You are on page 1of 31

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka surat

Amali 2 (a)
1 Tajuk 1

2 Tujuan 1

3 Pengenalan 1

4 Prosedur 1
5 Dapatan eksperimen 2-12

6 Perbincangan 13-14

7 Kesimpulan 14
8 Soalan perbincangan 15-17

9 Rujukan 18

Amali 2 (b)
1 Tajuk 19

2 Tujuan 19

3 Pengenalan 19

4 Prosedur 20
5 Dapatan pemerhatian 21-26

6 Perbincangan 27-28

7 Kesimpulan 28
8 Soalan perbincangan 29-30

9 Rujukan 31
1. Tajuk
Memeriksa slaid tersedia protista
2. Tujuan
Memerhati ciri-ciri morfologi protista dan mengelaskan protista berdasarkan ciri-ciri
morfologi.
3. Pengenalan
Semua organisma yang hidup secara umumnya dibahagikan kepada dua, iaitu prokariot dan
eukariot[ CITATION Mad16 \l 17417 ]. Prokariot merupakan organisma yang mempunyai sel
tunggal dan kekurangan organel-organel serta kurangnya struktur-struktur yang mempunyai
membran. Oleh itu, organisma prokariot tidak mempunyai nukleus kerana nukleus adalah
merupakan struktur yang mempunyai membran yang mengandungi maklumat genetik.
Manakala, organisma eukariot pula merupakan organisma yang mempunyai organel-organel
seperti jasad golgi, mitokondria dan nukleus bermembran. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
organisma prokariot adalah lebih ‘primitif’ berbanding eukariot.
Protista, terdiri daripada satu sel tunggal atau koloni sel-sel yang sama. Protista
mempunyai struktur nukleus sebenar, jasad golgi, jalinan endoplasmik retikulum, kloroplas
dan mitokondrion. Oleh itu, protista adalah organisma eukariot. Protista hidup di dalam air,
habitat daratan yang lembap, dan sebagai parasit atau simbiosis dalam hidupan eukariot
multisel. Ciri lain protista ialah hidup di persekitaran akuatik atau separa akuatik, aerobik dan
kebanyakannya memiliki flagella atau silia. Kebanyakan protista juga membiak secara
aseks, iaitu secara belahan dedua dimana sel asal akan terpisah menjadi dua sel yang
serupa. Antara contoh protista ialah Amoeba sp., Volvox sp. dan Vorticella sp..

4. Prosedur

1. Beberapa slaid tersedia protista diperhatikan di bawah mikroskop kuasa rendah,


kemudian kuasa tinggi. Kuasa pembesaran (4x, 10x, 40x dan 100x) dilaraskan
sehingga struktur organisma dapat dilihat dengan jelas.
2. Bagi setiap jenis protista, bentuk, warna dan struktur yang boleh dilihat diperhatikan.
3. Struktur protista yang diperhatikan dengan jelas dilukis secara dan dilabel.
4. Hierarki pengelasan (taxa) bagi setiap protista yang diperhatikan dinyatakan.

1
5. Dapatan eksperimen

Gonium sp. 4X pembesaran

Gonium sp. 10X pembesaran

2
Gonium sp. 40X pembesaran

Volvox sp. 4X pembesaran

3
Volvox sp. 10X pembesaran

Volvox sp. 40X pembesaran

4
Amoeba sp. 4X pembesaran

Amoeba sp. 10X pembesaran

5
Amoeba sp. 40X pembesaran

Spirogyra sp. 4X pembesaran

6
Spirogyra sp. 10X pembesaran

Spirogyra sp. 40X pembesaran

7
Euglena sp. 4X pembesaran

Euglena sp. 10X pembesaran

8
Euglena sp. 40X pembesaran

Chlamydomonas sp. 4X pembesaran

9
Chlamydomonas sp. 10X pembesaran

Chlamydomonas sp. 40X pembesaran

10
Vorticella sp. 4X pembesaran

Vorticella sp. 10X pembesaran

11
Paramecium sp. 10X pembesaran

Paramecium sp. 40X pembesaran

12
6. Perbincangan
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan terhadap contoh-contoh protista, dapat
dikenal pasti bahawa terdapat beberapa ciri-ciri umum pada protista. Antara ciri utama
protista adalah terdapatnya flagela pada sebahagian protista yang diperhatikan seperti
Gonium sp., Volvox sp., Euglena sp., Chlamydomonas sp. dan Vorticella sp.. Flagela
merupakan struktur seperti benang yang halus yang terdapat pada suatu organisma.
Fungsinya adalah untuk membolehkan organisma seperti protozoa bergerak. Oleh itu,
flagela juga dikenali sebagai organ lokomotif. Flagela adalah amat penting bagi protista
pada kelas protozoa, iaitu protista yang mempunyai ciri seakan-akan haiwan. Hal ini kerana,
protista pada jenis protozoa adalah heterotrof (tidak mampu menghasilkan makanan
sendiri). Maka, flagela diperlukan supaya protista tersebut dapat bergerak mendekati
sumber makanan ataupun menjauhi bahan yang membahayakan mereka (Moran et. al.,
2014).
Selain itu, berdasarkan pemerhatian juga, terdapat silia pada sebahagian protista seperti
Gonium sp., Volvox sp., Vorticella sp. dan Paramecium sp.. Silia merupakan struktur
rerambut halus yang seakan-akan flagela, tetapi bilangan silia adalah lebih banyak dan lebih
pendek berbanding flagela. Fungsinya adalah untuk menghasilkan pergerakan kepada
protista. Selain itu, silia juga berfungsi untuk menolak makanan ke alur mulut protista seperti
yang terdapat pada Paramecium sp. dan Vorticella sp. (Hamel et. al., 2011). Selain itu juga,
terdapat juga kloroplas dalam sebahagian organisma protista yang diperhatikan. Antara
protista yang terdapat kloroplas padanya ialah Gonium sp., Volvox sp., Spirogyra sp.,
Euglena sp. dan Chlamydomonas sp.. Kloroplas berfungsi untuk menerima cahaya matahari
dan menghasilkan makanan bagi protista yang mempunyainya. Hal ini bermaksud bahawa
protista yang mengandungi kloroplas adalah merupakan autotrof yang mampu
menghasilkan makanan sendiri walaupun tidak mempunyai daun. Kumpulan protista autotrof
ini juga dikenali sebagai kumpulan alga yang bersifat seakan-akan tumbuhan yang mampu
menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis[ CITATION Rav14 \l 17417 ].
Selain bersifat seperti tumbuhan, terdapat juga kumpulan protista yang bersifat seperti
haiwan atau lebih dikenali sebagai kumpulan protozoa. Kumpulan protozoa dikenali dengan
sifat seakan-akan haiwan kerana sifat protista dalam kumpulan ini yang tidak mampu
menghasilkan makanan sendiri dan mengambil makanan daripada persekitaran luar
mereka[ CITATION Apa16 \l 17417 ]. Antara protista yang diperhatikan mempunyai ciri
kumpulan protozoa ialah Amoeba sp., Euglena sp., Vorticella sp. dan Paramecium sp..
Sekiranya diperhatikan protista dalam kumpulan protozoa sendiri, terdapat perbezaan dari
segi struktur antara Amoeba sp. dengan Paramecium sp. walaupun kedua-duanya adalah
protozoa (seakan-akan haiwan). Perbezaan ketara dapat dilihat secara jelas dimana

13
Amoeba sp. tidak mempunyai silia sebagaimana Paramecium sp. yang mempunyai silia
yang banyak pada permukaannya. Pergerakan Amoeba sp. adalah terhasil daripada
pergerakan pseudopodium, iaitu bahagian dinding sel pada Amoeba sp. yang terisi
sitoplasma yang akan memanjang apabila sitoplasma bergerak ke arah suatu arah tertentu.
Pseudopodium juga berfungsi untuk memerangkap makanan bagi Amoeba sp.. Lain pula
bagi Paramecium sp. yang bergerak dengan menggunakan silia. Pergerakan berentak silia
pada Paramecium sp. pergerakan berpusing, bergerak ke hadapan dan kebelakang. Silia
pada Paramecium sp. juga akan menghasilkan pergerakan yang akan menolak makanan
supaya masuk ke dalam gulet, iaitu ‘mulut’ bagi Paramecium sp.. Seterusnya, perbezaan
juga dapat dilihat dari segi bentuk kedua-dua protista ini. Berdasarkan pemerhatian,
Amoeba sp. tidak mempunyai bentuk tetap kerana wujudnya pseudopodium, manakala
paramesium mempunyai bentuk bujur yang tetap.

Selain itu, protista juga mampu memberi manfaat kepada manusia. Contohnya, alga coklat
(brown algae) iaitu Phaeophyceae merupakan salah satu sumber makanan kepada
manusia. Phaeophyceae juga dikenali sebagai rumpai laut[ CITATION Ada18 \l 17417 ].
Menurut Adam Augustyn et. al.,(2018) lagi, protista juga sering digunakan sebagai bahan
kajian dalam penghasilan ubat-ubatan untuk merawat masalah darah tinggi, masalah
penghadaman, ulser dan artritis. Selain itu juga, protista dari jenis alga merah, iaitu
Chondrus crispus yang digunakan dalam industri untuk memekatkan dan memejalkan
puding dan ais krim. Selain itu, protista seperti kulat lendir (slime mold) adalah begitu
penting kepada manusia kerana mereka bertindak sebagai pengurai. Melalui penguraian
juga, kulat lendir akan mengembalikan sebahagian nutrien penting ke persekitaran bumi dan
membebaskan banyak oksigen hasil daripada proses fotosintesis yang dijalankan. Antara
contoh kulat lendir ialah Diachea leucopodia, Stemonitis fusca, Fuligo septica dan Trichia
varia.

7, Kesimpulan
Protista mempunyai pelbagai struktur morfologi dan mempunyai kegunaannya yang
tersendiri terhadap manusia.

14
8. Soalan perbincangan
1. Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas, tunjukkan struktur-struktur umum
pada protista dan nyatakan kepentingan setiap struktur tersebut.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan terhadap contoh-contoh protista, dapat


dikenal pasti bahawa terdapat beberapa ciri-ciri umum pada protista. Antara ciri utama
protista adalah terdapatnya flagela pada sebahagian protista yang diperhatikan seperti
Gonium sp., Volvox sp., Euglena sp., Chlamydomonas sp. dan Vorticella sp.. Flagela
merupakan struktur seperti benang yang halus yang terdapat pada suatu organisma.
Fungsinya adalah untuk membolehkan organisma seperti protozoa bergerak. Oleh itu,
flagela juga dikenali sebagai organ lokomotif. Flagela adalah amat penting bagi protista
pada kelas protozoa, iaitu protista yang mempunyai ciri seakan-akan haiwan. Hal ini kerana,
protista pada jenis protozoa adalah heterotrof (tidak mampu menghasilkan makanan
sendiri). Maka, flagela diperlukan supaya protista tersebut dapat bergerak mendekati
sumber makanan ataupun menjauhi bahan yang membahayakan mereka (Moran et. al.,
2014).
Selain itu, berdasarkan pemerhatian juga, terdapat silia pada sebahagian protista seperti
Gonium sp., Volvox sp., Vorticella sp. dan Paramecium sp.. Silia merupakan struktur
rerambut halus yang seakan-akan flagela, tetapi bilangan silia adalah lebih banyak dan lebih

15
pendek berbanding flagela. Fungsinya adalah untuk menghasilkan pergerakan kepada
protista. Selain itu, silia juga berfungsi untuk menolak makanan ke alur mulut protista seperti
yang terdapat pada Paramecium sp. dan Vorticella sp. (Hamel et. al., 2011). Selain itu juga,
terdapat juga kloroplas dalam sebahagian organisma protista yang diperhatikan. Antara
protista yang terdapat kloroplas padanya ialah Gonium sp., Volvox sp., Spirogyra sp.,
Euglena sp. dan Chlamydomonas sp.. Kloroplas berfungsi untuk menerima cahaya matahari
dan menghasilkan makanan bagi protista yang mempunyainya. Hal ini bermaksud bahawa
protista yang mengandungi kloroplas adalah merupakan autotrof yang mampu
menghasilkan makanan sendiri walaupun tidak mempunyai daun. Kumpulan protista autotrof
ini juga dikenali sebagai kumpulan alga yang bersifat seakan-akan tumbuhan yang mampu
menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis[ CITATION Rav14 \l 17417 ].

2. Bezakan struktur ameba dan paramesium.

16
Terdapat perbezaan dari segi struktur antara Amoeba sp. dengan Paramecium sp.
walaupun kedua-duanya adalah protozoa (seakan-akan haiwan). Perbezaan ketara dapat
dilihat secara jelas dimana Amoeba sp. tidak mempunyai silia sebagaimana Paramecium sp.
yang mempunyai silia yang banyak pada permukaannya. Pergerakan Amoeba sp. adalah
terhasil daripada pergerakan pseudopodium, iaitu bahagian dinding sel pada Amoeba sp.
yang terisi sitoplasma yang akan memanjang apabila sitoplasma bergerak ke arah suatu
arah tertentu. Pseudopodium juga berfungsi untuk memerangkap makanan bagi Amoeba
sp.. Lain pula bagi Paramecium sp. yang bergerak dengan menggunakan silia. Pergerakan
berentak silia pada Paramecium sp. pergerakan berpusing, bergerak ke hadapan dan
kebelakang. Silia pada Paramecium sp. juga akan menghasilkan pergerakan yang akan
menolak makanan supaya masuk ke dalam gulet, iaitu ‘mulut’ bagi Paramecium sp..
Seterusnya, perbezaan juga dapat dilihat dari segi bentuk kedua-dua protista ini.
Berdasarkan pemerhatian, Amoeba sp. tidak mempunyai bentuk tetap kerana wujudnya
pseudopodium, manakala paramesium mempunyai bentuk bujur yang tetap
3. Berikan empat kepentingan protista kepada manusia.
Protista juga mampu memberi manfaat kepada manusia. Contohnya, alga coklat (brown
algae) iaitu Phaeophyceae merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Phaeophyceae juga dikenali sebagai rumpai laut (Adam Augustyn, et. al., 2018). Menurut
Adam Augustyn et. al.,(2018) lagi, protista juga sering digunakan sebagai bahan kajian
dalam penghasilan ubat-ubatan untuk merawat masalah darah tinggi, masalah
penghadaman, ulser dan artritis. Selain itu juga, protista dari jenis alga merah, iaitu
Chondrus crispus yang digunakan dalam industri untuk memekatkan dan memejalkan
puding dan ais krim. Selain itu, protista seperti kulat lendir (slime mold) adalah begitu
penting kepada manusia kerana mereka bertindak sebagai pengurai. Melalui penguraian
juga, kulat lendir akan mengembalikan sebahagian nutrien penting ke persekitaran bumi dan
membebaskan banyak oksigen hasil daripada proses fotosintesis yang dijalankan. Antara
contoh kulat lendir ialah Diachea leucopodia, Stemonitis fusca, Fuligo septica dan Trichia
varia.

17
9. Rujukan
Adam Augustyn, et. al. (2018, Mac 10). Brown algae. Didapatkan dari Encyclopædia Britannica:
https://www.britannica.com/science/brown-algae

Apama Vidyasagar. (2016, Mac 30). What Are Protists? Didapatkan dari Live Science:
https://www.livescience.com/54242-protists.html

Hamel, Amandine, et. al. (2011). Transitions between three swimming gaits in Paramecium escape.
PNAS, 7290-7295.

Mader, S. S., & Windelspecht, M. (2016). Biology Twelfth Edition. Appalachian State University: Mc
Graw Hill Education.

Moran, Jonathan, et. al. (2014). Eukaryotic Flagella: Variations in Form, Function, and Composition
during Evolution. BioScience, 1103–1114.

Raven, J. A., & Giordano, M. (2014). Algae. Current Biology, R590-R595.

18
1. Tajuk
Memeriksa slaid tersedia fungi.

2. Tujuan
Memerhati ciri-ciri morfologi fungi, mengelaskan fungi berdasarkan ciri-ciri morfologi dan
menentukan ciri-ciri morfologi fungi berdasarkan kekunci dikotomi.

3. Pengenalan
Fungi atau fungus terdiri daripada organisma-organisma yang terdapat dalam Kingdom
Fungi. Antara organisma yang termasuk dalam Kingdom Fungi adalah yis, karat tumbuhan,
smut, kulapuk dan cendawan[ CITATION Mad16 \l 17417 ]. Manakala, kulat lendir (slime mold)
dan kulat air (water mold) tidak terkategori sebagai Fungi. Fungi merupakan organisma
eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam
selnya. Pada asalnya, fungi dikelaskan dalam Kingdom tumbuhan. Namun, disebabkan
fungi adalah kekurangan kloroplas dan mempunyai struktur yang berbeza berbanding
tumbuhan biasa, maka dengan itu fungi dipisahkan daripada Kingdom tumbuhan (Hagen,
2012).
Fungi atau dikenali sebagai kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan
untuk menapai bir dan roti, manakala perladangan cendawan merupakan industri yang
pesat berkembang. Fungi ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan
mati di dalam ekosistem. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa fungi adalah
penting bagi mengekalkan keseimbangan persekitaran di bumi. Fungi merupakan organisma
yang hidup di daratan, dalam udara, tasik, sungai, laut, tumbuhan, haiwan, pada pakaian
dan makanan malahan dalam tubuh manusia.

19
4. Prosedur
Slaid tersedia
1. Slaid tersedia fungi yang dibekalkan diperhatikan di bawah mikroskop kuasa rendah,
kemudian kuasa tinggi. Kuasa pembesaran (4x, 10x, 40x dan 100x) dilaraskan
sehingga struktur organisma dapat dilihat dengan jelas.
2. Ciri-ciri morfologi fungi dari segi struktur, warna dan bentuk diperhatikan.
3. Struktur fungi yang anda perhatikan dilukis dan dilabelkan.
Kultur yis
1. Slaid kultur yis disediakan. Satu titis kultur yis dititikkan di atas slaid kaca. Kultur yis
ditutup dengan penutup kaca secara perlahan-lahan menggunakan jarum tenggek.
2. Slaid kultur yis diperhatikan di bawah mikroskop kuasa rendah, kemudian kuasa tinggi.
3. Struktur yis yang diperhatikan dilukis dan dilabelkan.
Spesimen hidup
1. Spesimen hidup fungi diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar.
2. Keratan rentas fungi djalankan dan perhatikan.
3. Struktur fungi dan keratan rentasnya dilukis dan dilabelkan.
4. Hierarki pengelasan (taxa) bagi setiap fungi yang diperhati dinyatakan.

20
5. Dapatan pemerhatian
Slaid tersedia fungi

Mucor sp. 10X pembesaran

21
Mucor sp. 40X pembesaran

Penicillium sp. 10X pembesaran

Penicillium sp. 40X pembesaran

22
Saccharomyces sp. 10X pembesaran

Saccharomyces sp. 40X pembesaran

23
Kultur yis

Kultur yis 10X pembesaran

24
Kultur yis 40X pembesaran

Spesimen hidup

Pleurotus ostreatus (Cendawan tiram)

25
Flammulina velutipes (Cendawan jarum emas)

Auricularia polytricha (Cendawan telinga kera)

Agaricus bisporus (Cendawan butang)

26
6. Perbincangan
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, salah satu fungi yang diperhatikan adalah
Mucor sp.. Dapat dikenal pasti bahawa Mucor sp. adalah berwarna kelabu dan keperangan.
Hal ini adalah disebabkan oleh perkembangan spora yang mempengaruhi warna Mucor sp..
Struktur pada Mucor sp. pula terdiri daripada hifa yang membentuk miselium dan jasad yang
berbuah yang juga dikenali sebagai sporokarp. Hifa adalah struktur yang terdiri daripada
satu atau beberapa sel yang dikelilingi oleh dinding sel bertiub. Rangkaian-rangkaian hifa
yang bercabang-cabang dipanggil sebagai miselium (Islam M. R.,et. al., 2017). Bagi Mucor
sp., hifanya adalah bahagian batang yang bersambung dengan ‘kepala’ Mucor sp., iaitu
bahagian sporokarp bagi Mucor sp. dimana bahagian tersebut juga dikenali sebagai
sporangiofora (sporangiophores). Dihujung miselium atau pada bahagian ‘kepala’ pula
merupakan struktur multiselular yang menghasilkan spora melalui seks ataupun aseksual.
Spora pada Mucor sp. adalah terkumpul pada sporokarp dan membentuk sebuah bentuk
seakan-akan bulatan pada sporokarp dimana struktur tersebut dikenali sebagai sporangium
(Jeffrey K., 2012).

Bagi Penicillium sp. pula, warna yang dikenal pasti bagi fungi ini adalah warna biru. Hal ini
kerana Penicillium sp. menghasilkan spora yang berwarna biru dan hijau dalam kuantiti yang
banyak. Oleh itu, warna Penicillium sp. adalah biru kehijauan. Selain itu, Penicillium sp. juga
mempunyai hifa yang pendek. Bahagian batang atau miselium Penicillium sp. pula adalah
panjang dan dikenali sebagai konidiofor. Pada hujung konidiofor, terdapat struktur yang
bercabang yang dikenali sebagai sterigmata yang berfungsi sebagai tempat pematangan
spora (Visagie C. M., et. al., 2014). Spora pada sterigmata Penicillium sp. yang dikenali
sebagai konidiospora yang yang dihasilkan secara aseks dengan pencerutan sterigma atau
bahagian hifa dan tidak terlingkung di dalam sporangium.

Seterusnya, pemerhatian terhadap Saccharomyces sp. daripada slaid tersedia mendapati


bahawa terdapat organel seperti mitokondrion, nukleus serta dinding sel dan kesan parut
pertunasan. Hal ini kerana, Saccharomyces sp. membiak melalui kaedah pertunasan.
Pertunasan Saccharomyces sp. berlaku daripada sel asal yang bertunas menghasilkan sel
baru. Oleh itu, setiap sel Saccharomyces sp. mempunyai kesan parut pertunasan pada
hujung sel Saccharomyces sp..

27
Pemerhatian terhadap kultur yis, iaitu Candida sp. mendapati bahawa pertunasan adalah
berlaku secara pantas dan banyak. Hal ini kerana, berbanding dengan Saccharomyces sp.
pada slaid tersedia, Candida sp. pada kultur yis masih hidup dan dapat diperhatikan proses
pembiakan secara pertunasan berlaku.

Bagi pemerhatian terhadap spesimen hidup pula, tiga jenis cendawan yang berbeza
diperhatikan. Bagi pemerhatian terhadap Pleurotus ostreatus (cendawan tiram), strukturnya
terdiri daripada topi (cap) yang berwarna kelabu keputihan, insang (gill) dan stip yang terdiri
daripada sekumpulan hifa yang membentuk batang Pleurotus ostreatus (Mader, 2016).
Pada insang Pleurotus ostreatus, terdapat lapisan himenium pada himenofora pada
permukaan insang. Di himenium, sel-sel akan berkembang menjadi askospora atau
basidiospora yang akan menghasilkan spora yang berwarna putih.

Pemerhatian bagi Flammulina velutipes pula mendapati bahawa bahagian ‘topi’ (cap) bagi
Flammulina velutipes adalah berbeza benrbanding dengan Pleurotus ostreatus kerana
permukaan topi Flammulina velutipes adalah kelihatan lebih cerah warnanya, kecil dan
melekit. Flammulina velutipes juga tidak mempunyai cincin pada bahagian batangnya
(Michael Kuo, 2013). Spora bagi Flammulina velutipes adalah berwarna putih. Manakala,
bahagian batang Flammulina velutipes adalah panjang dan halus berbanding cendawan
lain.

Spesimen hidup seterusnya yang diperhatikan adalah Auricularia polytricha (cendawan


telinga kera). Auricularia polytricha tidak mempunyai bahagian ‘topi’ seperti cendawan lain.
Jasad yang menghasilkan spora pula adalah berlipat-lipat dan berpintal, dengan tangkai
yang sangat pendek (Mohanan C., 2011). Tekstur jasad yang menghasilkan spora pada
Auricularia polytricha pula adalah elastik dan bergelatin. Permukaan himenium bagi
Auricularia polytricha pula adalah lembut dan mempunyai rerambut halus pada
permukaannya serta berwarna coklat pudar atau coklat terang.

Bagi Agaricus bisporus atau nama biasanya, cendawan butang pula mempunyai pilus atau
‘topi’ yang berwarna putih keperangan (Michael Kuo, 2018). Seperti Pleurotus ostreatus,
Agaricus bisporus mempunyai ‘insang’ pada himenium. Topi bagi Agaricus bisporus adalah
berbentuk cembung. Bahagian batangnya juga mempunyai cincin. Spora yang terhasil pula
adalah berwarna perang.

7. Kesimpulan

Setiap fungi yang diperhatikan mempunyai ciri-ciri morfologinya yang tertentu dan boleh
dikelaskan.

28
8. Soalan perbincangan

1. Huraikan kepelbagaian fungi.


2. Nyatakan ciri-ciri morfologi fungi yang diperhatikan berdasarkan kekunci dikotomi.

Fungi Ciri-ciri
‘Topi’ (Cap) Insang Batang Cincin Warna spora
Mucor sp. Tiada Tiada Ada Tiada Kelabu
keperangan
Penicillium sp. Tiada Tiada Tiada Tiada Biru
kehijauan
Saccharomyce Tiada Tiada Tiada Tiada Putih
s sp.
Candida sp. Tiada Tiada Tiada Tiada Putih
Pleurotus Ada Ada Ada Ada Perang
ostreatus
(cendawan
tiram)
Flammulina Ada Ada Ada Ada Putih
velutipes
Auricularia Ada Tiada Ada Tiada Hitam
polytricha (pendek)
(cendawan
telinga kera)
Agaricus Ada Ada Ada Ada Perang
bisporus

29
9. Rujukan

Hagen, J. B. (2012). Five Kingdoms, More or Less: Robert Whittaker and the Broad Classification of
Organisms. BioScience, 67–74.

Islam M. R., et. al. (2017). Morphology and mechanics of fungal mycelium. Scientific Reports.

Jeffrey , K. (2012). Mycology. Elsevier's Integrated Review Immunology and Microbiology (Second
Edition), 139-146.

Mader, S. S., & Windelspecht, M. (2016). Biology Twelfth Edition. Appalachian State University: Mc
Graw Hill Education.

Michael Kuo. (2013, Februari). Flammulina Velutipes. Didapatkan dari MushroomExpert.com:


https://www.mushroomexpert.com/flammulina_velutipes.html

Michael Kuo. (2018, Mac 10). Agaricus bisporus. Didapatkan dari MushroomExpert.com:
https://www.mushroomexpert.com/agaricus_bisporus.html

Mohanan C. (2011). Macrofungi of Kerala. Kerala: Kerala Forest Research Institute.

Visagie C. M., et. al. (343–371). Identification and nomenclature of the genus Penicillium. Studies in
Mycology, 2014.

30

You might also like