You are on page 1of 4

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

BAB DUA: HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI BIDANG KAJIAN

KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA

Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalam ilmu sains politik. Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan antarabangsa dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah kajian hubungan antarabangsa yang bermula dari peringkat individu, negara dan antarabangsa seperti yang disarankan oleh Waltz&Genest. Berikut adalah merupakan kaedah mengkaji hubungan antarabangsa dalam beberapa peringkat kajian:

Peringkat Individu

Kajian Dalam peringkat ini, kajian berfokus kepada mengkaji peranan seseorang individu dalam politik global. Oleh itu, kajian berfokus kepada menganalisis tindakan dan peranan individu berdasarkan pandangan normatif ke atas kedudukan semulajadi manusia dan moral politik. Contohnya, kajian sebegini akan menentukan beberapa topik tertentu dalam mengklasfikasikan tindakan

seseorang individu dalam hubungan antarabangsa samada pemimpin gila, agung, dsb. Contohnya, jika seseorang pengkaji cuba untuk mengkaji tindakan seseorang individu yang mempengaruhi tindakan yang bersifat antarabangsa selepasnya, antara contoh kajian yang boleh dilakukan termasuklah melakukan analisis individu ke atas Saddam Hussein bagi menjawab persoalan tujuan penaklukan Iraq ke atas Kuwait.

1 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Negara

Dalam peringkat kajian ini, kajian tertumpu kepada mengkaji sifat semula jadi dan peranan negara dalam sistem antarabangsa.

Menurut Amstutz (1999:12), antara kajian penting mengenai negara dalam hubungan a/b termasuklah kajian mengenai analisis ke atas sifat semula jadi, sumbersumber, prosedur-prosedur implementasi dan kesan dasar luar sesebuah negara.

Perkara-perkara domestik dalam mengkaji hubungan a/b turut dititikberatkan termasuklah faktor tertentu seperti kuasa, kekayaan, struktur politik,ideologi dan moral.

Contohnya, para pengkaji boleh mengkaji peranan kepelbagaian kaum di Malaysia dalam mempengaruhi dasar Malaysia yang menentang Dasar Apharteid di Afrika Selatan.

Antarabangsa

Mengkaji dan menganalisis impak sistem antarabangsa ke atas tingkah laku negara dan aktor-aktor lain seperti organisasi antarabangsa.

Kajian turut berfokus kepada mengkaji keadaan semula jadi, peranan dan impak daripada undang-undang

antarabangsa dan organisasi antarabangsa. Contohnya, kajian di peringkat ini mengkaji kesan-kesan kuasa yang dimiliki oleh Lembaga Perlesenan Atom Antarabangsa (IAEA) dalam menyekat usaha Iran untuk melaksanakan pengayaan uranium sebagai sumber tenaga di negara tersebut.

2 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

TEORI-TEORI HUBUNGAN ANTARABANGSA 1. TEORI REALISME Dalam teori realisme, kepentingan keselamatan negara dan kuasa diutamakan dalam melaksanakan sesebuah perhubungan di peringkat antarabangsa. Antara tokoh yang mendukung teori realisme termasuklah tokoh-tokoh seperti E.H. Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau. Mereka berpendapat, negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri. Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap negara (bertentangan dengan fahaman idealistik). Oleh itu, negara-negara yang mengamalkan teori realisme dalam hubungan mereka di peringkat antarabangsa akan sentiasa berhati-hati dan akan melihat implikasi yang mungkin timbul sekiranya sesuatu hubungan antarabangsa dijalankan. Sebagai contoh, ketika era Perang Dingin, terdapat negara-negara yang enggan menyatakan sokongan ke atas mana-mana blok politik bagi melindungi keselamatan dan kepentingan mereka di peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia melalui pertubuhan yang dinamakan Non-Alligned Movement (NAM).

2. TEORI LIBERALISME Teori liberalisme wujud selepas Perang Dunia Pertama berikutan ketidakmampuan negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan

antarabangsa mereka. Teori liberalisme dalam hubungan antarabangsa dikaitkan dengan peranan sesebuah hubungan antarabangsa dalam mengawal keamanan dan keselamatan dunia

termasuklah melalui undang-undang yang diwujudkan bagi mengawal tingkah laku aktor-aktor di peringkat antarabangsa. Penyokong teori ini seperti Woodrow Wilson dan Norman Angell mendakwa bahawa semua negara boleh mendapat faedah daripada kerjasama dan peperangan begitu memusnahkan sehingga ia tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.
3 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Wilson misalnya mendukung kuat prinsip liberalisme melalui Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson selepas Perang Dunia Pertama. Menurut Wilson, keamanan dunia tidak akan muncul secara sendiri akan tetapi sebaliknya perlu diusahakan.

Oleh itu, prinsip keamanan bersama diperjuangkan dalam teori liberalisme kerana konflik yang melanda sesebuah negara akan dikhuatiri turut merebak ke negaranegara sekitarnya. Justeru, keamanan sesebuah negara turut

dipertanggungjawabkan ke atas negara-negara lain bagi merealisasikan prinsip keamanan bersama.

3. TEORI KONSTRUKTIVISME Teori Konstruktivisme (atau turut dikenali sebagai konstruktivisme sosial) adalah satu bentuk teori yang dipelopori oleh negara-negara Marxisme yang menolak pandangan fahaman liberalisme/realisme tentang konflik atau kerjasama, dan memberi fokus kepada aspek ekonomi dan material. Fahaman ini berkait rapat dengan teori kebergantungan yang mendakwa bahawa negara maju, dalam usaha mereka mencari kuasa, menyusup ke dalam negara sedang membangun melalui pensihat politik, pakar dan MNCs untuk menyepadukan negara membangun ke dalam sistem kapitalis untuk mendapatkan sumber semula jadi serta menambahkan kebergantungan negara membangun kepada negara maju.

4 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

You might also like