You are on page 1of 19

STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

- struktur dan fungsi sel

organel ialah struktur sel yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar
sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.

selain nukleus(organel sel yang terbesar), contoh-contoh organel lain termasuklah mitokondrion,
kloroplas, vakuol, ribosom, lisosom dan jasad golgi.

sesetengah organel ini hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.

sel tumbuhan dan sel haiwan seperti yang kelihatan menerusi mikroskop cahaya.

KOMPONEN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN


sel tumbuhan
- membran sel

Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel.

Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran
plasma.

membran plasma terdiri daripada protein dan fosfolipid.

membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.

membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.

membra plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

- dinding sel

dinding sel ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan.

dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.

dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang
membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.

dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

- sitoplasma

sitoplasma ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti
jeli,,tempat organel sel terbenam.

sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium
bagi tindak balas biokimia dalam sel.

sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

- nukleus

nukleus ialah organel yang besar, tumpat dan membentuk sfera.

nukleus dilingkungi oleh membran nukleus.

nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus.

kromatin ialah keadaan kromosom semasa sei tidak membahagi dan terkandung di dalam
nukleuoplasma.

kromosom membawa maklumat genetik yang akan menentukan sifat dan fungsi sel.

nukleus sangat penting dalam mengawal segala aktiviti sel.

sintesis protein adalah dikawal oleh maklumat yang terkandung dalam kromosom.

- vakuol

vakuol ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membran separa telap yang disebut tonoplas.

cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel.

sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai
banyak vakuol bersaiz kecil.

mikro organisma air tawar seperti paramecium mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan.

vakuol mengecut terlibat dalam pengawalaturan dan keseimbangan air dalam organisma ini.
vakuol makanan pula sebagai tempat simpanan dalam sel.

sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organik,gula,asid amino,garam mineral, bahan
buangan,pigmen,dan hasil sampingan metabolisme.

sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak layu dengan mudah.

- mitokondrion

mitokondrion jika dilihat menerusi mikroskop elektron akan kelihatan sebagai organel kecil berbentuk
sfera atau silinder.

mitokondrion terlibat dalam respirasi sel

proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan
enzim yang hadir dalam mitokondrion.

tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk molekul ATP(adenosina trifosfat)dan sedia digunakan
oleh sel.

- ribosom

ribosom merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar
atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma.

setiap ribosom terdiri daripada asid ribonukleik(RNA) dan protein.

sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom.

ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam kromosom untuk menghasilkan protein.

- jalinan endoplasma

jalinan endoplasma ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan.

membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.

terdapat dua jenis jalinan endoplasma, iaitu jalinan endoplasma kasar dan licin.

jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya manakala jalinan endoplasma licin
tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.

jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.


protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus di dalam vesikel.

protein ini kemudian diangkut dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain.

jalinan endoplasma licin merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid
dan penyahtoksidkan dadah dan racun.

- jasad golgi

jasad golgi terdiri daripada satu timbunan kantung pipih.

jasad golgi berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti
karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.

vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung
dengan membran jasad golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.

jasad golgi akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.

vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad golgi dan menuju
ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.

vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya
keluar daripada sel.

- lisosom

lisosom ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis.

enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik.

lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat
dihasilkan.

lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi
mencernakan kandungan dalam vakuol.

hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel.

lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.

- sentriol
sentriol ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.

sentriol terdiri daripada susunan mikrotubul yang kompleks.

sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel haiwan.

sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.

- kloroplas

kloroplas berbentuk bujur.

struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.

klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.

klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.

2.2- organisasi sel

proses hidup dalam organisasi unisel

organisma unisel ialah organisma kecil dan ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja.

apa yang menajubkan ialah organisma ini boleh menjalankan semua fungsi penting dalam satu sel.

organisma unisel boleh makan, berespirasi, berkumuh, bergerak, bergerak balas terhadap rangsangan,
membiak dan membesar.

bagi organisma unisel, kemandiriannya bergantung pada komponen sel dan organel-organel, kerana
tidak mempunyai sebarang organ atau sistem.

setiap organisma unisel adalah organisma lengkap yang serupa seperti tumbuhan atau haiwan.

contoh organisma unisel ialah amoeba.

- Amoeba

kebanyakan species amoeba ialah organisma yang hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembap.

Amoeba dilingkungi oleh membran plasma dan sentiasa berubah bentuk apabila bertemu dengan
halangan dan bergerak balas terhadap rangsangan.

rangsangan yang kuat seperti larutan berasid atau cahaya terng menyebabkan amoeba berundur.

organisma ini bergerak mengunjurkan pseudopodium atau 'kaki palsu' ke suatu arah dan meletak hujung
pseupodium pada tanah.
psepodium juga diguakan untuk memerangkap mikroorganisma seperti bakteria secara fagositosis
bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan pseudopodiumnya.

pseudopodium melindungi makanan yang kemudiannya dibungkus dalam vakuol makanan.

vakuol makanan bergabung degan lisosom dan makanan dicerna oleh enzim hidrolisis dalam lisosom
yang disebut lisozim.

nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.

pertukaran gas, nutrie, dan bahan buangan berlaku melalui membran plasma secara resapan.

oleh sebabamoeba hidup dalam persekitaran air tawar, air akan meresap masuk ke dalam sel amoeba
secara osmosis dan mengisi vakuol mengecut.

vakuol mengecut terlibat dalam pengosmokawalaturan.

setelah mencapai tahap maksimum, vakuol tersebut akan mengecut dan menyingkirkan kandungannya
dari masa ke masa.

apabila keadaan sesuai, amoeba menjalankan pembiakan aseks iaitu belahan dedua.

jika persekitaran tidak sesuai amoeba membentuk spora.

PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL

organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.

sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal yang disebut zigot,
iaitu sel yang terbentuk daripada gamet jantan dan gamet betina.

sel darah putih boleh berubah bentuk untuk memusnahkan bakteria.

sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan sangat fleksibel.. ini membolehkannya bergerak
dengan mudah sepanjang salur darah yang sempit.

sel saraf mempunyai gentian akson yang panjang dan halus untuk menghantar impuls saraf.

sel sperma mempunyai ekor panjang untuk membolehkannya berenang ke arah ovum. kepalanya
membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan.

ORGANISASI SEL DALAM SEL TUMBUHAN

TISU

tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:-

tisu meristem(sel bersaiz kecil yang mempunyai dinding nipis, nukleus bersaiz besar, sitoplasma padat
dan tiada vakuol).
tisu kekal(tisu matang yang telah mengalami perbezaan atau sedang mengalami pembezaan).

tisu kekal terbahagi kepada tiga iaitu:-

tisu epidermis

tisu asas

tisu vaskular

TISU EPIDERMIS

tisu epidermis ialah lapisan paling luar yang melapisi permuaan luar batang, daun dan akar tumbuhan
muda.

kebanyakan sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.

dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi oeh lapisan berlilin yang kalis air disebut
kutikel.

kutikel mengurangkan kehilangan air secara penyejatan, melindungi dau daripada kecederaan mekanikal
dan menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.

sel pengawal ialah sel epidermis khusus yang boleh ditemui di antara sel epidermis daun..

sel ini mengawal penutupan dan pembukaan stoma.

sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar rambut yang menambahkan luas
permukaan untuk penyerapan air daripada tanah.

TISU ASAS

tisu asas terbahagi kepada tiga iaitu:

tisu parenkima

tisu kolenkima

tisu sklerenkima

TISU PARENKIMA

sel yang paling ringkas dan tidak khusus yang dijumpai dalam semua organ tumbuhan.

sel-sel ini mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.

tempat menyimpan kanji dan gula.


tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan
herba.

TISU KOLENKIMA

tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang menebal secara tidak seragam terutamanya pada bucu-
bucunya.

memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba), batang muda dan petiol.

TISU SKLERENKIMA

mempunyai dinding sel sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin dan mungkin merupakan tisu
mati.

memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.

TISU VASKULAR

tisu vaskular terbahagi kepada dua iaitu:-

xilem(mengangkut garam mineral dan air)

floem(sebatian organik yang baru disintesis/ menjana fotosintesis kepada tumbuhan)

XILEM

mengangkut garam mineral dan air terlarut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.

memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan.

FLOEM

terdiri daripada sel tiub nipis yang tersusun hujung ke hujung untuk membentuk struktur tiub yang
memanjang dan bersambungan.

sebatian organik yang baru disintesis.

ORGAN DAN SISTEM DALAM TUMBUHAN

contoh organ tumbuhan iaitu:-

daun

bunga

batang

akar
daun terdiri daripada:-

tisu asas

tisu vaskular

tisu epidermis

sistem organ tumbuhan tidak begitu khusus dengan sistem organ haiwan.

tumbuhan berbunga terdiri daripada dua sistem utama iaitu:-

sistem akar

sistem pucuk

sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan

sistem pucuk terdiri daripada:-

batang

daun

pucuk

bunga

buah

batang dan ranting merupakan sistem sokongan untuk menyokong daun pada kedudukan menegak bagi
membolehkan penyerapan cahaya dan fotosintesis.

bunga terlibat dalam proses pendebungaan.

You might also like