You are on page 1of 13

PRAKTIKAL 3: Pemerhatian terhadap sel haiwan: sel pipi dan sel tumbuhan: sel epidermal daun.

OBJEKTIF: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

TEORI : Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dan setiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada sistem kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel.Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup.Kebanyakan organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel ; badan mereka mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel. Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah dengan menggunkan mikroskop elektron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme.Sel terdiri daripada komponen yang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membrane plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleoplasma manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma.Membran plasma

ialah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan.Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat,iaitu dinding sel di bahagian luar membran plasma.Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi yang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas,

vakuol,ribosom,jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron. Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel haiwan yang tipikal mempunyai protoplasma yang diliputi oleh membrane plasma. Protoplasma terdiri daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma.Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan. Nuklues berfungsi sebagai pusat kawalan aktiviti kepada sel.Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome dengan centriol yang tidak ada pada sel tumbuhan. Sel tumbuhan dikelilingi oleh sel dinding di luar membrane plasma.Sel dinding tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak larut.Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding. Sel yang terdapat dalam sel tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding dan plasmodemata. Setiap organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.

Pernyataan Masalah : Apakah struktur sel haiwan dan sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya? Hipotesis sel haiwan : Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membrane plasma,sitoplasma dan nuklues. Hipotesis sel tumbuhan : Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol.

BAHAN DAN RADAS: Mikroskop Slaid mikroskop Penutup slaid Alat penitis Penyepit Mata pisau Pencungkil gigi Methylene biru Larutan iodin Bawang

Prosedur: (a) Pemerhatian terhadap sel pipi 1. Mulut dikumur. 2. Lapisan sel nipis di dalam mulut dikikis dengan lembut dengan menggunakan pencungkil gigi. 3. Satu titisan larutan metilena biru diletakkan pada kikisan yang berada di atas slaid. 4. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya. 5. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi. 6. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tersebut: nukleus, bahan kromatin, sel membran dan sitoplasma. Jika anda tiak suka menggunakan sel pipi anda sendiri, anda boleh mendapatkan sel kulit mati. Letakkan satu keratin kecil salotep pada tangan anda dan kemudian cabutkankannya dan letakkan pada slaid. Ini akan menunjukkan saiz dan bentuk sel tetapi anda tidak akan dapat melihat kandunggannya.

(b) Pemerhatian terhadap sel epidermal daun 1. Kupas lapisan epidermal bawang dengan menggunakan penyepit. 2. Keratin kecil dipotong dan lapisan epidermal diletakkan setitis larutan iodine pada slaid. 3. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya. 4. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi. 7. Sel epidermal bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tersebut: nukleus, bahan kromatin, sel membrane, sel dinding, sitoplasma dan vakuol. Untuk melihat sel tumbuhan yang mengandungi kloroplas, anda boleh melihat daun lumut dengan menggunakan cara yang sama. Ia cuma sebesar satu sel.

Keputusan : Sel tumbuhan Lukisan dan pelabelan

10

10 10 PERBINCANGAN : Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang

tumpul.Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Pada pemerhatian kami, sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues. Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah digunakan.Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma. Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan

daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yang tajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan.

KESIMPULAN : Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran

plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran plasma ,nuklues dan sitoplasma.

Soalan dan jawapan : 1. Namakan jenis sel yang membentuk lapisan dalam pipi.

Epithelial sel.

2. Mengapakah sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas?

Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan makanan dengan itu kloroplas tidak diperlukan oleh bawang.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. SEL HAIWAN PERSAMAAN Mempunyai nuklues, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi ,mitokondrian,jalinan endoplasma. SEL HAIWAN Bentuk sel tidak tetap Tidak mempunyai dinding sel Tidak mempunyai kloroplas Tiada vakuol,jika ada saiznya kecil Dalam bentuk glikogen Mempunyai sentriol GRANUL SIMPANAN SENTRIOL VAKUOL Mempunyai vakuol bersaiz besar Dalam bentuk kanji Tidak mempunyai sentriol KLOROPLAS Mempunyai kloroplas PERBEZAAN BENTUK DINDING SEL SEL TUMBUHAN Bentuk sel tetap Mempunyai dinding sel SEL TUMBUHAN

4. Mengapakah nukleus dipanggil sebagai pusat kawalan kepada sel? Nuklues dipanggil sebagai pusat kawalan kepada sel kerana di dalam nuklues terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di dalam DNA terdapat genetic kod.

5. Apakah itu tisu? Apakah perkataan yang membawa maksud sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama?

Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cekap dan cepat berbanding dengan satu sel sahaja.

6. Bilakah sel dijumpai dan oleh siapa ia dijumpai.

Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok oak menerusi mikroskop.

Rujukan

1. Buku a) Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1sted).Penerbitan Fajar Bakti SDN BHD. b) Jane B. Reece (2008).Campbell/Reece Biology (Eighth edition).Pearson International Edition c) Lee Soon Ching (2007).Biology For Matriculation Semester 1( Second edition).Oxford Fajar SDN.BHD

2. Internet

a) http://wiki.answers.com/Q/Why_don%27t_onion_cells_have_chloroplasts Diakses pada 26 January 2011 b) http://wiki.answers.com/Q/How_is_the_nucleus_able_to_control_the_biochemica l_activities_of_the_cell Diakses pada 26 January 2011

Refleksi : Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan pasangan saya Marina Misa binti Muhsin berjaya melakukan eksperimen ini dengan jayanya. Kami telah mendapat bimbingan daripada pensyarah kami iaitu Puan Siti Rogayah binti Abdullah dalam menjalankan eksperimen tersebut. Walaupun eksperimen kali ini kelihatan mudah namun ia memerlukan cara yang teliti agar keputusan yang diperoleh adalah tepat seperti meletakkan metilena biru dan iodin pada kaca penutup.Larutan tersebut perlu diletakkan dengan berhati-hati pada slaid agar tiada gelembung udara yang hadir pada penutup kaca. Keputusan bagi eksperimen kami menunjukkan hasil yang positif walaupun pada mulanya sel pipi kami tidak begitu kelihatan kerana terdapat gelembung udara.Oleh itu.kami mengambil keputusan untuk mengulangi prosedur untuk sel pipi manusia agar keputusan yang diperoleh adalah tepat.Segala langkah berjaga-jaga diambil agar keputusan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti kehadiran gelembung udara dan teknik mengendalikan mikroskop. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat melakukan eksperimen ini dengan baik. Segala kekurangan yang berlaku ketika menjalankan eksperimen ini akan saya perbaik untuk kegunaan masa hadapan ketika mengajar di sekolah.

You might also like