You are on page 1of 6

RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)

Expired Air Resuscitation atau EAR merupakan kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan penyelamat perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Bagi atlet, biasanya pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan mereka terhenti. Jika atlet diserang masalah pernafasan ketika pertandingan diadakan, peralatan yang lengkap dan juga anggota yang bertugas bagi menyelamatkan nyawa telah disediakan. Malang sekali jika atlet diserang masalah pernafasan ketika sedang berlatih seorang diri. Jadi, orang yang berada disekelilingnya yang bertanggungjawab secara tidak langsung bagi menyelamatkan atlet tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya

pendedahan resusitasi udara hembusan kepada masyarakat bukan hanya tertumpu kepada individu tertentu sahaja. Peraturan yang utama bagi penyelamat yang menggunakan EAR ialah mereka perlu bertenang, membuat resusitasi serta merta dan meminta bantuan daripada orang lain. Resusitasi perlu dilakukan serta merta jika pernafasan norma terhenti kerana sel otak akan rosak jika bekalan oksigen tiada selama 4 minit. Badan terdiri daripada berjuta-juta sel dan tiap-tiap sel memerlukan oksigen, tanpa oksigen sel akan rosak atau mati.

3 Teknik EAR

Mulut Ke Hidung Dilakukan apabila Mulut Ke Hidung mangsa mengalami Dan Mulut kecederaan muka yang Mulut Ke menghalang penyelamat Mulut Kaedah pilihan menggunakan mulut mangsa ataupun dalam untuk melakukan Penyelamat kedudukan tertentu. resusitasi kepada melekapkan kanak-kanak, Penyelamat akan mulutnya ke menutup mulut mangsa, kerana mulut penyelamat mulut mangsa melekapkan mulut ke dan bernafas hidung mangsa, bernafas boleh menutup mulut dan ke saluran dengan perlahan-lahan hidung kanakdan kemudiannya udara mangsa kanak tersebut. melepaskan rahangnya

melalui mulut

untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.

PROSEDUR EAR

Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.

Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.

Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.

Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terusmenerus dengan cepat.

Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.

Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)

Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.

Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher.

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekannekan dada jika masih tiada pernafasan dan nadi.

Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

EAR diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Kehilangan sianosis (kebiruan)

Denyutan nadi kuat Tandatanda EAR yang berjaya

Mangsa cuba bernafas sendiri

Tindak balas mangsa

Anak mata mula bernafas melalui cahaya

You might also like