You are on page 1of 4

Dalam pelancaran dan pelaksanaan program dasar ekonomi masyarakat

india merindui dan keinginannya untuk mendapat hak hak dan sebarang faedah
serta peluang untuk mereka pada suatu ketika dulu. Dalam dasar ekonomi kelima
masyarakat India tidak mendapat sebarang peruntukan daripadanya. Malah ianya
telah mengecewakan masyarakat India sahaja. Dalam dasar ekonomi yang keenam
masyarakat india haruslah berani menyuarakan hak hak mereka. Rakyat India
telah berjuang untuk mendapatkan haknya melalui ahli ahli politik pada masa
dahulu dan dalam sebuah pantun ianya berbunyi kehijauan
Kaum lain berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Kaum India
sahaja telah diketepilkan dalam perkembangan pesat ekonomi ini. Perkembangan
ekonomi kaum india dibahkan seperti perjalanan kura kura yang begitu lambat.
Kaum india bukan bangsa yang hanya menunggu kepada peruntukan yang diberi
oleh kerajaan. Melalui pantun ini, walaupun kemajuan yang dicapai oleh
masyarakay india dalam bidang ekonomi tidak begitu pesat dan perlahan, namun
satu hari ianya akan dicapai oleh remaja. Ianya dapat dirasai melalui pantun ini.
kenapa sedih mengenai arnab
Kura-kura juga akan menang 36
Kebanyakan strategi atau tindakan diambil untuk pembangunan kerajaan
antaranya adalah peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; perkhidmatan
sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri kecil; infrastruktur
termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkhidmatan sosial seperti kesihatan,
sekolah,perumahan. Namun kerajaan tidak memberi keutamaan dalam membasmi
kemiskinan masyarakat, ianya juga dapat dilihat dalam beberapa pantun. Campur
tangan negara luar juga memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara kita.
Tetapi pada masa sama ketidakseimbangan pekerja asing yang ramai
menyebabkan kebanyakkan penduduk di negara ini menganggur. Pada masa sama,
usahawan negara luar yang memberikan ganjaran atau gaji yang tidak lumayan juga
menyebabkan rakyat mengalami kemiskinan yang teruk.


2.3.3.1 Keadaan Masyarakat Di Ladang.
Apabila merujuk kepada masyarakat perladangan secara keseluruhan, ianya
merujuk kepada masyarakat Tamil . Bilangan masyarakat India yang tinggal di
ladang adalah ramai, disebabkan itu kajian telah dibuat dalam kalangan mereka.
Pantun yang berkaitan ini telah diterbitkan sebanyak 212.
Biasanya ketidaksefahaman masyarakat tamil, menyuarakan hak hak,
perpaduan antara satu sama lain telah direka dalam pantun ini. Dalam masyarakat kita
orang-orang munafik, pengkhianat, dan manusia yang kejam meningkat sejak
kebelakangan ini. Oleh itu, manusia sekarang mengalami kehidupan yang tidak
bermoral, ianya boleh dilihat dalam pantun ini. Disebabkan keruntuhan keluarga
tiada kasih sayang, kefahaman antara satu sama lain, bertolak ansur menyebabkan
masyarat India masih lagi tidak tahu penyelesaian masalahnya khususnya penduduk
yang tingal di ladang.
Bertaburan
Di tengah harapan
Terdesak
Bermulanya harapan
..................... .............................
Mimpi
Telah dicairkan

Dalam pantun ini, masyarakat perladangan dikenal pasti sebagai masyarakat
yang hamba, masyarakat yang gagal menyedari hak masing masingnya dan
masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini dikenali bekerja
seperti lembu, tetapi tidak diberi peluang untuk hidup dengan penuh bermaruah.
Kerani, pekerja yang kerja di tapak pembinaan dan kereta apai telah dihantar
sehingga lari dan juga dijadikan sebagai tahanan. Mereka telah hidup di ladang
getah, stesen kereta api sebagai dunianya.
Masyarakat perladangan yang tidak berpendidikan, tidak ada hak untuk
bersuara, mereka tidak mendapat gaji yang munasabah mengikut kerja yang
dilakukannya. Mereka juga tidak ada cara atau pun jalan yang betul untuk mengubah
cara kehidupan mereka. Disebabkan gaji yang rendah mereka tidak dapat
menyimpan duit malah memikirkan perkara itu. Mereka digambarkan sebagai hamba
yang yang telah kehilangan kuasa.
Kita
Masih berada dalam
Kegelapan Tuan
Hamba Piagam
Menulis 43


Selain itu, masyarakat di ladang telah mengalami pelbagai kesusahan dan
merana tanpa adanya kemudahan asas. Ianya telah diberitahu oleh seorang
pensyair.
Nyamuk
Lintah
Memberi derma darah
................................................... ...........................................
Tiada air bersih untuk minum
Tiada bekalan elektrik untuk membaca
Menjadi baja kepada pokok getah 44

Pekerja yang bekerja di ladang getah tidak dilindungi dengan sebarang
keselamatan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Penoreh getah yang
menggunakan tangga untuk menoreh getah juga tidak dilindungi dengan sebarang
insurans jika berlaku kemalangan atau sebagainya. Jika berlaku sebarang
kemalangan yang tidak diingini, pekerja tersebut harus menanggung sendiri
akibatnya.
Pada masa tersebut, masyarakat India yang tinggal di ladang tidak berdaya
untuk menanyakan persoalan mengenai keadaanya. Selain itu rakyat juga merana
dalam kesusahan tanpa adanya kemudahan kemudahan asas. Ada juga ramai ahli
keluarga tinggal di kawasan perumahan yang sempit dan kekurangan kemudahan.
Mereka telah mendapat air minuman yang tidak bersih dan diproses. Masyarakat
ladang juga mengalami kesusahan akibat tiada kemudahan tandas.
Majikan yang tidak mempedulikan kesihatan penduduk ladang menyebabkan
ramai orang menghidapi penyakit penyakit seperti demam maleria, denggi dan
sebagainya. Jumlah mangsa yang berkorban akibat penyakit ini adalah besar dan
ianya telah diketahui dalam sebuah statistik.
Masyarakat ladang yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu, tidak
berpendidikan contohnya buta huruf senang ditipu oleh segelintir orang untuk
kebaikan mereka. Ini menjadi punca utama kehidupan mereka mundur dan tidak
maju.
Walaupun di ladang majikan tidak membina sekolah dan menyediakan
kemudahan asas tetapi setiap ladang mempunyai kedai arak.
Arak menjadi ketagihan penduduk ladang, terutamanya orang lelaki minum
arak dan tidak bertanggungjawab serta tidak menjaga keluarganya. Di atas
kemabukan mereka anak dan isterinya menjadi mangsa pukulan.
Ramai keluarga telah menjadi mangsa kejadian disebabkan arak.

You might also like