You are on page 1of 17

SEL HAIWAN DAN TUMBUHAN PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHAN STRUKTUR SEL

Pengenalan
Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :- - membran sel - sitoplasma -

nukleus Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.

Sel mempunyai dinding sel yang terdiri daripada

selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

Membran Plasma
Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel. Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada

persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekulmolekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.

Contoh molekul-molekul kecil ialah: - air oksigen - karbon dioksida Contoh molekulmolekul larut lipid ialah: - gliserol - asid lemak

- vitamin- A, D, E, K Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organelorganel di dalam sel.

Dinding Sel
Lapisan luar tumbuhan Berfungsi sebagai penyokong, pelindung. Terdapat pada tumbuhan, fungi, dan bakteri. Tidak terdapat

pada sel haiwan. Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras. Mengatur keluar masuknya H2O, O2, CO2

Sitoplasma
Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel. Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel.

Skematik sel haiwan tipikal yang

menunjukkan komponen-komponen subsel. organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kesat (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vakuol(11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol

Nukleus
Nukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel yang mengandungi DNA kromosom sel. Fungsi Menyimpan gen dalam kromosom.

Membuat RNA sebagai protein pengkode (mRNA). Memproduksi ribosom di nukleus.

Jalinan Endoplasma
Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

Jasad Golgi
Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus

berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain. Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah: glikoprotein karbohidrat hormon

Ribosom
Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma. Fungsi Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon. Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

Lisosom
LISOSOM Merupakan organel yang memakan bahagian sel. Mengandung enzim pencerna. Struktur: bersaizkecil, dilapisi

membran. Fungsi: memecah molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.

Mitokondrian
Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu: 1- Membran dalam 2Membran luar Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

VAKUOL
Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan

zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.

Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang

dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida. Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel.

KLOROPLAS
Organel yang menghasilkan klorofil. Hanya ditemui di sel tumbuhan atau alga. Berwarna hijau Berisi klorofil (pigmen hijau) Berfungsi

untuk menyerap tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

You might also like