You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2018

Program : PISMP Nama Pelajar :


Kod : MTES3023 Semester/Tahun : Semester 1 Tahun 1
Nama Kursus: Penaakulan Matematik Ambilan : Jun 2018
Kumpulan : Major MT1,MT2,MT3,MT4
Elektif (RBT dan SCE)
Tugasan : Tarikh Mula : Tarikh Hantar:
1. Kuiz 1 – Topik 1 (10%) 30 Julai 2018 30 Julai 2018
2. Kuiz 2 – Topik 2 (10%) 13 Ogos 2018 13 Ogos 2018
3. Projek (Penulisan Laporan) (40%) 27 Ogos 2018 24 September 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan tiga jenis penaakulan matematik berpandukan contoh yang sesuai. (C2, P2, A3,
PLO1)
2. Menyelesaikan masalah bukan rutin melalui penaakulan matematik. (C3, A5, PLO1, PLO3,
CTPS3)
3. Menjustifikasi prosedur matematik melalui penaakulan matematik dalam bidang Nombor dan
Operasi, Sukatan dan Geometri serta Statistik. (C5, P4, A4, PLO1, PLO3, CTPS1)
4. Membina kefahaman perkaitan (relational understanding) melalui penaakulan matematik dalam
bidang Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri serta Statistik yang berupaya
mentransformasi pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah. (C6, A3, PLO1, PLO3,
PLO9, CTPS3, LS2)
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:


Di akhir penghasilan tugasan ini pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan tiga jenis penaakulan matematik dalam menjawab soalan Kuiz 1 yang
merangkumi Topik 1 sahaja. (CLO 1)
2. Menyelesaikan masalah bukan rutin dengan strategi penyelesaian yang sesuai dalam
Kuiz 2 yang merangkumi Topik 2 sahaja. (CLO 2)
3. Menghuraikan satu bentuk rekreasi matematik yang telah direka oleh pelajar
sendiri dalam bidang Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; atau Statistik.
Memperincikan prosedur matematik yang terlibat. (CLO3)
4. Menunjukkan kefahaman perkaitan dengan memberi justifikasi bagi prosedur
matematik yang terlibat. (CLO4)

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : Kuiz 1 (10%)


1. Terdiri daripada empat soalan struktur.
2. Soalan yang diberi merangkumi Topik 1
3. Masa yang diperuntukan ialah 30 minit.

TUGASAN 2 : Kuiz 2 (10%)


1. Terdiri daripada dua soalan struktur.
2. Soalan yang diberi merangkumi Topik 2
3. Masa yang diperuntukan ialah 30 minit.
1
TUGASAN 3 : Penulisan Laporan (40%)

Isu berkaitan kesihatan minda dalam kalangan murid sekolah selalu juga menjadi tajuk utama
dalam pelbagai sumber media. Kesihatan minda seseorang individu sangat penting untuk
kehidupan yang sempurna. Rekreasi sama ada fizikal atau minda dapat meningkatkan
kesihatan keseluruhan seseorang. Rekreasi matematik khususnya, dapat
memberangsangkan dan meningkatkan kecergasan minda bagi mereka yang sentiasa
meluangkan masa dengannya.

Sila reka satu rekreasi matematik dalam bidang Nombor dan Operasi; Sukatan dan
Geometri; atau Statistik dengan merujuk pelbagai sumber.
Huraikan rekreasi matematik anda secara jelas.
Perincikan prosedur matematik yang terlibat dan beri justifikasi bagi prosedur matematik
tersebut dengan menjawab soalan ‘bagaimana? dan mengapa?’.
Penulisan laporan terhad kepada 1500 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Setiap tugasan kerja kursus mesti mengandungi butiran berikut:
(i) Nama Institut
(ii) Program
(iii) Nama kursus/kod kursus
(iv) Nama siswa pendidik
(v) Semester dan tahun (1/2/3/4)
(vi) Tempoh kerja kursus
(vii) Hasil pembelajaran kursus
(viii) Objektif kerja kursus
(ix) Soalan tugasan dan markah
(x) Arahan pelaksanaan tugasan
2. Kerja kursus ini terbahagi kepada tugasan 1, 2 dan 3 yang dibuat secara individu.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.Fon Arial saiz 11 dengan langkau 1.5 baris.
ii.Rujukan harus daripada sumber yang sahih.
iii.Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) versi 6.0
(minimum 3 buku teks).
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan,
rubrik pemarkahan sebagai muka surat ke-2 dalam kerja kursus anda.
6 Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
7. Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy.
8. Seluruh kerja kursus membawa wajaran 60%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(CIK OON BOEY LAY ) (PN SITI KHADZIMAH SALLIP)


Penyelaras Kursus MTES3023 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(PN WAN NOOR ADZMIN BINTI MOHD SABRI)


Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

You might also like