You are on page 1of 1

Kertas Kerja Majlis Anugerah Cemerlang

PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program yang mengiktiraf kejayaan murid-


murid dalam bidang kurikulum. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu
galakan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam
bidang akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus
membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Pengetua untuk mendapat kelulusan
melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang dan memohon peruntukkan kewangan
daripada pihak sekolah.

Matlamat
1. Mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.
2. Memberi galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3. Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-
anak mereka dalam mencapai kejayaan.
4. Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah dengan
masyarakat setempat

Objektif
1. Menghargai potensi murid-murid dalam bidang akademik.
2. Mengenal pasti pelajar-pelajar yang cemerlang.
3. Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang.
4. Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain.
5. Memberi galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah dan
mempertingkatkan prestasi dalam bidang kurikulum
6. Membina perasaan muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SMK Padang
Polo

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: 28 Julai 2017


Hari : Jumaat
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Kumpulan Sasaran : Pelajar Yang Cemerlang Dalam Akademik
Tempat Program Dijalankan : Dewan Sekolah

You might also like