You are on page 1of 5

Tutorial 20210217

1. Buat rumusan tentang peraturan/undang-undang asas permainan bola jaring secara ringkas.
2. Terangkan secara ringkas dan mudah tentang permainan bola keranjang kepada seseorang yang tidak
mengenali permainan tersebut

1. Buat rumusan tentang peraturan/undang-undang asas permainan bola jaring secara ringkas.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Objektif : menjaring sebanyak mungkin gol di tiang pasukan lawan

PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan.
(a) PENJAGA GOL
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan
dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah
menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu
bekerjasama dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)


Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan
pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol,
tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh
menerima bola dari hantaran tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)


Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang
gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan
jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke
dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala,
WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam
oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)


Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai
penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C
hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan
D.
(e) Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari
kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)


Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan
pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan
bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)


Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat
jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas
bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.

2. PENGADIL

Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain
bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang
yang paling berkuasa dalam gelanggang.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan
seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita
tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang, kecuali dalam keadaan atau
tugas berikut:
1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.

UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING


1. PENALTI
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya
kesalahan melainkan
(i) Undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada
membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian
kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.

(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.


(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah
seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil
penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga
saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran
ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang
ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola
dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar
undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran ke
dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2. HANTARAN PERCUMA
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang
kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua
pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran
percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau
ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti


Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-
undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia
mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu
terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum
bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali
hantaran atau jaringan itu berjaya melepasi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan
pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak
melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:


(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang
dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan
penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh
dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan
sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain
dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran.
Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas
daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama
ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam
Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam
sekiranya :
(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Lambungan
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:
(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua
belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar
gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang
ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.
2. Terangkan secara ringkas dan mudah tentang permainan bola keranjang kepada seseorang yang
tidak mengenali permainan tersebut

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain
berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul)
berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya
lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam
lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan
melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal
(faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James
Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja
Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk
mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini
harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan
bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith
meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai
gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith.
Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut
dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama
yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891.
Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).

Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama
untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam
surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai
melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan
Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika
Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian
pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini
dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association
pada hari ini.

You might also like