You are on page 1of 9

EDU 3103

MURID DAN ALAM BELAJAR




BANDING BEZA PRINSIP
PEMBELAJARAN PAVLOV , THORNDIKE ,
SKINNER & BANDURA

SORUPANATHAN SADAYAN
KARTHIK CHANTARAN

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan
gerak balas.

Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang
timbul akibat sesuatu rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.

Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng,
akan keluar dari bilik guruatau kelas untuk mengawasi pelajar.
Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah,iaitu apabila
guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari
bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini,
bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan
guru tersebut adalah gerak balas.

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang
mengemukakan konseppelaziman operan. Beliau menjalankan
kajiannya ke atas haiwan seperti kucing,ayam, anjing dan
monyet.

Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan
ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar
sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan
beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini
dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya.

Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut
melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pintu,
sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk
mendapatkan makanan.

Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali
lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk
keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut
belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan
pengulangan.


Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu
stimulus (rangsangan) dan response (gerakbalas).




Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia
dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum
pembelajaran.

Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan
kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan
dan(c) Hukum Kesan.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi
menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka
masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah.

Skinner banyak menjalankan kajian dengan
menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau
telah menghasilkan Skinner Box di manatingkah laku binatang
dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh
diperhatikandan direkod/diukur.

Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Menurut Skinner (1953), dalamteori pelaziman operan
gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan
(tidakdiulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak
balas itu ditunjukkan

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial (social learning theory ) telah
diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977, 1998, 2000). Teori
pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori
kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002).

Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-
faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan
penting dalam pembelajaran(Santrock, 2001).

Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan
pelajar tentang kejayaannya;sementara faktor sosial,
termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan
pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku
pelajar tersebut.


Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai
makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan
menggunakan proses-proses perkembangan untuk
memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang
lain.

Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasadalaman
dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif
terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia
adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh
dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling
memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

You might also like