You are on page 1of 10

Tarikh: 16.2.

12 Tajuk: PRAKTIKAL 3: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. Hipotesis: Kedua-dua sel tersebut mempunyai plasma membran, nukleus dan sitoplasma. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar tetapi sel haiwan tiada. Sel tumbuhan juga mempunyai bentuk yang tetap manakala sel haiwan tidak.

Pengenalan/Teori: Semua organisma hidup adalah diperbuat daripada unit asas yang dikenali sebagai sel. Sel merupakan blok binaan bagi semua organisma hidup. Dalam hierarki organisasi biologi, sel merupakan koleksi yang paling ringkas. Organisma unisel hanya diperbuat daripada satu sel sahaja. Manakala organisma multisel mengandungi lebih daripada satu sel. Kebanyakan organisma kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel. Mereka mengandungi sel-sel yang khusus untuk membentuk tisu. Tisutisu yang berlainan membentuk organ dan seterusnya beberapa organ akan membentuk sistem. Akhirnya pelbagai sistem yang berbeza menghasilkan satu organisma. Walau bagaimanapun, sel-sel tetap berfungsi sebagai satu unit asas sel. Sel tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata. Sel hanya boleh dilihat melalui pembesaran dengan menggunkan mikroskop cahaya. Mikroskop elektron juga mempunyai fungsi yang sama tetapi lebih tepat pemerhatiannya. Sel terdiri daripada protoplasma iaitu nukleus dan sitoplasma. Sel diselaputi oleh membran plasma. Kandungan dalam nukleus dan kandungan di luar nukleus dipisahkan dengan membran nukleus dwilapis. Kandungan dalam nukleus merupakan nukleoplasma manakala di luar nukleus terdiri daripada sitoplasma yang mengandungi medium yang seperti agar-agar. Membran plasma memisahkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Dalam sitoplama, terdapat beberapa organel yang

mempunyai fungsi yang khusus. Contoh organel seperti nuklues, mitokondria, kloroplas, vakuol, ribosom, jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Yang membezakan sel haiwan dan sel tumbuhan adalah sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang berada di luar membran plasma. Dinding sel merupakan lapisan selulosa yang kuat dan berperanan untuk menetapkan bentuk sel tumbuhan. Terdapat perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar, kloroplas, plastid, plasmodesmata, dinding sel dan bentuk yang tetap. Manakala sel haiwan tiada. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap adalah disebabkan kehadiran dinding sel. Dinding sel diperbuat daripada selulosa yang merupakan karbohidrat yang kuat dan bergentian. Sel haiwan mempunyai sentriol, sentrosom dan lisosom, tetapi sel tumbuhan tiada. Setiap organel di dalam sel mempunyai tugas yang khusus. Mereka melaksanakan fungsi masing-masing dengan sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.

Bahan/Alat radas: Mikroskop Slaid Microskop Slip kaca Penitis Forsep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang

Prosedur/Kaedah: (a) Memerhati sel pipi. 1. Berkumur dengan air bersih. 2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi. 3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 4. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.

5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma.

(b)

Memerhati sel epidermis bawang.

1. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang.

2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodin di atas slaid kaca.

3. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. 4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. 5. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus,

jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

(c)

Memerhati sel daun bunga raya. 1. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan lut cahaya pada daun bunga raya.

2. Letakkan lapisan daun di dalam titisan larutan iodin di atas slaid kaca. 3. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. 4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. 5. Lukis sel daun dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma, kloroplas dan vakuol.

Kemahiran manipulatif: Mengendalikan eksperimen dengan betul. Menggunakan alat-alat radas yang diberi dengan baik dan teliti. Berhati-hati ketika menggunakan alat-alat radas. Membersihkan dan meletak balik alat-alat radas ke tempat asal selepas digunakan dan memastikan sinki adalah bersih selepas mencuci. Membuang sisa eksperimen ke dalam tong sampah.

Perbincangan: Eksperimen ini adalah tentang sel haiwan dan sel tumbuhan. Sel pipi manusia merupakan sel haiwan. Struktur-struktur sel pipi yang dilihat denggan menggunakan mikroskop cahaya mengandungi membran plasma, sitoplasma dan nukleus. Larutan metilena biru merupakan pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan sel haiwan. Larutan tersebut mewarnakan sitoplasma dan nukleus sel pipi manusia kepada biru. Sel pipi juga tidak mempunyai bentuk yang tetap. Sel epidermis bawang dan sel daun bunga raya adalah sel tumbuhan. Struktursktruktur sel epidermis bawang yang dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya mengandungi dinding sel, nukleus, sitoplasma dan vakuol. Manakala sel daun mengandungi dinding sel, nukleus, sitoplasma, kloroplas dan vakuol. Larutan iodin merupakan pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan. Larutan tersebut mewarnakan nukleus sel bawang kepada perang. Oleh sebab sel bawang tidak mengandungi kloroplas, larutan iodin tidak berubah warna daripada perang ke biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Tetapi sel daun bunga raya menunjukkan warna biru hitam kerana kehadiran kloroplas. Larutan iodin mewarnakan granul kanji dan kloroplas kepada biru hitam. Sel epidermis bawang dan sel daun bunga raya mempunyai bentuk tetap. Salah satu masalah yang timbul adalah gelembung udara di bawah kaca penutup. Gelembung udara akan menjejaskan penglihatan sel-sel dengan

menggunakan mikroskop. Oleh itu, kaca penutup boleh diturunkan secara perlahanlahan dengan menggunakan forsep supaya memastikan bahawa gelembung udara tidak terperangkap di bawah kaca penutup. Selain itu, gelembung udara yang terperangkap di bawah kaca penutup boleh dikeluarkan dengan mengetuk kaca penutup secara lembut dengan menggunakan hujung tajam pensil. Di samping itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diawasi supaya tidak menjejaskan penglihatan sel-sel denggan menggunakan mikroskop. Epidermis bawang tidak harus melipat kerana bahagian yang melipat akan menjejaskan keputusan. Adalah dicadangkan meletakkan sel epidermis di atas air dahulu supaya senang membuka

permukaan epidermis sebelum meletakkannya di atas slaid kaca. Selain itu, dielakkan tangan kita terus menyentuh kaca penutup, slaid kaca dan specimen. Ini adalah kerana cap jari pada permukaan bahan atau alat-alat tersebut akan mengganggu penglihatan melalui mikroskop. Dicadangkan meletakkan atau menyentuh bahan-bahan tersebut dengan menggunakan forsep. Eksperimen ini juga harus dijalankan di tempat yang mempunyai cahaya matahari. Tanpa pantulan cahaya matahari, sel-sel tidak dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kesimpulan: Sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai plasma membran, nukleus dan sitoplasma. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar tetapi sel haiwan tiada. Sel tumbuhan juga mempunyai bentuk yang tetap manakala sel haiwan tidak.

Soalan/jawapan: 1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda.

Sel epidermis

2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas?

Sel epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas kerana bawang merupakan jenis bebawang yang ditanam di bawah tanah. Bawang tidak dipancari cahaya matahari dan tidak menjalankan proses fotosintesis. Ia hanya berperanan untuk menyimpan makanan untuk tumbuhan. Hal ini menerangkan kenapa bawang bukan berwarna hijau. Walau bagaimanapun, bawang mempunyai daun berlendir yang berwarna hijau pada pucuk di mana kloroplas dikandungi. Ia membuat makanan untuk tumbuhan tersebut.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Persamaan Sel haiwan Sel tumbuhan

Mempunyai nukleus, sel membran, sitoplasma, jasad Golgi, mitokondria, ribosom, jalinan endoplasma dan mikrotubul atau mikrofilamen. Sel haiwan Sel tumbuhan Mempunyai bentuk tetap.

Mempunyai bentuk yang tidak tetap. Tidak mempunyai dinding sel. Tidak mempunyai kloroplas. Tidak mempunyai vakuol. Jika vakuol adalah hadir, ia adalah bersaiz kecil dan mempunyai bilangan yang banyak.

Mempunyai dinding sel. Mempunyai kloroplas. Mempunyai vakuol yang bersaiz besar.

Makanan

disimpan

dalam

Makanan bentuk kanji.

disimpan

dalam

bentuk glikogen. Mempunyai sentriol. Nukleus tengah sel. Boleh bergerak. Tidak mempunyai plastid. Lisosom sitoplasma. muncur dalam adalah berada di

Tidak mempunyai sentriol. Nekleus adalah berada di sisi sel. Tidak boleh bergerak. Mempunyai plastid. Lisosom biasanya tidak jelas.

4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?

Nukleus mengandungi kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi. Kromatin mengandungi bahan genetik yang dikenali sebagai DNA. DNA mengandungi semua arahan bagi setiap aktiviti dalam sel. Ia menjalani pelbagai fungsi seperti replikasi, transkripsi dan terjemahan. Selain itu, ia juga menghasilkan pelbagai enzim dan protein yang penting untuk pertumbuhan seluruh sel.

5. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Tisu merupakan sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan direka bentuk untuk menjalani sesuatu fungsi yang dikhususkan. Sekumpulan tisu yang berpadu untuk melaksanakan suatu tugas tertentu iaitu menjalani sesuatu fungsi yang dikhususkan dikenali sebagai organ. Fungsi yang khusus dijalankan dengan lebihh cekap dan cepat berbanding dengan satu sel sahaja.

Rujukan: Liew Shee Leong, Tan Kim Low, Fadhilah Muhamad, 2000. Biology Tingkatan 5. Petaling Jaya: Media Pustaka Enterprise. Tiada nama pengarang. Why don't onion cells have chloroplasts? http://wiki.answers.com/Q/Why_don't_onion_cells_have_chloroplasts. Dilayari 18 Februari 2012. Tiada nama pengarang. Why are there no chloroplasts in onion epidermal cells? http://wiki.answers.com/Q/Why_are_there_no_chloroplasts_in_onion_epidermal_ cells. Dilayari 18 Februari 2012.

Tiada nama pengarang. Animal Cell vs Plant Cell. http://www.diffen.com/difference/Animal_Cell_vs_Plant_Cell. Dilayari 18 Februari 2012. Tiada nama pengarang. Why nucleus called the control center of the cell? http://wiki.answers.com/Q/Why_nucleus_called_the_control_center_of_the_cell. Dilayari 18 Februari 2012.

You might also like