You are on page 1of 6

MITOSIS

1. Pembahagian sel melibatkan pembahagian nukleus, diikuti oleh pembahagian sitoplasma.


2 Terdapat dua jenis pembahagian sel:
(a) Mitosis yang menghasilkan sel baharu
(b) Meiosis yang menghasilkan garnet

3 Mitosis adalah pembahagian sel untuk menghasiIkan dua sel anak, setiap satunya
mengandungi bilangan kromosom yang sarna dan kandungan genetik yang sarna dengan sel
induk.
4 Mitosis berlaku dalam sel soma yang diploid (2n).

Kepentingan mitosis:
(a) Menghasilkan sel baharu untuk pertumbuhan, membaiki dan menggantikan sel mati atau
sel yang telah rosak
(b) Memastikan sel baharu yang terbentuk adalah seiras seeara genetik dengan sel induk
(e) Mengekalkan bilangan diploid kromosom
(d) Pada organisma uniseI, mitosis adalah salah satu eara pembiakan aseks untuk
meningkatkan populasi

KITAR SEL
1 Kitar sel adalah pertumbuhan dan pembahagian sel melalui suatu siri fasa.


2. Kitar sel terdiri daripada dua fasa utama:
(I) Interfasa (fasa G1, S dan G
2
) (
(II) Fasa mitosis (fasa M)
3. Rajah 5.1 menunjukkan fasa dalam kitar sel.
4. Semasa interfasa, tiada pembahagian sel tetapi sel bersedia untuk pembahagian sel.
5. Sejurus sebelum mitosis dalam Interrfasa, kromosom tidak kelihatan tetapi muncul seperti
st ruktur bebenang yang dipanggil kromatin (Rajah 5.2).



6 Peringkat mitosis pada sel haiwan ditunjukkan dalam Jadual 5.1.





7 Dalam sel tumbuhan, sitokinesis bermula dengan pembentukan plat sel di
khatulistiwa sel. Plat sel berkembang keluar sehingga bergabung dengan
membran plasma dan membahagikan sel kepada dua sel anak.

Pengawalaturan Kitar Sel
1 Kitar sel dikawal oleh gen dalam kromosom.
2 Setiap jenis sel mempunyai masa dan kadar pembahagian sel . masing -
masing.
3 Kebolehan sel untuk membahagi pada kadar dan masa tersendiri dipanggil
mitosis terkawal. Hal ini menghasilkan pertumbuhan dan perkembangan yang
normal.
4 Jika gen yang mengawal atur kitar sel rosak atau termutasi, sel akan
membahagi seeara luar kawalan. Ini dipanggil mitosis tidak terkawal. Keadaan
ini disebabkan oleh sinar ultra ungu dan karsinogen.
5 Rajah 5.3 menunjukkan kesan mitosis tidak terkawal.




Aplikasi Pengetahuan Mitosis dalam 'pengklonan '
Pengetahuan tentang mitosis digunakan dalam pengklonan dan pengkulturan tisu untuk: ..
(a) meningkatkan kuantiti produk ..
(b) mempertingkatkan kualiti
(c) menghasilkan spesies baharu
(d) memastikan keseragaman trait pada tumbuhan dan haiwan

2 Kultur tisu
(a) Kultur tisu adalah teknik penghasilan individu baharu dipanggil klon yang seiras induk
dalam kuantiti yang besar
(b) Teknik ini melibatkan pemindahan tisu atau sel daripada satu organisma ke medium
kultur yang sesuai, untuk membolehkan mitosis berlaku

3 Pengklonan
Haiwan diklon dengan menggantikan nukleus satu sel telur yang tidak disenyawakan dengan
nukleus daripada satu sel diploid (Rajah 5.5).

Kebaikan pengklonan
1 Sejumlah besar klon terhasil dalam masa yang singkat
2 Meningkatkan kadar penghasilan dan kualiti produk
3 Memastikan kesinambungan pewarisan ciri
4 Boleh dilakukan pada bila-bila masa

Keburukan pengklonan
1 Semua klon mempunyai kerintangan yang sarna terhadap penyakit dan serangga perosak.
Jika satu dijangkiti, semua klon akan turut terjejas
2 Menghalang pemilihan semula jadi
3 Perlu dilakukan dalam persekitaran yang terkawal
SISTEM LIMFA

Pembentukan Bendalir Interstis


1 Apabila darah mengalir dari arteriol ke dalam kapilari, terdapat tekanan hidrostatik yang
tinggi di dalam kapilari.
2 Tekanan yang tinggi menolak sebahagian plasma untuk mengalir keluar ke dalam ruang
di antara sel (Rajah 10.17).
3 Molekul kecil bahan terlarut seperti glukosa, asid amino, mineral dan air meresap keluar
dari kapilari ke dalam ruang di antara sel.
4 Bendalir yang mengisi ruang di antara sel disebut bendalir interstis atau bendalir tisu

5 Molekul yang lebih besar seperti eritrosit, platlet dan protein plasma tidak dapat melepasi
dinding kapilari. Leukosit seperti fagosit dapat menyelit melalui liang-liang pada dinding
kapilari.
6 Bendalir interstis adalah medium bagi pertukaran nutrien, bahan buangan dan gas antara
sel badan dengan kapilari.
7 Bendalir interstis dikembalikan ke sistem peredaran melalui dua cara:
(a) 90% daripadanya meresap kembali ke dalam kapilari darah
(b) 10% meresap ke dalam kapilari limfa dalam sistem limfa. Bendalir interstis kemudian
dipanggil limfa.

Kepentingan Bendalir Interstis
1 Membentuk persekitaran dalaman badan.
2 Menjadi medium yang membekalkan sel dengan keperluan sel dan mengangkut keluar
bahan kumuh.
3 Menjadi medium bagi pertukaran gas, nutrien dan bahan kumuh.

Struktur Sistem Limfa

1. Sistem limfa terdiri daripada (Rajah 10.18):
(a) salur limfa (duktus toraks, duktus limfa kanan)
(b) nodus limfa (di leher, ketiak dan kelangkang)
(i) menghasilkan limfosit yang memberikan keimunan
(ii) mengandungi fagosit yang menapis keluar bakteria dan partikel asing lain seeara
fagositosis
(e) kapilari limfa dengan hujung buntu
(d) organ lain seperti kelenjar timus, limpa

2 Salur limfa mempunyai injap untuk mencegah pengaliran balik limfa dan untuk
memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja.
3 Aliran limfa di dalam salur limfa dibantu oleh pengecutan otot rangka di sekelilingnya.
4 Duktus toraks mengumpullimfa daripada bahagian kiri badan, usus kecil dan keseluruhan
bahagian bawah badan. Limfa dibawa oleh duktus toraks ke vena subklavikel kiri untuk
memasuki sistem peredaran.
5 Duktus limfa kanan mengangkut limfa dari bahagian kanan kepala, tangan dan toraks ke
vena subklavikel kanan.



Peranan Sistem Limfa dalam Pengangkutan

1 Mengumpulkan bendalir interstis dan mengembalikannya ke sistem peredaran melalui vena
subklavikel
2 Mengangkut lipid, gliserol dan vitamin A, D, E dan K dari lakteal (kapilari limfa) vilus ke
dalam duktus toraks dan kemudian kembali ke sistem peredaran melalui vena subklavikel
kiri
3 Mengangkut nutrien dan bahan buangan dalam bendalir interstis kembali ke sistem
peredaran

You might also like