRESS :titobundle@yahoo.com

TUTORS NAME :KUMARAVEL SUBRAMANIAM

LEARNING CENTRE :OUM, RECSAM PULAU PINANG

SEMESTER JANUARY 2017

1
ISI KANDUNGAN.

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 1.0 PENGENALAN 3-4
1.1 Maksud Deduksi 4
1.2 Maksud Induksi 4-5
2 2.0 ARTIKEL YANG MENGGUNAKAN
PENDEKATAN INDUKSI DAN DEDUKSI
2.1 Artikel 1 6
2.2 Artikel 2 7
2.3 Artikel 3 9
3 3.0 PERBANDINGAN PENDEKATAN KAEDAH 9-13
INDUKSI DAN DEDUKSI
4 4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 13-15
MELAKSANAKAN PENDEKATAN INDUKSI
DAN DEDUKSI DI SEKOLAH
5 5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 15-23
6 6.0 KESIMPULAN 24
7 7.0 RUJUKAN 24

2
1.0 PENGENALAN.

Pembelajaran adalah merupakan aktiviti yang dapat mengembangkan lagi potensi yang
ada pada setiap individu. Komponen yang terdapat dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah guru dan juga pelajar. Guru merupakan seseorang yang mempunyai
pengetahuan, berketerampilan dan bersikap profesional dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada para pelajarnya.

Menurut (Mok Soon Sang, 2001), kaedah induktif merupakan kaedah mengajar yang
sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran. Antaranya, mata pelajaran
Matematik, Sains dan Bahasa. Pengajaran berdasarkan kaedah induksi adalah satu pendekatan
pengajaran melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti
mengumpul dan mentafsir maklumat, seterusnya membuat generalisasi atau kesimpulan
(Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai pelajar
membuat kesimpulan hanya setelah maklumat dapat di organisasi dengan sempurna. Taba
adalah lebih dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif.
Beliau menyatakan bahawa dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu
menyelesaikan pelbagai masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses
kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba,
1962). Pengajaran gaya pemikiran deduksi adalah satu pendekatan mengajar yang
berasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep yang telah diberikan terlebih dahulu.
Konsep deduksi boleh diertikan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada
sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Ia juga menggunakan
proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduksi merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek matter,
pendekatan deduksi melibatkan pelajar mempelajari peraturan atau diberi maklumat tertentu
sebelum mereka diminta melakukan analisis bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini
menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai
dan juga sebaliknya. Mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan
pelajar yang pelbagai latar belakang. Pendekatan Induksi memberi peluang kepada pelajar
membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan
contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan

3
Induktif ini juga tidak digalakan memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan
ianya lebih mengutamakan mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh
serta kesimpulan diberikan kemudian.

Sebelum perbincangan lebih lanjut, terlebih dahulu kita pelu mengetahui maksud dan
konsep bagi induksi dan deduksi secara ringkas iaitu :-

1.1 Maksud Deduksi.

Deduksi pula bermaksud sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas
contoh-contoh yang telah dikhususkan. Pendekatan ini digunakan untuk mendapatkan
kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang
diketahui. Kaedah deduksi merupakan kaedah mengajar yang kompleks. Dalam konsep
pengajaran deduksi, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Pelajar harus
dibimbing mengingati kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan. Pendekatan deduksi dapat
disimpulkan sebagai satu proses pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.

Konsep Deduksi:-
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.
2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.
3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.
4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

1.2 Maksud Induksi.

Adalah penggunaan kuasa minda dengan memerhati peristiwa tertentu bagi


menghasilkan sesuatu kesimpulan. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi menurut (J.M Kierzek dan W.Gibson, 1960).
Ini melibatkan satu proses pertimbangan yang tinggi kerana melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, generalisasi dan kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti
Hajar Abdul Aziz, 2004). Konsep induksi lebih tertumpu kepada mempelajari sesuatu

4
berdasarkan sesuatu hukum. Ia juga melibatkan proses produksi fakta untuk membuktikan
satu pernyataan umum dan boleh disimpulkan sebagai membuat satu penghuraian daripada
khusus kepada umum.

Konsep Induksi ialah:-


1) Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum
2) Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3) Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.
4) Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5) Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.
6) Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.
7) Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan
pengetahuan.
8) Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu
kemahiran.
9) Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
10) Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.
11) Menekankan penglibtan murid secara aktif.
12) Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
13) Banyak menekankan aspek lisan.

5
2.0 Artikel Yang Menggunakan Pendekatan Induksi Dan Deduksi.

2.1 Artikel 1.

Detailed Lesson Plan Of Similar Triangle- Menggunakan Pendekatan Induksi

Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan induksi untuk mengajar subtopik
Similar Triangle.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran,

i) Pelajar dapat menyelidik ciri-ciri bagi sebuah segitiga sama sisi atau kaki dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar mengenai konsep nisbah dan kadaran.
ii) Pelajar dapat mengaplikasikan konsep segitiga sama dalam mengira jarak atau
tinggi bagi objek-objek di sekeliling seperti tiang bendera, pokok, bangunan dan
sebagainya.
iii) Para pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pasangan segitiga
menggunakan konsep nisbah dan kadaran.

Prosedur Dan Pendekatan Yang Digunakan.

i) Guru memulakan pengajaran dengan bertanyakan pelajar objek yang mereka boleh
lihat di sekeliling. Para pelajar akan menyebut apa sahaja objek yang boleh lihat
seperti tiang bendera, pokok, bangunan dan sebagainya.
ii) Guru seterusnya menanyakan beberapa soalan bagaimana menyukat tinggi pokok
tanpa memanjatnya. Guru menunggu jawapan dari pelajar.
iii) Guru menayangkan satu video pendek yang berkaitan dan seterusnya bertanya
kepada pelajar bagaimana seseorang menentukan ukuran tinggi pokok tanpa
memanjat pokok itu. Kebanyakan pelajar memberi bermacam-macam jawapan
berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja. Guru mendengar semua jawapan pelajar
dan menunggu sehingga jawapan perkaitan konsep yang sesuai digunakan itu
disebut oleh pelajar. Setelah seorang pelajar menyebut konsep nisbah dan kadar,

6
guru memuji pelajar itu dan membimbing pelajar membuat kesimpulan iaitu
tayangan video yang dilihat itu merupakan aplikasi bagi konsep nisbah dan kadar.
iv) Dalam sesi perkembangan, guru akan memberikan 2 contoh segitiga dan meminta
pelajar membuat pemerhatian. Dalam sesi ini, guru ingin pelajar dapat melihat
hubungan antara dua segitiga itu dan dapat memerhati bahawa sisi bagi segitiga
yang besar adalah adalah dua kali sisi yang sepadan bagi segitiga yang kecil.
v) Seterusnya guru bersama-sama pelajar berbincang dalam menyelesaikan dua
soalan yang berkaitan dengan pengaplikasian pengetahuan konsep yang dijana
oleh pelajar sebentar tadi. Soalan kedua lebih kepada pengaplikasian konsep pada
susunan objek yang berbentuk segitiga.
vi) Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk menguji kefahaman
konsep.

2.2 Artikel 2

Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent- Menggunakan Pendekatan


Deduksi

Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan deduksi untuk mengajar subtopik
Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran,

i) Pelajar dapat mengenalpasti hukum pendaraban bagi kuasa yang mempunyai


sebutan yang sama
ii) Pelajar dapat memudahkan kuasa yang mempunyai asas dan sebutan yang sama
iii) Pelajar dapat mengaplikasi konsep hukum kuasa untuk kuasa integer

Prosedur Dan Pendekatan

i) Guru memulakan pengajaran dengan meminta pelajar untuk membentuk kumpulan


yang mempunyai lima orang ahli dan dalam kumpulan pelajar diminta membuat
bulatan

7
ii) Guru seterusnya memberi arahan bagi aktiviti yang akan dijalankan dan setiap
kumpulan diminta untuk mengambil bahan bantu mengajar iaitu cip dari guru.
Cip-cip itu mempunyai dua warna iaitu kuning dan hijau. Dalam arahan itu,
apabila guru memberi dua nombor contohnya nombor 4 dan 5, pelajar diminta
untuk menyusun cip kepada 4 baris dan 5 kumpulan. Ini bermaksud nombor yang
pertama merujuk kepada bilangan baris manakala nombor yang kedua merujuk
kepada bilangan kumpulan. Cip yang berwarna kuning mewakili nombor genap
manakala cip berwarna hijau mewakili nombor ganjil. Sekiranya hasil tambah
kedua-dua nombor yang diberi adalah nombor genap, maka pelajar diminta
memilih cip yang berwarna kuning dan apabila hasil tambah kedua-dua nombor
adalah nombor ganjil maka pelajar diminta untuk memilih warna hijau. Aktiviti ini
bertujuan untuk mengukuhkan konsep nombor asas dan kuasa.
iii) Aktiviti yang dijalankan itu mengambil masa selama 10 minit. Selepas selesai
menjalankan aktiviti, guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tadi.
iv) Dalam sesi seterusnya, guru meminta pelajar untuk memberitahu konsep yang
dipelajari dalam kelas sebelum ini dan pelajar menjawab bahawa konsep pelajaran
sebelum ini berkaitan dengan asas dan kuasa. Kemudian guru memberi soalan-
soalan spontan yang mudah berkaitan dangan asas dan kuasa dan dijawab secara
spontan oleh pelajar. Tujuan guru bertanya mengenai konsep pelajaran sebelum ini
adalah untuk dikaitkan dengan pelajaran hari ini mengenai hukum pendaraban bagi
kuasa yang mempunyai sebutan yang sama.
v) Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan pelajaran hari ini seterusnya
membuat kesimpulan konsep iaitu hasil darab bagi hukum kuasa adalah apabila
mendarab dua nombor kuasa yang mempunyai asas yang sama, kuasnya mestilah
ditambah.
vi) Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk mengukuhkan
kefahaman konsep.

8
2.3 Artikel 3.

http://mewahilmu.blogspot.my/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.html-Kaedah deduktif
dan induktif.

Artikel ini lebih menekankan kepada maksud kaedah tersebut dan membincangkan kelebihan
dan kelemahan penggunaannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Perbandingan Pendekatan Kaedah Pengajaran Induksi dan Deduksi Serta Implikasi
Pendekatan terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Menengah Atas.

Berikut adalah beberapa perbezaan pendekatan yang dapat dilihat selepas meneliti
artikel-artikel yang dipilih.Perbandingan lebih tertumpu kepada artikel 1 dan 2 sahaja.

a) i) Dalam Artikel 1 lebih menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran


secara induksi. Kaedah ini dapat memberi pengetahuan baru kepada para pelajar. Guru
memberikan beberapa contoh ataupun situasi dan pelajar berusaha untuk mendapatkan
kesimpulan atau prinsip. Contohnya, pelajar dapat membuat kesimpulan dengan
meneliti contoh-contoh ataupun situasi yang diberikan oleh guru dan menjana konsep
yang akan dipelajari (Nisbah dan Kadar).

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas adalah dapat melatih pelajar supaya berfikiran secara kritis agar lebih
memahami konsep daripada menghafal rumus sahaja.

ii) Dalam Artikel 2, mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara


deduksi. Kaedah ini menyebabkan, pelajar tidak memperolehi pengetahuan yang baru.
Guru menerangkan konsep secara terus dan pelajar cuma menggunakan konsep yang
diberikan oleh guru. Contohnya, guru menerangkan bahawa hukum pendaraban
nombor kuasa adalah sekiranya asas bagi dua nombor yang didarab itu sama, maka
kuasa kedua-dua nombor itu boleh ditambah.

9
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah pelajar tidak dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan lebih
cenderung kepada menghafal rumus daripada memahami konsep yang baru.

b) i) Dalam Artikel 1, guru bertindak menjana pemikiran pelajar melalui contoh-


contoh dan teknik soalan yang berkesan ke arah pembinaan konsep pelajaran. Pelajar
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Contohnya, semua pelajar
berpeluang untuk memberikan idea dan jawapan kepada pertanyaan yang guru ajukan.

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas adalah dapat meningkatkan minat dan penglibatan semua pelajar dalam
aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dengan menggunakan
kaedah ini tidak membosankan pelajar. Pelajar lebih yakin daripada konsep yang
mereka bina sendiri.

ii) Dalam Artikel 2, guru bertindak memberi penerangan konsep dan pelajar
memberi perhatian bagaimana pengaplikasian konsep yang diberikan. Dalam kaedah
ini, aktiviti pembelajaran lebih berpusatkan guru dan pelajar tidak terlibat secara aktif.
Contohnya, pelajar hanya melihat dan cuba memahami bagaimana penyelesaian bagi
contoh-contoh soalan yang diberikan menggunakan konsep yang diterangkan oleh
guru.

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas adalah pelajar tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran dan pelajar cenderung untuk merasa bosan untuk belajar. Kebanyakan
pelajar tidak berminat untuk menghafal rumus yang terlalu banyak.

c) i) Dalam Artikel 1, aktiviti PdP mengambil masa yang lama di mana objektif
pembelajaran tidak akan tercapai selagi mana pelajar gagal membentuk konsep
daripada contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, sekiranya pelajar
tidak dapat mengaitkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru dengan konsep
Nisbah dan Kadar, guru perlu memikirkan beberapa lagi contoh berturutan yang
bersesuaian sehingga pelajar dapat membina konsep atau rumusnya sendiri.

10
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah masalah menghabiskan sukatan pelajaran tahunan. Apabila
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama,besar kemungkinan
guru dan pelajar sukar menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru
dan pelajar juga mungkin tidak berpeluang untuk mengulangkaji semua konsep yang
telah dipelajari kerana kekangan masa.

ii) Dalam Artikel 2, aktiviti PdP boleh dilakukan dengan cepat kerana kurang
aktiviti yang dilakukan untuk mencapai objektif. Guru memberi penerangan konsep
secara terus disertai oleh beberapa contoh dan pelajar akan mengaplikasi konsep tadi
dalam menjawab soalan atau latihan-latihan pengukuhan yang akan diberikan oleh
guru kelak. Sebagai contoh, selepas guru menerangkan konsep pendaraban nombor
kuasa yang mempunyai asas yang sama berserta dengan beberapa contoh, pelajar
hanya menggunakan konsep yang diberikan itu untuk menjawab soalan-soalan latihan.

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas adalah menjadi mudah bagi guru dan pelajar untuk menghabiskan
sukatan pelajaran yang ditetapkan. Ini akan memberi peluang kepada guru dan pelajar
untuk mengulangkaji keseluruhan konsep yang dipelajari untuk mengukuhkan lagi
pemahaman pelajar.

d) i) Dalam Artikel 1, aktiviti PdP memerlukan bahan bantu mengajar yang


pelbagai. Proses PdP akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan alat bahan
bantu yang pelbagai dalam menjana pemikiran pelajar, membuat pemerhatian
seterusnya membina konsep. Proses menjana kemahiran berfikir secara kritis dapat
dipermudahkan dengan penggunaan contoh-contoh dan bahan bantu mengajar yang
sesuai dan pelbagai. Sebagai contoh, penggunaan ICT melalui tayangan video sangat
membantu pelajar dalam membuat pemerhatian, mengumpul maklumat dari apa yang
mereka lihat seterusnya membuat generalisasi.

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas dapat meningkatkan kebolehan pelajar membuat pemerhatian,

11
mentafsir maklumat dan membuat analisis. Melalui pendekatan ini juga secara tidak
langsung dapat menjana keupayaan berfikir aras tinggi di kalangan pelajar.

ii) Dalam Artikel 2, aktiviti PdP tidak memerlukan bahan bantu mengajar yang
pelbagai. Ini kerana penerangan konsep secara terus lebih kepada arahan-arahan
ataupun hanya menunjukkan langkah-langkah bagaimana sesuatu konsep digunakan
untuk menyelesaikan masalah, Tugas pelajar hanya memahami penggunaan konsep.
Sebagai contoh, guru pada kebiasaannya menunjukkan contoh-contoh penyelesaian
bagi soalan pada papan putih.

Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik


menengah atas adalah tidak dapat mengembangkan keupayaan pelajar untuk membuat
pemerhatian, mentafsir maklumat dan seterusnya membuat analisis. Keseronokan
suasana PdP juga dikaitkan dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang
digunakan. Pelajar cenderung untuk lebih seronok dan berminat untuk belajar apabila
guru menggunakan alat bahan bantu mengajar yang pelbagai.

Berikut pula adalah beberapa persamaan bagi kedua-dua pendekatan selepas meneliti
artikel-artikel yang dipilih.
a) Kedua-dua kaedah pendekatan memerlukan guru yang aktif, kreatif dan berkebolehan
yang pelbagai untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
b) Kedua-dua kaedah akhirnya menjurus kepada pengaplikasian konsep yang diberi atau
diperolehi untuk menjawab soalan yang diberikan selepas selesai sesuatu aktiviti
pengajaran.
c) Gurun merupakan pemudah cara bagi kedua-dua kaedah tersebut.

12
4.0 Kebaikan dan Keburukan Melaksanakan Pendekatan Induksi
dan Deduksi Di Sekolah.

4.1 Pendekatan Induksi

Kebaikan
a) Dapat mengasah kemahiran berfikir di kalangan pelajar kerana dengan
membina konsep sendiri, hasil daripada penelitian, pengamatan dan
pentafsiran contoh yang diberikan oleh guru akan menjadikan pelajar tersebut
lebih kreatif dan kritis.
b) Dapat melibatkan pelajar secara aktif didalam aktiviti pembelajaran kerana
interaksi dua hala antara pelajar dan guru mampu menghidupkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.
c) Meningkatkan kemahiran lisan para pelajar kerana pendekatan induksi ini
memerlukan perbincangan yang banyak dalam bilik darjah.
d) Pelajar tidak dibebani dengan banyak rumus pada peringkat awal
pembelajaran. Ini mengurangkan kebosanan pelajar terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran mereka.

i) Kelemahan
Pendekatan PdP memerlukan masa yang panjang untuk membimbing pelajar
sehingga menemui konsep yang sebenarnya.
Dalam sebuah kelas yang mempunyai ramai pelajar, penjurusan fikiran ke satu
arah sukar dibuat kerana tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza-beza
di kalangan pelajar.
Ini akan mengganggu masa pengajaran dan memerlukan masa yang lama jika
menggunakan kaedah ini.

13
4.2 Pendekatan Deduksi

Kebaikan
a) Memudahkan tugas guru kerana guru menerangkan konsep asas manakala
pelajar hanya menggunakan konsep yang diberikan itu dalam latihan yang
diberikan.
b) Murid tidak perlu menghafal rumus atau konsep sebab akan diberikan terus
oleh guru semasa pengajaran.
c) Pengajaran dan pembelajaran tidak memerlukan masa yang panjang untuk
dilaksanakan.
d) Pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang memuaskan di kalangan pelajar
kerana tidak berhadapan dengan risiko mendapat hasil yang salah atau tidak
sempurna.

i) Kelemahan
Pendekatan PdP mungkin membosankan kerana pelajar perlu menghafal
rumus-rumus yang diberi.
Tidak dapat menjana kemahiran berfikir secara kritis kerana pelajar tidak
dibebankan untuk membina konsep atau pengetahuan baru.
Penglibatan pelajar kurang aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan
dalam pengajaran dan pembelajaran.Tidak menjamin ingatan kekal pelajar
terhadap rumus-rumus yang diberikan kerana pelajar hanya menghafal rumus-
rumus yang diberikan oleh guru.

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Matematik (tingkatan2)

Hari : Khamis

Tarikh : 2 mac 2017

Masa : 8.40pagi 9.40pagi (1 Jam)

Tingkatan : Tingkatan 2 Bestari

Bilangan Pelajar : 30 orang

Tajuk : Topik 4 (Persamaan Linear)

Subtopik : 4.2 Pengenalan Persamaan Linear

Isi Kandungan : Antara isi kandungan dalam subtopik ialah :

i. Membincangkan kenapa sebutan dan ungkapan algebra


yang diberi adalah linear.
ii. Mengenal Pasti sebutan Linear daripada senarai yang
diberi
iii. Memilih persamaan linear daripada senarai yang diberi

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :

i. Mengenal pasti sebutan algebra linear dan ungkapan


algebra linear
ii. Menentukan sama ada persamaan yang diberi adalah
persamaan linear atau persamaan linear dalam satu
pembolehubah

Pengetahuan Sedia ada : Ungkapan Algebra

15
Strategi : Berpusatkan guru dan pelajar, bahan, aktiviti

Kaedah/teknik : Penerangan, perbincangan, soal jawab

BBM : kertas mahjong, pen marker

Nilai murni : fokus, keyakinan diri, keberanian, patuh kepada arahan,


berdisiplin

KBKK : Mendefinisi, berfikir untuk menjana idea, mengenalpasti,

merumus idea dan menyelesaikan masalah.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/Masa Isi kandungan Aktiviti Catatan

Set Induksi Permulaan 1. Guru memperkenal topik yang akan diajar Strategi :
padab hari ini dengan satu situasi berkaitan
(5 minit) Berpusatkan guru,
maksud pemboleh ubah yang terlibat dalam
Sebutan Algebra sebutan Algebra dan memberi Contoh dalam Kaedah:
kehidupan .
1)Linear perbincangan dan
penerangan.
2)Tak Linear
2. Pelajar mengemukakan pendapat atau
kefahaman berdasarkan pertanyaan Guru.
ABM:

3. Guru menerangkan apa yang di maksudkan Maker , Papan putih


dengan sebutan Algebra yang telah
Nilai:
dipelajari sebelum ini.Pengetahuan sedia ada
pelajar. Patuh pada arahan,
fokus, berani, yakin

16
4. Guru mengukuhkan pemahaman pelajar
dengan bertanyakan pengetahuan sedia ada
KBKK:
pelajar
Pelajar dapat menjana
idea tentang topik
pembelajaran.

Langkah 2 Ungkapan 1. Guru menunjukkan contoh beza sebutan Strategi :


Algebra algebra yang dipelajari dalam set induksi
(15 minit) Berpusatkan guru
dengan ungkapan Algebra
Maksud
melibatkan
operasi dan 2. Kemudian guru menerangkan samada Kaedah:
sebutan algebra. sebutan itu linear atau tidak linear dengan
penerangan dan soal
beberapa contoh mudah.
jawab.

Contoh sebutan 3. Contoh 3x adalah sebutan linear


algebra:
ABM:
3x ,, 2 4. Guru menerangkan ungkapan linear atau
, pen marker
bukan dengan beberapa contoh
Contoh
ungkapan
Algebra: 5. Guru menerangkan persamaan linear iaitu Nilai:
maksud persamaan linear .dan memberikan
2 + 3, 2 Fokus, patuh pada
beberapa contoh
, + 2 arahan

Ungkapan
6. Guru menunjukkan apa yang dikatakan
Linear atau tak
persamaan linear dan bukan linear dalam KBKK
linear
satu pemboleh ubah dan dalam dua
Mendefinasikan term.
pemboleh ubah.

17
a kuasa mesti 1

Kuasa a 2

Contoh: 2x+3
dan x-2y ialah
ungkapan linear.

Maksud
persamaan
Linear ialah
melibatkan
sebutan algebra
linear. + 3 =
5 , 2 = 7,
= 10

Persamaan
linear dengan
satu pemboleh
ubah dan dua
pemboleh ubah

Persamaan
linear dalam
satu pemboleh
ubah

b-5=3

persamaan
linear dalam dua

18
pemboleh ubah
r+s=4

1. Guru memberi arahan supaya pelajar


Langkah 2 Aktiviti Strategi :
membuat 4 kumpulan.
Membanding
(25 minit) Berpusatkan pelajar dan
beza persamaan
2. Guru kemudian memberikan lembaran kerja guru sebagai pemudah
linear dalam
kepada setiap kumpulan dan kertas mahjong cara
satu pemboleh
ubah atau
persamaan lebih 3. Kemudian guru mengarahkan pelajar
Kaedah:
pemboleh ubah membuat table untuk menjalankan aktiviti
membandingkan persamaan linear itu dalam Soal jawab,
satu pemboleh ubah atau lebih pemboleh Penerangan.
ubah.(Lihat Lampiran 1)

ABM :
4. Pelajar perlu membanding beza antara
persamaan linear dalam satu pemboleh ubah Kertas mahjong dan
dan persamaan linear dalam lebih pemboleh maker pen
ubah.
Nilai :

Fokus, patuh pada


5. Pelajar kehadapan untuk membentangkan
arahan, berani
kerja mereka

6. Guru memberi arahan supaya wakil pelajar


KBKK :
bagi setiap kumpulan membentangkan kerja
mereka dihadapan sambil guru Menyenarai, membeza
membincangkan jawapan yang sebenar bagi
setiap pembentangan

19
7. Kemudian guru menerangkan secara
terperinci dan pembetulan bagi setiap
jawapan pelajar.

1. Guru kemudian memberi penerangan


Langkah 3 Penilaian dan Strategi :
berkaitan persamaan linear dan bukan linear.
Pengukuhan
(10 minit) Berpusatkan guru,
2. Guru Kemudian Memberi Soalan yang pelajar dan bahan.
Kedua sebagai aktiviti pengukuhan dengan
menentukan sama ada persamaan yang
diberi dalam soalan ialah persamaan linear Kaedah:
atau bukan linear
Perbincangan, Soal
jawab
3. Guru membimbing pelajar dengan
memantau setiap kerja pelajar dalam
kumpulan. ABM:

kertas mahjong, pen


marker

Nilai:

Yakin diri, fokus, patuh


pada arahan

KBKK:

Membanding beza dan


mengenal pasti.

20
Penutup Membuat 1. Guru meminta pelajar membuat rumusan Strategi :
rumusan. tentang pelajaran yang diajar pada hari ini.
(5 minit) Berpusatkan guru dan
pelajar.
2. Guru membincangkan rumusan bersama
pelajar.
Kaedah:

3. Guru menggunakan papan putih dengan Perbincangan dan


membuat seikit peta minda berkenaan apa penerangan
yang diajar pada hari ini

ABM:

Buku teks

Nilai :

Yakin diri, patuh pada


arahan

KBKK:

Membuat rumusan.

21
Soalan 1

Bezakan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dan persamaan linear lebih dari satu
pemboleh ubah . Bina jadual untuk membezakannya.

1. = 3 + 2

2.4 = 9

3. + + = 2

4.5 = 2

5.5 + 4 = 7

6.6 2 = 23

7. =

8.10 + 7 = 200

9.17 = 2

10. + = 370

22
Soalan 2

Tentukan sama ada persamaan di bawah ialah persamaan linear atau persamaan bukan
linear.Bina jadual Anda untuk membezakannya.

1. 5 = 1

2.2 + 3 = 1

3. + = 7

4.4 2 + = 7

5.44 = 0


6.5 2 = 8

7.4 + 8 2 =5

8.4 + 22 = 5

23
6.0 KESIMPULAN.

Syukur kehadrat ilahi akhirnya saya Berjaya menyiapkan tugasan ini.Pada pendapat
saya pengajaran menggunakan kaedah deduksi mahupun induksi mempunyai kekuatan dan
kelemahannnya. Tetapi bergantung cara penggunaan kaedah tersebut di dalam pengajaran itu
yang sangat penting.Guru perlu berani mencuba kaedah dalam pengajaran kerana ia dapat
membantu meningkatkan pemikiran para pelajar ataupun merangsang otak mereka ke tahap
yang maksimum.

Melalui assignment ini, saya mendapat ilmu baru tentang kaedah pengajaran iaitu
kaedah deduksi dan kaedah induksi.Kaedah deduksi lebih terarah kepada pembinaan konsep
sendiri oleh para pelajar.Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara. Kaedah induksi lebih
tertumpu kepada rumus yang akan diberikan oleh guru dalam mengajar sesuatu tajuk dalam
Matematik. Pemerhatian guru adalah selepas murid menjawab latihan yang diberikan oleh
guru.

7.0 RUJUKAN.

http://mewahilmu.blogspot.my/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.html

http://mabjip.blogspot.my/2009/10/pendekatan-dan-strategi-pengajaran.html

http://file.upi.edu/Direktori/FPMIPA/JUR._PEND._MATEMATIKA/195101061976031-
TATANG_MULYANA/File_20_Kajian_Pendekatan_Induktif-
Deduktif_%26_Kemampuan_Berpikir_Kreatif.pdf

http://delsajoesafira.blogspot.my/2010/05/induksi-dan-deduksi.html

https://www.slideshare.net/mohdhakim75/kaedah-induktif

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_choy.pdf

http://sosial-social.blogspot.my/2012/10/induksi-dan-deduksi.html

https://www.scribd.com/document/207606163/Perbezaan-Diantara-Pendekatan-Induktif-Dan-
Deduktif

https://www.slideshare.net/renarozaini/kaedah-induktif-dan-deduktif

24

You might also like